Anda di halaman 1dari 16

Topik  Teknologi

11 Maklumat
dan
Komunikasi
dalam Konteks
Hubungan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan implikasi teknologi maklumat dan komunikasi
kepada pelbagai tahap hubungan;
2. Menerangkan implikasi etika terhadap komunikasi ruang siber; dan
3. Mengenal pasti cabaran-cabaran teknologi dalam konteks
hubungan.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, kita telah membincangkan konsep-konsep utama
teknologi maklumat dan komunikasi serta implikasinya terhadap landskap
media digital. Hari ini, teknologi telah mengubah cara kita melihat diri kita
sendiri, persekitaran kita dan hubungan kita. Kehidupan dalam dunia siber
membolehkan kita untuk membentuk semula identiti kita dalam cara yang kita
suka. Media sosial telah mengubah cara kita berinteraksi dengan masyarakat,
menjadikan hubungan lebih kompleks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Bukan sahaja kita perlu menerima cara baharu kita berinteraksi antara satu sama
lain, tetapi juga kita perlu mengubah cara kita melihat teknologi itu sendiri.

Topik akhir ini akan menumpukan kepada implikasi teknologi terhadap pelbagai
tahap hubungan manusia termasuk dalam ruang siber.

11.1 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN MANUSIA
Pernahkah anda mencuba untuk memulakan satu hubungan peribadi secara
maya? Apakah alasan anda berinteraksi secara dalam talian?

Kita menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita berinteraksi dengan orang


di sekeliling kita; kita membina hubungan dengan berkongsi pengalaman dan
perasaan secara lisan dan bukan lisan. Jadi, hari ini kita boleh memilih untuk
membentuk hubungan sama ada secara nyata atau dalam talian (online).

Dalam era komunikasi global ini, Internet membolehkan orang ramai di seluruh
dunia untuk membentuk hubungan melalui komuniti maya dan rangkaian-
rangkaian sosial.

Kesan teknologi, perkembangan dan cara kita menggunakannya dibincangkan


secara meluas. Teknologi komunikasi telah dan akan terus digunakan untuk
memberikan perubahan sosial. Oleh kerana masyarakat bergelut untuk berdepan
dengan cara baharu berkomunikasi yang tersedia, mereka perlu menyesuaikan
diri dengan cara tersebut dengan cepat.

11.2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN IDENTITI


DIRI
Seperti yang dibincangkan dalam topik sebelum ini, salah satu aspek penting
budaya siber adalah berkaitan dengan pembentuk identiti. Identiti diri
dipengaruhi oleh persepsi dan penerimaan seseorang individu oleh orang lain.
Namun, dalam komunikasi ruang siber, pertemuan manusia dan mesin
(teknologi) menambah dimensi idea „cyborg‰ yang dikemukakan oleh Donna
Haraway dalam manifestonya.

Bagaimanakah berkomunikasi dalam talian membantu seseorang itu melihat


dirinya? Bagaimanakah ia mempengaruhi seseorang dan apakah implikasinya
dalam komunikasi antaraperibadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  201
KONTEKS HUBUNGAN

Tidak seperti komunikasi bersemuka, seseorang boleh membentuk satu pesona


yang berbeza dalam komunikasi dalam talian (online). Pelbagai bentuk identiti
boleh dibentuk untuk menggambarkan perbezaan rupa, budaya, kehidupan,
gender dan ciri-ciri psikologi. Sebagai contoh, seseorang mendakwa lebih muda,
kurus atau lebih menarik daripada dirinya yang sebenarnya. Dengan teknologi,
seseorang berupaya mengubah, mencipta dan mempelbagaikan identiti dirinya.

World Wide Web (WWW) adalah contoh teknologi yang membentuk sebahagian
komunikasi interaktif yang unik. Pada masa lalu, individu mengiklankan,
mencetak dan menyediakan autobiografi untuk memperkenalkan suatu produk
atau perkhidmatan, atau untuk dikenali ramai. Sekarang dengan Internet,
dokumen itu boleh diterbitkan dalam laman web ciptaan sendiri dan boleh
diakses oleh ramai orang.

Seseorang mempunyai peluang untuk memainkan peranan sebagai webmaster


dalam penulisan dan penerbitan material atau artikel tertentu. Interaksi yang
berlaku adalah satu hala kecuali jika terdapat alamat e-mel yang boleh
dihubungi kemudiannya.

Melalui WWW, seseorang itu boleh mereka identiti baharu semasa berinteraksi
dengan orang lain. Dalam kata lain, teknologi bukan sahaja mengubah apa yang
difikirkan tentang seseorang tetapi juga menyediakan peluang untuk mencipta
identiti yang diingini. Internet, contohnya melalui Multiple User Domain (MUD),
membolehkan orang ramai membentuk komuniti maya dan identiti yang
tersendiri. Kaedah interaksi menerusi MUD juga membolehkan individu
bereksperimen dan membentuk identiti baru yang diinginkan, dan
menyingkirkan identiti sebenar yang tidak diingini. Mereka boleh membina
hubungan dan interaksi dengan rakan-rakan lain komuniti maya.

Sesiapa sahaja boleh mencipta biografinya secara online yang boleh merangkumi
aktiviti-aktiviti sosial, asal keluarga, gender, hobi, pengalaman hidup dan
sebagainya.

Bagi seseorang yang merasa janggal dalam institusi sosial, Internet menyediakan
cara mudah untuk berinteraksi dengan orang lain menerusi laman-laman
rangkaian sosial, papan buletin elektronik, Internet Relay Chat Rooms (IRC),
Multi User Domain/Dimensions or Dungeons (MUD) dan Multi-user dungeon
Object Oriented (MOOs). Ini adalah bahagian yang boleh dikaji tentang isu-isu
etika dalam komunikasi dalam talian. Identiti-identiti dalam talian sering
dipersoalkan. Di sini, terserah kepada imaginasi anda bagaimana anda boleh
menggambarkan diri anda dalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Mengetahui identiti seseorang yang kita berkomunikasi adalah perlu untuk


memahami dan menilai interaksi yang berlaku:
(a) Adakah seseorang itu ikhlas dalam hubungan dalam talian seperti
hubungan bersemuka?
(b) Jika seseorang tidak bernama (anonymous), sejauh mana dia akan hormat
dan bersopan sewaktu berinteraksi dengan orang lain dalam talian?
(c) Adakah seseorang yang menggunakan identiti dalam talian lebih
meyakinkan atau lebih agresif berbanding seorang yang menggunakan
identiti sebenar?
(d) Bolehkan pengguna membuat keputusan yang baik dalam dunia maya?

AKTIVITI 11.1

Apakah cabaran berkomunikasi secara chatting di Internet?

11.3 IMPLIKASI TEKNOLOGI KOMUNIKASI


DALAM HUBUNGAN PERIBADI
Pada masa lalu, hubungan peribadi memerlukan seseorang berada dekat di
antara satu sama lain. Bertemu secara bersemuka dengan kerap merupakan cara
yang terbaik untuk membina hubungan yang rapat. Sebaliknya, jarak yang jauh
akan menimbulkan cabaran dalam hubungan peribadi (Wood, 2001).

Apakah kenyataan ini benar dalam era teknologi komunikasi hari ini? Apakah
implikasi teknologi komunikasi terhadap hubungan peribadi?

Inovasi dalam teknologi komunikasi telah memberi kesan kepada cara kita
membentuk hubungan. Kita boleh bertemu dengan individu yang tinggal
beratus atau beribu kilometer dari kita, dalam zon masa dengan perkhidmatan
terjemahan dalam talian jika kita bercakap menggunakan bahasa yang berbeza.
Teknologi ini juga membantu kita untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan
dan keluarga dari rumah atau apabila berjauhan.

Hari ini, e-mel dan online Voice Over Internet Protocol (VOIP) dan program-
program chat merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan
ahli keluarga dan rakan-rakan ketika mereka berjauhan antara satu sama lain.
Bagi mereka yang pemalu, berinteraksi menggunakan e-mel atau kumpulan chat
dalam talian memberikan mereka lebih keyakinan daripada mereka bercakap
secara bersemuka dengan orang lain. Individu yang sakit seperti mereka yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  203
KONTEKS HUBUNGAN

menghidap thalassemia atau kanser sekarang boleh berbual dengan mereka yang
mengalami penyakit yang sama, dan memberi/menerima sokongan emosi
antara satu sama lain. Dalam cara ini, teknologi boleh mempertingkatkan kualiti
kehidupan.

AKTIVITI 11.2

Berapa lama anda mengambil masa untuk berkomunikasi dalam


talian? Apakah tujuan anda berkomunikasi dalam talian?

Alat-alat komunikasi dalam talian seperti Facebook atau chat room menjadikan
ia lebih mudah untuk mencari individu yang mempunyai pendapat dan minat
yang sama. Mereka boleh memilih bagaimana mereka mahu berkomunikasi,
berapa banyak tentang diri mereka ingin didedahkan atau sejauh mana
keakraban sesuatu hubungan itu sepatutnya.

Golongan muda hari ini tidak ditenggelami oleh pelbagai cara berkomunikasi.
Kebanyakan kanak-kanak belajar menggunakan komputer di usia yang awal dan
ramai murid-murid sekolah rendah mempunyai telefon bimbit. Kebanyakan
rumah mempunyai konsol permainan, membolehkan orang ramai bermain
permainan video dengan orang lain yang berada di seluruh dunia pada masa
yang nyata. Bagi kebanyakan kanak-kanak hari ini, menghabiskan masa dengan
kawan-kawan secara maya adalah lebih kurang sama dengan melepak di pusat
membeli-belah.

Teknologi menjadikan ia lebih mudah bagi orang yang kurang keyakinan diri
(low self-esteem) untuk terlibat dalam perhubungan dengan orang lain. Mereka
boleh meluahkan perasaan mereka dalam persekitaran yang lebih selesa sewaktu
dalam talian, kerana setiap individu seolah-olah sama. Tidak kira bagaimana
mereka berpakaian, menggayakan rambut mereka atau bagaimana mewahnya
mereka, dalam dunia maya mereka semua adalah sama.

Namun demikian, seperti berkomunikasi dalam dunia sebenar, komunikasi


dalam dunia siber juga mempunyai cabarannya; antaranya adalah keberkesanan
mesej, kekaburan sumber dan kandungan, serta isu etika.

(a) Keberkesanan Mesej


Terdapat kemungkinan timbulnya salah faham mesej bertulis apabila kita
tidak boleh melihat ekspresi wajah atau bahasa badan seseorang yang kita
sedang berkomunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

(b) Kekaburan Sumber dan Kandungan


Komunikasi dalam talian penuh dengan kekaburan. Semua orang boleh
menulis apa sahaja. Mereka boleh menggambarkan diri mereka sebagai apa
sahaja contohnya mahir tentang sesuatu subjek. Sukar untuk kita pastikan
sejauh mana mereka itu boleh dipercayai.

(c) Isu Etika


Isu-isu etika sering kali ditimbulkan dalam komunikasi dalam talian
melibatkan kebenaran dan kejujuran identiti diri dalam dunia siber.
Seseorang itu boleh menggunakan nama sama serta mengubah umur,
gender, penampilan, pekerjaan dan tempat tinggal. Atas alasan ini, adalah
lebih baik untuk kita berhati-hati dengan maklumat-maklumat peribadi
yang kita ingin kongsikan sehingga kita berpuas hati dengan pengenalan
diri seseorang itu.

Ini terutamanya benar untuk remaja dan kanak-kanak. Internet boleh menjadi
satu tempat yang merbahaya kepada kanak-kanak. Jadi adalah penting untuk
ibu bapa memantau jenis-jenis laman web yang diakses oleh anak-anak mereka.
Ruang siber adalah luas dan sukar untuk pihak berkuasa memantaunya. Idea
„bahaya berurusan dengan orang yang tidak dikenali‰ jelas kelihatan dalam
komunikasi dalam talian. Bukan sahaja itu, Internet tidak mempunyai tapisan
automatik, jadi anda perlu memantau jenis-jenis kandungan web yang dilihat
oleh anak-anak anda.

AKTIVITI 11.3

Terangkan konsep-konsep berikut:


(a) Netizen (b) Ketagihan Internet

11.4 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM


INTERAKSI BUKAN LISAN
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, komunikasi bukan lisan sama
pentingnya dengan komunikasi lisan. Apabila bercakap, ekspresi wajah anda
dan bahasa tubuh mengukuhkan lagi apa yang anda katakan. Malah penampilan
anda juga memberi kesan kepada mesej yang cuba disampaikan.

Seperti dalam kehidupan sebenar, komunikasi bukan lisan juga wujud dalam
ruang siber. Dengan peningkatan komunikasi menerusi teknologi yang paling
kerap digunakan dalam bentuk SMS, chat dan e-mel, peluang untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  205
KONTEKS HUBUNGAN

tersalahfaham „intonasi‰ daripada apa yang diperkatakan wujud. Adalah sangat


sukar untuk membaca emosi di sebalik mesej bertulis yang ringkas.

Sebagai penyelesaiannya, simbol-simbol yang dikenali sebagai emotikon atau


„Internet shorthand‰ telah menggantikan kiu komunikasi bukan lisan. Dengan
menggunakan simbol-simbol ini, seseorang yang berkomunikasi dalam talian
akan berpeluang untuk meluahkan perasaannya dengan lebih berkesan kerana
emotikon boleh menunjukkan emosi individu yang kita sedang berkomunikasi.
Kebanyakan emosi seperti gembira, marah, sedih atau bosan boleh disampaikan
menerusi pelbagai simbol yang berbeza. Selain itu, emotikon juga memainkan
peranan menggantikan intonasi suara dan ekspresi wajah (lihat Rajah 11.1).
Berikut adalah beberapa contoh simbol „shorthand‰ yang orang ramai gunakan
untuk menyampaikan perasaan atau mood tanpa perlu menaip penerangan
secara panjang lebar.

Rajah 11.1: Emotikon dan abreviasi dalam komunikasi dalam talian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

11.5 IMPLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI DALAM KONTEKS
ORGANISASI
Memang tidak dapat dinafikan bahawa inovasi dalam teknologi komunikasi
telah mengubah cara organisasi beroperasi. Teknologi juga telah mengubah
struktur organisasi kerana ia membawa paradigma baharu dalam operasi
sesebuah organisasi.

Perubahan-perubahan ini menggantikan struktur hierarki formal menyusun dan


mengurus hubungan dalam sesebuah organisasi dan antara organisasi. Menerusi
teknologi komunikasi, maklumat dikawal dan dikongsi dalam kalangan ahli
sesebuah organisasi.

Kesan teknologi komunikasi boleh dilihat dalam beberapa aspek termasuklah


perkembangan sistem maklumat, isu-isu pentadbiran, budaya kerja, sistem
perakaunan, struktur dan fungsi sesebuah organisasi, stail pengurusan,
pembuatan keputusan, etika dan budaya sesebuah organisasi.

Selain itu, kesan-kesan ini juga boleh dilihat dalam pengendalian kerja,
pembentukan dan struktur kumpulan dalam organisasi, dan peranan-peranan
pengurusan. Sebagai contoh, sesetengah operasi sekarang diautomasikan dan ini
telah membawa kepada perubahan dalam keperluan kakitangan. Akses kepada
maklumat dalaman dan luaran boleh diperolehi dengan mudah. Contohnya,
dalam sesebuah organisasi yang bertumpukan kepada import dan eksport,
proses pembilan dan penjualan produk boleh dilaksanakan secara online.

Pengkomputeran juga membolehkan automasi banyak tugas yang suatu masa


dahulu dilakukan secara manual. Pekerja-pekerja pejabat hari ini menggunakan
banyak program komputer seperti pemproses kata (word processing), hamparan
elektronik (spreadsheets), penerbitan meja (desktop publishing), perakaunan dan
persembahan multimedia. Program-program ini membolehkan kerja dijalankan
dengan cepat dan sistematik. Komputer juga membenarkan untuk penyimpanan,
pencarian dan perkongsian data dengan lebih berkesan. Kakitangan boleh
berkomunikasi dengan lebih baik menerusi e-mel dan media lain seperti tele-
persidangan.

Aplikasi rangkaian membolehkan semua komputer dihubungkan supaya


maklumat organisasi boleh disimpan dalam satu lokasi tetapi diakses dari mana-
mana sahaja dalam organisasi menerusi rangkaian dan terminal data. Ini juga
membolehkan kakitangan bekerja dari jauh, dari rumah atau sewaktu dalam
perjalanan perniagaan. Rakan-rakan sekerja boleh bekerjasama untuk satu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  207
KONTEKS HUBUNGAN

dokumen pada waktu yang sama di seluruh dunia (Straubhaar & LaRose, 2000:
322). Sesetengah tugas yang sebelum ini adalah mustahil untuk dilakukan pada
masa lalu kini telah menjadi kenyataan.

AKTIVITI 11.4

Berikan contoh-contoh organisasi maya di Malaysia.

Internet adalah perkembangan yang menarik dalam konteks komunikasi dalam


kalangan kakitangan organisasi. Sebagai contoh, penggunaan e-mel menyediakan
kaedah untuk komunikasi dalaman dan luaran. Maklumat dan mesej boleh
dihantar dengan cepat, murah dan diterima oleh ramai kakitangan, bukan sahaja
di pusat operasi malah di cawangan-cawangan lain juga. E-mel adalah satu
kaedah penghantaran mesej dalam bentuk fakta (sebagai contoh, perwakilan akan
tiba pada 10.00 malam) tetapi ia tidak mampu menghantar komunikasi bukan
lisan (misalnya ekspresi wajah, intonasi suara, kontak mata, dan sebagainya)

Pada masa kini, sistem maklumat komputer dan rangkaian telah menggantikan
banyak sistem tradisional penyimpanan rekod berasaskan kertas.

Satu lagi trend dalam kalangan syarikat-syarikat adalah penggunaan


persidangan video untuk mengurangkan tempoh perjalanan pengurus-pengurus
yang dahulunya diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka seperti
mesyuarat jabatan, latihan, pembangunan produk, motivasi staf, mesyuarat
dasar dan bina kumpulan.

AKTIVITI 11.5

1. Terangkan konsep-konsep berikut:


(a) Organisasi Maya
(b) Teleworking

2. Pilih satu organisasi dan huraikan latar belakangnya.


Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan cabaran-cabaran
komunikasi yang dihadapi oleh kakitangan dalam era teknologi
maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

11.6 IMPLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT


TERHADAP KOMUNIKASI KUMPULAN
Dalam topik sebelum ini, anda telah diperkenalkan dengan komunikasi
kumpulan. Komunikasi dalam kumpulan boleh dilihat dalam kumpulan kerja
dan kumpulan sosial.

Dalam era ruang siber, komuniti elektronik dan kumpulan kerja dibentuk secara
online. Apakah perbezaan antara kumpulan dalam ruang siber dan realiti?
Apakah persamaan antara kumpulan kerja dan kumpulan sosial?

Antara cabaran yang kumpulan kerja organisasi perlu menyesuaikan diri


termasuklah penetapan agenda untuk mencapai matlamat dan menguruskan
konflik. Ahli kumpulan kerja memerlukan kemahiran untuk berkomunikasi
menerusi teknologi atau secara bersemuka. Oleh kerana Internet membolehkan
komunikasi yang segera, penjadualan boleh menjadi satu isu.

Komputer dan Internet mencipta kaedah baru dalam perbincangan dan


perhubungan. Pelbagai kumpulan ă sama ada sosial atau profesional ă
mempunyai peranan yang sama seperti dalam kehidupan sebenar. Keunikan
berinteraksi dalam ruang siber adalah ia memberi peluang untuk berkomunikasi
tanpa mengambil kira latar belakang, gender, kaum, budaya, penampilan, kualiti
suara, warna kulit atau umur ahli sesebuah kumpulan online itu.

AKTIVITI 11.6

Pernahkah anda menyertai kumpulan dalam talian? Apakah fungsi


kumpulan tersebut dalam hidup anda?

Melalui Internet dan perkhidmatan yang disediakan, maklumat boleh diperolehi


dan dihantar dengan mudah dalam masa yang singkat. Menerusi e-mel,
ListservsÊ dan Usenet, ahli-ahli kumpulan boleh berkomunikasi dengan ahli lain
dalam kumpulan tersebut. Satu ciri unik Internet, sebagai contoh, boleh dilihat
dalam keupayaannya untuk menghantar mesej kepada sejumlah besar ahli
kumpulan. Antara perkhidmatan Internet yang memudahkan komunikasi
kumpulan ialah instant messaging, mailing lists dan chat.
(a) Instant Messaging: Ini adalah panggilan telefon menerusi Internet di mana
mesej dihantar oleh teks yang ditaip. Penerima boleh membaca teks
tersebut apabila menekan kekunci „return‰. Contoh-contoh instant
messaging adalah ICQ dan AOL Messenger.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  209
KONTEKS HUBUNGAN

(b) Mailing Lists: Mesej boleh ditransmisikan melalui e-mel kepada anggota
kumpulan yang besar walau di mana jua mereka berada. Mailing lists
disusun mengikut topik-topik tertentu dan dimiliki secara persendirian.
(c) Chat: Ini boleh digunakan dalam berkomunikasi menerusi chat groups
perlu akses Internet pada masa yang sama dan aktif berkomunikasi antara
satu sama lain.

Kelebihan kumpulan yang mengaplikasikan teknologi dalam operasinya adalah


ia menghubungkan ahli-ahli kumpulan yang jauh dan dekat menerusi telefon
dan e-mel. Kerjasama antara ahli kumpulan boleh dicapai dengan cepat. Sistem
sokongan komputer melalui rangkaian dan perisian groupware dapat
mengkordinasikan kerja ahli kumpulan. Dokumen yang dikongsi dalam
kumpulan kerja online boleh disunting dengan mudah, dimanipulasi dan
diberikan perhatian segera oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kebaikan lain yang
boleh dilihat ialah dengan penggunaan teknologi ini persidangan atau mesyuarat
secara bersemuka tidak perlu dilakukan. Operasi boleh dilaksanakan tanpa
kehadiran setiap ahli. Secara tidak langsung, teknologi membantu proses
pembuatan keputusan, mempertingkatkan produktiviti dan penglibatan ahli-ahli
dalam kumpulan.

AKTIVITI 11.7

1. Apakah kelemahan menggunakan teknologi maklumat dalam


komunikasi sesebuah kumpulan kerja?

2. Pada pandangan anda, adakah komunikasi kumpulan online


dalam ruang siber lebih berkesan jika dibandingkan dengan
kumpulan yang bertemu dalam realiti sebenar (real space)?

Internet telah membentuk kumpulan maya yang bertemu dan berinteraksi


dengan ahli-ahlinya secara online, yang antaranya kumpulan elektronik
(electronic groups), komuniti maya (virtual community) dan kumpulan dalam
talian (online groups).

Rangkaian komuniti elektronik dibentuk apabila interaksi dan perkongsian


makna berlaku dalam ruang siber. Dengan pembentukan kumpulan seperti
kumpulan aktivis sosial, kumpulan politik, kumpulan peminat sukan, kumpulan
ibu bapa, kumpulan guru, dan sebagainya, pandangan boleh disuarakan dan
dikongsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Bagi komuniti yang menghadapi masalah kesihatan seperti kanser, diabetes,


obesiti, thalassemia, masalah emosi dan sebagainya, kewujudan laman-laman
web, chat rooms dan papan buletin elektronik menyediakan ruang untuk
membincangkan isu-isu pada bila-bila masa. Teknologi telah mendorong
komuniti elektronik melibatkan diri dalam menyelesaikan isu-isu sosial dan
bertindak dengan berkesan dan kolektif.

11.7 ETIKA DALAM KOMUNIKASI MAYA


Apakah yang anda faham dengan kepentingan etika dalam komunikasi?
Mengapakah perlu untuk seseorang itu bersopan sewaktu berkomunikasi dalam
talian? Dalam situasi yang tegang, bagaimana anda mengawal perasaan anda
ketika berkomunikasi dengan orang lain?

Berbeza dengan bahasa kasar yang dituturkan dalam keadaan marah, bahasa
yang dihantar menerusi komunikasi elektronik mempunyai kesan terhadap
penerimanya. Mesej yang kesat bahasanya dan dihantar kepada seseorang akan
kekal untuk beberapa lama dan boleh dibaca semula sebelum dipadamkan.
Penerima mesej-mesej sedemikian mungkin telah secara perlahan-lahan
melupakan mesej tersebut tetapi bukan kesannya kerana ia telah menyinggung
perasaan mereka.

Prinsip asas etika komunikasi adalah untuk memberikan kebebasan untuk


mengetahui kebenaran sesuatu isu dan memberi pilihan kepada seseorang itu
untuk menilai. Dengan menerima prinsip etika dalam komunikasi, kita tidak
mahu maklumat tersebut diputar belit. Selain itu, prinsip etika dalam
komunikasi juga penting kerana ia boleh memberi penghormatan kepada
seseorang individu, sesebuah kumpulan atau institusi yang terlibat dalam proses
komunikasi. Dengan ketersediaan garis panduan tentang etika yang baik, kita
boleh mengelakkan paksaan nilai-nilai yang dimiliki dan dipegang oleh orang
lain. Bagaimana tentang prinsip-prinsip asas dalam komunikasi di ruang siber?

Isu-isu etika dalam ruang siber adalah mencabar dan menimbulkan kontroversi.
Isu etika yang utama dalam komunikasi berkaitan dengan ketepatan maklumat,
kebenaran fakta, tanggungjawab mempertahankan kebebasan dan privasi.
Antara lain, etika dalam menggunakan teknologi juga melibatkan penggunaan
atau akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer, perisian ciplak, hak
intelektual pengguna, pembohongan, salah faham, penyalahgunaan maklumat,
kerahsiaan, kebebasan dan kebocoran berita.

Pemeliharaan hak-hak peribadi dan kebebasan adalah salah satu isu utama etika
dalam dunia siber. Komunikasi dalam talian yang boleh dianggap sebagai rahsia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  211
KONTEKS HUBUNGAN

oleh seseorang individu sebenarnya boleh diceroboh oleh pengiklan di Internet.


Media interaktif, e-mel, akses kepada pangkalan data komputer dan rangkaian
membeli-belah dari rumah, sebagai contohnya, adalah mekanisma yang
digunakan untuk mengumpulkan maklumat pengguna. Maklumat yang
dikumpulkan boleh dijual kepada syarikat-syarikat pasaran antarabangsa. Iklan-
iklan banner di Internet boleh dilihat setiap kali seseorang itu melayari Internet.
Persoalan tentang kebebasan tanpa gangguan menjadi lebih rumit dalam dunia
siber. Kebebasan adalah tidak terhad kepada setakat mana maklumat tentang
pengguna Internet boleh dikumpulkan dan disimpan oleh orang lain.

Perbualan peribadi dan perbincangan menerusi mesej-mesej e-mel, rakaman


panggilan telefon, pemasangan pita rakaman dan kamera untuk tujuan
pengawasan dan penyiasatan merupakan cabaran kepada pengguna teknologi
komunikasi.

Hakikatnya, gabungan teknologi baharu berpotensi untuk memusnahkan


kebebasan dan hak peribadi individu. Apakah kepentingan etika dalam ruang
siber? Mengapakah etika dalam ruang siber perlu diambil kira, sedangkan
identiti orang yang kita berkomunikasi tidak diketahui?

Isu-isu etika komunikasi dalam dunia siber penting kerana:


(a) Berkomunikasi dalam talian adalah berbeza dengan cara berkomunikasi
yang lain kerana ketiadaan kiu komunikasi bukan lisan dan nada suara.
(b) Ia dianggap sebagai sesuatu yang perlu dibendung oleh peraturan dan
undang-undang tertentu.
(c) Komunikasi dalam persekitaran siber melibatkan orang biasa (orang awam
dan individu) yang mempunyai perasaan. Mereka boleh rasa tertekan
dengan bahasa-bahasa yang kasar dan diperdaya dengan mudah seperti
dalam kehidupan normal. Oleh itu, etika dalam membangunkan hubungan
perlu diambil kira.
(d) Amalan-amalan tidak beretika juga berlaku dalam hubungan kerja. Mesej
menerusi e-mel boleh disebarkan tanpa had dan kesannya sangat jelas.
Memo yang dihantar kepada semua kakitangan atau ahli sesebuah
organisasi boleh memberi kesan negatif kepada moral pekerja. Lawak yang
disebarkan kepada kakitangan tentang seseorang mungkin menimbulkan
situasi kerja yang kurang harmonis atau memalukan seseorang.
(e) Sumber mesej dalam bentuk khabar angin, kritikan dan maklumat salah
dalam ruang siber tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, meneliti dan menilai
ketepatan mesej yang diterima atau dihantar kepada khalayak yang besar
harus menjadi tanggungjawab setiap orang dalam dunia siber, sama ada
mereka bertindak sebagai sumber ataupun penerima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Memahami etika dalam komunikasi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika
tiada pemahaman yang mendalam tentang situasi dalam ruang siber. Tingkah
laku seseorang sewaktu berinteraksi dengan suatu komuniti online adalah
penting dalam memberikan pelbagai implikasi kepada budaya. Ini terutamanya
benar jika peraturan dalam amalan kebudayaan tidak diketahui langsung atau
tidak diambil kira sewaktu berinteraksi dalam dunia siber.

Komunikasi dalam kalangan orang ramai hari ini termasuklah interaksi online
yang telah menyebabkan hubungan antara manusia menjadi lebih kompleks dan
penuh dengan kekaburan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
memberi kesan kepada proses komunikasi khususnya terhadap penerima.
Komunikasi yang dibina secara dalam talian sememangnya melibatkan etiket
interaksi dalam dunia siber. Oleh itu, etiket dalam hubungan komunikasi adalah
sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pandangan individu antara satu
sama lain. „Netiquette‰ merupakan peraturan terhadap komunikasi dalam
Internet. Saling menghormati dan bersopan dalam Internet menjadi garis
panduan untuk komunikasi dalam situasi sosial di Internet. Dalam kata lain,
netiquette membantu membentuk komunikasi yang beretika. Pengkaji-pengkaji
dalam bidang pengkomputeran mengenal pasti beberapa garis panduan etiket
untuk komunikasi di Internet seperti berikut:
(a) Membaca FAQs sebelum memulakan soalan yang berulang.
(b) Menulis dalam huruf besar bermaksud anda cuba memberi penekanan
kepada sesuatu dalam mesej atau memberi makna yang anda menjerit.
(c) Elakkan menggunakan Internet semasa „kesesakan laluan‰ kerana ia akan
menyebabkan kesukaran dalam mengakses Internet. Gunakan masa yang
sesuai untuk mendapatkan talian.
(d) Gunakan cara ringkas untuk menyampaikan maklumat, umpamanya
ketika menggunakan e-mel.
(e) Dalam e-diskusi, seseorang perlu menerima ahli-ahli baharu dengan
bersopan.

Etiket dalam dunia siber termasuklah garis panduan untuk saling menghormati
dan bersopan ketika berinteraksi dengan pengguna Internet yang lain. Namun,
terdapat beberapa halangan untuk melaksanakannya seperti penguasaan bahasa
Inggeris di Internet dan kepelbagaian pengguna Internet dari latar belakang
budaya yang berbeza.

Etiket dalam dunia siber atau netiquette menggariskan aspek-aspek tingkah laku
atau protokol yang dirujuk sebagai bermoral ketika berkomunikasi di Internet
menerusi e-mel, mailing list atau newsgroups.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  213
KONTEKS HUBUNGAN

Peraturan biasa yang digunakan sebagai garis panduan dalam komunikasi


menggunakan e-mel, listservs, chat rooms dan discussion boards adalah seperti
berikut:
(a) Mesej dibaca dan difahami dengan baik.
(b) Mesej yang hendak dihantar perlu dibaca agar mudah difahami dan tidak
disalahtafsir.
(c) Gunakan emotikon untuk menjelaskan makna.
(d) Kenali khalayak yang akan menerima mesej tersebut.
(e) Bersabar, berfikiran terbuka dan cuba fahami orang baru dalam listservs,
discussion boards, e-mel, chat rooms dan teknologi komunikasi yang lain.
(f) Menyalin semula bahagian mesej yang berkaitan dengan maklum balas
agar penghantar asal mesej tersebut akan faham konteks maklum balas
berkenaan dengan mudah.
(g) Pastikan nama dan topik mesej dinyatakan dengan jelas.
(h) Fokus kepada topik setiap mesej.
(i) Taip menggunakan huruf kecil.
(j) Cuba faham situasi penerima mesej yang mungkin tidak fasih dalam
bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan kepastian, seseorang itu perlu
bertanya terlebih dahulu sebelum memberikan maklum balas.
(k) Elakkan membuat andaian tentang penerima mesej.
(l) Bersopan dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

Peraturan dalam ruang siber adalah berbeza daripada kehidupan dalam dunia
sebenar. Ketiadaan elemen-elemen komunikasi bukan lisan menyukarkan proses
pentafsiran mesej yang diterima. Satu perkara yang sering dilupakan dalam
komunikasi ruang siber adalah fakta bahawa interaksi berlaku dengan orang lain
yang juga mempunyai perasaan. Kiu komunikasi bukan lisan yang tidak diambil
kira akan menyebabkan pelbagai salah faham, kesilapan dan konflik dalam
komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

AKTIVITI 11.8

1. Adakah netiquette merupakan satu bentuk peraturan yang


formal?

2. Nyatakan peraturan dalam komunikasi ruang siber yang anda


rasakan penting selain daripada garis panduan yang disenaraikan
di atas.

3. „Dalam berkomunikasi di ruang siber, seseorang cenderung untuk


bertindak dengan kelakuan yang kurang „netiquette‰. Mengapa
ini berlaku? Berikan pandangan anda tentang pernyataan di atas.

 Internet dan kemudahan yang disediakannya menawarkan peluang untuk


orang ramai berinteraksi secara maya dengan orang lain.

 Dalam interaksi maya, identiti boleh diubah untuk tidak dikenali sementara
persona boleh dicipta.

 Identiti diri yang wujud dalam dunia fizikal adalah sukar untuk disahkan
dalam dunia maya.

 Bidang komunikasi yang luas bukan sahaja melibatkan interaksi antara


seseorang individu dan individu lain atau antara individu dengan
kumpulan; ia juga mungkin melibatkan sesebuah institusi dan mereka yang
terlibat dalam industri media elektronik (online).

 Perbezaan latar belakang orang ramai menyebabkan perbezaan dalam


pentafsiran, penilaian, pemahaman dan penerimaan terhadap sesuatu mesej.

 Isu-isu etika memberi implikasi perlunya kod tingkah laku dalam kalangan
pengguna komunikasi ruang siber.

 Memahami etika komunikasi membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati


dan bersopan santun semasa berkomunikasi dalam ruang siber.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai