Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONALISME PEMIMPIN PENDIDIKAN

(NPQEL)

JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KEMBARA ILMU


‘MENYEMAI BUDI, MENABUR BAKTI’

TARIKH :
28 OKTOBER 2023 (SABTU)

TEMPAT:
SMK SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS, PAHANG DARUL MAKMUR

ANJURAN :
PESERTA SMGH2 AMBILAN 1 TAHUN 2024
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, CAWANGAN GENTING HIGHLAND
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEMBARA ILMU MENYEMAI BUDI, MENABUR BAKTI
MELALUI JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)
ANJURAN PESERTA NPQEL SMGH2 AMBILAN 1 TAHUN 2024

1.0. LATAR BELAKANG PROGRAM :

Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana
tokoh dan agensi korporat bagi melaksanakan program pendidikan ke arah kemenjadian murid di
sekolah tepilih. Jalinan dan jaringan ini adalah sebagai platform untuk individu atau agensi
menyampaikan sumbangan dan kemahiran mereka dengan cara yang penuh integriti, mesra
masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial.
Sehubungan dengan itu, peserta NPQEL SMGH2 Ambilan 1 Tahun 2024 diamanahkan untuk
menjalankan Projek Jalinan Pintar Korporat ini di SMK Sri Layang, Genting Highlands.
Perbincangan dengan pengurus sekolah telah membawa idea untuk menjalankan program
Kembara Ilmu Menyemai Budi, Menabur Bakti dengan kerjasama daripada pihak Pahang Skills
Delevopment Centre dalam mendedahkan murid dengan kemahiran TVET dalam Pendidikan
Vokasional dan Teknologi serta memeterai perjanjian MOU antara pihak sekolah dengan pihak
Pahang Skills Development Centre untuk menjadikan SMK Seri Layang sebagai sekolah angkat
mereka.

2.0. OBJEKTIF PROGRAM :

2.1 Mendapatkan sumbangan dan sokongan bagi menjalankan program Jalinan Pintar Korporat
(JPK)
2.2 Mewujudkan hubungan berterusan dan berpanjangan antara sekolah dan pihak korporat
2.3 Melaksanakan aktiviti program kerjasama antara sekolah dan pihak badan berkanun dari
segi kemahiran vokasional dan teknologi.
2.4 Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak
sekolah, komuniti dan pihak badan berkanun.

3.0 KUMPULAN SASARAN :

3.1 Guru-guru, AKP dan murid-murid tingkatan 3,4 dan 5 SMK Sri Layang
3.2 Ibu bapa dan komuniti sekitar Genting Highlands.
3.3 Pensyarah dan pelajar Pahang Skill
4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :

4.1 Tarikh : 28 Oktober 2023


4.2 Hari : Sabtu
4.3 Tempat : SMK Sri Layang, Genting Highlands
4.4 Aktiviti : Senamrobik, Gotong-royong, taklimat TVET, demostrasi
dron, pameran dan pemasangan papan tanda surau

5.0 JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras Projek : En. Hamzah bin Mohd Daud


Setiausaha : Pn. Mazilah binti Abdullah
Pen. Setiausaha : Pn. Puteri Dazuraimah binti Megat Yunos
Bendahari : Pn. Yogavaeni a/p Vengidason

JAWATANKUASA AHLI BIDANG TUGAS

FLOOR MANAGER En. Khairol Adha b. Mohd Mokhtar (K) 1. Memastikan semua
program berjalan dengan
lancar
2. Menyelaras majlis
perasmian penutupan.
URUSETIA Pn.Mazilah bt Abdullah (K) 1. Menyediakan kertas
Pn. Puteri Dazuraimah bt Megat cadangan
Yunos 2. Menyediakan surat dan kad
jemputan program
3. Menyediakan salutasi
BUKU PROGRAM Pn. Yogavaeni a/p Vengidason (K) 1.Menyediakan dan
Pn. Nur Hafizaz bt Ahmad mengedarkan buku program
BANNER/BUNTING/ En. Suhairi b. Shoib (K) 1.Menyediakan banner dan
DESIGN LOGO bunting
SURAU 2.Mereka logo surau SMK Sri
Layang.
SIARAYA En. Ma Chau Wai (K) 1. Menyusun atur tempat
PENGURUSAN En. Khairul Azhar bin Yahya program
TEMPAT & ALATAN En. Khairol Adha b. Mohd Mokhtar 2. Menyediakan alatan yang
sesuai
3. Menyediakan peralatan
Siaraya
PENGACARA MAJLIS En. Mazlan b. Mohamad Zaki (K) 1. Mengacara majlis mengikut
protokol
2. Memastikan majlis berjalan
lancar
3. Menyediakan teks ucapan
SAMBUTAN & En. Mohd Zamri b. A. Rashid (K) 1. Menyambut kehadiran
PROTOKOL En. Hamzah bin Daud tetamu dan VIP
2. Memastikan protokol majlis
betul
BACAAN DOA En. Mohd Zamri b. A. Rashid (K) 1. Menyediakan teks bacaan
doa
2. Memimpin bacaan doa
SENAMROBIK Tn. Syed Huzaini b. Syed Hussin (K) 1.Menguruskan aktiviti
Pn. Hartini bt Ali Osman senamrobik
TAKLIMAT KERJAYA En. Baharim bin Ali (K) 1. Menguruskan perjalanan
BERKAITAN TVET En. Khairul Azhar b. Yahya taklimat berkaitan TVET
PAMERAN SUDUT Pn. Yogavaeni a/p Vengidason (K) 1.Membantu pihak Pahang
STEM En. Ma Chau Wai Skill Development dalam
pengurusan Pameran Sudut
STEM
FOTOGRAFI En. Azza Feroz b. Abdull Azih (K) 1. Mengambil gambar dan video
En. Ma Chau Wai sepanjang majlis
DEMONSTRASI En. Baharim bin Ali (K) 1.Membantu Pahang Skill
DRON En. Azza Feroz b. Abdull Azih Development menguruskan
aktiviti dron.
JAMUAN Pn. Nur Hafizaz bt Ahmad (K) 1.Menguruskan jamuan tetamu
Pn. Hartini bt Ali Osman jemputan dan warga sekolah
GOTONG-ROYONG En. Khairul Azhar b. Yahya (K) 1. Menguruskan program
& KEBERSIHAN En. Mohd Zamri b. A. Rashid gotong royong di surau
En. Suhairi b Shoib 2. Memastikan tempat
program dalam keadaan
bersih sebelum,semasa dan
selepas program
CENDERAMATA En. Hamzah b. Mohd Daud (K) 1. Menyediakan cenderamata
PERASMI untuk perasmi
DOKUMENTASI & Pn. Mazilah bt Abdullah (K) 1. Menyediakan laporan program
SIJIL MOU Pn. Puteri Dazuraimah bt Megat selepas selesai program
Yunos 2. Menyediakan Sijil MOU antara
pihak sekolah dan Pahang Skill
Development.
6.0 TENTATIF PROGRAM
Di lampiran 1

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

BIL. SUMBER JUMLAH


(RM)
1. Sumbangan korporat - Syarikat Che Din Food Industries 2000.00
2. Sumbangan korporat - Salehuddin Saidin & Associates 500.00
JUMLAH 2500.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERINCIAN PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH


(RM)
1. Makanan dan minuman untuk jamuan (bil X RM5) 100 500.00
2. Air mineral 5 kotak 50.00
3. Cenderamata perasmi 1 80.00
4. Banner dan Bunting 3 200.00
5. Signboard Surau 1 1,470.00
6. Peralatan untuk gotong royong & kebersihan 100.00
7. Kontigensi 100.00
Jumlah 2,500.00
8.0 PENUTUP :

Program Kembara Ilmu Menyemai Budi, Menabur Bakti melalui Jalinan Pintar Korporat
(JPK) ini adalah diharapkan dapat memberi pengetahuan dan impak yang besar kepada
semua warga sekolah SMK Sri Layang terutamanya muridnya dalam bidang vokasional
dan teknologi bagi membentuk murid berpengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi
situasi perkembangan teknologi pada masa kini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................................. ......................................................................
.
(PN. MAZILAH BINTI ABDULLAH) (DR. TEH KIM PENG)
Setiausaha Ketua Pegawai Rujuk Jalinan Pintar Korporat
Program Jalinan Pintar Korporat NPQEL Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting
SMGH2 Highland.
Lampiran 1

Aturcara Program

8.00 pagi : Ketibaan Peserta


8.15 pagi : Senamrobik
8.30 pagi : Program bermula ;
i) Taklimat Kerjaya berkaitan TVET
ii) Pameran Sudut STEM
iii) Demonstrasi Dron
10.00 pagi : Jamuan ringan
10.30 pagi : Gotong Royong di Surau
11.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
11.30 pagi : Perasmian penutup
12.00 tengahari : Bersurai
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEMBARA ILMU MENYEMAI BUDI, MENABUR BAKTI
MELALUI JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)

KEPUTUSAN KETUA PEGAWAI RUJUK

Meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM KEMBARA ILMU


MENYEMAI BUDI, MENABUR BAKTI)

atau

tidak meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM KEMBARA ILMU


MENYEMAI BUDI, MENABUR BAKTI)

Ulasan :
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

..................................................................
(DR. TEH KIM PENG)
Ketua Pegawai Rujuk Jalinan Pintar Korporat
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highland.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai