Anda di halaman 1dari 8

Topik  Model-model

3 Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perspektif awal model-model komunikasi;
2. Menghuraikan proses komunikasi menerusi model-model yang
dibentangkan; dan
3. Menerangkan perubahan dalam model-model komunikasi dari
awal hingga sekarang.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelumnya, anda telah diperkenalkan kepada konsep-konsep asas
dan komponen komunikasi, yang akan banyak membantu dalam pemahaman
anda tentang proses komunikasi dan kepentingannya dalam kehidupan kita.
Skop komunikasi yang luas telah menjadikannya satu bidang yang unik.

Sebenarnya, banyak model komunikasi digunakan untuk menerangkan


bagaimana proses komunikasi berlaku dalam konteks yang berbeza.
Memperkenalkan model-model komunikasi ini kepada anda akan membantu
anda memahami dengan jelas proses yang berlaku.

3.1 BEBERAPA PERSPEKTIF MODEL


KOMUNIKASI
Bagaimana model boleh membantu anda untuk memahami komunikasi? Di
samping menentukan komunikasi, pakar-pakar menggunakan model untuk
menjelaskan bagaimana perkara-perkara tertentu berlaku. Dalam konteks
komunikasi, model mewakili hubungan, aliran, struktur dan interaksi yang
berlaku. Model membantu untuk memudahkan penjelasan idea dan proses yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  59

kompleks. Ia telah digubal daripada yang paling mudah kepada yang lebih
kompleks bergantung pada penyampaian proses komunikasi yang berlaku.

Prosedur dalam menerangkan proses komunikasi boleh dilihat dari pelbagai


perspektif. Model komunikasi awal seperti Model SMCR (Source, Message, Channel
dan Receiver) oleh David K. Berlo mencadangkan empat elemen utama dalam proses
komunikasi, iaitu sumber, mesej, saluran dan penerima (lihat Rajah 3.1).

Model SMCR menekankan hubungan antara sumber dan penerima sebagai


pemboleh ubah penting dalam proses komunikasi. Menurut model ini,
keberkesanan proses komunikasi yang berlaku adalah berdasarkan kepada
beberapa faktor yang terdapat pada sumber dan penerima seperti kemahiran
komunikasi, sikap sumber dan penerima terhadap mesej yang dihantar atau
diterima, ilmu pengetahuan yang dimiliki, amalan budaya dan kesan sistem
sosial terhadap komunikasi. Elemen-elemen lain mesej dan saluran boleh dilihat
dalam Rajah 3.1 berikut.

Rajah 3.1: Model SMCR Berlo

Wood (2001) membahagikan model komunikasi kepada tiga jenis, iaitu model
linear, model interaksi dan model transaksi. Rajah 3.2 di bawah, menunjukkan
tiga jenis model komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Rajah 3.2: Tiga jenis model komunikasi

3.1.1 Model Linear


Model Linear merangkumi model awal yang dijelaskan oleh Harold Lasswell,
Claude Shannon dan Warren Weaver. Dalam model komunikasi linear, proses
komunikasi berlaku sehala pada masa-masa tertentu antara sumber (pengekod)
dan penerima (pendekod) mesej. Dalam erti kata lain, sumber bertindak balas
kepada penerima. Model ini bagaimanapun adalah terlalu mudah. Model
komunikasi awal menerangkan secara ringkas bagaimana komunikasi berlaku.
Tiga komponen asas dalam model komunikasi awal adalah:
(a) Penghantar (sumber yang menghantar mesej)
(b) Saluran (perantara yang digunakan untuk menghantar mesej)
(c) Penerima (penerima mesej yang dihantar)

Harold Laswell (1948), seorang saintis politik, membentangkan model yang


mudah dan paling berguna untuk menerangkan proses komunikasi. Untuk
menerangkan proses komunikasi, beliau tidak menggunakan gambar rajah.
Sebaliknya, beliau mencadangkan beberapa soalan asas yang disenaraikan di
bawah:
(a) Siapa?
(b) Apa yang dikatakan?
(c) Melalui saluran apa?
(d) Kepada siapa?
(e) Apakah kesannya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  61

Pada 1949, Shannon dan Weaver telah menyatakan soalan-soalan ini dalam
bentuk grafik.

Model Lasswell dianggap sebagai model "lisan" dan merupakan model


komunikasi terawal. Model ini menggambarkan komunikasi sebagai satu proses
pemujukan. Penyampaian mesej dalam model ini berlaku dalam satu hala dari
sumber kepada penerima dan setiap mesej dianggap sebagai berkesan.

Model-model awal ini tidak lengkap dan hanya tertumpu pada proses
komunikasi sehala. Walau bagaimanapun, hakikatnya terdapat perkongsian
makna dalam interaksi. Tambahan pula, mengikut proses komunikasi dalam
model, orang yang menerima mesej adalah pasif. Ini bukan satu pandangan yang
tulen tentang bagaimana proses komunikasi berlaku. Untuk menilai model,
seseorang mesti mempertimbangkan penyesuaian model dari perspektif masa ia
telah digubal. Hakikatnya adalah pandangan awal dalam menerangkan proses
komunikasi melalui model sehala bersesuaian dengan penggunaan umum dan
penerimaan terhadap komunikasi semasa era tersebut. Walaupun terdapat
banyak kelemahan pada model awal dan mereka tidak digunakan secara meluas,
semua model komunikasi yang digunakan hari ini telah dibangunkan dan
digubal berpandukan model-model awal ini.

Claude Shannon dan Warren Weaver mencadangkan model komunikasi yang


kemudiannya diubah suai untuk menerangkan tentang komunikasi antara
manusia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Model Linear

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Dalam model ini (lihat Rajah 3.3), sumber maklumat akan menghasilkan mesej
dalam bentuk ucapan, penulisan atau gambar untuk dihantar kepada orang lain.
Dengan menggunakan isyarat yang bersesuaian, mesej dihantar menerusi
saluran tertentu kepada penerima.

Model Shannon dan Weaver memperkenalkan elemen gangguan dalam proses


komunikasi. Elemen gangguan ini menjejaskan isyarat yang dihantar menerusi
proses komunikasi.

3.1.2 Model Interaktif


Oleh kerana wujudnya tindak balas kepada mesej daripada sumber kepada
penerima, satu lagi elemen telah ditambah dalam model komunikasi, iaitu
maklum balas. Maklum balas adalah tindak balas kepada mesej yang diterima
sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Rajah 3.4: Model komunikasi interaktif

Dalam model komunikasi interaktif (lihat Rajah 3.4), Wilbur Schramm,


penyelidik perintis dalam komunikasi, menekankan bahawa komunikator
menghasilkan dan mentafsir makna daripada mesej yang diterima dalam
konteks pengalaman peribadinya. Beliau mengemukakan dua konsep penting
dalam komunikasi:
(a) Rangka rujuk (frame of reference); dan
(b) Lapangan pengalaman (Field of experience).

Bagi beliau, pengalaman yang telah dilalui oleh sumber dan penerima
membentuk rangka rujuk atau lapangan pengalaman mereka.

Setiap individu terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalamannya


sendiri. Walau bagaimanapun, mesej tersebut hanya berkesan jika kedua-dua
pihak memahami makna mesej tersebut. Justeru, berdasarkan pengalaman unik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  63

mereka, hanya mesej yang difahami oleh kedua-dua sumber dan penerima akan
menentukan keberkesanan komunikasi itu. Ini bermaksud perkongsian
maklumat dan pengalaman antara dua individu tersebut dalam komunikasi akan
mempengaruhi kekerapan proses pertukaran mesej antara mereka. Pertindihan
atau pertemuan pengalaman dan persamaan antara kedua-dua komunikator
akan meningkatkan pemahaman antara satu sama lain. Malangnya, pengalaman
peribadi juga menjadi sebab mengapa salah faham berlaku dalam komunikasi.

Dalam model dua hala yang diperkenalkan oleh Osgood, komunikasi memberi
penekanan kepada individu yang terlibat dalam proses komunikasi, bukan
kepada saluran sahaja seperti dalam model yang diperkenalkan oleh Shannon
dan Weaver. Model Osgood menunjukkan setiap individu mempunyai fungsi
yang sama kerana mereka mengenkod, mentafsir dan mendekod mesej. Apa
yang jelas dalam model ini ialah bahawa terdapat perubahan dalam peranan
mereka yang berkomunikasi. Dalam kes ini, wujud maklum balas terhadap
mesej yang dihantar. Model ini menggambarkan satu proses komunikasi yang
lengkap di mana sumber atau penerima berupaya untuk mengenkod mesej yang
dihantar dan kemudiannya mendekod mesej yang diterima.

Model interaktif menunjukkan perkembangan yang lebih baik proses


komunikasi jika dibandingkan dengan Model Linear. Model tersebut
mencadangkan elemen maklum balas dan lapangan pengalaman yang
menerangkan proses komunikasi dengan lebih jelas. Namun, ia masih tidak
menerangkan dengan lebih tepat proses komunikasi yang sebenarnya berlaku.
Menurut model interaktif, komunikasi berlaku secara berturutan di mana A
berinteraksi dengan B yang kemudiannya memberikan maklum balas kepada A.
Ini bermakna A bertindak sebagai sumber dan B bertindak hanya sebagai
penerima. Hakikatnya ialah komunikasi tidak berlaku secara sehala, penyampai
tidak berfungsi semata-mata sama ada sebagai sumber atau penerima; kedua-
duanya saling menghantar dan menerima mesej.

3.1.3 Model Transaksi


Komunikasi adalah satu transaksi antara komunikator, yang berlaku dalam
konteks sistem tertentu. Dalam konteks tertentu, sistem mempunyai kesan
kepada apa dan bagaimana komunikasi dijalinkan. Komunikasi berlaku di
sekolah, pasar, bilik mesyuarat, rumah, dalam kumpulan budaya tertentu, dalam
kalangan ahli kumpulan sosial atau dalam majlis-majlis keagamaan.

Konteks di mana berlakunya komunikasi mempengaruhi cara mesej dienkod,


ditafsir atau didekod. Dalam beberapa situasi, lapangan pengalaman bertindak
sebagai rangka rujuk yang membantu proses pemahaman. Dalam kata lain,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

lapangan pengalaman bertindak sebagai penapis untuk menerima atau menolak


sesuatu mesej.

Rajah 3.5: Model transaksi

Dalam model transaksi di atas (Rajah 3.5), sumber dan penerima


bertanggungjawab untuk menghantar dan menerima mesej. Sumber dan
penerima berkongsi mesej yang dihantar atau diterima daripada pelbagai
saluran. Mesej sentiasa bertimbal balik, menunjukkan bahawa perhubungan
dibina dalam sistem tertentu. Pada masa yang sama, gangguan mungkin wujud
atau timbul dan memberi kesan kepada penyampaian atau penerimaan mesej.

Gangguan mungkin ada dalam persekitaran. Faktor-faktor fizikal, fisiologi dan


psikologi mempengaruhi pentafsiran mesej dalam pelbagai cara yang berbeza.
Bunyi bising dari mesin atau kanak-kanak menjerit dalam persekitaran di mana
A dan B berkomunikasi adalah antara contoh gangguan. Selain itu, gangguan
mungkin berpunca dari dalam diri komunikator sendiri, sama ada dalam
fikirannya atau pendengarannya. Pengalaman hidup atau kenangan yang
mengganggu, juga adalah halangan untuk berkomunikasi. Pengalaman-
pengalaman ini sering berubah setiap kali seseorang itu berinteraksi dengan
orang lain. Fikiran A terganggu, mungkin selepas bergaduh dengan isterinya;
justeru mengganggu tumpuannya semasa berbincang dengan B. Deria yang
sensitif terhadap bau yang kurang menyenangkan atau sakit kepala
mempengaruhi pentafsiran dan tanggapan terhadap seseorang yang kita sedang
berkomunikasi dan terhadap mesej yang diterima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  65

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah model komunikasi?

2. Bolehkah lukisan, carta, rajah, piktogram atau kartun dianggap


sebagai model?

 Setiap interaksi yang dijalin melibatkan perkongsian makna antara


penghantar dan penerima mesej.

 Walau bagaimanapun, proses komunikasi yang ditunjukkan menerusi model-


model dalam topik ini bertujuan untuk membolehkan kita menggambarkan
bagaimana komunikasi berlaku.

 Memahami proses komunikasi juga akan meningkatkan pemahaman kita


tentang kekuatan dan kelemahan komunikasi.

 Pemikiran Penting dalam Model Komunikasi adalah seperti berikut:


 Harold Lasswell: Kesan mesti dicapai bila berlakunya komunikasi.
 Claude Shannon & Warren Weaver : Gangguan semantik boleh menjadi
halangan komunikasi yang paling utama.
 Wilbur Schramm: Pertindanan pengalaman menjadikan lebih mudah
untuk berkomunikasi dengan jayanya.
 John White & Matilda White Riley: Keahlian dalam kumpulan utama
mempengaruhi bagaimana mesej dihantar dan diterima.
 David K. Berlo: Beberapa faktor penting yang berkaitan dengan sumber,
mesej, saluran, dan penerima mesti dipertimbangkan.

Model interaktif Model transaksi


Model linear

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai