Anda di halaman 1dari 15

KPP4023

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

:TAJUK TUGASAN

KETAGIHAN PORNOGRAFI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH


MENENGAH

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 7

Bil Nama No matrik


1 KHAIRUNNISA AQILAH BINTI ROSLI L20222013499
2 UMMU HANIS BINTI JEFFRI L20222013725
3 NUR ‘FARAHIN BINTI ABDULLAH L20222013649
4 NURZUHAILI BINTI SHAMSUDDIN L20222013672
5 PUTRI SYAMIMI JIHAN BT ABDULLAH L20222013638
6 SUHAILA BINTI JAMALUDDIN L20222013599

:NAMA PENSYARAH

PROF. MADYA DR. NOR JUNAINAH BINTI MOHD ISA


PENGENALAN

Dalam mendepani era yang serba mencabar ini, negara kita sudah seringkali
digemparkan dengan pelbagai jenis isu masalah gejala sosial. Antara isu yang sedang hangat
diperkatakan adalah isu mengenai ketagihan pornografi yang bukan sahaja menjadi buah
mulut dalam masyarakat marhaen yang sudah berumur malah turun dibualkan dalam
kalangan remaja yang masih berada di bangku sekolah.

Pornografi merupakan suatu perbuatan yang dianggap melanggar nilai moral seperti
mendedah atau menunjukkan aurat secara keterlaluan sehingga mampu mendatangkan
ghairah (menaikkan nafsu) kepada mereka yang melihatnya. Manakala, menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia istilah ‘pornography’ berasal dari perkataan ‘porneia’ iaitu perkataan
Greek yang digunakan bagi merujuk pelacur dan istilah ini membawa makna penulisan
tentang pelacur (Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012). Dapat
difahami pornografi merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima dalam
kehidupan seharian kerana perbuatan tersebut tidak hanya dilarang dari sudut etika moral
tetapi turut dilarang di sisi agama.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci
fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini menjelaskan, setiap manusia yang lahir
di dunia adalah bebas dari sebarang dosa serta sifat jahat dan menjadi tanggungjawab kepada
setiap ibu bapa bagi mendidik anak-anak mereka agar jauh dari sifat yang keji dan dilarang
dalam agama seperti terlibat dengan pornografi yang mana merupakan salah satu dosa besar
dalam agama Islam kerana pornografi merupakan salah satu cabang atau perbuatan zina. Oleh
itu, sebagai ibu bapa mereka seharusnya menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada anak-
anak seperti menggunakan tutur kata yang sopan, menunaikan kewajipan yang terdapat dalam
agama seperti solat, membaca al-Quran, berpuasa, bersedekah dan pelbagai lagi.
PUNCA ISU TERSEBUT BERLAKU KE ATAS MURID BERASASKAN:

1) PEMIKIRAN
Pemikiran merupakan satu buah fikiran yang mengandungi aktiviti yang tertentu.
Pemikiran ini bergantung kepada keadaan dimana kita berfikir dalam keadaan sedar atau
tidak sedar. Keadaan tidak sedar bermaksud kita terlalu memberi fokus terhadap sesuatu
aktiviti yang kita lakukan.
Manakala, berfikir secara sedar pula ialah setiap aktiviti yang kita lakukan haruslah
mempunyai had penggunaan. Kebanyakkannya, aktiviti tersebut hanya mendatangkan
keburukan berbanding dengan kebaikan. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak
dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, konsep, tasiran dan
tindak balas terhadap daya ingatan yang sedia ada. Sebagai contoh, penggunaan teknologi
secara tidak terkawal adalah salah satu contoh isu ketagihan pronografi dalam kalangan
murid.
Hal ini dapat dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Vygotsky iaitu pemikiran
kerana kanak-kanak dan manusia yang terdedah daripada persekitaran. Dimana sumber yang
diperolehi daripada teknologi adalah mudah untuk didapati dan mudah untuk dikongsi dan
kian berleluasa tanpa pemantauan oleh ibubapa.

2) PERBEZAAN INDIVIDU
Aspek-aspek perbezaan individu mengandungi lima jenis iaitu fizikal, agama, emosi,
kognitif, dan sosial. Manakala, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perbezaan individu
pula ialah, dari segi persekitaran, baka, keluarga, dan agama. Oleh itu, keperluan yang
diperlukan oleh manusia amat dititiberatkan , seperti contoh keperluan fisiologi dimana
keperluan manusia yang paling penting iaitu udara , air, makanan dan tempat tinggal, selain
itu, keperluan keselamatan pula dari segi keselamatan hidup, kestabilan kerja, masyarakat dan
undang-undang, dan akhir sekali, keperluan kasih sayang, keperluan kasih sayang ini manusia
memerlukan hubungan dan kasih sayang dengan insan lain.
Manusia tidak boleh dibiarkan bersendirian. Ini juga ada dinyatakan dalam teori
hierarki keperluan Maslow. Sebagai contoh, jika murid-murid kurang kasih sayang dari oleh
ahli keluarga mereka, mereka akan merasakan diri mereka tidak dihargai dan tidak di
sayangi, oleh itu, ini mendorong mereka untuk mendapatkan kasih sayang dari insan yang
salah iaitu kekasih mereka. Hal ini demikian, akan mewujudkan kasih sayang yang boleh
mendorong mereka untuk melakukan benda-benda yang dilarang seperti menonton
pronografi ini.

3) KEPERLUAN
Dalam isu ini tujuannya adalah untuk kepuasan nafsu diri sendiri, mengikut teori yang
dikatakan oleh Sigmund Freud tentang teori psikoanalitik yang dikemukakan sebagai teori
biologi tentang personalitik iaitu kanak-kanak perlu mendapat kepuasan dan keperluan asas
yang cukup sebelum mereka berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini
tidak dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan
masyarakat. Kebiasaannya murid lelaki lebih awal terjebak dalam masalah ini, terdapat kes
seorang pelajar lelaki mengakui menonton lebih 200 video pornografi sehari semata-mata
untuk memuaskan keinginan seksualnya, seterusnya pelajar ini terdedah kepada masturbasi
dan akhirnya mengamalkan seks bebas ketika menuntut di kolej.

4) MOTIVASI
Motivasi adalah dorongan atau sokongan yang diberikan kepada individu untuk
melakukan sesuatu aktiviti atau tingkahlaku. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi ke-empat motivasi ialah sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau
melakukan sesuatu dgn penuh minat. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow, seseorang akan
terus melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan hidup tidak mengira bagaiman keadaan
persekitaran. Modul Aplikasi Psikologi Pendidikan menyatakan bahawa setiap peringkat
perlu dipenuhi untuk memastikan kestabilan dan keseimbangan kognitif, psikomotor dan
efektif. Teori Maslow mempunyai 5 peringkat iaitu keperluan Fisiologi, Keperluan
Keselamatan, Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan, Keperluan Penghargaan Kendiri dan
Keperluan Kesempurnaan Kendiri.
Hierarki Keperluan Maslow

Penerangan Teori Keperluan Maslow


Keperluan Huraian
Fisiologi Keperluan asas individu untuk hidup seperti air dan
makanan.
Keselamatan Keperluan untuk berasa selamat dan dilindungi.
Kasih Sayang dan Keperluan untuk berasa disayangi dan dimiliki.
Kepunyaan
Penghargaan kendiri Penerimaan dan peghargaan diri dalam kelompok.
Kesempurnaan Kendiri Keperluan ini melihat dan menjadikan diri sendiri
berpotensi dan kompeten

Jika keperluan-keperluan di atas ini tidak dapat dipenuhi dalam diri individu, maka
individu tersebut akan mula mencari sesuatu untuk memenuhi keperluan. Sebagai contoh,
keperluan kasih sayang dan kepunyaan seseorang tidak dapat diberi oleh ahli keluarga
sebagai ahli terdekat maka, individu tersebut akan mencari sesuatu untuk mengisi masa
lapang. Menurut Mariam Abd Majid and Zanariah Dimon (2015) dalam kajian mereka,
individu akan cuba memenuhi keperluan diri sehingga berasa puas hati. Hal ini dapat
dikaitkan bahawa jika ibubapa tidak dapat untuk memberi mereka kasih sayang dan perhatian
yang secukupnya tentang pertumbuhan seksual, murid akan mencari sesuatu di internet dan
membuka laman web untuk mencari maklumat tentang seksual. Namun, oleh kerana tiada
bimbingan dan tapisan daripada ibubapa tentang pendidikan seksual, murid akan terjumpa
perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu syahwat mereka sekali gus mendorong mereka
untuk terus mencari dan melihat video-video porno (Ab. Rahman, etc.,2021).
Selain itu, keperluan penghargaan kendiri juga memberi sumbangan kepada ketagihan
porno jika seseorang individu tidak diterima di dalam suatu kelompok. Hal ini menjadikan
seseorang kepada introvert dan membuatkan masa lapang mereka diisi dengan mencari
sesuatu di laman sesawang dengan didorong rasa ingin tahu apabila mendapat satu titik
kepuasa diri secara maya. Sebagai kesimpulan, penggunaan teknologi yang ada oleh murid
perlulah diselia dan dibimbing oleh ibubapa untuk mengatasi permasalahan ini dan setiap
individu perlu memenuhi keperluan-keperluan Teroi Maslow bagi mengurangi ketagihan
pornografi. Jika hal ini tidak dibendung akan membawa kepada perbuatan yang lebih serius
seperti merogol, gangguan seksual dan pedofilia.

5) MORAL
Masalah kekurangan akhlak dan moral dalam diri murid menyumbang kepada
ketagihan pronografi. Moral mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Dewan Pustaka ialah
ajaran tentang buruk baik sesuatu perbuatan dan perlakuan. Perkembangan moral berkaitan
tentang undang-undang yang dipatuhi oleh seseorang sewaktu berinteraksi dengan orang lain
(Hassmani, 2021). Perkembangan moral boleh dibentuk melalui pengalaman sewaktu
berinteraksi dalam masyarakat. Menurut pelopor utama dalam teori perkembangan moral
iaitu Lawrence Kohlberg, perkembangan moral mempunyai tiga peringkat yang perlu dilalui
oleh semua individu supaya mencapai perkembangan moral maksima.
Tahap yang pertama ialah Pra-Konvensional iaitu pada zaman awal kanak-kanak,
tahap yang kedua ialah tahap Konvensional iaitu pada zaman remaja dan yang terakhir ialan
tahap Pos-Konvensional iaitu pada zaman dewasa. Murid sekolah menengah tergolong dalam
golongan Konvensional dimana sewaktu ini murid akan mengaplikasi peraturan yang telah
ditetapkan oleh guru dan masyarakat. Murid akan membantu seseorang yang dalam
kesusahan murid tersebut akan dianggap baik. Murid juga akan mengikut peraturan supaya
tidak didenda atau disisihkan.
Kurangnya didikan nilai murni di sekolah dan di rumah menjadikan individu kurang
sahsiah. Sewaktu ini juga murid mengalami perkembangan yang pesat dan memerlukan
sokongan dan dorongan untuk memberitahu bahawa perlakuan mereka betul atau salah.
Kurangnya kesefahaman dan terus berlakunya hukuman atau denda daripada ibubapa dan
guru boleh membuatkan murid untuk memberontak dan murid akan berada di dalam dilema
sama ada dirinya seorang yang baik atau tidak. Ini membuatkan murid tersebut tidak bercerita
jika mempunyai sebarang masalah dan menghadapi sendiri. Murid akan mencari kelompok
yang seolah-olah memahami masalahnya dan akan terjebak dengan kegiatan yang tidak
bermoral seperti merokok dan pornografi.
Sebagai kesimpulan, didikan nilai murni perlulah bermula sejak dari rumah lagi bagi
membendung perilaku yang tidak bermoral. Namun, disebabkan ibubapa yang sibuk dengan
urusan kerja seharian akan membuatkan murid terasa terabai dan mencari sesuatu bagi
mengakui kebaikan atau keburukan perilaku mereka.

Teori Moral Kohlberg (Modul Aplikasi Psikologi Pendidikan)

6) PEMAHAMAN KENDIRI
Pemahaman kendiri merupakan konsepsi individu terhadap ciri-ciri dirinya pada
masa kini dan akan datang yang mana meliputi pelbagai aspek seperti fizikal, sosial dan
psikologikal. Istilah ini berkait dengan penilaian seseorang terhadap diri sendiri atau
.bagaimana ia melihat dirinya sama ada secara positif atau negatif

Pemahaman kendiri juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak


kanak-kanak lagi. Ia dimulai melalui interaksi antara ibu bapa dan bayi semasa kecil. Melalui
pengalaman awal dengan ibu bapa serta hubungan persekitaran, individu akan
mempersepsikan diri dalam bentuk positif atau negatif.

Konsep kendiri positif dikaitkan dengan lebih banyak kejayaan dalam hidup,
menerima layanan baik dari ibu bapa, keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat di
sekeliling, bersikap optimistic dan terbuka sikapnya. Individu ini lahir disebabkan faktor
seperti memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina dan hadiah sejak dari
kecil lagi apabila berusaha melakukan sesuatu tidak kira mendapat kejayaan atau kegagalan.
Individu ini berkemungkinan besar membentuk pemahaman kendiri positif.

Berlainan pula dengan konsep kendiri negatif, individu tersebut sering dikaitkan
dengan kegagalan dalam pelbagai bidang, sering dimarahi dan dikritik oleh ibu bapa atau
rakan-rakan dan kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Faktor yang menyebabkan
terbitnya konsep kendiri negatif ini adalah disebabkan suasana keluarga yang tidak bahagia
dan tidak harmoni. Keadaan keluarga yang kucar-kacir serta ibu bapa yang sering bergaduh
menyebabkan anak-anak membesar dengan kurang kasih sayang dan tidak selamat berada
dalam keluarga tersebut.

Hal ini yang berlaku dalam situasi pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan
kegiatan pornografi ini. Mereka kekurangan konsep kendiri yang positif dan lebih kepada
negatif. Tambahan pula, ibu bapa mereka tidak menitik beratkan betapa pentingnya konsep
pengasingan bilik tidur sejak dari kecil lagi. Ibu bapa kurang menitik beratkan adab-adab
yang murni sejak kecil menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat dipupuk dengan
pemahaman kendiri yang positif.

TEORI BERKAITAN:
1) TEORI ORGANISMIK
Teori Organismik yang dipopularkan oleh Sigmund Freud (1938), Erik Erikson
(1968) dan Jean Piaget mengatakan perubahan hormon semasa baligh mengugat
keseimbangan psikik yang dicapai pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman. Akibat
terlalu banyak melihat dan memendam rasa akhirnya akan menimbulkan perasaan ingin
mencuba dalam diri seseorang itu kuat maka terhasil perkara yang tidak diingini seperti
ketagihan seks akibat berasa seronok dan memuaskan maka perkara tersebut iaitu melakukan
dan melihat pornografi itu akan dilakukan berkali-kali apatah lagi tanpa kawalan dari mana-
mana pihak seperti ibubapa dan guru. seseorang itu akan memilih media dan kandungan
pornografi berdasarkan kesukaan dan keselesaan mereka sendiri, mereka memilih untuk
melawati laman web pornografi yang menjadikan mereka terlampau ghairah dan
menghiburkan emosi mereka.
Menurut Freud, kebanyakan mereka menerima kepentingan motif alam tidak sedar,
tetapi mereka lebih meletakkan penekanan yang lebih kepada hubungan ego dengan
masyarakat berbanding dengan hubungan ego yang hanya memuaskan kehendak id. Freud
telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat

biologi atau kebinatangan. Naluri ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu naluri
seksual atau eros (naluri hidup) dan naluri pembinasaan atau thanatos (naluri mati). Semua
kuasa naluri telah disimpan dalam tenaga yang tidak bertambah. Tenaga ini akan wujud
dalam bentuk yang dikenali sebagai tenaga psikik dan tenaga determinisme psikik. Tenaga ini
juga merupakan kuasa penggerak kepada segala perilaku manusia dan mempunyai hubungan
dengan naluri seksual dan libido. Tenaga determinisme psikik merupakan tenaga penyebab
yang mengakibatkan tingkah laku fizikal dan mental manusia.
Sigmund Freud

2) TEORI TINGKAH LAKU


Menerusi artikel Dzuren et al. (2021) pornografi merupakan suatu isu yang tidak
boleh dipandang ringan kerana telah berleluasa dalam masyarakat pelbagai usia tidak kira
muda dan tua. Isu ini juga telah meningkat juga dalam golongan pelajar sekolah dan hal ini
juga menyebabkan mereka ketagihan untuk melihat bahan-bahan pornografi ini.
Kebiasaanya, faktor utama dalam golongan pelajar ini terlibat dalam pornografi melalui
pengaruh rakan sebaya dimana, mereka telah terjebak dengan pengaruh rakan untuk melihat
pornogarfi ini. Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif terjadi kepada pelajar
sekolah. Kebanyakan murid sekolah yang terlibat ini daripada sekolah menengah dalam
lingkungan umur 13 sehingga 17 tahun. Pada umur ini mereka banyak terpengaruh daripada
rakan-rakan yang sebaya.
Menurut Rambli (2022), Malaysians Against Pornography (MAP) pada 2018
melaporkan, 80% kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara
sengaja yang telah melibatkan kanak-kanak sebagai pelaku yang menonton pornografi.
Seperti yang dilihat, kanak-kanak juga tahu mengenai pornografi tetapi hanya melihat sahaja
dan apabila telah meningkat dewasa, kebiasaanya yang melihat pornografi ini akan menjadi
ketagihan untuk terus menerus melihat perkara-perkara ini. Antara kesan yang terjadi akibat
ketagihan pornografi dalam kalangan pelajar ini ialah seks luar nikah dan kes rogol.
Menerusi teori yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku ini ialah teori perkembangan
Sigmund Freud dimana menerusi teori ini telah dikaitakan dengan kepuasan dan keperluan
asas yang cukup sebelum berkembang kepada peringkat yang seterusnya. Dalam teori
psikoanalitik Freud ini ianya berkonsepkan kepada struktur personaliti yang terbahagi kepada
id, ego dan suprego. Dalam masalah tingkah laku ini, pelajar ini telah didorong dengan
struktur personaliti id yang berkait dengan kepuasan keperluan yang dikawal dengan
keseronokan. Ia juga didorong dengan perasaan nafsu seks manusia. Jadinya pelajar-pelajar
ini ketagihan disebabkan oleh perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu benda yang
baru. Selain itu, ketagihan pornografi ini boleh dikaitkan dengan struktur personaliti suprego
iaitu kata hati yang terus mendorong pelajar untuk membuat perkara yang tidak elok.
Kesimpulannya, daripada kegiatan yang tidak elok ini yang menyebabkan pelajar ini
menjadi ketagihan kerana tiada jalan penyelesaian yang terbaik untuk didesakkan kepada
pelajar. Oleh itu, kegiatan ini akan membuatkan peratusan pelajar yang terlibat dengan
ketagihan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

CADANGAN MENGATASI MASALAH KETAGIHAN PORNOGRAFI


1) MASYARAKAT
Isu pornografi ini semakin meningkat dalam kalangan pelajar. Seperti yang telah
dilihat, pornografi ini disebabkan oleh tingkah laku diri sendiri dimana pelajar telah
terpengaruh dengan pelbagai pihak dan menyebabkan pelajar kurang fokus dalam kelas
semasa pembelajaran dijalankan. Menerusi masalah tingkah laku ketagihan pornografi ini
perlulah ditangani oleh beberapa pihak terutamanya daripada pihak masyarakat dan belia.
Terdapat banyak cadangan yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengatasi
masalah tingkah laku pelajar ini.
Antara cadangan masalah yang diutarakan ialah melaksanakan Kempen Mencegah
Pornografi dalam kalangan pelajar sekolah. Kempen ini boleh dilaksanakan dengan
kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membendung
ketagihan pornografi dalam kalangan pelajar. Kempen yang dilaksanakan boleh dilakukan
dengan pelbagai aktiviti antaranya melaksanakan ceramah kepada para pelajar. Ceramah
yang diberikan untuk mengenai kesan-kesan buruk jika ketagihan pornografi dimana banyak
kesan yang buruk akan terjadi seperti berlakunya sek luar nikah antara pelajar-pelajar di
sekolah. Hubungan pergaualan pelajar perempuan dan lelaki tidak batas antara mereka. Oleh
sebab itu, ketagihan pornografi dalam kalangan pelajar ini akan terus meningkat.
Selain itu, semasa kempen dijalankan, pihak MCMC perlu menyatakan mengenai
penggunaan telefon bimbit atau internet. Hal ini kerana, penggunaan telefon bimbit yang
berlebihan ini yang membuatkan mereka leka dan akan melanggan laman sesawang yang
terlibat dengan pornografi. Penghantaran bahan-bahan lucah ini juga boleh digunakan melalui
aplikasi yang sering kita gunakan iaitu Whatsapp, Telegram, WeChat dan sebagainya. Oleh
sebab itu, pihak tertentu perlu menekankan menggenai penggunaan internet ini juga
merupakan faktor yang membuatkan pelajar terus ketagihan untuk melihat bahan-bahan lucah
dan perlu menasihatkan kepada ibubapa supaya memantau pergaulan, penggunaan telefon
pintar anak-anak di rumah supaya ibubapa lebih peka dengan keadaaan anak-anak.
Kemudahan telefon pintar yang dimiliki oleh ramai belia menyebabkan mereka mudah
mengakses dan menyimpan gambar dan video berbentuk pornografi sehingga menjurus
kepada ketagihan pornografi (Amirul Ashraaf & Nooraini, 2020).
Seterusnya, cadangan lain bagi penyelesaian ketagihan pornografi ialah masyarakat
juga perlu menggalakkan melakukan aktiviti-aktiviti seperti Kem Amalan Gaya Hidup Sihat
bersama orang ramai. Dalam kem yang dijalankan ini bagi menggalakkan pelajar terus
terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bermoral dan mengamalkan amalan hidup sihat tanpa
menggunakan telefon pintar. Penggunaan telefon akan lebih menggalakkan lagi pelajar untuk
melihat bahan-bahan lucah di laman web yang haram. Pelajar-pelajar akan dapat
meningkatan lagi kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti dan sebagainya dengan orang
ramai.

2) IBUBAPA
Didikan ibubapa menjadi peranan penting dalam membentuk peribadi dan tingkah
laku anak. Hal ini kerana, setiap tindakan yang mereka lakukan merupakan satu bentuk
didikan, dimana anak mudah untuk mencontohi dan meniru perbuatan mereka. Mengikut
teori Vygotsky, interaksi sosial memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Anak-anak
akan belajar dan mengadaptasi melalui persekitaran mereka yang dikelilingi orang dewasa
yang menunjukkan contoh yang positif atau pun negatif. Oleh kerana besarnya pengaruh
ibubapa, maka dalam masa yang sama ibubapa merupakan agen yang penting bagi
menangani isu ketagihan pornografi dalam kalangan murid sekolah menengah ini (Dzuren et.
al, 2021).
Apabila anak menjalani perkembangan seksualnya, mereka tidak hanya berfikir
tentang seks seperti orang dewasa. Pada peringkat ini, perkembangan seksual anak-anak akan
menyentuh aspek emosi, sosial, budaya dan fizikal. Oleh itu, bimbingan daripada ibubapa
mereka amat penting bagi menjelaskan apa perkara yang boleh dilakukan atau perkara yang
tidak wajar dilakukan semasa proses perkembangan seksual berlaku. Apa yang mereka
pelajari, rasakan dan fikir mengenai seks akan membentuk sikap dan perilaku seks mereka
kelak. Justeru itu, dalam perkembangan seksual remaja, ibubapa perlu membantu dan
membimbing untuk memberikan kefahaman yang jelas agar proses perkembangan seksual
mereka berjalan secara sihat (Margaretha, 2017).
Seterusnya, peredaran zaman berlaku seiring dengan perkembangan teknologi. Tidak
dinafikan, di masa kini ini remaja sangat dekat dengan dunia internet dan teknologi
terutamanya penggunaan peranti digital seperti telefon pintar dan komputer tablet. Mereka
tidak akan dapat meninggalkan dunia gajet, media sosial dan internet kerana kehidupan
mereka yang sentiasa dilingkungi oleh teknologi digital ini (Ab. Rahman et. al, 2021). Justeru
itu, ibubapa yang mempunyai anak mengalami masalah ketagihan pornografi boleh
mengehadkan penggunaan mana-mana teknologi digital selama 3 hingga 4 jam sehari. Hal ini
akan dapat membantu mereka untuk mencegah ketagihan dan kelalaian dalam penggunaan
teknologi. Mereka juga akan bijak menghargai masa dan dapat memberi kesihatan jasmani
daripada mengalami implikasi penggunaan teknologi secara berlebihan (Norman & Othman,
2020). Selain itu, ibubapa juga perlu sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti penggunaan
peranti pintar anak-anak mereka terutamanya golongan remaja ini. Ibubapa boleh memuat
turun aplikasi seperti Google Family Link. Melalui aplikasi ini, ibubapa dapat mengawal
kandungan aplikasi lain dengan meletakkan had umur tertentu serta boleh mengehadkan masa
penggunaan peranti setiap hari.

JUSTIFIKASI CADANGAN
Cadangan diatas diambil bagi membantu untuk mengatasi masalah ketagihan
pornografi dan secara tidak langsung dapat menggalakkan cara penyelesaian masalah
mengikut kreativiti dan kemahiran masing-masing. Menurut pandangan pengkaji, masalah
yang dicadangkan itu dapat membantu pelajar lebih bergaul dan menyertai aktiviti dengan
rakan-rakan yang baik daripada berseorangan di rumah. Daripada kempen yang dijalankan itu
pula dapat memberitahu ahli keluarga mengenai masalah ketagihan pornografi ini. Justeru itu
membolehkan ibubapa dapat membimbing dan melakukan langkah proaktif dan berkesan
terhadap penggunaan teknologi dalam kalangan remaja dengan menyekat laman-laman
sesawang yang tidak berfaedah yang boleh memberi pengaruh negatif serta mengawasi
aplikasi yang digunakan oleh anak-anak mereka. Anak-anak khususnya golongon remaja
akan tidak terjebak dan tidak terpengaruh dengan perkara sia-sia seperti pornografi yang akan
memberi kesan buruk terhadap tingkahlaku mereka.
RUJUKAN

Ab. Rahman, N. A. @ N. A., Tengku Maaidah Tengku A. Razak, Nik Nurul Akmal Ab.
Alim, Nur Kamilah Kamaruddin, Najahudin Lateh, & Nurhidayah Hashim. (2021).
Pornografi Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam:
Pornography Among Z Generation Adolescents from The Islamic Perspective. Online
Journal of Research in Islamic Studies, 8(2), 67–78.
http://jummec.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/32196

Ab. Rahman, N. A. @ N. A.., Tengku Maaidah Tengku A. Razak, Nik Nurul Akmal Ab.
Alim, Nur Kamilah Kamaruddin, Najahudin Lateh, & Nurhidayah Hashim. (2021).
Pornografi Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam:
Pornography Among Z Generation Adolescents from The Islamic Perspective. Online
Journal of Research in Islamic Studies, 8(2), 67–78. Retrieved from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/32196

Azman bin Safii. (2017, September 30). JURNAL KEPIMPINAN: Model Maslow Dalam
Perkembangan Pembelajaran Murid di Sekolah. JURNAL KEPIMPINAN.
https://azmanss.blogspot.com/2017/09/model-maslow-dalam-perkembangan.html

Dzuren, A. N. S., Jie, F. Y., Anuar, N. M. A. M., Nadzri, N. A. M., Fakhruddin, F. M., &
Fakhruddin, F. M. (2021). Penglibatan Belia Dalam Isu Ketagihan Bahan Pornografi,
Kesan Dan Langkah Menangani Ketagihan. e-BANGI, 18(8), 166-
178.http://eprints.utm.my/id/eprint/98332/1/AleeyahNurSabrina2021_PenglibatanBelia
dalamIsuKetagihanBahan.pdf

Edwin Michael1, Lim Ean Heng2, Eng May Chuen3


https://nikalila.wordpress.com/2012/03/25/teori-psikoanalitikpsikoanalisis-sigmund-
freud-4/

Hassmani bin Che Omar @ Che Hassan. (2021, December 12). TEORI PERKEMBANGAN
MORAL LAWRENCE KOHLBERG - Membalik Buku Halaman 1-30 | AnyFlip.
Anyflip.com; 659-8-fatihah. https://anyflip.com/ksuue/egdz/basic
Kendra Cherry; (n.d.). Hierarki Keperluan Maslow: Lima Tahap. Ms.reoveme.com.
Retrieved September 20, 2023, from https://ms.reoveme.com/lima-tahap-hierarki-
keperluan-maslow/

Margaretha. (2017). Perkembangan seksual Anak Dan Remaja. Psikologi Forensik dan
Psikopatologi. https://psikologiforensik.com/2016/01/02/perkembangan-seksual-anak-
dan-remaja/

Mariam Abd Majid, & Zanariah Dimon. (2015, April). (PDF) PERANAN MOTIVASI
TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/340662069_PERANAN_MOTIVASI_TERH
ADAP_PEMBENTUKAN_TINGKAHLAKU_MANUSIA

Norazrina @ Nor Azura Ab. Rahman, Tengku Maaidah Tengku A. Razak, Nik Nurul Akmal
Ab. Alim, Nur Kamilah Kamaruddin, Najahudin Lateh & Nurhidayah Hashim (2021)
Pornografi Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam, Online
Journal Research in Islamic Studies.

Norman, A. A., & Othman, N. (2020). Ketagihan pornografi dalam kalangan remaja: Faktor
dan implikasi terhadap sahsiah diri remaja. Jurnal Melayu, 19(2), 205-215.
http://journalarticle.ukm.my/15529/1/43488-139741-1-SM.pdf

Rambli, N. (2022). Kemelut Ketagihan Pornografi di Usia Kanak-Kanak. MyREF.


https://myref.org.my/2022/03/21/kemelut-ketagihan-pornografi-di-usia-kanak-kanak/

Varatharajoo, T. (2020). Hubungan antara ketagihan pornografi dan jenis trait personaliti
dalam kalangan remaja. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1–8.
http://journalarticle.ukm.my/16621/

Anda mungkin juga menyukai