Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PULAU JEREJAK, PULAU
PINANG

ANJURAN :

KOPERASI
SMK CHIO MIN KULIM BERHAD
PROGAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU JEREJAK, PULAU PINANG

1.0 PENDAHULUAN

Progam lawatan ini adalah satu program anjuran Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Chio Min. Disamping para ahli dapat dapat menenangkan minda sambil
menikmati keindahan alam tempat yang akan dilawati ianya juga bertujuan untuk
memberikan pengalaman kepada ahli-ahli koperasi mengenai aktiviti luar bilik darjah
serta dapat meneroka tempat – tempat yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi dan juga
sejarah yang terselindung di sebalik kemajuan negeri tersebut. Justeru itu, ianya dapat
mengembangkan potensi pengetahuan ahli koperasi mengenai dunia luar.

2.0 RASIONAL

Program ini dapat memberikan pendedahan tentang dunia luar dan kepentingan menyertai
aktiviti luar bilik darjah dan membantu ahli koperasi melawat sambil menenangkan serta
meluaskan fikiran dan menambah ilmu yang baru selepas berhempas pulas sepanjang
tahun.

3.0 MATLAMAT

Membentuk ahli koperasi sebagai warga yang mempunyai minda yang luas, ceria serta
bermaklumat. Menerima setiap perkara yang baru dan menjadikannya sebagai memori
yang indah dan unik. Hal ini akan menjanjikan kejayaan dan ketenangan kepada setiap
insan.

4.0 OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada ahli koperasi mengenai tempat-tempat yang menyediakan


sumber ilmu dan bandar bersejarah.
b. Menggalakkan ahli koperasi berekreasi dan mengembangkan potensi yang ada pada
diri mereka.
c. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli koperasi dan memberi
pendedahan awal kepada para murid yang juga akan dapat membuka minda para
murid tentang dunia luar sambil memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
d. Sebagai pemakin bagi murid untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan.
5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada ahli koperasi iaitu terdiri daripada :


 10 orang ALK guru
 10 orang koperator / ALK pelajar

6.0 TEMPOH AKTIVITI

Lawatan ini akan diadakan dari 28 Ogos 2020 – 29 Ogos 2020, Jumaat – Sabtu
(2 Hari 1 Malam)

7.0 TENTATIF ATUR CARA LAWATAN

TARIKH MASA TEMPAT

28/08/2020 7.30 pagi – 8.00 pagi  Berkumpul di kantin baharu SMJK


(JUMAAT) Chio Min

8.00 pagi –9.30 pagi  Bertolak ke Pulau Jerejak


 Sarapan pagi

10.30 pagi – 11.00 pagi  Check in di Jerejak Island Resort

11.00 pagi – 12.30 tengahari  Rehat dan pengurusan diri


 Sesi bergambar di sekitar resort :
o Jeti Pelangi
o Bata Pelangi
o Pondok Telefon
o Buaian Tepi Laut
o Tangga ke Syurga

12.30 petang – 2.30 petang  Makan Tengahari


 Solat Zuhur

2.00 petang – 5.00 petang  Aktiviti Rekreasi:


o Cycling
o Kayak
o Polo air

5.00 petang – 6.00 petang  Solat Asar


 Makan petang

6.00 petang – 7.00 malam  Pengurusan diri


 Persiapan majlis persaraan

7.00 malam – 8.00 malam  Solat maghrib


8.00 malam – 10.00 malam  Makan malam sempena Majlis
persaraan Naib Pengerusi Koperasi

10.00 malam -6.00 pagi  Pengurusan diri dan tidur


29/8/2020 6.00 pagi – 9.00 pagi  Solat
(SABTU)  Sarapan pagi

9.00 pagi – 12.00 tengahari  Jungle tracking

12.00 tengahari - 4.00  Check out


petang  Makan tengahari
 Bertolak ke Snake Temple
 Persiaran Gurney

6.00 petang  Tiba di SMK Chio Min Kulim

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


PULAU JERAJAK, PULAU PINANG.

1. Puan Lee Kuen Chin (Pengerusi)


2. Encik Ong Chin Tiong (Naib Pengerusi)
3. Cik Nurul Aini Zainol (Setiausaha)
4. Puan Siti Maisarah Ja’alan (Bendahari Kewangan)
5. Encik Muhammad Fuzail Shukri (Bendahari Saham)
6. Puan Noor Ismala Ishak (Pen. Setiausaha)
7. Puan Izzatul Atirah Wahid Zuhid (Penolong Bendahari Saham)
8. Puan Siti Salwani Sobri (Pen. Bendahari Kewangan)
9. Puan Fadilah Baharuddin (Ahli Lembaga Koperasi –AJK)
10. Puan Siti Sarah Sazliana Ani (Ahli Lembaga Koperasi –AJK)
11. Puan Norshafina Che Said (Ahli Lembaga Koperasi –AJK)

9.0 KEWANGAN

Anggaran Kasar Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1. Tambang bas sewa khas 1 600.00
2. Pakej Jerejak Island Resort:
 Penginapan 2 hari 1 20 orang 5,380.00
malam
 Makan Pagi
 Makan Tengahari
 Makan Malam
 Tiket permainan
 Tiket
Jumlah 5,980.00

Disediakan oleh Disokong dan diluluskan oleh

__________________________ ________________________
(Noor Ismala Binti Ishak) (Pn Lee Kuen Chin)
Setiausaha Koperasi Pengerusi Koperasi
SMK Chio Min Kulim Berhad SMK Chio Min Kulim Berhad

Anda mungkin juga menyukai