Laporan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2022

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.

0 – 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN TOGOP DARAT, RANAU


_______________________________

LAPORAN PROGRAM
TRANSISI
TAHUN 1 (PTTS 2.0)
2022/2023

TAHUN1/SKTDR/2022-2023 1
LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 – 2022/2023

1. Nama Program : Program Transisi Tahun 1


2. Tarikh : 21 Mac – 15 April 2022
3. Tempat : Sk. Togop Darat, Ranau
4. Objektif :
4.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika
kepada pendidikan formal.
4.2 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
4.3 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4.4 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.
4.5 Membantu murid mengurus diri sendiri.
4.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

5. Sasaran : Murid tahun 1 ( 7 Orang)


6. Butiran aktiviti :
i. Fasa Penyesuaian (Minggu 1 dan 2)
 Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
 Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat

ii. Fasa Kesediaan (Minggu 3 dan 4)


 Mengikut jadual Tahun 1
 Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
 Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid dan kreativiti guru
 Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD

7. Penilaian program :
7.1 Kekuatan program
7.1.1 Murid Tahun 1 melibatkan diri dengan aktif dan menunjukkan semangat
yang tinggi dalam menjayakan program.
7.1.2 Guru dapat mengenal pasti pencapaian murid dan dapat merancang kaedah
pdpc yang bersesuaian.
TAHUN1/SKTDR/2022-2023 2
LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 – 2022/2023

7.2 Kelemahan program


7.2.1 Masih terdapat murid yang tidak menguasai 3M.

7.3 Cadangan penambahbaikan


7.3.1 Program intensif perlu dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran Tahun 1 terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik kerana terdapat murid yang masih tidak menguasai 3M.

8. Penutup
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2022/2023 ini telah berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat
menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di sekolah supaya
mendapat pendidikan awal secara menyeluruh. Program transisi yang dijalankan dalam masa
yang singkat ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan berani dalam diri murid-murid
tahun satu terutama dalam pergaulan seharian.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................. ..........................................
ERNIE BINTI SAMIN DIKSON GUDOG@SIKIN
Penyelaras Program Transisi 1 Penolong Kanan HEM
Sk. Togop Darat, Ranau Sk. Togop Darat, Ranau

Disahkan oleh;

.............................................
RAZALIN BIN RAJUM
Guru Besar
Sk. Togop Darat, Ranau

TAHUN1/SKTDR/2022-2023 3
LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 – 2022/2023

Lampiran

TAHUN1/SKTDR/2022-2023 4
LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 – 2022/2023

TAHUN1/SKTDR/2022-2023 5

Anda mungkin juga menyukai