Anda di halaman 1dari 1

Berikan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan cerita yang

diberikan.

kaki ayam mulut murai angkat bakul telinga lintah


batu api buah hati buah tangan panjang tangan
air muka alas perut bawah angin cahaya mata

1. Walaupun Pak Mat sudah tua tetapi dia


__________________. Dia dengar semua pesanan isterinya
dengan jelas.
2. Ain terpaksa pulang _______________ kerana kasutnya
hilang semasa dia bermain di pantai tadi.
3. Samsu memang terkenal dengan panggilan
______________ kerana dia banyak bercakap.
4. Karan suka memuji dirinya sendiri. Sikapnya yang suka
_________________ itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.
5. Lelaki itu diusir keluar dari kedai runcit itu kerana dia
terkenal dengan sikap __________________.
6. Anna suka melaga-lagakan kawan-kawan sekelasnya yang
baru selisih faham. Dia memang suka menjadi
________________ bagi memburuk-burukkan lagi keadaan.
7. Hasan memang disayangi oleh ibu bapanya. Dia
sememangnya ______________ ibu bapanya.
8. Ketika melawat Miwa di hospital, Alina membawa
________________ bersama-samanya.
9. Ali menjaga _______________ ibu bapanya. Dia tidak mahu
memalukan dan menghampakan harapan mereka.
10. Sofia ______________dengan beberapa keping roti
sebelum makan nasi.
11. Mimi baru sahaja melawat negara-negara
__________________.
12. Puan Kalsum sangat gembira menyambut kelahiran
_________________nya yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai