Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BIOLOGI TINGKATAN 4
Tarikh / Hari : 6/26/2023 ( Isnin)
Bilangan pelajar : / 10 Masa : 0700 - 0830 Tingkatan : 4 STEM
Tema/Topik/Modul : ASAS BIOLOGI
Bidang Pembelajaran : 3.0 Pergerakan bahan Merentasi Membran Plasma
Standard Kandungan : 3.3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup
3.4 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Kehidupan Harian
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dalam organisma.
3.3.2 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan aktif dalam organisma.
3.3.3 Mendefinisikan larutan:
(i) hipotonik.
(ii) hipertonik.
(iii) isotonik.
3.4.3 Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep pergerakan bahan merentasi membran
plasma dalam kehidupan harian.
3.4.4 Berkomunikasi tentang proses osmosis berbalik dalam penulenan air.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajara ini, murid berupaya:
(Assessment for learning) 1. Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dalam organisma.
2. Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan aktif dalam organisma.
3. Mendefinisikan larutan:
(i) hipotonik.
(ii) hipertonik.
(iii) isotonik.
4. Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam
kehidupan harian.
5. Berkomunikasi tentang proses osmosis berbalik dalam penulenan air.
Aktiviti Pembelajaran & ENGAGE
Pengajaran : 1. Guru mengemukakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
2. Guru menyemak tugasan murid yang diberikan minggu lepas.
3. Guru memberi denda yang berpatutan kepada murid yang tidak melengkapkan tugasan
(sekiranya ada).
EXPLORE
1. Murid memberi kuiz solan struktur untuk dijawb oleh murid dalam masa 3 minit.
2. Guru berbincang jawapan bersama murid.
3. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan meminta murid melengkapkan
tugasan di dalam buku NILAM mengikut kumpulan di mana mereka perlu mengisi tempat
kosong berkaitan jenis resapan ringkas, osmosis, resapan berbantu dan pengangktan aktif.
EXPLAIN
1. Guru berbincang jawapan bersama murid.
2. Guru menerangkan sekali lagi berkenaan ketelapan membran plasma dan ciri bahan yang
dapat merentasi membran plasma.
ELABORATE
1. Guru meminta murid meneliti tulisan pada botol air. Guru bertanya perkataan yang
berkaitan topik pembelajaran hari ini dan murid menjawab osmosis.
2. Guru menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan proses osmosis berbalik.
EVALUATE
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti.
2. Guru memberikan tugasan kepada murid untuk dihantar pada sesi PdPc yang akan datang.
3. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar & Belajar: Pen penanda, buku rujukan, ruang di dalam bilik darjah, papan putih,buku NILAM, buku teks, dan buku
tulis.

Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai