Anda di halaman 1dari 2

FORUM 2 -DR JUNAINAH

Bincangkan kekuatan dan kelemahan teori Arnold Gessell serta sumbangan kepada Psikologi
Pendidikan.

JAWAPAN:

Menurut Teori Arnold Gesell, beliau berpendapat bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
faktor kematangan di mana perkembangan individu mengikut tempoh atau urutan tertentu walaupun
individu menghadapi perkembangan yang lambat atau awal.

Bagi pendapat saya kekuatan yang ada pada Teori Perkembangan Gesell ialah percaya bahawa baka
merupakan faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Hal ini tidak dinafikan kerana
terdapat kajian yang dijalankan mengenai kebolehan dan kecerdasan kanak-kanak dipengaruhi oleh
baka yang diwarisi dari genetik ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai kecerdasan yang bagus akan
melahirkan anak-anak yang bijak. Sebagai contoh, jika kedua-dua induk mempunyai gen dominan
kemungkinan anak yang dilahirkan memperolehi kepintaran sama seperti ibu bapa dan juga
sebaliknya. Bukan sahaja kecerdasan, bakat juga dikatakan diwarisi melalui baka. Sebagai contoh, jika
ibu bapa mempunyai bakat seni melukis, anaknya juga mungkin akan mewarisi bakat mereka.

Namun begitu, Teori Gesell juga mempunyai kelemahan. Salah satu kelemahannya ialah tidak
menitikberatkan faktor persekitaran, alam sekitar dan budaya dalam membentuk kecerdasan kanak-
kanak. Pengaruh persekitaran sebenarnya memberi impak juga kepada anak-anak dari segi pergaulan
dan percakapan kerana dari persekitaran anak-anak belajar dengan keadaan sekeliling dan mendapati
di dunia ini didapati terdapat orang lain selain dari mereka. Hal ini menjejaskan perkembangan anak-
anak dari segi kognitif dan emosi.

Gesell percaya bahawa pada peringkat pertama dalam kehidupan, golongan bayi mempunyai satu
jadual semula jadi di mana bayi sendiri sangat arif tentang keperluan sendiri dan sama ada mereka
sedia atau tidak bersedia dalam berbuat sesuatu. Dan, Teori Gesell tidak menggalakkan ibu bapa
memaksa anak mereka melakukan sesuatu sebaliknya ibu bapa patut mengambil iktibar darinya.
Sebagai contoh situasi adalah memberi makanan kepada bayi. Gesell menyarankan makanan diberi
secara keinginan bayi sendiri apabila bayi itu sendiri menunjukkan persediaan untuk
menerima makanan. Dan ini sangat bertentangan dengan pola kehidupan kebiasaan dan rutin
harian kebiasaan yang dijalani oleh manusia biasa.

Tidak dinafikan Teori Gesell sangat memberi impak kepada Psikologi Pendidikan.Lebih-lebih lagi
Antaranya ialah Teori ini mengajar guru supaya prihatin dan sabar dalam membimbing murid kerana
guru yang bagus akan mengikuti perkembangan murid berdasarkan kepada ciri-ciri yang ditunjuk
oleh murid. Dan ini mengajar guru untuk lebih bersabar dalam mengendalikan dan membimbing
pelajar pada tahap perkembangan mereka. Sekalipun murid seakan-akan menguji kesabaran guru
sebaiknya berusaha untuk bersikap tenang dan professional.
KELEMAHAN

 perlakuan perangai mereka, tetapi mereka patut mengambil iktibar daripada anak-anak
mereka sendiri.
 Gesell telah menyarankan memberi makanan secara keinginan, iaitu memberi
makanan kepada bayi apabila ianya menunjukkan persediaan untuk menerima
makanan, - bertentangan dengan corak memberi makanan kepada bayi
mengikut pola-pola yang telah ditentukan

Ibu bapa menyikut isyarat yang ditunjuk oleh bayi, ibu bapa kemudian akan
menghargai keupayaan semulajadi bayi dalam perkembangan kendirinya.
SUMBANGAN

 teori arold gesell banyak membantu seorang guru dalam proses pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah untuk memastikan hasil pembelajaran yang optimun.

 implikasi yang lain ialah guru dapat membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.
Disini guru berperanan penting dalam menerangkan kepada pelajar mengenai kemampuan
mereka pada tahap ini

 Teori ini juga mengajar guru supaya prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar. Guru-
guru perlu sabar dalam mengendalikan dan membimbing pelajar pada tahap perkembangan
in

Anda mungkin juga menyukai