Anda di halaman 1dari 18

Rancangan Pengajaran Harian

NAMA PELAJAR Nur Nadia binti Mohamad Nasir


NO MATRIK D20171078138
NAMA PENSYARAH Profesor Madya Dr. Mai Shihah binti Haji Abdullah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


(Model 5E Bybee and Landes, 1990 - Konstruktivisme)

Tarikh : 30 September 2019


Hari : Isnin
Masa : 12:00 tengahari – 1:00 petang ( 1 jam )
Tingkatan : 4 Al-Biruni
Bilangan pelajar : 18
Kehadiran : /18
Tema : Fisiologi Manusia dan Haiwan
Standard Kandungan : 12.2 Sistem Saraf
Standard Pembelajaran : Sepanjang pembelajarandan pengajaran, pelajar berupaya untuk:

Kognitif:
i. Membina carta organisasi dalam aturan yang betul dan menerangkan struktur sistem saraf manusia dengan
tepat (C1, C2).
ii. Menerangkan fungsi bahagian sistem saraf pusat dalam koordinasi dan gerak balas dengan tepat, tuntas dan
jelas (C2).
iii. Berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya berkenaan fungsi bahagian sistem saraf periferi dalam
koordinasi dan gerak balas melalui situasi yang diberi (C3).

Afektif:
i. Bekerjasama membina carta organisasi di dalam kumpulan masing-masing.
ii. Menerangkan fungsi bahagian sistem saraf pusat dalam koordinasi dan gerak balas dengan penuh
kesedaran akan kepentingan fungsi-fungsi tersebut.
iii. Berkomunikasi dengan penuh yakin diri berkenaan fungsi bahagian sistem saraf periferi dalam koordinasi
dan gerak balas.

Psikomotor:
i. Membina carta organisasi dengan melukis carta organisasi tersebut di atas kertas mahjong mengikut
kumpulan masing-masing.

Pengetahuan sedia ada : Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada tentang sistem saraf, ransangan dan gerak balas dalam manusia
sewaktu mempelajari Sains Tingkatan 3

Strategi PdPc : Model 5-Fasa Konstruktivisme, pembelajaran berpusatkan pelajar, perbincangan, pembentangan, dan
aktiviti berkumpulan.

Kemahiran Proses Sains :


i) Kemahiran mentafsir maklumat yang akan dibentangkan di hadapan kelas.
ii) Mentafsirkan maklumat berdasarkan gambar rajah / model yang ditunjukkan.
iii) Kemahiran berkomunikasi antara pelajar dengan pelajar dalam aktiviti berkumpulan.
iv) Kemahiran berkomunikasi antara pelajar dengan pelajar yang lain semasa pembentangan.

Bahan Bantu Mengajar :

Bil Bahan Kuantiti (per kumpulan) Kuantiti (2 kumpulan)


1 Kad arahan 1 keping 2 keping
2 Kertas mahjong 2 helai 4 helai
3 Pen marker pelbagai warna 1 set 2 set
4 Komputer riba 2 set
5 Artikel ringkas berkaitan sistem saraf periferi 1 set
6 Buku teks Dibawa oleh setiap pelajar
7 Model sistem saraf pusat 1 set
8 Model sistem saraf periferi 1 set

Pentaksiran : Formatif (Pembentangan dalam aktiviti berkumpulan)


Sumatif (Menjawab secara lisan soalan tentang beberapa contoh situasi dalam koordinasi dan gerak balas untuk
sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi)

Rujukan : Jariah Khalib, Maznah Omar, Badariah Hamzah dan Shamsulikram Abdul Hamid. (2017). Sains Tingkatan 2.
Kuala Lumpur: Karangkraf Network Sdn. Bhd. muka surat 168-170.
[Guna buku Teks sebelum ni]
Langkah/ Isi kandungan Aktiviti Pembelajaran Catatan
Masa
Orientasi 1) Guru menarik minat pelajar dengan Kaedah:
(Engaging) Jentera mainan pegun apabila tiada sebarang tolakan memberikan kad arahan untuk saling • Menjana idea
( 5 minit) atau tarikan ke atasnya. Tetapi, jika tolakan atau mengurut rakan di sebelah. Arahan • Komunikasi antara
tarikan dikenakan ke atas model jentera mainan kedua di dalam kad ialah mencubit guru dan pelajar (dua
yang pegun tersebut, jentera ini akan bergerak. Arah kulit belakang tapak tangan rakan. hala)
gerakan jentera mainan bergantung kepada arah •Soal jawab
tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atasnya. Sebelum arahan dilakukan, guru bertanya
soalan: Nilai psikomotor:
i. Apakah reaksi yang kamu boleh • Mengetahui reaksi
ramalkan daripada rakan kamu ketika seorang manusia
kamu mengurut dan mencubitnya? terhadap dua jenis
tindakan yang berbeza
2) Guru meminta pelajar menjalankan dengan menjalankan
arahan di dalam kad arahan yang telah tindakan ke atas rakan
diberikan tadi. (mengurut dan
Berdasarkan aktiviti mengurut dan mencubit mencubit).
rakan, soalan berikut ditanya:
Nilai afektif:
i. Adakah kamu merasa sentuhan • Menyedari bahawa
daripada rakan semasa kamu diurut? perbuatan mengurut
ii. Apakah perbezaan yang dapat kamu dan mencubit
jelas dan rasakan terhadap keadaan menghasilkan reaksi
ketika kamu diurut dan dicubit? yang berbeza (nyaman
atau sakit).
3) Pelajar yang dapat menjawab dengan
betul diberi stiker bintang yang BBM:
bertulis 'SYABAS!' sebagai ganjaran. •Kad arahan
Pencungkilan 1) Guru mengagihkan batang aiskrim
idea Lampiran A berwarna (kuning, hijau, biru, merah Kaedah:
(Explore)  Gambar rajah Venn/bulatan bertindih dan jingga) yang tertulis nombor satu •Menjana Idea
(5 minit) sehingga lima bagi setiap warna (Brainstorming)
Dua bulatan bertindih bagi membezakan ativiti batang aiskrim tersebut kepada •Perbincangan
melibatkan tarikan atau tolakan.M anakala, ruang pelajar. kumpulan
ditengah-tengahnya adalah bagi mengelaskan •Round Table
aktiviti yang melibatkan kedua-dua tarikan dan 2) Setiap pelajar yang telah mendapat
tolakan. sebatang aiskrim berwarna tersebut
perlu bergerak ke tempat kumpulan Nilai afektif:
Aktiviti melibatkan tolakan: masing-masing yang telah ditetapkan
 Membuka suis lampu oleh guru berdasarkan warna batang • menilai aktiviti yang
 Menolak troli aiskrim. dilakukan seharian
 Menyepak bola melibatkan tarikan
3) Guru meminta wakil pelajar atau tolakan
Aktiviti melibatkan tarikan: bernombor satu dari setiap kumpulan
untuk mengambil lembaran kertas
 Menarik joran ikan gambar rajah Venn atau bulatan BBM
 Membuka pintu kereta bertindih di hadapan.  Lembaran
 Bermain layang-layang kertas gambar
4) Pelajar perlu mengelaskan aktiviti- rajah Venn
aktiviti yang telah disenaraikan ke
Aktiviti yang melibatkan kedua-dua tarikan dan dalam bulatan bertindih tersebut sama
tolakan: ada aktiviti itu melibatkan tolakan,
 Bermain golf tarikan atau kedua-duanya sekali
 Menyapu sampah secara Round Table iaitu pelajar
bergilir-gilir menulis jawapan pada
sehelai kertas menggunakan sebatang
pen.
 Aktiviti dalam kehidupan seharian yang kita 5) Guru meminta beberapa kumpulan
lakukan adalah melibatkan tolakan dan tarikan. untuk membacakan jawapan yang
telah mereka tulis supaya jawapan
 Tolakan dan tarikan yang bertindak ke atas tersebut dapat disemak oleh rakan lain.
sesuatu objek dikenali sebagai daya.
6) Kemudian, guru bertanyakan soalan
 Daya yang bertindak ke atas sesuatu objek berdasarkan aktiviti yang dilakukan :
membolehkan objek yang sedang pegun
bergerak atau mengubah arah gerakannya.  Adakah kamu menyedari bahawa
aktiviti yang kita lakukan dalam
kehidupan seharian melibatkan
tolakan atau tarikan atau kedua-
duanya sekali?

 Aktiviti-aktiviti ini melibatkan daya.


Bolehkah kamu nyatakan, apakah
maksud daya yang boleh
menyebabkan sesuatu objek yang
pegun bergerak?
(Daya ialah tolakan atau tarikan ke
atas sesuatu objek)

7) Guru menerangkan hasil pembelajaran


topik ini kepada pelajar supaya
mereka lebih bersedia untuk belajar.
Penstrukturan Lampiran B : 1) Guru meminta wakil kumpulan bernombor
semula idea  Arahan tugasan : situasi melibatkan daya dua dari setiap kumpulan untuk mendapatkan Kaedah :
(Explain)  Beg kertas: bahan demonstrasi beg kertas mengikut warna kumpulan yang
(25 minit) telah disediakan.  Perbincangan
Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke  Pembentangan
atas sesuatu objek. Daya terbahagi kepada enam 2) Pelajar dikehendaki membaca arahan  Demonstrasi
jenis iaitu : aktiviti yang terdapat dalam beg kertas
kumpulan masing-masing. Nilai afektif:
i) Daya graviti
Daya yang tertarik ke pusat bumi. Daya ini 3) Setiap kumpulan diberikan situasi berkait  Kerjasama antara
menyebabkan semua benda yang dilambung akan dengan jenis daya seperti: ahli kumpulan
jatuh semula ke bawah. Arah gerakan daya adalah i) Daya graviti dalam berkongsi
mengarah ke pusat bumi. ii) Daya normal idea dan mencari
iii) Berat maklumat.
iv) Daya apungan
v) Daya elastik  Berkeyakinan
vi) Daya geseran semasa
pembentangan dan
4) Salah satu kumpulan akan diberikan situasi menggunakan
yang berkaitan dengan dua jenis daya iaitu pengetahuan baru
daya normal dan berat kerana daya ini saling serta fakta yang
berkait apabila sesuatu objek itu berada dalam tepat.
ii) Daya normal keadaan tidak bergerak atau tidak jatuh ke
Daya yang dihasilkan apabila suatu objek bawah.
bersentuhan dengan suatu permukaan. Arah daya
normal yang bertindak adalah mengarah ke atas. 5) Pelajar diberi masa selama 3 minit untuk
Contohnya objek yang pegun di atas meja, terdapat membuat perbincangan mengenai situasi yang
daya normal yang mengarah ke atas dan berat yang diberikan dan jenis daya yang terlibat serta
mengarah ke bawah menyebabkan objek tersebut perlu membuat pembentangan.
pegun tanpa ada daya lain yang dikenakan.
6) Arahan aktiviti memerlukan pelajar untuk
menentukan jenis daya yang bertindak ke atas
iii) Berat objek berdasarkan situasi, menjelaskan daya
Berat sesuatu objek dikenali sebagai daya graviti tersebut dan mengenal pasti arah daya itu BBM :
yang bertindak. Berat sesuatu objek turut ditentukan yang bertindak.  Beg kertas
oleh daya tarikan bumi yang dikenakan ke atasnya. mengandungi
Jika berat adalah sama dengan daya normal yang 7) Pelajar perlu menggunakan bahan yang bahan
bertindak ke atas sesuatu objek, maka objek itu tidak disediakan oleh guru di dalam beg kertas demonstrasi
mengalami sebarang pergerakan. tersebut sebagai bahan sokongan atau  Papan putih
membuat demonstrasi semasa pembentangan. mini
iv) Daya apungan  Pen marker
Daya tujah ke atas yang bertindak pada sesuatu 8) Pelajar juga dibekalkan dengan sebuah
objek yang terapung di dalam sesuatu bendalir. Jika papan putih mini bagi setiap kumpulan supaya
daya tujah sama dengan berat objek maka objek mereka boleh mencatatkan maklumat yang
tersebut akan terapung tetapi jika berat melebihi telah dibincangkan.
daya apungan, objek akan tenggelam.
9) Wakil pelajar setiap kumpulan bernombor
v) Daya elastik tiga dan empat diminta untuk membentangkan
Daya elastik wujud apabila sesuatu bahan maklumat yang mereka perolehi mengenai
diregangkan atau dimampatkan. Apabila sesuatu jenis daya yang ditugaskan kepada mereka.
daya yang dikenakan dialihkan, objek tersebut akan
kembali ke bentuk asalnya.

vi) Daya geseran


Daya yang menentang gerakan antara dua objek
yang bersentuhan. Daya geseran bertindak
menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh,
daya geseran antara permukaan jalan dan tayar
motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu
untuk bergerak di atas jalan raya.

Daya geseran boleh:


i. memperlahankan objek yang sedang bergerak.
ii. memberhentikan objek yang sedang bergerak.
Aplikasi idea Lampiran C:
(Elaborate/  Lembaran kerja 1) Guru kemudian meminta wakil setiap Kaedah :
Extend) kumpulan yang bernombor lima untuk  Brainstorming
(20 minit) Daya yang bertindak ke atas sesuatu objek boleh mendapatkan lembaran kerja untuk setiap ahli (menjana idea)
melebihi daripada satu jenis daya. Contohnya, kumpulannya.  Perbincangan
terdapat sebuah kotak di atas lantai, daya normal dan
juga berat telah dikenakan ke atasnya. 2) Pelajar perlu menjawab soalan pada
i. Daya normal terhasil apabila kotak itu lembaran kerja yang berkaitan dengan Nilai afektif:
bersentuhan dengan lantai. aplikasi jenis daya
 Menghayati
ii. Setiap objek mempunyai berat yang ditentukan 3) Pelajar diberikan peluang untuk berbincang kepentingan
oleh daya tarikan bumi ke atasnya. dengan rakan-rakan bagi menyelesaikan daya dalam
soalan pada lembaran kerja tersebut. menjalankan
iii. Jika seorang lelaki menolak kotak yang berada aktiviti dalam
di atas lantai dan menyebabkan kotak itu 4) Guru memantau pelajar semasa kehidupan
bergerak, maka daya geseran telah dihasilkan ke menyelesaikan lembaran kerja. Pelajar seharian.
atas objek itu. Daya tersebut menentang gerakan dibenarkan untuk bertanya kepada guru jika
antara kotak dan lantai yang saling bersentuhan. terdapat kekeliruan. BBM :
Daya geseran bertindak menentang arah  Lembaran
gerakan objek. 5) Pelajar yang telah siap lebih awal dari kerja
rakan yang lain boleh menjadi guru muda
Begitu juga dengan objek yang diletakkan di dalam dengan membantu rakan lain untuk
air, terdapat dua jenis daya yang terlibat iaitu berat menyelesaikan lembaran kerja tersebut.
dan daya apungan.
6) Jawapan bagi soalan pada lembaran kerja
i. Apabila sesuatu objek diletakkan di dalam air akan dibincangkan bersama-sama guru di dalam
menghasilkan daya tujah atau daya apungan ke atas kelas.
objek itu.

ii. Jika daya apungan sama dengan berat objek maka


objek tersebut akan terapung manakala jika berat
melebihi berat objek, objek tersebut akan tenggelam.
Refleksi Kuiz berkumpulan: Kaedah :
(Evaluate) 1) Pelajar perlu menjawab soalan kuiz  Perbincangan
(5 minit) dengan menulis jawapan kumpulan pada  Membuat
papan putih mini yang telah disediakan. rumusan

2) Guru akan membacakan beberapa Nilai afektif:


soalan kepada pelajar berkaitan topik
yang telah dipelajari :  Berupaya
i) Nyatakan dua kata kunci yang mengaplikasikan
menggambarkan maksud daya? (tolakan pengalaman dan
dan tarikan) pengetahuan baru
dengan tepat dan
ii) Apakah jenis daya yang terhasil yakin.
apabila suatu objek menyentuh suatu
i) Maksud daya digambarkan oleh dua perbuatan permukaan? (Daya normal)
yang melibatkan tolakan dan tarikan.  Memberi respon
iii) Arah daya geseran adalah _____ atau jawapan
ii) Daya normal terhasil apabila suatu objek dengan arah gerakan. (menentang) dengan rasional.
menyentuh suatu permukaan. iv) Berat objek X ialah 10N dan daya
BBM :
apungannya ialah 5N. Adakah objek X
iii) Arah daya geseran adalah bertentangan dengan akan terapung atau tenggelam?  Papan putih mini
arah gerakan. (Tenggelam)  Pen marker

v) Daya yang terlibat apabila span


iv) Jika berat objek melebihi daya apungan maka
kembali ke bentuk asal selepas daya
objek tersebut akan tenggelam di dalam air.
dikenakan itu dialihkan? (Daya elastik)
v) Daya elastik membolehkan sesuatu objek kembali
ke bentuk asal selepas diregang atau dimampatkan. 3) Guru membuat rumusan secara
Sama seperti apabila span yang ditekan kembali ke ringkas tentang topik tersebut.
bentuk asal selepas daya yang dikenakan tersebut
dialihkan.
Refleksi :
Dari segi hasil pembelajaran kognitif, saya telah menetapkan bahawa di akhir pembelajaran
pelajar berupaya untuk menjelaskan sekurang-kurangnya empat jenis daya berserta dengan
arah tindakan daya yang dikenakan dan mengenal pasti jenis daya yang terlibat berdasarkan
situasi yang diberikan. Setelah sesi pengajaran ini dilaksanakan, saya dapati hampir
keseluruhan pelajar kelas tersebut dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Namun begitu, terdapat lebih kurang empat orang pelajar yang tidak dapat menjawab
beberapa soalan pada lembaran kerja dengan betul semasa fasa pengaplikasian idea.
Apabila ditanya kenapa mereka tidak dapat menjawab dengan betul, ia adalah kerana
mereka tersalah faham akan soalan tersebut, walhal mereka sebenarnya memahami
mengenai jenis daya yang terlibat.

Segelintir daripada mereka juga mempunyai masalah untuk mengaplikasikan jenis


daya yang terlibat berdasarkan sesuatu situasi. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya
bertindak sebagai pemudah cara dengan membantu mereka untuk memahami topik ini
dengan lebih baik. Saya memberi penerangan berserta demonstrasi kepada beberapa orang
pelajar yang masih tidak dapat mengaplikasikan beberapa jenis daya yang berbeza dalam
suatu situasi supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas. Saya juga meminta beberapa
orang pelajar yang dapat menjawab soalan tersebut untuk menjadi guru muda kepada rakan
yang lain. Di akhirnya, didapati semua pelajar dapat menghuraikan mengenai jenis daya
yang terlibat dalam situasi yang diberikan setelah pentaksiran dilakukan melalui kuiz
berkumpulan.

Setelah saya amati, terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran saya kali ini
seperti pengurusan masa yang agak lemah dan pengawalan bilik darjah yang kurang baik.
Semasa fasa penstrukturan semula dan fasa pengaplikasian idea, masa yang telah digunakan
adalah melebihi daripada waktu yang telah diperuntukkan. Hal ini disebabkan oleh pelajar
telah mengambil masa yang agak lama sewaktu membuat perbincangan sebelum
pembentangan semasa fasa penstrukturan. Saya sepatutnya menetapkan pemasa bagi
mengelakkan penggunaan masa yang berlebihan dari yang telah diperuntukkan semasa
perbincangan berkumpulan. Tambahan lagi, pelajar juga mengambil tempoh yang agak
lama untuk membuat pembentangan disebabkan oleh segelintir daripada mereka ada
perasaan malu untuk bercakap di hadapan dan kurang bersedia. Hal ini menyebabkan
pelajar tidak dapat membuat pembentangan dalam waktu yang telah diperuntukkan dan
telah mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk fasa seterusnya. Secara tidak
langsung, waktu bagi fasa seterusnya turut tidak mencukupi dan mengakibatkan masa yang
digunakan untuk fasa ini lebih daripada masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun,
semua fasa berjaya dilaksanakan bagi tujuan mencapai hasil pembelajaran.

Selain itu, pengawalan kelas juga agak lemah kerana pelajar mulai membuat
bising. Perkara ini adalah disebabkan kerana pelajar teruja dengan aktiviti yang bakal
dilakukan sehingga mereka mula bercakap antara satu sama lain dalam keadaan yang tidak
terkawal. Akibatnya, mereka tidak memberikan sepenuh perhatian kepada guru di hadapan
dan akan menyebabkan mereka kurang memahami akan arahan aktiviti yang akan
dilakukan. Saya mengangkat tangan kanan sebagai tanda isyarat supaya mereka
memberikan perhatian terhadap arahan yang ingin saya sampaikan. Walau bagaimanapun,
keadaan bising yang berlaku masih boleh dikawal memandangkan ia tercetus kerana
keterujaan pelajar untuk belajar dan perasaan tidak sabar untuk menjalankan aktiviti
tersebut. Mungkin sebagai penambahbaikan, saya boleh mengimplementasikan peraturan
skala suara atau tahap kebisingan yang dibenarkan bagi setiap fasa yang dilaksanakan.

Sungguhpun begitu, masih terdapat beberapa kekuatan yang boleh disoroti dalam
pengajaran ini iaitu saya menggunakan kaedah pengajaran yang terkini dan menggalakkan
penglibatan pelajar secara aktif. Saya banyak menggunakan kaedah demonstrasi pada
pengajaran kali ini kerana ia dapat membantu pelajar supaya faham dengan lebih jelas dan
mudah mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pembelajaran secara
kooperatif juga dilaksanakan. Pelajar berada dalam kelompok yang kecil dan belajar untuk
bekerjasama bagi memaksimakan minat dan pengaruh belajar bagi mencapai hasil
pembelajaran. Pelajar juga dilihat bersaing antara satu kumpulan dengan kumpulan yang
lain dalam aktiviti kuiz berkumpulan dan mereka dapat menjawab dengan betul semua
soalan yang diberikan.

Rumusannya, berdasarkan pengajaran saya pada kali ini, didapati terdapat beberapa
kelemahan yang boleh dibaiki pada pengajaran yang akan datang dengan mengambil
langkah yang sepatutnya bagi mengatasi kelemahan tersebut. Walaupun begitu, terdapat
beberapa kekuatan dalam pengajaran saya yang masih perlu digilap supaya lebih
menyerlah. Saya sedar bahawa menjadi tugas guru untuk menyediakan pembelajaran yang
bermakna kepada pelajar melalui kaedah pengajaran yang menarik dan mengikut
perkembangan semasa.
Lampiran A : Gambar rajah Venn / Bulatan bertindih

Kelaskan senarai aktiviti mengikut perbuatan yang terlibat dengan betul.

Tolakan dan tarikan

Menyapu sampah Tolakan Tarikan Membuka pintu


kereta

Tarikan
& Menyepak bola
tolakan

Bermain layang-
layang
Bermain golf

Menarik joran ikan Membuka suis lampu


Menolak troli
Lampiran B : Situasi melibatkan jenis daya & bahan demonstrasi

Situasi 1: Bola plastik akan terapung apabila dimasukkan ke Situasi 2: Sebuah kotak akan bergerak apabila ditolak.
dalam cawan yang berisi air.
Berdasarkan situasi di atas, kamu perlu menggunakan objek yang
Berdasarkan situasi di atas, kamu perlu menggunakan objek yang diberikan bagi menerangkan
Bahan demonstrasi : perkara berikut:-
diberikan bagi menerangkan perkara berikut:-
Situasi 1 jenis
i. Nyatakan : daya yang bertindak ke atas objek itu.
i. Nyatakan jenis daya yang bertindak ke atas objek itu. ii.  Cawan bagaimana
Terangkan plastik jenis daya tersebut bertindak ke atas objek
itu.
ii. Terangkan bagaimana jenis daya tersebut bertindak ke atas objek  Bola plastik
itu. iii. Tunjukkan / lakarkan arah daya yang dinyatakan tersebut.
Situasi 2 :
iii. Tunjukkan / lakarkan arah daya yang dinyatakan tersebut.
 Bekas plastik
Situasi 3: Bola yang dibaling ke atas akan jatuh semula ke bawah. Situasi 4: Spring yang diregangkan atau dimampatkan akan
Situasi 3:
kembali ke bentuk asal.
Berdasarkan situasi di atas, kamu perlu menggunakan objek yang  Bola plastik
diberikan bagi menerangkan perkara berikut:- Berdasarkan situasi di atas, kamu perlu menggunakan objek yang
Situasi 4 :
diberikan bagi menerangkan perkara berikut:-
i. Nyatakan jenis daya yang bertindak ke atas objek itu.  Spring bersaiz kecil
ii.Situasi 5 : bagaimana
Terangkan Sebuah kotak
jenis di atas
daya meja bertindak
tersebut berada dalam
ke ataskeadaan
objek i. Nyatakan jenis daya yang bertindak ke atas objek itu.
 Getah
itu.
pegun atau tidak bergerak. ii. Terangkan bagaimana jenis daya tersebut bertindak ke atas objek
iii. Tunjukkan / lakarkan arah daya yang dinyatakan tersebut. itu.Situasi 5 :
Berdasarkan situasi di atas, kamu perlu menggunakan objek yang
iii.Tunjukkan
Bekas plastik
/ lakarkan arah daya yang dinyatakan tersebut.
diberikan bagi menerangkan perkara berikut:-

i. Nyatakan jenis daya yang bertindak ke atas objek itu.


ii. Terangkan bagaimana jenis daya tersebut bertindak ke atas objek
itu.
Iii. Tunjukkan / lakarkan arah daya yang dinyatakan tersebut.
Bahan demonstrasi dalam beg kertas
Lampiran C
Lembaran Kerja
Topik : 8.1 Daya

Nama : Kelas :

1. Rajah 1 menunjukkan seorang individu sedang menolak kotak dengan halaju seragam.
Berdasarkan rajah, lengkapkan gambar rajah daya bagi menunjukkan daya-daya yang terlibat
ke atas kotak tersebut apabila ia ditolak.

Labelkan daya tersebut menggunakan simbol :

Daya Normal (N) Daya geseran (f) Daya tindakan (F) Berat (W) Daya apungan (BF)

Gambar rajah daya :

a)

Kotak

b) c)

d)
2. Rajah 2 menunjukkan dua objek yang diletakkan dalam bekas berisi air. Objek A terapung
manakala objek B tenggelam di dalam air.

Rajah 1.1

i) Tunjukkan daya yang bertindak ke atas objek A dengan melukis gambar rajah daya.

Labelkan daya tersebut menggunakan simbol :

Daya Normal (N) Daya geseran (f) Daya tindakan (F) Berat (W) Daya apungan (BF)

Gambar rajah daya objek A:

ii) Daya yang sama bertindak ke atas objek A juga bertindak ke atas objek B tetapi objek B
tenggelam di dalam air. Terangkan mengapa objek B tenggelam sedangkan objek A terapung
di dalam air.
Skema Jawapan

1. Gambar rajah daya :

a) Daya Normal (N)

b) Daya tindakan (F) Kotak c) Daya geseran (f)

d) Berat (W)

2. i)
Berat (W)

Objek A

Daya apungan (BF)

ii) Objek A terapung kerana berat objek sama dengan daya apungan. Tetapi bagi objek B,
berat objek melebihi daya apungan menyebabkan objek B tenggelam di dalam air.

Anda mungkin juga menyukai