Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PULAU TAWAR KALI KE-


SK PULAU TAWAR, JERANTUT, PAHANG

Ybrs. En. Muhamad Rozuari Bin Ismail


Guru Besar SK Pulau Tawar
Jerantut Pahang.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PULAU TAWAR 2022


_____________________________________________________________________

PENGENALAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak
yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,
maka Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar akan mengadakan satu acara sukan tahunan iaitu
Kejohanan Sukan Tahunan SK Pulau Tawar Kali ke- . Melalui kejohanan ini diharapkan dapat
menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar sekaligus
mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Tahunan ini diadakan adalah seperti berikut :

1. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SK Pulau Tawar dalam menyertai
acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga.
2. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
3. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
4. Memupuk semangat berjuang dalam sukan yang kental, menyemai sifat-sifat terpuji dalam diri
pelajar, membina daya kepimpinan dalam berpasukan serta memperkasa sahsiah modal insan
yang cemerlang melalui aktiviti kokurikulum yang disertai.

OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan ini, diharapkan guru-guru dapat:


1. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
2. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba mengejar kejayaan
3. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
4. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
5. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat
yang lebih tinggi.

KUMPULAN SASAR : Murid tahun 1 hingga tahun 6, Prasekolah & Pendidikan Khas

1
BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :
Hari : Selasa, Rabu & Khamis
Tarikh : 8, 9 & 10 November 2022
Masa : 7.45 Pagi – 1.15 tgh
Tempat : Padang sekolah
Penganjur : Unit Kokurikulum SK Pulau Tawar
Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan SK Pulau Tawar

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Muhamad Rozuari Bin Ismail ( GURU BESAR)


Timbalan Pengerusi : En. Rusli Bin Hassan (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Zaharuddin Bin Zakaria (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hasimas Bt. Ripin (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Noor Fatnin Bt. Md. Daud (Guru PK Pend. Khas)
Setiausaha Kokurikulum : En. Roslee Bin Mustafa
Setiausaha Sukan : En. Ahmad Bin Yaakob
Penyelaras Program : En. Rosli Bin Mat Nawi

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


BAHAGIAN NAMA BIDANG TUGAS
BUKU PORGRAM Pn. Adawiah Bt. Ahmad 1) Menyediakan buku
Pn. Normaziah Bt. Muda program.
2) Mengedarkan buku
program.
PUBLISITI / En. Rosli Bin Mat Nawi 1) Membuat dan memasang
PERALATAN En. Roslee Bin Mustaffa kain rentang kejohanan
merentas desa.
2) Mengemas dan menyimpan
semula segala peralatan yang
digunakan selepas aktiviti.
MINUMAN PESERTA Pn. Farida Bt. Saari 1) Menyediakan minuman
/ PEGAWAI Pekerja pembersihan (P) kepada peserta dan pegawai
bertugas.
HADIAH & SIJIL Pn. Nor Suziyati Bt. Abdul Talib 1) Menempah hadiah
Pn. Fauziah Bt. Ismail mengikut kategori.
2) Menyusun hadiah untuk
acara penyampaian hadiah.
3) Menyediakan sijil untuk
para pemenang.
SIARAYA Tn. Hj. Ahmad Fauzi Bin Abd Hamid 1)Menyediakan alat siaraya di
2
En. Razellah Bin Ramli tapak perhimpunan / padang
sekolah.
DOKUMENTASI En. Ahmad Bin Yaakob 1)Mengumpul semua
maklumat untuk
didokumentasikan.
2)Membuat dokumentasi
dengan kerjasama SU
Kokurikulum.
KEBERSIHAN En. Nor Anuar Bin Mohd 1)Memastikan persekitaran
En. Yusri Bin Mohamed Zuluddin sekolah berada dalam keadaan
bersih.
KECEMASAN En. Zulfaker Bin Md. Sood 1)Menyediakan kenderaan /
Pn. Hasimas Bt. Ripin alatan bantuan / peti
pertolongan cemas.
2)Menghantar murid ke
hospital.
JURUFOTO En. Roslee B. Mustafa 1)Mengambil gambar
sepanjang kejohanan.
2)Menyerahkan gambar
kepada AJK dokumentasi.
PELEPAS En. Zulfaker Bin Md. Sood 1)Melepaskan peserta
mengikut kategori di garisan
permulaan.
PERSIAPAN TREK / En. Rosli Bin Mat Nawi 1)Memastikan trek larian
URUSETIA En. Ahmad Bin Yaakob sesuai untuk digunakan.
En. Zulfaker Bin Md. Sood
En. Mohamad Khaidir Bin Othman

JURUHEBAH / Pn. Noor Rafeah Bt. Mohd Noor 1)Menyediakan teks, lagu-
JURUACARA lagu selingan yang
MAJLIS bersesuaian dan mengacara di
sepanjang kejohanan untuk
memeriahkan suasana.
2)Mengacarakan majlis
penyampaian hadiah.
PENGURUS MURID Pn. Noor Fatnin Bt. Md Daud 1)Memastikan Keselamatan
PKKI Pn. Noor Rafeah Bt. Mohd Noor peserta pkki sentiasa berada
Pn. Rosmaliza Bt. Mustaffa dalam kawalan.
Pn. Rosmaria Bt. Talib
PENGURUS MURID En. Fauzan Bin Adnan 1)Memastikan keselamatan
PRASEKOLAH Pn. Siti Rosziawati Bt. Ismail murid Prasekolah sepanjang
kejohanan.
HAKIM LORONG En. Razellah Bin Ramli 1)Memastikan peserta berlari
Tn. Hj. Ahmad Fauzi Bin Abd Hamid di lorong yang betul

HAKIM PENAMAT Pn. Farida Bt. Saari 1)Menentukan tempat peserta


Pn. Adawiah Bt. Ahmad yang menamatkan larian.
Pn. Normaziah Bt. Muda
Pn. Indamarwati Bt. Jamaluddin
Pn. Nor Suziyati Bt. Abdul Talib

HAKIM LONTAR En. Mohamad Norhafizi Bin Talib 1)Memastikan acara


3
PELURU Pn. Rosmaliza Bt. Mustaffa berkenaan berjalan lancar.

HAKIM LOMPAT En. Razellah Bin Ramli 1)Memastikan acara lompat


JAUH Pn. Normaziah Bt. Muda jauh berjalan lancer.

HAKIM SUKANEKA En. Rosli Bin Mat Nawi 1)Menyediakan peralatan


Pn. Nor Suziyati Bt. Abdul Talib sukaneka secukupnya.
Pn. Indamarwati Bt. Jamaluddin 2)Memastikan acara berjalan
lancar.
PEMBACA DOA En. Roslee Bin Mustafa 1)Membaca doa di awal
KEJOHANAN kejohanan.

IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER


1 Medal 141 X RM3.50 RM493.50 B. Sukan
2 Piala pusingan 1 X RM100.00 RM100.00 B. Sukan
3 First aid (Peti kecemasan) 2 X RM50.00 RM100.00 S. PIBG
4 Air hone 1 X RM20.00 RM20.00 S. PIBG
5 Pita kecemasan 2 X RM5.00 RM10.00 S. PIBG
6 Cawan plastik 4 X RM10.00 RM40.00 S. PIBG
7 Bateri 1 X RM20.00 RM20.00 S. PIBG
8 Kertas Sijil 1 X RM50.00 RM50.00 S. PIBG
9 Baner Kejohanan 1 X RM100.00 RM100.00 S.PIBG
10 Air minuman peserta & 1 X RM100.00 RM100.00 S. PIBG
pegawai
11 Peralatan sukaneka 1 X RM100.00 RM100.00 S. PIBG
JUMLAH RM 1033.50

SUMBER KEWANGAN
i. Bantuan Sukan = RM593.50
ii. Sumbangan PIBG = RM440.00

4
TENTATIF
Selasa (8/11/2022)
- Latihan rumah sukan
7.45 pg : Berkumpul di padang & Taklimat
MASA BIRU MERAH KUNING
8.00 PG LONTAR PELURU LOMPAT JAUH LUMBA LARI
8.45 PG LOMPAT JAUH LUMBA LARI LONTAR PELURU
9.30 PG LUMBA LARI LONTAR PELURU LOMPAT JAUH

Rabu (9/11/2022)
ACARA LUMBA LARI
7.45 pg : Berkumpul ( Tapak Perhimpunan )
: Senaman ringan
8.00 pg : Tahun 1 ( 50 meter )
Tahun 2 & 3 ( 80 Meter )
Tahun 4 & 5 ( 100 Meter )
Tahun 6 ( 100 Meter )
Tahun 4 & 5 ( 200 Meter )
Tahun 6 ( 200 Meter )
11.00 pg : Penyampaian hadiah

Khamis (10/11/2022)
LONTAR PELURU, LOMPAT JAUH & SUKANEKA
7.45 pg : Berkumpul ( Tapak Perhimpunan )
: Senaman ringan
(Tahap 2)
8.00 pg : Lontar peluru
: Lompat jauh
(Tahap 1)
: Sukaneka
i) Tiup belon & pecahkan (thn 3)
ii) Tarik bola dalam gelung rotan (thn 2)
iii) Bawa bola ping pong dalam sudu (thn 1)
11.00 pg : Penyampaian hadiah

5
PENUTUP
Pihak PIBG dan sekolah mengharapkan agar program ini dapat mencapai objektif yang
ditetapkan serta kerjasama yang erat di antara pihak ibu bapa dan sekolah dapat diteruskan di
masa akan datang.

PENGESAHAN

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.............................................. ....................................................
(AHMAD BIN YAAKOB) (RUSLI BIN HASSAN)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan KoKurikulum
SK Pulau Tawar SK Pulau Tawar
Tarikh: 12.10.2022 Tarikh : 12.10.2022

6
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PULAU TAWAR PERINGKAT SK PULAU
TAWAR 2022

______________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat SK Pulau


Tawar 2022.

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat SK


Pulau Tawar 2022.

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(EN. MOHAMAD ROZUARI BIN ISMAIL )

Guru Besar
SK Pulau Tawar Jerantut Pahang.

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai