Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.

t
Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang
dirahmati Allah sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah
yang dipetik daripada Al-Qurannul Karim yang bertajuk ‘’Nabi Salleh dan
keangkuhan kaum Thamud’’
Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita Kisah Nabi Salleh Ambil pengajaran
dari apa yang ada sebagai ingatan untuk orang yang soleh.
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Nabi Saleh A.S telah diutuskan oleh Allah SWT kepada Kaum Thamud "iaitu
kaum yang mewarisi kemewahan serta kemakmuran hidup yang suatu ketika
dahulu dimiliki 0leh Kaum Aad, iaitu Kaum Nabi Hud A.S.
Tetapi sayang seribu kali sayang, Kaum Thamud tidak bersyukur serta tidak
beriman. Mereka memuja patung, menyembah berhala, memohon
perlindungan bukan dari yang Esa .
Allah telah mengutuskan Nabi Salleh sebagai utusan memimpin manusia
yang lupa daratan memberi penerangan menjauhi kemungkaran. Semoga
mendapat rahmat yang Esa.

Sidang hadirin sekalian,


Nabi Saleh A.S sebagai utusan Allah SWT mengajak kaumnya supaya
menyembah Allah dan meninggalkan segala kemaksiatan dan kemungkaran.
Allah yang menciptakan langit dan bumi. Allah yang menciptakan alam ini.
Allah yang menciptakan bukit-bukau, gunung-ganang dan lautan.
‫َأ‬ ‫۟ا‬ ‫َأ‬
‫َلَق ْد ْر َس ْلَن ا ُنوًح ا ِإَلٰى َقْو ِمِهۦ َفَق اَل َي ٰـ َقْو ِم ٱْع ُبُدو ٱَهَّلل َم ا َلُك م ِّم ْن ِإَلٰـ ٍه َغ ْي ُرُهٓۥ ِإِّن ٓى َخ اُف َع َلْي ُك ْم َع َذ اَب َي ْو ٍم‬
‫َع ِظ يٍۢم‬
Wahai kaumku, Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi
kamu selain daripadaNya, sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa
azab hari kiamat.
Namun begitu, segala ajakan Nabi Salleh ditolak mentah-mentah oleh
kaumnya yang degil itu. Pelbagai
tohmahan dan caci maki dihamburkan kepada baginda.
Namun demikian, Nabi Saleh A.S tetap bersabar dan meneruskan dakwahnya
supaya kaumnya sedar akan kebenarannya. Malah, baginda turut
menceritakan kisah kaum-kaum terdahulu yang mendapat azab dan siksaan
daripada Allah SwT kerana menentang rasulNya dan mendustakan
risalahNya.
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Setelah bertungkus lumus berdakwah mengajak kaumnya beriman kepada
Allah, hanya sebahagian kecil sahaja yang menerima dakwah baginda yang
terdiri daripada golongan miskin dan hamba sahaja. Golongan berada dan
kaya-raya tetap bersikap angkuh , sombong dan menolak ajakan Nabi Salleh
AS tersebut. Mereka bangga dengan harta dan kedudukan mereka yang
mewah dan terkenal itu.
Sidang hadirin sekalian,
Kaum Nabi Saleh A.S telah meminta baginda menunjukkan bukti tentang
kebenaran dakwahnya dan mereka berjanji akan beriman dengan Allah
sekiranya terbukti kata-kata Nabi Salleh itu adalah benar belaka.
Oleh itu, Nabi Saleh lantas memohon kepada Allah SWT agar memberinya
suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus
mematahkan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu.
Dengan kekuasaan Allah SWT, keluarlah seekor unta betina dari perut
sebuah batu karang besar yang terdapat di tepi sebuah bukit. lantas Nabi
Saleh A.S memberitahu bahawa itulah unta Allah SWT.
Bagi meminta agar
mereka tidak mengganggu unta tersebut semasa ia pergi minum
kerana sudah ditetapkan giliran mereka untuk mendapatkan minuman
kepada ternakan masing-masing. Akibat rasa tidak puas hati dikalangan
mereka, kaum yang degil ini telah merancang untuk membunuh unta
tersebut. Akhirnya muncul dua orang lelaki iaitu Mushadda bin Muharrij dan
Gudar bin Salif. Kedua lelaki ini telah berjaya membunuh unta Nabi Salleh
dan telah mendapat pelbagai pujian dan habuan dari kaumnya berikutan
kejayaan tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Setelah berjaya membunuh unta tersebut, mereka dengan bangga
memberitahu kepada Nabi Salleh AS. Nabi Salleh sekali lagi menyuruh
kaumnya bertaubat dan insaf dengan perbuatan tersebut namun sia-sia
sahaja.Nabi Salleh telah mengingatkan sekali lagi kaumnya supaya bertaubat
dalam tempoh tiga hari sebelum azab siksaan diturunkan Allah, namun
ternyata gagal. malah Nabi Salleh terus diejek dan dipersenda oleh kaumnya,
walaupun pada hari pertama wajah merek sudah bertukar menjadi
kuning,dan merah pada hari kedua. Pada hari ketiga seluruh wajah kaum
yang degil ini bertukar hitam, sebelum Allah menurunkan azab siksaanNya
pada hari keempat. Kaum Tsamud habis binasa ditimpa panahan hali lintar
yang dahsyat diiringi gempa bumi yang mengerikan, menamatkan riwayat
mereka yang degil kepada ajaran Allah SWT.
Nabi Saleh A.S bersama para mukminin telah menuju ke Ramlah, sebuah
tempat di Palestin, meninggalkan Hijir dan penghuninya yang ingkar dan
telah menerima balasan dari Allah.
Sidang hadirin sekalian,
Harus kita ingat bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan
sekelompok kecil masyarakat, akan mengakibatkan kebinasaan masyarakat
seluruhnya.
Sekian sahaja cerita saya, yang baik kita jadikan pengajaran, yang
buruk jadikan sempadan.
Segala kebaikan datangnya daripada Allah SwTdan yang buruk itu
kelemahan diri saya sendiri,
Sekian,terima kasih.
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai