Anda di halaman 1dari 18

ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS (BBA)

MEI / 2023

ABCC1103

INTRODUCTION TO COMMUNICATION

NO. MATRIKULASI : 911220065410001


NO. KAD PENGENALAN : 911220-06-5410
NO. TELEFON : 013-3217031
E-MEL : imanoorlin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTRE
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ANALISIS KESAN TEKNOLOGI TERHADAP KOMUNIKASI 4

3.0 PERANAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM INTERAKSI


INTERPERSONAL 7

4.0 KEPELBAGAIAN GAYA KOMUNIKASI DAN STRATEGI DALAM


KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA 9

5.0 ANALISIS DIMENSI ETIKA KOMUNIKASI DALAM KONTEKS YANG


BERBEZA 12

KESIMPULAN 14

RUJUKAN

BAHAGIAN II

PERBINCANGAN KELAS DALAM TALIAN 13

1.0 Tangkap Skrin


ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

BAHAGIAN I
1.0 PENGENALAN
Komunikasi adalah satu aktiviti yang sangat asas dalam kehidupan manusia. Terdapat
pelbagai definisi komunikasi yang dikongsi umum yang menganggap komunikasi sebagai
satu proses interaksi dan perkongsian makna (Massila & Arfah , 2016). Tujuan
komunikasi berlaku adalah untuk pertukaran idea dan pemikiran dalam dua atau lebih
individu dan komunikasi berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya ia boleh dilakukan
melalui tulisan, pertuturan, isyarat, simbol atau komunikasi bertulis. Komunikasi juga
disebut sebagai penghantaran mesej dan penerimaan mesej dengan menggunakan kaedah
yang sesuai antara dua atau lebih individu iaitu penghantar dan penerima supaya mesej
yang dimaksudkan dapat difahami. Komunikasi secara ringkas boleh dihuraikan sebagai
satu proses menyelaraskan pendapat, pemikiran dan emosi antara manusia. Menurut
(Stevens, 1950), jika rangsangan komunikasi diabaikan oleh organisma maka tiada
komunikasi yang akan berlaku dan mesej yang tidak mendapat respons bukanlah
komunikasi.

Dalam kehidupan seharian kita, komunikasi membantu kita membina hubungan dengan
membenarkan kita berkongsi pengalaman dan keperluan diri serta membantu kita
berhubung dengan orang lain. Kita semua perlu berkomunikasi kerana ianya adalah
intipati kehidupan yang membolehkan kita meluahkan perasaan, menyampaikan
maklumat dan berkongsi fikiran.

Menjadi komunikator yang berkesan dalam kehidupan profesional dan peribadi kita
bukanlah mudah kerana ianya melibatkan kemahiran bertukar maklumat dengan jelas,
empati dan pemahaman yang tinggi tentang perkara atau subjek yang ingin diperkatakan
kerana komunikasi yang berkesan amat memerlukan kita jelas serta yakin dalam apa yang
kita cuba ungkapkan.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

2.0 ANALISIS KESAN TEKNOLOGI TERHADAP KOMUNIKASI


Apakah teknologi komunikasi? Teknologi komunikasi ialah sebarang alat digital yang
boleh kita gunakan untuk menghantar dan menerima maklumat. Teknologi ini boleh
merangkumi perisian, program komputer, peranti dan sistem pemesejan. Ramai di antara
kita berkomunikasi setiap hari menggunakan platform komunikasi digital seperti
whatsapp, telegram, email dan pelbagai lagi platform komunikasi digital yang tersedia
kerana kemajuan teknologi untuk kita pada masa kini akan tetapi berapa banyakkah
komunikasi kita sebenarnya mencapai khalayak atau orang serta makna yang
dimaksudkan seperti yang kita harapkan?

Teknologi telah membawa perubahan besar dalam kaedah komunikasi dengan


memperkenalkan cara baharu untuk berkomunikasi seperti pemesejan segera dan
persidangan video yang menjadikan komunikasi mudah dilakukan serta menghapuskan
kekangan atau meminimakan rintangan jarak fizikal diantara penerima dan penghantar
mesej. Sebagai contoh, melalui persidangan video, mesyuarat Board Of Directors
sesebuah syarikat tetap boleh dilaksanakan walaupun setiap daripada pengarah berada di
lokasi yang berlainan tidak kira merentasi sempadan negeri atau negara.

Komunikasi yang telah ditambah baik melalui teknologi juga mampu merapatkan jurang
perhubungan jarak jauh kerana komunikasi tidak lagi terhad kepada suara semata-mata
sebaliknya dapat melihat wajah serta aktiviti satu sama lain melalui kaedah panggilan
video. Teknologi di dalam komunikasi membolehkan hubungan jarak jauh didekatkan
kerana dalam hubungan jarak jauh, komunikasi adalah yang paling utama dalam konteks
hubungan ini dan boleh jadi mencabar secara emosi dan fizikal jika tidak diuruskan
dengan betul. Komunikasi yang baik mampu membina kepercayaan. Kepercayaan adalah
sebuah hal yang penting untuk sebuah hubungan boleh berjalan dengan lancar. Jadi,
amatlah penting bagi individu atau masyarakat yang terlibat dalam hubungan jenis ini
mendapat sokongan dalam teknologi komunikasi kerana tanpa komunikasi, hubungan
jarak jauh tidak mempunyai kekuatan untuk diteruskan.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Selain daripada itu, kesan positif penggunaan teknologi dalam komunikasi adalah
membantu menyebarkan maklumat dengan lebih cepat serta membantu pencarian segala
maklumat dan data yang diperlukan dengan pantas, diibaratkan segala perkara yang dicari
berada di hujung jari melalui platform digital. Sebagai contoh, tanpa media sosial, kita
tidak akan tahu akan kewujudan penyebaran virus Covid-19 dan bersyukur dengan
adanya media sosial, berita virus Covid-19 yang membunuh banyak nyawa ini tersebar
pantas. Ini sedikit sebanyak membantu kita sama-sama berwaspada dan berhati-hati
dalam kehidupan seharian serta memberi kita ilmu bagaimana untuk mengelakkan virus
ini.

Teknologi di dalam komunikasi juga menjadi alat perantaraan terpenting untuk sektor
pendidikan dan pekerjaan ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid 19. Di mana ada
liputan internet, pekerja dapat meneruskan aktiviti operasi kerja seperti biasa dan pelajar
dapat meneruskan pembelajaran walaupun pergerakan adalah terhad kerana pada Ketika
itu, kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020
ekoran penularan wabak tersebut.

Sememangnya tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan dalam penggunaan teknologi di


dalam komunikasi. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kesan buruk teknologi
dalam komunikasi yang memberi impak kepada masyarakat. Sebagai contoh, media
sosial yang merupakan medium komunikasi digital masa kini jika disalahgunakan, akan
merosakkan serta membinasakan generasi baru melalui penggunaannya yang berlebihan.
Generasi muda cenderung menghabiskan masa yang lama melayari media sosial seperti
Facebook, TikTok, Instagram dan platform media sosial lain sehari-hari, sehingga
menyebabkan penurunan dalam komunikasi bersemuka secara fizikal. Perkara ini
menyebabkan anak muda zaman moden ini menghadapi masalah kemahiran sosial dan
interaksi di dunia realiti kerana cara komunikasi di dalam media sosial dan dunia nyata
adalah berbeza.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Umum mengetahui, komunikasi secara bersemuka adalah komunikasi yang terbaik dan
paling berkesan kerana interaksi fizikal lebih mewujudkan pemahaman emosi seseorang
dengan lebih mendalam, rasa diperlukan serta lebih memahami keperluan individu.
Selaku masyarakat yang kaya dengan adab dan nilai budaya bahasa yang tinggi, generasi
ini harus menyemai etika dan adab yang sopan ketika berkomunikasi kerana cara
komunikasi boleh memberi gambaran dan cerminan kepada akhlak serta peribadi
seseorang individu juga mampu memahami gaya komunikasi untuk generasi yang
berbeza.

Penyebaran berita palsu yang berleluasa juga merupakan impak negatif dalam
penggunaan internet yang mudah diakses dalam aspek teknologi komunikasi. Cabaran
untuk masyarakat ketika ini adalah untuk menapis semua berita yang diterima serta tidak
mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum sahih sepenuhnya. Sekiranya terdapat
individu di alam mayanyang tidak memahami etika, ia boleh memberi kesan kepada
tahap integriti bahan yang disebarkan. Penulisan status, komen, siaran gambar, poster,
'meme' atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosio budaya dan sensitiviti kaum
boleh mengakibatkan timbulnya rasa tidak senang, terhina atau tersinggung oleh pihak-
pihak tertentu. Keadaan menjadi lebih teruk jika ia kemudian menjadi punca perbalahan,
pergaduhan atau rusuhan dalam kalangan masyarakat yang hidup aman damai lagi
harmoni.

Sehubungan itu, adalah penting untuk setiap pengguna melakukan penyelidikan terhadap
sebarang maklumat yang diterima mereka menerusi media sosial kerana bahan-bahan
berbentuk spekulasi, tuduhan dan penghinaan juga boleh memberi impak dan kesan besar
kepada negara. Orang ramai perlu mempunyai kesedaran tinggi bahawa perkongsian
berita atau maklumat palsu bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi individu atau pihak
tertentu malah boleh memberi kesan ke pada ekonomi, keselamatan dan keamanan
negara.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

3.0 PERANAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM INTERAKSI


INTERPERSONAL
Komunikasi nonverbal atau komunikasi bukan lisan adalah proses komunikasi di mana
mesej yang disampaikan oleh penghantar kepada penerima dengan tidak menggunakan
kata-kata tetapi menggunakan bahasa tubuh seperti mimik wajah, gerakan tangan,
pandangan mata bahkan sentuhan, intonasi suara dan kelajuan dalam berbicara.

Komunikasi interpersonal pula adalah proses pertukaran maklumat, idea, pendapat dan
perasaan yang terjadi antara dua orang atau lebih. Contoh komunikasi interpersonal
adalah percakapan antara dua orang sahabat, perbualan sesama keluarga dan percakapan
antara tiga orang. Komunikasi interpersonal juga boleh terjadi dimana-mana sahaja
seperti ketika sedang bekerja, belajar atau sedang melakukan aktiviti-aktiviti (Fajri,
2021). Komunikasi interpersonal juga disebut sebagai komunikasi antarpribadi. Antara
ciri-ciri komunikasi jenis ini adalah bahasa yang digunakan boleh jadi formal dan
informal, menggunakan media tertentu seperti telefon, emel serta bersifat terbuka. Tujuan
komunikasi ini dilakukan oleh penghantar kepada penerima adalah untuk mempengaruhi
sikap dan perilaku, bertukar pikiran, menyelesaikan masalah, menyampaikan maklumat,
selain daripada membina hubungan, berkongsi pengalaman serta mengenali diri sendiri
dan orang lain.

Peranan komunikasi bukan lisan dalam konteks komunikasi interpersonal antaranya


adalah untuk membantu penghantar mempertegaskan atau menguatkan lagi maksud
mesej yang ingin disampaikan untuk penerima agar lebih mudah dan lebih cepat
memahami mesej yang dihantar. Sebagai contoh, ketika seorang anak sedang berada
dalam keadaan yang tidak selesa atau sedang kesakitan, anak tersebut mengerutkan raut
wajahnya sehingga seorang ibu mampu perasan dan sedar bahawa anaknya sedang benar-
benar berada dalam keadaan kesakitan selepas si anak memberitahu secara lisan kepada
ibunya tentang keadaan dirinya itu.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Selain daripada itu, komunikasi bukan lisan juga berperanan membantu kita memberi
maklumat dan menerima maklumat secara diam dalam pelbagai situasi tanpa menyingung
pihak lain. Sebagai contoh, anda dan suami di dalam sebuah perbualan keluarga di meja
makan, suami anda telah berkongsi perkara atau sesuatu yang terlalu peribadi kepada ipar
anda dan anda tidak bersetuju dengan perbuatannya itu, tetapi anda tidak mampu
menggunakan komunikasi lisan bagi menjaga air muka suami anda, lalu ada
menggunakan interaksi sentuhan dengan menyentuh kaki suami yang berada dibawah
meja sebagai isyarat untuk menghentikan perbualan itu.

Apabila berkomunikasi dengan seseorang, anda perlu mengambil kira juga sebarang
tanda komunikasi bukan lisan sambil mengambil komunikasi lisan mereka kerana setiap
orang menggunakan komunikasi bukan lisan secara berbeza. Terdapat beberapa isyarat
biasa yang perlu diberi perhatian yang akan memberitahu anda tentang perasaan, niat dan
motivasi seseorang. Mahir berkomunikasi secara bukan lisan adalah satu kelebihan yang
anda boleh manfaatkan dalam hidup serta kerjaya walaupun potensi orang tidak faham
apa yang anda ingin sampaikan itu sangatlah tinggi.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

4.0 KEPELBAGAIAN GAYA KOMUNIKASI DAN STRATEGI DALAM


KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA
Gaya komunikasi boleh ditakrifkan sebagai cara seseorang boleh berinteraksi secara
komunikasi lisan dan komunikasi tidak lisan untuk memberi tanda bagaimana makna
sebenar untuk difahami atau memahami. Setiap individu memiliki gaya komunikasi serta
cara berinteraksi dan cara bertukar informasi dengan individu lainnya secara unik.
Namun pada dasarnya terdapat empat gaya dalam berkomunikasi iaitu pasif, agresif,
pasif-tegas dan asertif.

Individu yang memiliki gaya komunikasi pasif biasanya seorang yang pendiam, tidak
menyukai pendebatan dan merasa tidak perlu untuk berkongsi pendapatnya kepada orang
lain. Gaya komunikasi agresif pula merupakan individu yang cenderung mendominasi
perbicaraan dan suka berbicara dengan suara yang kuat serta penggunaan kontak mata
yang kerap. Ciri-ciri lain dari komunikator yang agresif adalah cara yang suka menyuruh
serta tidak mampu menerima pendapat orang lain.

Gaya komunikasi yang seterusnya ialah pasif-tegas. Gaya komunikasi yang satu ini
merupakan gabungan dari jenis komunikasi pasif dan agresif. Jenis komunikator ini
nampak pasif tetapi sebenarnya cukup agresif Ketika ingin mendapatkan keinginannya.
Umumnya mereka yang berkomunikasi dengan gaya pasif-agresif memiliki kata-kata
yang menyenangkan tapi tindakannya tidak seiringan kerana mereka yang memiliki gaya
komunikasi ini cukup manipulatif yang secara diam-diam mampu mengubah kepada
keadaan atau keputusan yang menguntungkan pihak mereka.

Gaya komunikasi terakhir adalah asertif yang merupakan bentuk komunikasi yang paling
efektif karena mampu melakukan komunikasi yang terbuka dan tidak berlebihan.
Komunikator asertif sangat tegas dan dapat menyatakan kehendak, idea serta
perasaannya sendiri. Meskipun begitu, mereka tetap mendengarkan pendapat orang lain
dan tidak mendominasi orang lain. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi ketika
berkomunikasi tetapi tetap tahu batasannya sehingga tidak akan berbuat agresif.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Komunikasi antara budaya pula didefinisikan sebagai komunikasi yang berlaku apabila
seseorang individu dipengaruhi oleh masyarakat budaya yang berbeza-beza. Kedua-dua
belah pihak yang memiliki budaya yang berbeza akan berusaha mencapai makna yang
sama dalam sesuatu peristiwa atau interaksi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan
bangsa namun tetap satu. Kepelbagaian kepercayaan dan etnik di Malaysia ini pada satu
pihak menyerlahkan keunikan Malaysia sebagai negara bangsa tetapi di sebelah lagi
berpotensi menimbulkan konflik antara kumpulan etnik dan agama di negara ini.
Komunikasi antara budaya di Malaysia merentasi tingkah laku budaya, bahasa,
kepercayaan, pemikiran dan sebagainya. Justeru untuk mengimbangi perkara ini,
komunikasi memainkan peranan penting dalam mencari titik keharmonian masyarakat
majmuk di Malaysia.

Dalam konteks komunikasi antara budaya, Etnosentrik adalah dilihat sebagai


kecenderungan sesebuah masyarakat untuk berkomunikasi sesuai dengan budaya atau
bahasa daerahnya seperti bercakap dalam bahasa daerah atau dialek. Pada umumnya,
sikap Etnosentrisme ini juga diikuti dengan sikap atau pandangan yang
meremehkan kelompok lainnya karena menganggap kelompoknya jauh lebih baik.
Etnosentrik juga merupakan perbuatan memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi
menilai sesuatu perkara lain berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Etnosentrik dalam
diri seseorang akan menyebabkan kesukaran dalam proses memahami komunikasi orang
lain kerana halangan bahasa dan nilai yang berlainan dan inidvidu itu akan cenderung
untuk membatasi komunikasinya dengan individu atau kelompok dari budaya yang asing
yang bertentangan dengan budayanya.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Strategi komunikasi ialah perancangan dan pengurusan yang berkesan untuk


menyampaikan mesej supaya penerima mudah memahami apa yang disampaikan
sehingga dapat mengubah sikap atau tingkah laku seseorang. Salah satu isu utama yang
berkaitan dengan strategi komunikasi ialah mengurus penggunaan sumber komunikasi
sedia ada untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Ini kerana komunikasi
mempunyai batasan tertentu yang mesti digunakan sebaik mungkin untuk menjadi
berkesan dan strategi komunikasi adalah percubaan untuk melakukan ini.

Terdapat tiga jenis strategi komunikasi iaitu Pull Strategy, Push Strategy dan Profile
Strategy. Pull Strategy adalah strategi dimana proses komunikasi menekankan pada
keberhasilan meraih khalayak sebanyak mungkin tujuannya adalah untuk meningkatkan
kesedaran (awareness) dan mengarahkan perilaku (attitude) khalayak untuk usaha
membuahkan hasil. Strategi komunikasi kedua adalah Push Strategy yang memberi
tumpuan kepada rangkaian keberhasilan. Proses komunikasi bukan sahaja bergantung
kepada penyediaan maklumat yang meyakinkan, tetapi juga mampu meningkatkan
penyelarasan dan penyertaan aktif di kalangan ahli dan integriti semua ahli yang terlibat.
Strategi ini membawa kepada realisasi kuasa untuk menggalakkan kesetiaan dan
komitmen rakyat. Akhir sekali ialah komunikasi Profil strategi untuk menjaga imej
bangsa atau negara. Proses komunikasi menekankan pengurusan identiti peribadi atau
bangsa yang bertujuan untuk mengekalkan perhubungan.

Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnya
tingkah laku, kegemaran, pekerjaan dan belajar, wang serta personaliti. Secara asasnya,
dengan adanya pemahaman ini, kita berupaya membangunkan kesedaran secara kritikal
tentang hubungan komunikasi dan budaya yang merupakan asas dalam pembentukan
serta keamanan negara.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

5.0 ANALISIS DIMENSI ETIKA KOMUNIKASI DALAM KONTEKS YANG


BERBEZA
Etika berasal daripada perkataan latin ethicus yang bermaksud adat. Sesuatu itu dianggap
beretika atau baik, jika mengikut adat. Pemahaman lain tentang etika ialah sebagai kajian
perbuatan atau tingkah laku manusia, mana yang dianggap baik dan mana yang dinilai
buruk. Prinsip asas etika komunikasi ialah memberikan khalayak kebenaran tentang suatu
isu dan kebebasan memilih untuk menilai isu tersebut. Khalayak sebenarnya mempunyai
peranan untuk mengelakkan sebarang manipulasi maklumat daripada berlaku. Prinsip
etika dalam komunikasi adalah penting kerana ia menunjukkan rasa hormat kepada
individu, kumpulan atau institusi yang terlibat dalam proses komunikasi.

Pertama, saya memilih untuk menganalisis dimensi etika komunikasi dalam konteks
politik. Komunikasi media massa mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam
aktiviti politik. Walaubagaimanapun, umum mengetahui komunikasi politik tidak
selalunya sopan serta beretika dan ianya juga dipengaruhi oleh sejauh mana sikap dan
tingkah laku komunikasi media massa itu sendiri. Media massa berfungsi sebagai
perantaran pendidikan politik. Di tengah-tengah pelbagai kepentingan dan perbezaan
pilihan politik, media massa hadir sebagai saluran mesej politik yang membina dan
menjelaskan keadaan. Ahli politik yang mempunyai kepentingan dalam media massa
bertanggungjawab menjaga etika dalam proses penyampaian mesej baik secara lisan atau
bukan lisan seperti tidak menghina ahli politik lain, tidak menabur fitnah dan memprovok
secara berlebihan.

Seterusnya adalah analisis dimensi etika komunikasi dalam menggunakan media sosial
(Instagram). Komunikasi di media sosial sering dilakukan dengan menggunakan bahasa
tidak baku kerana salah satu penyebabnya adalah di dalam dunia maya, kita tidak
mengenali dengan siapa kita sedang berkomunikasi dan sedang berada di posisi apa.
Bahasa yang digunakan di sosial media bukanlah bahasa rasmi dan sangat sedikit serta
hampir tidak pernah ada pengguna sosial media menulis status sesuai dengan ejaan yang
sempurna atau penuh. Media sosial menjadi satu wadah baru untuk proses interaksi dan
komunikasi dalam masyarakat.
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Kesimpulannya, etika dalam komunikasi tentu akan berbicara tentang penyampaian


bahasa. Dalam hidup bermasyarakat, etika sangat mempengaruhi kehidupan manusia dan
memberi manusia orientasi bagaimana ia menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan
sehari-hari. Etika akhirnya membantu kita untuk mengambil keputusan tentang tindakan
yang perlu kita lakukan dan perkara yang perlu kita fahami bersama bahawa etika ini
boleh diterapkan dalam semua aspek atau sisi kehidupan kita,
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

KESIMPULAN
Arus pemodenan banyak mempengaruhi perubahan dalam komunikasi dan medium
penyampaian komunikasi itu sendiri. Perkembangan komunikasi mula mempengaruhi
gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat majmuk Malaysia yang dulunya dikenali
sebagai masyarakat yang berbudi bahasa dan lemah lembut sebelum melalui perubahan
perlahan mengikut sistem komunikasi barat.

Pelbagai impak positif dan negatif perkembangan komunikasi yang dapat digariskan
haruslah diperhatikan sewajarnya bagi membentuk masyarakat Malaysia yang maju dari
sudut perhubungan komunikasi. Kepentingan komunikasi sebagai sumber dapatan
maklumat dalam masyarakat serta merupakan aspek dan elemen yang penting dalam
kefungsian sesebuah kehidupan peribadi juga kehidupan profesional setiap individu.
Komunikasi yang berkesan mempunyai hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi
pembentukan karakter, meningkatkan prestasi pekerjaan juga kualiti kehidupan,
meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak lain terhadap diri kita. Keperluan bijak
berkomunikasi, sentiasa mempertingkatkan juga usaha mengembangkan kemahiran
komunikasi dan mengaplikasikan cara komunikasi mengikut perubahan platform
komunikasi sangat penting kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik akan
melahirkan suasana tidak harmoni, mudah timbulnya konflik dan akhirnya akan
memberikan persepsi negatif terhadap sesiapapun baik orang perseorangan, masyarakat
dan organisasi.

(2656 patah perkataan tidak termasuk rujukan)


ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

RUJUKAN

Fajri, D. L. (11. Oktober 2021). Pengertian, Tujuan, dan Proses Komunikasi

Interpersonal. Von Pengertian, Tujuan, dan Proses Komunikasi Interpersonal:

https://katadata.co.id/safrezi/berita/61641c388b290/pengertian-tujuan-dan-proses-

komunikasi-interpersonal abgerufen

Massila , H., & Arfah , Y. (2016). ABCC1103 PENGANTAR KOMUNIKASI. Open

Universiti Malaysia (OUM).


ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

BAHAGIAN II

PERBINCANGAN KELAS DALAM TALIAN

1.0 Tangkap Skrin


ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION
ABCC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION

Anda mungkin juga menyukai