Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU 6 AKASIA

Latihan Perkataan Berlawan (ANTONIM)


Beri perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap
butiran berikut.

30 minit jawab soalan dan 30 minit perbincangan jawapan dan buat pembetulan
dalam buku tatabahasa.

1. Pekerja yang cuai itu telah dibuang kerja.


A. rajin B. teliti C. patuh D. jujur

2. Ikan-ikan di tasik itu boleh dilihat kerana airnya sangat jernih.


A. kotor B. keruh C. jarang D. cetek

3. Air sungai itu pasang pada waktu pagi.


A. surut B. jatuh C. rendah D. cabut

4. Ubat yang dimakan oleh adik itu sangat mujarab.


A. Penawar B. Pil C. Racun D. Madu

5. Orang yang berhati mulia tidak akan menyakiti hati orang lain.
A. baik B. buruk C. waras D. hina

6. Bau bunga mawar itu sangat wangi.


A. busuk B. sedap C. harum D. hidu

7. Farid telah lupa akan nama budak itu.


A. tahu B. ingat C. sedar D. perasan

8. Perut saya sakit kerana terlalu lapar.


A. penuh B. ketat C. banyak D. kenyang

9. Salina mengangkat beg yang berat itu.


A. malas B. halus C. ringan D. sedikit

10. Kucing peliharaan itu sangat jinak.


A. baik B. ganas C. liar D. jahat

11. Kawan saya tinggal di selatan Afrika.


A. timur B. barat C. tengah D. utara

12. Kasim gembira kerana telah menang di dalam peraduan itu.


A. tewas B. berjaya C. maju D. rosak

13. Dalam air sungai itu ada sebuah peti usang.


A. cetek B. masuk C. keruh D. Luar
BAHASA MELAYU 6 AKASIA

14. Harga baju kurung itu sangat mahal.


A. cantik B. untung C. murah D. sederhana

15. Saya mempunyai seorang adik lelaki.


A. teruna B. adinda C. perempuan D. pemudi

16. Kapal kertas Azman tenggelam di tengah kolam.


A. untung B. timbul C. kecundang D. condong

17. Anak sulung Mak Hendon sangat bijak.


A. tua B. teruna C. bongsu D. pinggir

18. Bunga mawar itu sudah layu.


A. kuncup B. kembang C. kecut D. kering

19. Burung merpati itu hinggap di atas sebatang dahan.


A. terbang B. duduk C. panjat D. jatuh

20. Ibu melarang saya mandi di air yang keruh.


A. tawar B. tenang C. jernih D. jarang

Anda mungkin juga menyukai