Anda di halaman 1dari 1

Rujukan : GER23/EVT/325

Tarikh : 21 Mac 2023

Kepada:
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
KM 23 Jalan Kota Tinggi Ulu Tiram
Johor.
No.Telefon: 0127066780

Cc: Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Huzaimah binti Husin

Assalammualaikum Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato’/Datin,

PERKARA: TAJAAN PROGRAM IFTAR UNTUK PELAJAR MADRASAH AL-ATTAS AL-ARABIAH JOHOR

Dengan segala hormat.

Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada Global Ehsan Relief Malaysia, dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami ingin
menaja makanan iftar mengikut bilangan pelajar sekolah atau madrasah sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini. Kami memilih satu hari,
satu madrasah, untuk menaja makanan iftar di sesebuah madrasah atau maahad dan matlamat kami agar dapat mencapai 30 buah madrasah
dalam bulan yang mulia ini. Sejajar dengan program kami menyantuni pelajar di bawah Program Ehsan Ramadhan.

2. Cara perlaksanaan atau tentafif program pelajar akan berbuka seperti dan beberapa orang darii wakil kami akan hadir untuk
membuat media coverage sebagai bukti kepada penderma bahawa telah sampai sumbangan mereka kepada madrasah yang terpilih. Bagi
penyediaan makanan, kami akan menyumbang sejumlah wang kepada madrasah untuk pihak madrasah menyediakan juadah berbuka untuk
pelajar.

Butiran program ini adalah seperti berikut:


“EHSAN RAMADHAN :
PROGRAM IFTAR RAMADHAN
2023”

Tarikh : 4 APRIL 2023 (Selasa).


Masa : Waktu Berbuka Puasa
Lokasi : Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor
Anjuran : Global Ehsan Relief Malaysia
Sasaran : Pelajar Madrasah serta Tenaga Pengajar

3. Sehubungan dengan itu, organisasi kami berharap agar pihak tuan dapat meluangkan sedikit masa dan membantu untuk
menjayakan program ini. Diharap pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan baik dan seberapa segera supaya program yang dirancang
berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi melalui +607 - 234 0413 (Pejabat) dan 012 – 234 0413
(Hotline). Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan adalah sangat kami hargai. Didahulukan dengan ucapan terima kasih untuk
kerjasama pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“LEND A HELPING HAND, HELP TO CHANGE THE WORLD”

Yang Benar,
Ain
012-2370413
Project Manager
GLOBAL EHSAN RELIEF MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai