Anda di halaman 1dari 5

Asas tamadun melayu bersumberkan bangsa melayu, berteraskan agama Islam, Bahasa melayu dan kebudayaan melayu.

Pengkaji berpendapat kedatangan agama Islam merubah tamadun melayu kpd tamadun islam atau tamadun melayu islam.
Aspek2 yg tamadun melayu (intelektual ilmu, Bahasa, amalan agama, pola kehidupan) menjadi islam keseluruhannya. Oleh
itu, segala sumbangan dan pencapaian tamadun melayu terhadap peradaban dunia bersumberkan ‘worldview’ Islam.
Selepas kedatangan Islam pada abad ke-15M, tamadun melayu menjadi lebih matang dan pencapaiannya dilihat melalui
Bahasa, seni sastera, budaya, sains dan teknologi, seni bina, artifak yg dilihat ke hari ini.

Wilayah politik/negara bangsa Malaysia adalah lanjutan dari politik/kerajaan melayu sebelumnya. Sistem berkerajaan/
pemerintahan melayu merupakan kesinambungan dari kerajaan/tamadun melayu lama seperti srivijaya, Temasik, Johor-
riau, Lingga dll. Malaysia mengamalkan sistem beraja (monarki) melalui sistem pentadbiran berparlimen &
berperlembagaan seluruh 16 negeri. 12 negeri diketuai oleh sultan manakala 4 lagi ketua menteri iaitu P.Pinang, Melaka,
Sabah & Sararawak. Kesemua negeri terletak di bawah pemerintahan ‘kerajaan persekutuan’ yg diketuai oleh Duli Yg Maha
Mulia Yg Dipertuan Agong (Sistem pemerintahan raja berparlimen). 2 insitutusi beraja Yang Dipertuan Agong dan Majlis
Raja2. Agong sebagai ketua utama negara mengetuai 3 badan 1.badan pemerintah (esksekutif) 2.badan perundangan
(legislative) 3.badan kehakiman (judiciary). Agong tak terlibat politik, pemerintahan negara dan boleh mewakilkan tugasnya
kpd sesiapa/ suruhanjaya yg dilantik berdasarkan bidangnya. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri / Jemaah menteri
seperti temaktub dlm Perlembagaan Malaysia.Melalui sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan ini semua sistem
pemerintahan dpt disepadukan, keadilan dpt ditegakkan, agama Islam dpt dipelihara, budaya dan Bahasa dari pelbagai
kaum disatukan.

Susur galur pemerintahan di tanah Melayu 1. Selatan tanah Melayu – asal dari kerajaan Islam Palembang, Pasai, Acheh, dan
Riau 2. Utara T. Melayu – asal dari Kerajaan Islam Pattani. Semuanya kerajaan Islam – pentadbiran berlandaskan syariat
Islam. Contoh bukti seperti Batu bersurat dan makam para raja atau sultan bertulisan arab. Cth lain – Undang2 laut Melaka
dan Hukum Kanun Melaka yg mengamalkan syariat Islam melalui sistem percukaian dan hukum muamalat (perniagaan)
semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Negeri Utara; menerima pengaruh islam Kerajaan Pattani sperti Kedah –
Undang2 Kedah, Perak – al-asmau”llah, Pahang – Undang2 99.
Pelabuhan Melaka, Acheh dll di rantau alam Melayu telah menggerakkan ekonomi org Melayu hingga terkenal ke eropah,
Cina, Arab, India. Bukti penaklukan Orang Portugis ke atas Melaka disebabkan kekayaan dan kemakmuran ekonomi
kerajaan Melayu Melaka. Asalnya, ekonomi di pelabuhan Melaka hanya secara mikro – individu, pasar dan bandar kecil. Ia
berkembang kpd ekonomi makro bila import-eksport terjadi melalui kedatangan pedagang luar bukan hanya Arab, Cina,
eropah, India malah pedagang sekitar – Aceh, Pasai, Mekasar, Maluku, Demak, Betawi, Terengganu, siam, Pahang, Kedah,
Johor dll. Sultan Muzaffar Shah mentadbir Melaka.Menubuhkan JK mengawasi laluan dan aktivitit perdagangan. Datuk Shah
Bandar memperkenal sistem cukai dan peraturan perniagaan spt timbangan, barter, dan tukaran wang. Melaka jadi sgt
terkenal disebabkan pereknomian dan hubungan diplomatik dgn dunia luar. Pekan kecil sekitarnya tumbuh yg menjalankan
aktiviti pertanian, ternakan, perikanan, brgan emas, tembaga, kraf, kayu, gaharu dan rempah ratus. Desa dan kg berubah
menjadi kota. Warga desa berpindah ke Kota Melaka. Pertambahan penduduk menyebabkan sultan menyediakan
kemudhanspt jalanr, sistem pengairan, perumahan, perparitan, lampu jalan, tempat mandi dan tandas awam. Peraturan
dan undang2 di amalkan dlm kalangan masyarakat. Kegiatan ekonomi ini bertambah maju bila sultan Muzaffar Shah
memperkenalkan sistem mata wang menggantikan sistem barter – mata wang kesultanan melayu Melaka dan kesultanan
melayu aceh darusssalam.

Sistem pendidikan awal di tanah melayu kurang jelas. Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan menampakkan ciri2
tesusun melalui istana ke rumah ulamak atau tok guru, masjid, pondok dan madrasah. Pedagang dari arab menyebarkan
agama Islam kepada sultan dan pembesar, kemudiannya rakyat yg taat dan setia kepada raja. Oleh itu, sistem pendidikan
bertapak di istana tersebar kepada rakyat jelata.

Sistem pendidikan awal di kalangan masyarakat bermula melalui pendidikan informal melalui pantun, syair, hikayat,
gurindam, seloka, nazam dll. Masyarakt juga disindir, dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, bidalan,
peribahasa, dan simpulan. Pendidikan formal pula bertumpu di pondok2 dan madrasah2. Kurikulumnya adalah
pendidikan islam spt Tauhid, fikah, akhlak, tafsir dan sejarah islam. (Mohd Salleh Lebar,2002)

Pendidikan bertambah maju bila sultan mengetuai sistem pendidikan di negeri.Cthnya, Sultan Melaka menjemput para alim
ulama dari arab untuk mengajar di istana dan kpd rakyat. Sistem gaji dan upah diberi bg mereka yg mengajar di rumah rok
guru, masjid, pondok dan madrasah. Byk kitab2 dlm Bahasa arab di terjemah dlm Bahasa melayu spt Darul almanzum, kitab
al-lumadan, kitab kifayah al-muhtajin ila mahsrab almuwahidin al-qailin bi wahdatal wujud.

Ramai intelektual melayu lahir yg merancakkan lg pedidikan melayu antaranya Hamzah Fansuri, shamsudin al-sumatera’I,
Nurudin al-Raniri, Abdul Rauf singkel, Abdul samad al-palembani, yusuf tajul khalwati makasar, Muhammad Nafis al-Banjari,
Muhammad Arsyad alBanjari, Daud al-Fatani dan keturunannya. (Zainal Abidin borhan, 2001)

Mereka ini melahirkan karya dan naskah melayu / manuskrip melayu yg merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat
spt perubatan, ilmu falak, undang2, pemerintahan (tatanegara), pertanian, pengetahuan islam, sejarah melayu dan
kemasyarakatan. Cth naskah melayu Kitab Tib (perubatan), hukum kanun Melaka (undang2), Bustan al-Salatin
(ketatanegaraan) pembukaan kebun kelapa di Pulau kemili (pertanian), Masa’il al-Mubtadi’ Li Ikhwan al-Mubtadi (agama –
tahid). Naskah melayu merupakan identity bangsa melayu, ia ditulis dal Bahasa melayu (tulisan jawi-huruf arab) ditambah
beberapa abjad melayu. Ia empunyai nilai estetika tggi – penulis & penyalin m’gunakan daya kreatif semasa hasilkan karya.
Buktinya adanya ilustrasi dan seni hias pada naskah melayu.
Perundangan paling awal dikesan – perundangan adat melayu dan perundangan islam (hukum syarak). Cth prasasti
Terengganu / Batu Bersurat 1899 di Sg Teresat, Kuala Berang. Batu bertarikh 17 rejab 702 M = 22 feb 1303 M. – ia
menerangkan ttg tanggungjawab pemerintah utk melaksanakan hukum syariat; pemberian dan penerimaan hutang, hukum
rejam/sebat penzinaan, hukum menuduh zina, dan kesaksamaan antara org atas dan bawahan. Cth lain, undang2 Pahang;
zaman pemerintahan sultan abdul Ghafur Muhaiyuddin shah (1592-1614) di bawah pengaruh Undang2 Melaka, Hukum
Kanun Melaka, Undang2 Laut Melaka, Adat Perpatih dan temenggong (Abdul Monir,2005)

Kedatangan agama islam ke tanah melayu mengubah kepercayaan beragama, dan memantapkan adat istiadat melayu
selagi tidak bertentangan dgn agama. Islam dan adat melayu telah menjadi elemen penting kemelayuan tamadun melayu.
Ia nya saling melengkapi (asimilasi). Faktor identiti org melayu – Bahasa melayu, mengamalkan istiadat melayu dan
beragama islam. Perkataan melayu diletakkan dlm perlembagaan persekututan. Islam menjadi identiti social dan budaya
org melayu. Dalam Perlembagaan persekutuan – ketua agama bagi setiap negeri mestilah org islam. Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan – kerajaan pusat menerusi jabatan agama islam negeri boleh melaksanakan pembangunan
agama islam & pentadbiran hukum syariah islam. Agama islam sgb agama rasmi persekutuan Malaysia, agama lain boleh
diamalkan oleh org bukan melayu / org bukan islam. Kerjaan pula boleh gubal undang2 utk menyekat / mengawal fahaman
ajaran sesat. Adat istiadat lama yg diamalkan oleh org melayu diubahsuai agar selari dengan syariat islam. Cthnya kelahiran,
pertunangan, perkahwinan, berkhatan, pertabalan dsb. (ahmad Ibrahim,1987)

Komunikasi di alam melayu adalah melalui hubungan diplomatik, perdagangan dan interaksi budaya antara negara.
Komunikasi yg haroni dan lancar dpt menghubungkan peraduan dan penyampaian maklumat bg mengukuhkan ikatan
pelbgai bangsa dan negera di alam melayu. Hubungan komunikasi melaluii Bahasa melayu sbg perantara (lingua franca)
memudahkan sultan berhubung dgn negeri2 dan negara2 sekitarnya. Ilmu persuratan dlm tulisan jawi memudahkan
perhubungan dgn kerjaan melayu islam spt Melaka, kedah, johor, perak dan Pahang dgn kerajaan Patani, sumatera, jawa,
china , india, arab dan inggeris.

Contoh komunikasi persuratan adalah perutusan surat kerajaan melayu Melaka dgn kerajaan spt Majapahit di jawa, dinasti
Ming di China dan penjajah british. Surat merupakan medium komunikasi paling penting pd masa itu. Cth surat sultan
melayu kepada pegawai British. Komunikasi perkahwinan – puteri Iskandar muda mahkota alam bernama Puteri
Safiatuddin dengan sultan Pahang bernama Raja ahmad.

Pada zaman melayu Melaka, Bahasa melayu sebagai Bahasa perantara yg digunakan meluas oleh pedagang dan
pengembara asing cina, eropah dan india. Pengaruh islam dlm Bahasa melayu dilihat dlm kosa kata sperti tauhid, tasauf,
hadis, fikah, falsafah dll. Penulisan Bahasa melayu awal (Pahlawi) bertukar ke Bahasa skrip arab (jawi). Jawi diperkenal oleh
org melayu zaman Melaka abad ke-14 pengaruh istana. Perubahan Bahasa berlaku bila org melayu menyesuaikan
perkataan arab kpd sistem tulisan jawi melayu contohnya kitab agama, hikayat, undang2 dan pentadbiran (Anas
Ahmad,1982). Tedpt byk kesusasteraan melayu ditulis mengenai sahabat nabi sperti Hikayat abu bakar, hikayat amir al-
muminin umar, hikayat hassan dan Hussain. (Anas ahmad,1982)

Prosa – karya dlm bentuk esei / karangan utk menjelaskan sesuatu perkara. Puisi – karya yg memaparkan kemahiran dan
keindahan Bahasa melalui rima bunyi tertentu. Sastera prosa melayu dilihat pd naskah melayu yg merangkumi bidang spt
kenegaraan, pemerintahan, perubatan, undang2, agama islam, ilmu falak dan petua. Cth: buku/ naskah Bustan al-Salatin,
sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Mi’ab al-Tulab.(Anas ahmad,1982)
Dlm bidang sastera, puisi melayu terdiri drpd beberapa jenis; syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair
menghasilkan rima akhir yg sama spt a,a,a,a. Pantun menghasilkan rangkap 1 dan 3, 2 dan 4 yang sama a,b,a,b. Pantun
melayu ada yang beberapa rangkap, seperti pantun 2 rangkap, dikenali pantun 2 kerat. Pantun 4 rankap dikenali pantun 4
kerat dan pantun 6 rangkap dikenali pantun 6 kerat. Ada juga pantun 8 kerat.

Masyarakat melayu mahir dlm pembuatan barangan keperluan yang disematkan nilai falsafah melayu berteraskan islam.
Hasil kemahiran juga dipenuhi nilai estetika tinggi. (Halim Nasir, 1985).

1. Contohnya pembuatan rumah. Ciri2 rumah org melayu terlihat pada hasil kerja:

1. Bumbung spt bumbung limas


2. Kepelbagaian ruang, ruang induk, ruang ibu,ruang tengah, ruang
dapur dan serambi atau beranda
3. Rumah panggung – seni hias pada tingkap, dinding, atap dll
4. Peralatan kelengkapan rumah

2. Peralatan semasa; diusahakan sendiri atau bekerjasama. (Abdul halim Nasir,1985)

1. Peralatan dari tanah liat – pinggan, magkuk, cawan, periuk, kuali .


Labu Sayong di perak (bekas air dingin).
2. Perabot – kerusi, meja, almari dari kayu
3. Kenderaan sungai – sampan, bot, bot, kapal

3. Fesyen dan pakaian. Melayu merupakan pereka fesyen yg mampu bertahan lama. (Siti Zaiton Ismail,1949)

1. Baju kurung
2. Baju Melayu
3. Kebaya
4. Busana Muslim

4. Hasil Tumbuhan sbg peralatan;

1. Kertas daripada buluh


2. Pena/peralatan tulis drpd batang resam
3. Dakwat drpd buah pinang, akar pokok dan bunga senduduk
Melayu Kelantan, Terengganu dan Pahang – rekaan seni drpd logam. Perak – ukiran parang dan keris. Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Selangor – pembinaan rumah cantik dan unik. Lain2 – seni ukir, seni drama, seni bina, seni hias, seni tulis, seni
tari dan seni lagu.

Senibina – masjid dibangunkan di hampir setiap kampong dan bandar. Kebanyakan masjid dibina kombinasi senibina
melayu melalui ukiran kayu di pintu dan mimbar masjid di samping rekabentuk masjid diperngaruhi oleh senibina yaman,
arab Saudi, cina, india dan iran. Contoh masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Kg Laut di Kelantan – senibina dari cina.

Seni ukiran masyarakat melayu dpt dilihat pada batu nisan bermotifkan geometrid dan seni tulisan khat spt Thuluth,
Nasakh, Riqa’ah. Juga dpat dilihat dlm seni halus tenunan kain dan barang2 hiasan rumah. Melayu juga kaya dgn khazanah
seni pembuatan alat2 muzik spt gambang, rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus dan gong. Melayu juga mahir
menghasilkan senjata berukiran seni hals spt keris, lembing, tombak dsb.

Masyarakat melayu byk hasilkan inovasi untuk kegunaan seharian mereka.

 Peralatan pertanian spt parang, cangkul, tajak, sabit, dsb.


 Peralatan utk perikanan – bubu, jala, rawa dan rawan
 Peralatan utk pertukangan – ketam dan pahat
 Perangkap haiwan dll

Budaya, peradaban, tamadun serta nilai2 estetika orang melayu akan berubah mengikut peredaran zaman lebih2 lagi bila
munculnya pengaruh tamadun dan peradaban dari luar yang menyerap masuk ke dalam masyarakat melayu. Ini dilihat dlm
semua aspek keiduapan idealogi, hiburan, intelektual, makanan, fesyen, kebudayaan, Bahasa dan komunikasi, social dsb.
Peranan generasi sekarang adalah untuk mengekalkan nilai budaya dan tamadun melayu yang dipelihar sejak turun
temurun agar tidak ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai