Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN PENGANJURAN

FUN WALK 3KM HEALHTY STEP SEMPENA PROGRAM INTERVENSI


BERSEPADU PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) KOMUNITI 2022

ANJURAN :

MAJLIS BELIA DAERAH PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERJASAMA :

UCSI HOSPITAL SDN. BHD.

PADA :

18 MAC 2023

BERTEMPAT DI :

UCSI HOSPITAL
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1. PENDAHULUAN

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam
melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia
telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini
pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas
memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki
berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada
tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan
dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti,
diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara
tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Fun Walk 3KM Healthy Step sebagai
antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif. Oleh
yang demikian, bersempena karnival, kami telah mengambil satu inisiatif untuk
menganjurkan Fun Walk 3KM Healthy Step bagi mengamalkan aktiviti kecergasan
dikalangan anggota kesihatan dan pada masa yang sama mempromosikan aktiviti Fun
Walk 3KM Healthy Stepini kepada masyarakat Port Dickson.

2. MATLAMAT

Matlamat penganjuran Fun Walk 3KM Healthy Step ini adalah untuk mempromosikan
aktiviti Fun Walk 3KM Healthy Step dan pada masa yang sama meningkatkan tahap
kecergasan masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik anggota
kesihatan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam
aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung kejohanan ini juga dapat
hiburan dan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
3. OBJEKTIF

1. Melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.


2. Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan
serta kesihatan diri.
3. Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti 10K
Healthy Steps.
4. Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jatidiri
serta dapat mewujudkan sikap daya saing.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.

4. NAMA ACARA

Fun Walk 3KM Healthy Step


SEMPENA PROGRAM INTERVENSI BERSEPADU PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)
KOMUNITI 2023

5. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT

Tarikh : 18 Mac 2023


Masa : 6.00 – 10.00 Pagi
Tempat : UCSI Hospital, Port Dickson
6. ATURCARA

TENTATIF PROGRAM Fun Walk 3KM Healthy Step SEMPENA PROGRAM INTERVENSI
BERSEPADU PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) KOMUNITI 2022

MASA ATURCARA
6.00 Pagi Pendaftaran peserta Fun Walk 3KM Healthy Step
7.00 Pagi Pelepasan peserta Fun Walk 3KM Healthy Step
7.30 Pagi Anggaran ketibaan terawal peserta Fun Walk 3KM Healthy Step
9.00 Pagi Anggaran peserta tamat Fun Walk 3KM Healthy Step
9.30 Pagi Cabutan bertuah untuk peserta Fun Walk 3KM Healthy Step

7. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
7.1 Penyertaan & Pendaftaran;

i. Pendaftaran adalah RM40.00 seorang


ii. Nama bagi penyertaan haruslah dihantar sebelum 26 Februari 2023.
iii. Peserta wajib menemani anak-anak berumur 12 tahun kebawah yang
mengikuti 10K Healthy Steps
iv. Penyertaan perlu dilakukan dengan mendaftar Nama penuh, No Kad
Pengenalan & No.telefon kepada Ajk Pendaftaran.

7.2 Pemenang Cabutan Bertuah

i. Semua peserta Fun Walk 3KM Healthy Step yang berdaftar


mempunyai peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
ii. Nombor cabutan akan diberikan semasa pendaftaran sebelum Fun
Walk 3KM Healthy Step dimulakan.
iii. Cabutan akan dilakukan selepas semua pelari tamat Fun Walk 3KM
Healthy Step
8. LALUAN Fun Walk 3KM Healthy Step
9. ANGGARAN PERBELANJAAN.

Baju Larian 6,000.00


Medal 4,000.00
Goodies Bag & Sijil 2,500.00
Air Minuman 0,500.00
Custome Arch Ballon 0,500.00
Custome Beach Flaq 500.00
Cabutan Bertuah (RM50 x 20) 1,000.00
JUMLAH 15,000.00

10. PENUTUP

Memandangkan pertandingan sebegini adalah pertama kali akan dilaksanakan


Jawatankuasa ini, maka pihak kami berharap ia akan berjalan lancar. Diharap dengan
penganjuran sebegini akan terus mendapat kesinambungannya pada masa akan
datang berjalan dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh Disemak oleh,

MUHAMAD HAFIZ BIN SHAMSUDDIN NURUL AIN BINTI ZAINI


Setiausaha Pengerusi
Majlis Belia Daerah Port Dickson Majlis Belia Daerah Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri Sembilan Darul Khsus

Anda mungkin juga menyukai