Anda di halaman 1dari 20

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Hikayat- hikayat Melayu merupakan sebahagian hasil kesusasteraan Melayu tradisional, yang
berbentuk hikayat berunsur Islam. Terdapat karya-karya yang berupa saduran dari karya-karya luar
seperti Arab, Parsi atau Hindi. Melaka merupakan tumpuan para pengembang agama Islam dan alim
ulama’ yang berasal daripada negeri-negeri Arab, Parsi dan tanah Hindi. Maka golongan inilah yang
memberi kesan langsung bagi pengaruh ini meresap masuk dalam kebudayaan orang Melayu dalam
pelbagai bidang seperti kesusasteraan, adat istiadat raja-raja Melayu, bahasa dan agama. Pada
peringkat permulaan, para alim ulama’ yang mempelajari ilmu di dalam bahasa Arab kemudian
mengajarkan di dalam bahasa Jawi kepada orang Melayu.

Huruf-huruf jawi itu ditambah mengikut kaedah Parsi supaya dapat difahami dengan lebih
terperinci (S.A Dahlan 1969: 2). Setelah kaedah ejaan jawi tersusun maka bermulalah usaha para
alim ulama’ menterjemahkan karya-karya Arab kepada bahasa Melayu. Usaha-usaha penterjemah
atau menyusun kitab-kitab agama melibatkan kerjasama antara ulama’ luar dengan orang Melayu
yang mahir dalam penulisan jawi. Maka dengan usaha itu lahirlah karya-karya seperti kitab-kitab
agama dan hikayat-hikayat Islam. Kemudian hikayat- hikayat diterjemah mengikut selera dan
pembacaan orang Melayu.

Sebelum usaha mencipta hikayat yang berunsur Islam. Karya-karya berunsur agama Hindu
sudah sebati dengan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. Buktinya kesan pengaruh itu
meresap masuk di dalam pemakaian nama pahlawan-pahlawan Hindu bagi gelaran jawatan-jawatan
angkatan tentera seperti Sri Rama bagi panglima tentera bergajah. Pada tahun 435H/1044M muncul
karya-karya seperti Hikayat Sri Rama dan Hikayat Pandawa Lima. Sebelum itu kebanyakan kisah
atau cerita-cerita lisan menerusi pertuturan para penglipur lara atau tukang-tukang cerita sahaja.

Maka karya “Hikayat Amir Hamzah” berupa terjemahan atau saduran yang berasal daripada
Parsi. Karya Parsi berjudul Qissa’i Emir Hamza. Mengikut S. A Dahlan sebagai penyusun “ Hikayat
Amir Hamzah” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1969 menyatakan bahawa bukti naskah
asal daripada Parsi adalah penggunaan gelaran-gelaran orang-orang ternama masih tetap di dalam
bahasa Parsi yang tidak diterjemah oleh penterjemah ke dalam bahasa Melayu. Kemudian diterjemah
2

ke dalam bahasa Arab oleh Ahmad bin Muhammad dengan judul Sirat Hamzah. Manuskrip ini
dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia ditulis
pada awal abad ke-15 dengan tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa
selama 15 tahun bagi menyiapkannya (Abdul Latib 2008: 6). Hikayat ini ditulis di dalam bentuk jawi
lama. Sehingga hari ini terdapat banyak versi manuskrip-manuskrip “Hikayat Amir Hamzah”. Selain
bahasa Melayu, manuskrip ini juga diterjemahkan ke bahasa Jawa, Bali, Acheh, Turki dan Hindi.
Naskah asal “Hikayat Amir Hamzah” dipercayai terdiri daripada 12 jilid. Hanya kira-kira 150 helai
dari 1400 helai hasil karya yang masih wujud. “Hikayat Amir Hamzah” dibacakan bertujuan sebagai
cerita kepahlawanan bagi membangkitkan semangat juang pendekar-pendekar tanah Melayu.
“Hikayat Amir Hamzah”merupakan karya yang berorentasikan Islam.

“Hikayat Amir Hamzah” menceritakan tentang tokoh Islam yang bernama Sayyidina Hamzah
bin cAbdul Mutalib R.A yang gagah perkasa di zaman Rasulullah SAW. Beliau merupakan seorang
pahlawan yang sangat berjasa bagi perkembangan dunia sejarah Islam. Oleh kerana ketokohannya
sebagai penghulu para syuhada’ maka terbitlah karya hikayat yang menceritakan tentang beliau.
Sayyidina Hamzah Bin cAbdul Mutalib R.A merupakan ahli tentera yang gagah perkasa. Seorang
pahlawan yang hebat bermain anak panah dan pakar penunggang kuda. Beliau cukup dihormati di

kota Makkah, oleh kerana itu beliau digelar sebagai ‫أسد ه‬ yakni ‘singa Allah’. Kisah beliau

mempunyai banyak tauladan yang boleh dicontohi.

Konsep epik daripada sastera Melayu berunsur Islam dapat didasarkan kepada perwatakan
utama hikayat tersebut. “Hikayat Amir Hamzah” ini sebagai satu model kepahlawanan tokoh-tokoh
utama telah menjadi ikutan dan pendorong kepada pahlawan-pahlawan Melayu untuk berjuang
menentang musuh mereka. Misalnya dikatakan “Hikayat Amir Hamzah” telah dibacakan di Melaka
sewaktu negeri itu diserang oleh Portugis pada tahun 151M/196H. Pembacaan hikayat tersebut
bertujuan untuk membangkitkan semangat orang-orang Melayu bagi menentang serangan orang
Portugis (A. Samad Ahmad 1987: vii).

Maka “Hikayat Amir Hamzah” ini sangat menarik untuk dikaji berkaitan dengan isi
kandungan serta intipati utamanya sehinggakan karya ini memberi kesan yang besar kepada
masyarakat Islam di Melaka dahulu. Secara umum kami ingin melihat karya berbentuk “Hikayat
Amir Hamzah” ini adakah bertepatan penceritaannya dengan sejarah asal tokoh Sayyidina Hamzah
bin cAbdul Mutalib R.A. Telah maklum bahawa hikayat adalah cerita berunsur mitos, lagenda, cerita
3

rakyat dan campuran sejarah. Maka dengan dibuat sedikit perbandingan, apakah perbezaan antara
penceritaan hikayat ini dengan sejarah sebenar tokoh Sayyidina Hamzah Bin cAbdul Mutalib R.A.
4

BAB 2

KESAN KARYA-KARYA MELAYU ISLAM TERHADAP MASYARAKAT ISLAM


MELAKA.

2.1 Sumber Kekuatan Panglima Tentera Melaka Ketika Peperangan

Watak utama di dalam “Hikayat Amir Hamzah” adalah Sayyidina Hamzah R.A. Tokoh Amir
Hamzah ini digambarkan oleh penulis sebagai seorang tokoh yang sangat hebat, gagah dan perkasa.
Sesuai dengan perkembangan Islam di Melaka pada ketika itu, “Hikayat Amir Hamzah” ini berjaya
menarik minat pembacanya. Manuskrip ini menjadi bacaan orang Melayu dari satu generasi ke
generasi selama berabad-abad lamanya. Winstedt berpendapat bahawa “Hikayat Amir Hamzah” telah
ditulis sejak tahun 942H/1536M pada abad ke 15 atau permulaan abad ke 16. Pendapat ini didasarkan
pada naskah Melayu yang menyatakan Pada tahun 916H/1511M ketika Portugis menyerang Melaka,
hulubalang meminta “Hikayat Ali Hanafiah” daripada Sultan Melaka iaitu Sultan Ahmad untuk
dibacakan kepada tentera-tentera ketika itu. Akan tetapi Sultan Melaka mengarahkan untuk
dibacakan “Hikayat Amir Hamzah” kepada pahlawan Melaka ketika itu demi mengambil sifat
keberanian tokoh Amir Hamzah yang gagah perkasa semasa menentang musuh.

Berikut merupakan “Hikayat Amir Hamzah” yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin satu
karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka
yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu yang telah di petik di dalam buku A. Samad
Ahmad. Angkatan laut Portugis yang diketuai oleh panglima perang Alfonso D’albuquerque berlabuh
di perairan Melaka sejak dari awal bulan julai 1511M/916H. Beberapa tuntutan dari pihak Portugis
tetapi tidak mendapat layanan seperti yang dihajati daripada pihak Kesultanan Melaka. Maka keadaan
menjadi tegang. Pihak Portugis ketika itu menyediakan kelengkapan perang sambil menunggu-
nunggu masa yang sesuai untuk membuat serangan. Pada tanggal 25 julai 1511M/916H yang
merupakan hari yang sangat dimuliakan oleh kaum Nasrani.

Di bahagian ketenteraan pihak Melaka juga bersiap-siaga dan memperkuatkan ketahanan


benteng dan kubu. Maka ketika malam sebelum perang diantara kedua pihak berlaku. Ketika
hulubalang dan tentera-tentera sedang berjaga ada diantara mereka yang bertanya “apa kita buat
duduk saja ini? Baik kita bacakan hikayat perang supaya kita peroleh faedah daripadanya”. Maka
hulubalang telah mencadangkan untuk dibacakan “Hikayat Muhammad Ali Hanafiah”. Maka Tun
5

Indera Segara segera menghadap Sultan untuk diperkenankan segala permohonan mereka. Akan
tetapi Sultan Ahmad mengkehendaki mereka membacakan “Hikayat Amir Hamzah”. “katakanlah
pada segala anak tuan-tuan itu, hendakpun kita anugerahkan hikayat Muhammad hanafiah takut
tiada akan berani segala tuan-tuan itu seperti “Muhammad hanafiah” : hanya jikalau seperti Amir
Hamzah adalah gerangan beraninya sebab itulah maka kita beri “Hikayat Amir Hamzah” maka
hulubalang segera menunaikan perintah Sultan kepada anak-anak buahnya.

Demikianlah cacatan yang tersurat di dalam kitab sejarah Sulalatus Salatin mengenai
peristiwa pada malam angkatan tentera Portugis menyerang Melaka. Sesuatu perkara yang dapat
dipastikan dengan sah bahawa sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi “Hikayat Amir
Hamzah” dan “Hikayat Muhammad Ali Hanafiah” ini telah wujud. Dua hikayat ini telah masyhur
dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan orang-orang istana. Kedua-dua hikayat ini
digolongkan sebagai hikayat perang kerana intipati kedua-dua hikayat ini dari permulaan hingga
pengakhiran bercerita berkenaan dengan peperangan.

R.O. Winstedt dalam bukunya A History of Classical Malay Literature mencatatkan bahawa,
terdapat 3 naskhah atau manuskrip sastera Islam iaitu “Hikayat Amir Hamzah”, “Hikayat Muhammad
Ali Hanafiah”, dan “Hikayat Iskandar Zulkarnain”. Ketiga-tiga cerita ini digolongkan sebagai cerita-
cerita kepahlawanan Islam. Dua daripada cerita ini pernah disebutkan dalam naskhah Sejarah Melayu
seperti yang telah diterangkan sebelum ini untuk mempertingkatkan semangat mereka menentang
orang-orang Portugis. Sebenarnya teks-teks seperti ini dikarang oleh para pendakwah Islam semasa
mereka menjalankan aktiviti dakwah di Alam Melayu. Teks-teks cerita mengenai kepahlawanan
Islam ini berupaya menandingi teks-teks daripada tradisi Hindu seperti Ramayana dan juga
Mahabharata. Hal ini secara tidak langsung mampu membuang sedikit demi sedikit pengangan orang
Melayu dahulu yang kuat dengan fahaman Hindu.

Antara dapatan yang dapat diambil berdasarkan keterangan diatas, dapat dilihat bahawa tokoh
Amir Hamzah yang hebat, gagah perkasa sangat memberi impak dari segi emosi bagi
membangkitkan dan meresapkan semangat keperwiraan dan keberanian pahlawan-pahlawan Melaka
dari sudut ketenteraan. Walaupun kita maklum peperangan antara Portugis dan Melaka pada tahun
151M/916H tentera Melaka mengalami kekalahan tetapi jika diteliti peperangan Melaka menentang
Portugis kekalahan Melaka bukanlah kekalahan yang mudah tetapi berlaku dalam jangka masa yang
sangat panjang. Tentera Melaka mengambil semangat serta ketokohan Amir Hamzah yang berjuang
6

bermati-matian ketika bertempur untuk mempertahankan agama dan maruah, lalu sifat-sifat inilah
yang diambil dan diserap masuk ketika berlaku pertempuran. Semangat yang dibawa inilah antara
faktor tentera Melaka dapat bertahan daripada kekalahan yang teruk. Tetapi telah menjadi adat
berlawan pasti ada yang akan kecundang.

2.2 Menyemat Nilai-Nilai Islam Dalam Kalangan Masyarakat

Selain itu, “Hikayat Amir Hamzah” ini juga sangat masyhur dalam kalangan masyarakat dan
menjadi tradisi orang Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk dibacakan di dalam
majlis-majlis keramaian. Hal ini kerana ketika majlis-majlis keramaian inilah masyarakat-masyarakat
akan berkumpul bersama-sama. Maka pembacaan “Hikayat Amir Hamzah” dapat memupuk nilai-
nilai murni serta dapat mengambil pengajaran yang berguna untuk diguna pakai di dalam kehidupan
seharian. Maka cara pembacaan di majlis keramaian juga menjadi satu cara yang baik untuk alim
ulama’ menyampai dan menyebar agama Islam dalam kalangan masyarakat. Nilai-nilai Islam yang
terdapat di dalam cerita kepahlawanan tokoh Sayyidina Hamzah ini sangat disukai serta menarik
minat masyarakat untuk mendengar dan di amalkan khususnya dalam kehidupan. Selain itu,
pembacaan karya-karya yang mempunyai nilai-nilai Islam ini bagi mengganti serta mengambil alih
kedudukan dan kemasyhuran tokoh-tokoh pahlawan dari kebudayaan lama yang syirik dan tahyul
seperti kebudayaan Hindu contoh tokoh seperti pandawa dan Seri Rama.

Antara unsur-unsur agama Islam yang terdapat di dalam “Hikayat Amir Hamzah” yang telah disebut
di dalam buku Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik jilid 1 disebut bahawa karya ini dikategorikan
sebagai cerita pahlawan Islam. Banyak unsur agama Islam yang terkandung di dalam naskah ini.
Tokoh Amir Hamzah ini digambarkan mempunyai sumbangan yang besar dalam peradapan Islam.
Tugasnya sebagai seorang pemimpin yang berjuang di jalan Allah SWT untuk menengakkan kalimah
tauhid demi untuk mengesakan Allah SWT. Beliau sangat berani menentang kaum-kaum kafir
musyrikin. Selain itu mengembangkan ajaran Islam di serata negeri dan sempadan-sempadan negara.

Hikayat ini mempunyai nilai-nilai Islam yang ingin di semat di dalam individu-individu
muslim dan masyarakat muslim di zaman Melaka. Hikayat ini mempunyai nilai-nilai Islam di dalam
bentuk pengajaran dan tauladan. Sebagai contoh nasihat yang mengingatkan kita supaya berhati-hati
dalam pertuturan kita. Bersikap ikhlas, tidak khianat, takabbur, riak dan tidak lupa kepada kebesaran
Allah SWT. Antara kandungan yang terdapat kisah tokoh Amir Hamzah di dalam “Hikayat Amir
Hamzah” ingin pergi ke bukit Qaff tetapi terlupa untuk mengucapkan dengan izin Allah. Akibatnya
7

perjalanan yang sepatutnya memakan masa 18 hari telah menjadi perjalanan yang sangat panjang,
sehinggakan diceritakan perjalanan ke bukit Qaff mengambil masa selama 18 tahun.

Selain itu, di dalam naskah “Hikayat Amir Hamzah” terdapat seorang tokoh yang sangat
bijaksana akan hal-hal ghaib dan masa hadapan yang bernama khoja Buzurjumhur Hakim. Maka
apabila diketahui oleh Puteri Mihran Negara akan kelebihannya maka tuan puteri sangat memuji-muji
kelebihannya secara berlebihan sehingga terlupa Allah SWT yang patut kita besarkan berbanding
dengan makhluk-makhluknya. Maka setelah sedar akan kelalaiannya maka tuan Puteri Mihran
Negara segera beristinghfar dan memohon ampun dari Allah SWT akan kesilapan dan kealpaannya
dalam berlebihan memuji makhluk Allah SWT melebihi Allah SWT yang merupakan tuhan sekalian
alam.

Antara intipati pengajaran yang masyarakat Islam dapat diambil ialah, sesunggunya Allah
SWT merupakan tuhan yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi. Maka kelebihan
yang terdapat dalam diri seseorang manusia juga merupakan satu kurniaan daripada Allah SWT.
Maka sebagai seorang makhluk Allah SWT tidak seharusnya kita berbangga dengan kelebihan yang
ada pada diri kita. Hal ini kerana segala kelebihan itu datang daripada Allah SWT. Tetapi fitrah
sebagai seorang manusia akan alpa dengan kesenangan yang diberi, maka sewajarnya kita memohon
ampun dan taubat kepada Allah SWT setelah sedar dengan kesilapan dan kekurangan diri seperti
yang telah ditonjolkan oleh tuan Puteri Mihran Negara .

Nilai masyarakat terletak kepada adab dan akhlak individu. Maka karya ini banyak
menyumbang kepada akhlak masyarakat. Tetapi sayang masyarakat pada hari ini rosak kerana tidak
menjaga nilai yang dibawa oleh karya-karya kesusateraan dahulu yang penuh dengan intipati-intipati
yang berguna dan bermanfaat. Masyarakat hari ini lebih gemar dengan pengaruh barat. Dengan
mengagungkan pemikiran serta konsep-konsep yang dibawa masuk oleh pengaruh barat. Tidak kira
dari segi pemakaian, percakapan, pandangan serta pemikiran juga sudah jauh berbeza dengan nilai
Islam yang dibawa dahulu. Maka perlu kepada pembaharuan pembacaan untuk masyarakat hari ini
memahami dengan lebih baik nilai-nilai Islam yang dibawa dahulu.
8

2.3 Memperkenalkan Keperibadian Junjungan Mulia Baginda Rasulullah SAW

Seterusnya naskah-naskah klasik Melayu Islam ini memberi kesan kepada masyarakat Islam
Melayu Melaka dengan memperkenalkan junjungan mulia baginda nabi Muhammad SAW. Hal ini
tidak secara langsung masyarakat mengenali keperibadian nabi Muhammad SAW sebagai contoh
tauladan utama. Terdapat lebih daripada 10 buah cerita tentang Nabi Muhammad SAW dalam bentuk
manuskrip dan ada juga yang telah dicetak batu. Antaranya ialah seperti Hikayat Nabi Wafat, Hikayat
Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Mukjizat Nabi, Wasiat Nabi,
Hikayat Raja Lahad, Hikayat Iblis, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Siti
Fatimah, dan Hikayat Fartana Islam. Tumpuan penceritaan hikayat-hikayat ini adalah kepada watak
Nabi Muhammad dan kisah-kisah yang dialaminya semasa menyampaikan ajaran Islam.

Misalnya Hikayat Raja Khandak mengisahkan peperangan yang dialami oleh Nabi
Muhammad menentang puak Quraish Mekah beberapa tahun selepas baginda berhijrah ke Madinah.
Selain daripada itu terdapat juga beberapa hikayat lain yang juga mengisahkan peperangan baginda
Rasulullah. Antaranya ialah Hikayat Nabi Muhammad atau Hikayat Raja Khaibar, Hikayat Raja
Rahib, dan Hikayat Raja Lahad. Hikayat-hikayat berbahasa Melayu ini ternyata telah dikarang oleh
pengarang-pengarang tempatan tetapi berlatar belakangkan kota Madinah, Mekah, dan sekitarnya.

Terdapat juga dalam karya-karya yang digolongkan sebagai sastera Islam ini yang
menceritakan kisah para nabi yang lain. Misalnya Hikayat Nabi Yusuf, Qisas al-Anbia, Hikayat
Zakaria, dan Hikayat Nabi Musa. Sama seperti hikayat-hikayat yang lain tujuannya ialah supaya
masyarakat Islam dapat mengetahui cerita-cerita yang lebih panjang lebar mengenai para nabi serta
rasul lebih daripada apa yang terdapat di dalam kitab Al-Quran dan juga kitab tafsir.

Selain daripada itu, ada juga beberapa buah teks yang menceritakan tentang kisah orang-orang
yang soleh. Teks-teks itu ialah seperti Hikayat jumjumah atau Tengkorak Kering, Hikayat Lukman
al-Hakim, Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham, clan Hikayat Abu Yazid al-Bistami. Isi kandungan
teks-teks ini menceritakan tentang sesuatu watak yang mempunyai ilmu dan tingkat keimanan yang
tinggi. Misalnya Hikayat Lukman al-Hakim menceritakan tentang wasiat Lukman kepada anak
lelakinya. Lukman telah menyeru kepada anaknya supaya bertakwa kepada Allah SWT.
9

BAB 3

RINGKASAN TEKS “HIKAYAT AMIR HAMZAH”.

Dari dapatan pembacaan dapat dilihat “Hikayat Amir Hamzah” mengisahkan tokoh Islam yang
penting dalam sejarah perkembangan Islam. Watak yang digambarkan di dalam hikayat ini diadunkan
dengan berbagai-bagai unsur fiksyen sehinggakan cerita-cerita tersebut menjadi karya sastera bukan
lagi karya sejarah. Perbandingan secara lebih terperinci akan diterangkan di bab yang ke empat
perbandingan ketepatan fakta sejarah. Terdapat lebih dari satu naskah “Hikayat Amir Hamzah” di
seluruh dunia. Mengikut data yang diambil oleh prima hariyanto di dalam penyelidiknnya terdapat
lebih kurang 16 buah naskah. Ini tidak termasuk dengan naskah-naskah yang belum di daftarkan.
Ada kemungkinan terdapat naskah yang disimpan secara peribadi oleh masyarakat. Koleksi “Hikayat
Amir Hamzah” yang terdapat di Malaysia sebanyak 5 naskah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Selain itu Indonesia sebanyak 3 naskah di simpan di Perpustakaan Nasional Republic
Indonesia (PNRI) Manakala 1 naskah di Perancis yang terdaftar di dalam Bibliotheque Municipale
Tournus di Perancis. Selain itu 4 naskah di London United Kingdom yang berada di Cambridge
university Library dan akhir sekali di Belanda sebanyak 3 naskah yang ditempatkan di Legatum
Warnerianum, Leiden University Library.

Naskah asli tulisan tangan yang berada di Malaysia antaranya yang disimpan oleh Dewan
Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang bertajuk Hikayat Amirul Mukminin Hamzah yang terdiri daripada
583 halaman. Setiap lembar naskah ini terdiri daripada 20 baris. Setiap baris mempunyai lebih kurang
15 patah perkataan. Keadaan naskah ini agak teruk dan tidak berjilid. Naskah ini selesai di salin oleh
Muhammad bin Mohd Amin di Pulau Pinang. Hikayat awal milik Encik Muhammad Bakar bin Mohd
amin.

Ringkasan isi kandungan penceritaan “Hikayat Amir Hamzah” ini diambil dari siri warisan
klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Edisi kedua cetakan pertama 2003.
Penyusun oleh A. Samad Ahmad. “Hikayat Amir Hamzah” Ini dicerita mengikut bab. Ada kalanya
watak yang pernah hadir di bab-bab tertentu kemudian hilang tanpa penceritaan yang jelas.
Kemudian watak yang tidak pernah diceritakan di dalam penceritaan juga hadir tanpa diceritakan
diceritakan asal-usulnya. Dalam erti kata yang lain watak-watak di dalam hikayat dibina untuk
mengharmonikan penceritaan sahaja. Jika dilihat naskah asli “Hikayat Amir Hamzah” Tidak
disediakan pengurutan cerita mengikut bab. Setiap bab pertama akan dimulakan dengan perkataan
10

‫بسم ه الرحمن الرحيم‬ dan dipisahkan bab dengan bab yang lain dengan menggunakan perkataan

‫ وه أعلم ب لصوا‬sahaja.

Negeri Mada’in telah diperintah oleh seorang raja yang bernama Kobat Syahrildan dipimpin
oleh Perdana Menteri bernama Alkis. Pada suatu hari Perdana Menteri Alkis telah membunuh
sahabat baiknya yang bernama Bakti Jamal kerana satu peristiwa tamakkan harta yang banyak yang
telah mereka jumpa bersama. Tetapi Bakti Jamal seorang yang baik, dia telah merelakan dirinya
dibunuh oleh sahabat baiknya tetapi dengan meninggalkan beberapa syarat. Pertama, anak sulung
yang bakal dilahirkan oleh isterinya harus diberi nama Buzurjumhur. Syarat Kedua, peliharalah isteri
dan anaknya semasa ketiadaanya dan jangan diberitahu bahawa beliau mati dibunuh.

Setelah berlalu beberapa tahun maka dewasalah anak khojaa Bakti Jamal. Maka Allah SWT
telah mengurniakan kelebihan kepada Buzurjumhur, sehingga disebabkan satu peristiwa membantu
raja mentakwil mimpi yang dialami oleh Raja Kobat Syahril maka Buzurjumhur diberi gelaran khoja
Buzurjumhur Hakim kerana terlalu bijaksana. Maka bermula dari saat itu beliau telah diperintahkan
untuk menjdi ahli nujum negera dan membantu Raja Kobat Syahril mentadbir negara. Semasa
pemerintahan Raja Kobat Syahril, negara itu sangat aman dan makmur. Raja seorang yang sangat
adil. Maka ketika itu khoja Buzurjumhur mengatakan kepada raja bahawa Perdana Menteri telah
melakukan banyak kerosakan di dalam pemerintahan Raja Kobat Syahril.

Maka raja memerintahkan khoja Buzurjumhur Hakim menyatakan kesalahan serta kezaliman
yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Alkis. Maka khoja Buzurjumhur menyatakan bahawa
ayahnya bernama khoja Bakti Jamal yang berupa rakan karib Perdana Menteri telah dibunuh
disebabkan tamakan harta, Alkis juga telah menyorokan harta- harta yang sepatutnya milik negara
dan rakyat. Akhirnya Perdana Menteri Alkis dihukum bunuh.

Bab seterusnya diteruskan dengan kelahiran Amirul Mukminin Hamzah. Pada suatu hari Raja
Kobat Syahril telah bermimpi sesuatu lalu ditafsir oleh Buzurjumhur Hakim. Beliau menyatakan
bahawa akan lahir seorang bayi yang apabila dewasanya dia akan melawan pemerintahan Raja Kobat
Syahril dan anaknya Raja Nusyirwan cAdil.
11

Maka Raja Kobat Syahril memerintahkan khoja Buzurjumhur Hakim untuk membunuh ibu-
ibu yang sedang mengandung di tanah Arab. Maka telah ditakdirkan Allah SWT khoja Buzurjumhur
Hakim menemui bayi itu. Malangnya bayi itu merupakan anak kepada orang yang mulia dan sangat
disanjung penduduk Arab. Bayi itu diberi nama Amir Hamzah anak kepada khoja cAbdul Mutalib. Di
ketika itu juga lahir seorang bayi yang merupakan pembantu kepada khoja cAbdul Mutalib yang
bernama Umaiyah Zamhuri. Anaknya yang lahir itu diberi nama cUmar Umayyah. Didalam penilikan
khoja Buzurjumhur Hakim, kedua-dua bayi itu akan memakmurkan bumi pada suatu hari nanti. Maka
khoja Buzurjumhur Hakim tidak membunuh bayi-bayi tersebut. Semasa keberangkatan pulang khoja
Buzurjumhur ke Mada’in Raja Kobat Syahril telah mangkat. Maka diganti dengan pemerintahan anak
nya Raja Nusyirwan cAdil.

Bab hikayat diteruskan dengan menceritakan tentang kehidupan Amir Hamzah ketika
berumur Sembilan tahun bersama rakan karibnya cUmar Umayyah. Amir Hamzah digambarkan
ketika kecilnya sudah menunjukkan sifat kepahlawanan. Buktinya beliau telah dicabar secara gurauan
oleh cUmar Umayyah untuk mengalahkan seorang jaguh gusti, Amir Hamzah telah menang
perlawanan itu sehingga mampu membunuh jaguh gusti itu. Maka dari situ bermulalah kisah Amir
Hamzah banyak mengalahkan orang-orang yang hebat ketika zaman itu. Selain itu amir hamzah juga
digambarkan sebagai seorang yang sangat mahir menggunakan anak panah. Amir Hamzah telah
berguru dengan seoranng ahli pemanah yang hebat. Amir Hamzah seorang tokoh yang hebat
ditambah dengan mempunyai anak panah Nabi Ishak A.S dan kuda Nabi Sulaiman A.S. Dua senjata
inilah yang membantu ketika beliau memerangi orang kafir yang menentang Islam.

Antara tokoh-tokoh hebat yang dikalahkan oleh amirul mukminin hamzah adalah Mukbal
Hulub yang merupakan penyamun ufti mekah yang ingin mekah berikan kepada Raja Nusyirwan
c
Adil lalu setelah dikalahkan Mukbal Hulub telah menjadi tawanan Amir Hamzah dan bersedia
berkhidmat dengan Amir Hamzah secara sukarela tanpa paksaan. Hal ini kerana takjub dengan
layanan dan kebaikan yang ditunjulkan oleh Amir Hamzah. Mendengar sahaja Mukbal Hulub
seorang penyangak besar ditewaskan oleh Amir Hamzah lalu Raja Nusyirwan cAdil berkenan untuk
bertemu dengannya. Lalu pergilah Amir Hamzah ke negeri Mada’in untuk menunaikan perintah raja.
Terdapat peristiwa dimana Amirul Mukminin Hamzah telah jatuh cinta dengan anak Raja Nusyirwan
c
Adil yang bernama Puteri Mihran Negara . Beliau tersangatlah cantik sehingga Amir Hamzah
berazam untuk menikahinya.
12

Raja Nusyirwan cAdil sebenarnya adalah pemimpin yang sangat baik seperti ayahnya. Tetapi
kerana termakan kata-kata Batkhtik anak kepada Perdana Menteri Alkis yang telah mati di hukum
bunuh. Batkhtik telah meracuni pemikiran Raja Nusyirwan cAdil sehingga raja percaya dengan kata-
katanya segera dalam membunuh Amirul Mukminin Amir Hamzah kerana bimbang pemerintahannya
akan diambil oleh Amir Hamzah. Maka berlaku banyak cubaan membunuh Amir Hamzah. Antaranya
Amir Hamzah diperintahkan untuk pergi ke Serindib untuk menyebar agama Islam, padahal di
Serendib terdapat satu raksasa yang bernama Landahur yang sangat gagah perkasa. Tetapi Berjaya
ditewaskan oleh Amir Hamzah.

Lalu diperintahkan Amir Hamzah untuk pergi ke tempat yang lain. Amir Hamzah sangat taat
dengan arahan yang Raja Nusyirwan cAdil berikan tanpa sebarang prasangka buruk. Seterusnya
cubaan membunuh Amir Hamzah diteruskan ketika Amir Hamzah sedang makan dengan meletakan
racun yang sangat berbisa. Amir Hamzah lumpuh dan koma tetapi masih dijaga oleh cUmar Umayyah
dan pengikut-pengikutnya. Seorang tabib terkejut kerana Amir Hamzah mampu bertahan dengan
racun itu. Hal ini kerana racun itu digambarkan sangat berbisa sehingga jika dicurajkan pada besi
maka besi mampu hancur. Tetapi dengan kekuasaan Allah SWT setelah 40 hari Allah SWT telah
menyelamatkan Amir Hamzah dengan penawar yang telah ditanam di dalam badanya oleh khoja
Buzurjumhur Hakim. Beliau tahu perkara ini akan berlaku maka Buzurjumhur telah menanam
penawar ini di dalam badan Amir Hamzah tanpa pengetahuannya ketika beliau tidur di istana raja
tidak lama dahulu.

Setelah mengetahui bahawa Amir Hamzah telah selamat terdapat rancangan lain yang telah
dirancang oleh Batkhtik kepada raja. Batkhtik tahu akan hasrat Amir Hamzah berkehendakan Puteri
Mihran Negara. Lalu diberikan syarat perkahwinan Amir Hamzah bersyaratkan kepala Landahur
seorang manusia yang seperti raksasa dalam waktu yang sama Batkhtik menyuruh raja menyorokan
Puteri Mihran Negara lalu dikatakan bahawa puteri telah meninggal dunia. Hal ini sangat
mendukacitakan Amir Hamzah. Lama kelamaan perancangan Batkhtik dan Raja Nusyirwan cAdil
telah diketahui oleh Amir Hamzah. Raja Nusyirwan cAdil juga sedar akan dirinya dimain-mainkan
oleh Bathktik. Lalu Bathktik melarikan diri keluar dari negeri mada’in. Akhirnya Amir Hamzah
dapat mengahwini Puteri Mihran Negara dengan restu Raja Nusyirwan cAdil.

Hikayat diteruskan dengan kisah perjalanan Amir Hamzah ke bukit Qaff untuk membantu jin
Islam menentang jin kafir yang sangat zalim. Dikatakan perjalanan yang seharusnya hanya memakan
13

masa 18 hari menjadi 18 tahun lamanya oleh sebab Amirul Mukminin Amir Hamzah terlupa
mengucapkan In Shaa Allah. Di bukit Qaff terdapat dua kota yang diperintah oleh jin Islam yang
bernama Azra dan jin kafir yang bernama Ifrit. Berlakulah peperanagan yang panjang diantara Amir
Hamzah bersama denagan jin kafir Ifrit. Setelah memakan masa yang sangat panjang maka
kemenangan berpihak di tentera jin Islam yang bernama Azra bersama dengan tentera-tentera Amir
Hamzah. Hikayat ini berterusan sehingga beberapa bab. Ini hanyalah separuh sahaja dari penceritaan
hikayat yang sebenar.

Maka dapat disimpulkan bahawa penceritaan hikayat ini banyak menggunakan unsur magik
dan kadangkala tidak masuk akal. Hal ini kerana untuk menjadikan penceritaan hikayat lebih
dramatik dan pastinya disukai oleh pendengar-pendengar hikayat pada suatu ketika dahulu. Selain itu
juga, terdapat banyak pengajaran dan tauladan yang dapat diambil di dalam “Hikayat Amir Hamzah”
ini hal ini kerana disebabkan itulah pembacaan hikayat ini sering dibacakan kepada masyarakat suatu
ketika dahulu.
14

BAB 4

KETEPATAN FAKTA SEJARAH “HIKAYAT AMIR HAMZAH”

4.1 Perbandingan Pertama - Garis Masa Pengislaman Hamzah.

Berdasarkan “Hikayat Amir Hamzah” penyusunan A. Samad Ahmad, watak Hamzah digambarkan
sebagai penganut agama Nabi Ibrahim yang bereti telah memeluk agama Islam sejak lahir. Namun, di
dalam sejarah, Sayyidina Hamzah memeluk agama Islam pada tahun kedua dan ada yang mengatakan
keislaman Hamzah adalah pada tahun keenam di rumah Al-Arqam. (Umar Yusuf 1961: 269)

Di dalam Hayatus Sahabah telah di kisahkan bahawa detik pengislaman Sayyidina Hamzah
adalah apabila beliau pulang dari berburu, isterinya telah berkata kepada Hamzah : “ Ya Abu
Umaarah, sekiranya kamu telah melihat apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal ke atas anak
saudaramu ( tentu engkau tidak menyukainya)”. Mendengar sahaja apa yang telah diberitahu
kepadanya oleh isterinya itu, Hamzah pun telah menjadi teramat marah lalu keluar dari rumahnya
sebagaimana keadaannya beliau baru kembali dari pemburuan, di mana beliau tidak pun
menanggalkan pakaian pemburuannya (alat pemanah masih lagi tergantung di bahunya) dan berjalan
mencari Abu Jahal.

Apabila berjumpa dengannya, Hamzah menghentak busar panahnya di atas kepala Abu Jahal
lalu memukulnya hingga kepala Abu Jahal luka. Hamzah pun berkata : “ Agamaku adalah agama
Muhammad SAW. Aku bersaksi bahawa beliau adalah pesuruh Allah, maka demi Allah aku tidak
terkecuali dari agama itu. Halangilah aku jika kamu orang-orang yang benar.” Bertitik tolak dari
peristiwa ini, Sayyidina Hamzah telah memeluk Islam. Keislaman Hamzah telah menambah kekuatan
kepada Rasulullah SAW dan orang-orang Islam. Bertambah kukuhlah beberapa hal ehwal mereka
dan ketakutan mula bertapak di dalam hati orang-orang Quraisyh jika sekiranya mereka mengganggu
Muhammad, sudah pasti Hamzah akan mempertahankan beliau. (Al-Kandahlawi 1994: 112)

Di dalam hikayat terus menyebut tentang keislaman Hamzah adalah kerana pada masa
diceritakan kisah Hikayat Amir Hamzah adalah bertujuan untuk menaikkan semangat umat Islam
15

ketika itu untuk berperang. Oleh itu, jika diceritakan ketidakislaman Hamzah, plotnya akan menjadi
lebih panjang dan menyulitkan.

4.2 Perbandingan Kedua – keperibadian dari sudut Keberanian Dan Kegagahan Hamzah.

Di dalam hikayat, diceritakan keberanian Amir Hamzah dalam menentang Landahur yang dikatakan
mempunyai kekuatan seperti seekor raksasa. Dalam perjalanan, pelbagai hal-hal aneh yang berlaku.
Akhirnya selama 17 hari berperang dengan Landahur, Amir Hamzah berjaya menewaskannya. (Prima
Hariyanto 2008: 19)

Berdasarkan sejarah, keberanian Hamzah boleh dilihat dalam peperangan Badar. Hamzah bin
c
Abdul Mutalib telah memakai bulu burung sebagai tanda di bajunya. Seorang lelaki dari puak
Musyrikin telah berkata : “ Siapakah lelaki yang memakai tanda bulu burung tersebut? “.
Sahabatnya telaha berkata kepada beliau : “Beliau adalah Hamzah bin cAbdul Mutalib”. Beliau pun
bertanya : “Beliaukah yang banyak menimbulkan kebimbangan kepada puak Quraish?”. Kata Al-
Haisimi, sanad-sanadnya terputus. (Al-Kandahlawi 1994: 120). Dari sini menunjukkan ketakutan dari
pihak Quraish kerana keberanian yang telah diketahui oleh mereka.

Berdasarkan kedua-dua kisah, ini menunjukkan kehebatan Hamzah dalam berperang. Namun,
di dalam hikayat ditambah dengan cerita lebih hiperbola untuk menarik minat mereka yang membaca
dan mendengar kisah “ Hikayat Amir Hamzah”.

4.3 Perbandingan Ketiga – Rakan Seperjuangan Hamzah.

Di dalam hikayat ditulis bahawa Amir Hamzah mempunyai seorang sahabat baik yang berkawan
dengan beliau sejak kecil iaitu Umar Umayyah. Semua perkara dilakukan bersama-sama. Namun,
setakat pencarian dalam sejarah tidak di jumpai sahabat baik yang sentiasa berdamping dengan
Sayyidina Hamzah.
16

4.4 Perbandingan keempat - Latar Tempat.

Di dalam hikayat, permulaan plot tempat adalah di Parsi. Ini kerana permulaannya menceritakan
tentang raja yang memerintah Parsi ketika itu. Dikatakan, hikayat ini juga di bawa dari Parsi. Oleh
itu, penulis hikayat ingin menceritakan latar tempat di mana sejarah ini di bawa. Di dalam sejarah
pula, permulaan kisah Sayyidina Hamzah adalah di Makkah. Ini kerana Makkah merupakan tempat
kelahiran beliau. Latar tempat kehidupan Sayyidina Hamzah juga adalah di sekitar kawasan Makkah
sehinggalah beliau meninggal dunia.

4.5 Perbandingan kelima - Kewafatan Hamzah Bin cAbdul Mutalib.

Dikisahkan di dalam hikayat suntingan A. Samad Ahmad, Amir Hamzah berlawan dengan orang-
orang kafir. Perlawanan pertama dan kedua dimenangi oleh beliau. Kemudian, Raja Lahad
berbincang dengan tenteranya tentang tektik untuk menewaskan Amir Hamzah. Akhirnya mendapat
satu idea untuk menggali lubang pada tempat pertempuran lalu diletakkan sesuatu di atasnya untuk
dijadikan perangkap. Pada hari pertempuran, orang-orang kafir mengumpan Amir Hamzah ke tempat
tersebut dan beliau masuk ke dalam perangkap mereka. Sejurus setelah Amir Hamzah jatuh di dalam
lubang, orang-orang kafir menggeremuninya. Lalu menetak dan memukul beliau. Maka syahidlah
Amirul Mukminin Hamzah. Kemudian, di belahnya dada Amir Hamzah dan dikeluarkan hatinya
serta disiat sedikit-sedikit lalu dimakan oleh orang-orang kafir. Maka kata mereka, “ Kita makan hati
orang gagah ini supaya kita pun turut menjadi gagah “.

Cerita daripada fakta sejarah di dalam Ar-Raheeq Al-Makhtum mengisahkan penceritaan


Wahsyi bin Harb iaitu pembunuh Hamzah bin cAbdul Mutalib, “Aku adalah budak suruhan kepada
Jubir bin Mut’im, yang mana bapa saudaranya Taimah bin Adi telah dibunuh di dalam peperangan
Badar”. Semasa Quraisy bergerak dengan tenteranya ke Uhud, Jubir telah menjanjikan, “Sekiranya
kau ( Wahsyi bin Harb ) dapat membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah SAW sebagai menuntut
bela ke atas kematian bapa saudaraku, maka akan aku bebaskan kau”. Dengan itu, aku pun keluar
menyertai orang ramai. Aku adalah keturunan Habsyah yang biasa menggunakan tombak ala orang-
orang Habsyah, jarang tersisih sasarannya. Di ketika pertempuran sengit berlaku, aku memerhatikan
di mana gerangan Hamzah, setelah aku dapatinya di celah-celah orang ramai seperti seekor unta
gagah. Beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang mampu membendung.
17

Demi Allah, aku tidak menghiraukan suatu apa pun selain dari Hamzah. Semasa itu aku
cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu, di masa itu Siba’ bin ‘Abd al-‘Uzza sedang
mendahuluiku. Bila Hamzah melihat Ibn ‘Abd al-‘Uzza beliau melaung, “ Ayuh kemari anak mudim
kerana ibunya bekerja sebagai mak mudim menjawi kanak-kanak perempuan”. Hamzah pun terus
melibas dengan pedangnya sehabis kencang. Kata Wahsyi : “ Aku menggoncang tombakku, dan
setelah aku berkeyakinan dengannya, aku pun meluncurkannya. Tepat mengena sasarannya di perut,
menembusi ari-ari di sebelah hadapan. Beliau cuba menerkam ke arahku, namun beliau rebah dan
jatuh mati. Aku mendekatinya dan aku cabut tombakku dan pulang semula ke perkhemahan untuk
berehat kerana penyertaanku tidak lebih dari tugas itu. Demi untuk membebaskan diriku. Setiba di
Makkah, aku dibebaskan”. (Rahman Al-Mubarak 2015: 239)

Berdasarkan kedua-dua kisah, dapat di simpulkan bahawa cara kewafatan Sayyidina Hamzah
amat tragik sama ada di dalam hikayat atau sejarah. Wajarlah beliau di gelar sebagai penghulu para
syuhada’.
18

KESIMPULAN

“Hikayat Amir Hamzah”ini ditulis oleh penulis pada awalnya untuk menyebarkan nilai-nilai Islam
yang terdapat dalam ajaran Islam. Nilai-nilai Islam ini dapat boleh di jadikan tauladan bagi umat
manusia. Hikayat ini juga telah tersebar di seluruh dunia. Ini bermakna ajaran Islam sudah bertebaran
di atas muka bumi ini sejak dahulu lagi. Selain itu “Hikayat Amir Hamzah”ini penuh serta kaya
dengan pelbagai informasi terutamanya mengenai identiti sejarah bangsa. Ia menceritakan mengenai
pemikiran, adat istiadat kepercayaan, keadaan sosial dan keperibadian masyarakat dan individu yang
boleh dijadikan tauladan dalam kehidupan. Karya-karya ini perlu dipelihara untuk genarasi yang akan
datang. Hal ini kerana jika hilang maka karya ini sangat sukar untuk ditemui lagi. Kerana itu
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab untuk menyimpan dan
memelihara khazanah yang berharga ini.

Jika kita perhatikan pada zaman ini. Masyarakat tidak lagi berminat dengan karya-karya
klasik Melayu Islam. Hal ini kerana mereka menganggap karya ini telah ketinggalan zaman.
Pembacaannya tidak lagi mengikut selera pembacaan masyarakat pada hari ini. Tambah pula di era
globalisasi ini muncul pelbagai hiburan yang sangat mengasyikan dan lebih menarik daripada
meneliti karya-karya klasik ini. Walhal seharusnya, kita harus berbangga kerana memiliki karya yang
agung. Terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan terhadap karya-karya lam ini. Sebagai
contoh naskah tulisan tangan telah dibaik plih dengan ditaip. Selain itu, naskah yang bertulisan jawi
lama telah dirumikan. Tambah lagi, terdapat karya-karya rumi yang mengekalkan penulisan bahasa
Melayu klasik ditukar menjadi bahasa Melayu moden. Ada juga diantara karya yang dijadikan filem
untuk tontonan masyarakat.

Masyarakat hari ini sangat kreatif dalam menginovasikan sesuatu perkara. Tidak menjadi
masalah jika ada individu yang tampil untuk menjadikannya sebuah karya yang hebat. Selagi tidak
mengubah serta menghilangkan nilai asli yang terdapat di dalam karya. Sangat di hargai entiti-entiti
yang mahir untuk berbuat sedemikian rupa. Sebagai contoh karya agung “Hikayat Merong
Mahawangsa” sebuah filem epik sejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan
oleh Yusry Abdul Halim adalah antara karya agung yang dibuat oleh anak muda Malaysia untuk
pasaran di peringkat global. Filem ini dibuat untuk pasaran united kingdom. .Filem ini merupakan
adaptasi dari prosa “Hikayat Merong Mahawangsa” yang meriwayatkan sejarah terawal Kerajaan
Kedah. Jika dilihat filem ini antara karya yang sangat baik untuk tontonan masyarakat. Hal ini kerana
19

selain daripada menghiburkan ianya juga secara tidak langsung masyarakat akan dapat menyelusuri
nilai-nilai sejarah yang berlaku dahulu.

Akhir kata, walaupun tokoh Amir Hamzah yang diceritakan di dalam hikayat tidak sama
dengan tokoh Sayyidina Hamzah Bin cAbdul Mutalib R.A. akan tetapi contoh tauladan yang baik
terutamanya sifat keberaniannya itulah yang ingin kita ambil dan disemat dalam diri kita. Selain itu
menjadi satu manfaat untuk kita mengetahui sejarah asal Sayyidina Hamzah Bin cAbdul Mutalib R.A.
Hal ini kerana seperti yang kita maklum bahawa beliau merupakan tokoh yang sangat disegani dan
digeruni kawan dan lawan. Beliau juga antara tokoh yang banyak menyumbang dalam era
ketamadunan Islam. Walaupun usia beliau tidak begitu panjang akan tetapi jasa beliau diingati hingga
ke saat ini. Sayyidina Hamzah Bin cAbdul Mutalib R.A adalah tokoh Islam pertama yang mati syahid
di jalan Allah SWT. Maka seharusnya kita mencontohi beliau, biar seikit umur yang dipinjamkan
akan tetapi cuba memberikan manfaat yang besar sehingga dapat diguna pakai bagi generasi hingga
ke generasi yang akan datang.
20

RUJUKAN

Al-Imam Al-‘Alamah Al-Kabir AS-sheikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, 1999, Hayatus


Sahabah, Al-Raselah Publishers.
Abi Abdullah Sayyid Bin Kasrawi Bin Hasan, 2002, Hadyu Al-Qasid Ila Ashab Al-Hadis Al-Wahd
Juzuk Awal, Dar Al-Kotob Al-Ilmiah Beirut.
LiAbi Umar Yusuf Bin Abdullah Bin Muhammad Bin Abdul Al-Bar, Al-Isti’ab Fi Makrifati Al-
Ashab Al-Qism Awal.
Md. Salleh Yaapar, 1995, Mysticism & Poetry A Hermeneutical Reading Of The Poems Of Amir
Hamzah, Dewan Bahasa Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Kandhlawi, 1993, Hayatus Sahabah The Lives Of The Sahabah,
Darul Ishaat.
S.A Dahlan, 1969, Hikayat Amir Hamzah, Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
A. Samad Ahmad, 2003, Hikayat Amir Hamzah Edisi Ke-2, Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
As-Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, 1994, Hayatus Sahabah Kehidupan Para Sahabat
Rasulullah SAW Jilid 2 & 4, Darul Nu’man.
Abdul Latip Talip, 2008, Hikayat Amir Hamzah Jilid 1: Menentang Jin Di Bukit Qaf, PTS Fortuna.
Al-Ghazali Sulaiman, 2012, Novel Sejarah Islam Hamzah Bin Abdul Mutalib Penghulu Para
Syuhada, PTS Litera Utama.
A Samad Ahmad, 1979, Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarakfuri, 2015, Ar-Raheeq Al-Makhtum Sirah Lengkap Nabi
Muhammad SAW, Pustaka Buku Putih.
Microform, Manuskrip Asal Hikayat Amir Hamzah, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti
Kebangsaan Malaysia Bangi.

Anda mungkin juga menyukai