Anda di halaman 1dari 5

LUKISAN ELEKTRIK MENGGUNAKAN PERISIAN

AUTOCAD
PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN

Sistem Penilaian Lukisan Pelan

Semasa membuat lukisan Pelan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk
menentukan setiap lukisan pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan

Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz,
penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan.
Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan
berkemungkinan tidak dapat diterima.

b) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk
objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan
simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan
yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah
difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.

c) Kebersihan lukisan

Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih
berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software
untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis
sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan
menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap
pelukis pelan.

d) Masa menyiapkan lukisan

Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh.
Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan
kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan Autocad.

i.Pengenalan Perisian AutoCAD

Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskanDOS kepada aplikasi tetingkap
(Windows). AutoCAD 2007 meneruskan aliran ini dengan persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan
kerja melukis lebih mudah dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu
mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai kebebasan untuk menyusun
paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan kompunen-komponennya.

Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa
format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES,dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan
untuk membentukdan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan
yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa penggun amengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan
sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.

ii.Kelebihan AutoCAD
Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dancepat. Hal ini sangat berbeza dengan
membuat lukisan kerja secara manual yang memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika
menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja
tanpa membuang masa yang banyak.Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja
yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jikaberlaku lukisan kerja terkoyak atau
rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter).

Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-perintah (command) yang digunakan dalam
perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan yang ada
dalam perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukanlukisan kerja secara manual.
Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc) dansebagainya.Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam
pelbagai skala dan berwarna.

Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak dan pemplot. Peranti-peranti inilah
yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis
saiz kertas yang dikehendaki.Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperti cakera keras, cakeraliut atau
cakera padat (CD), ‘pen-drive’ atau ‘thumb-drive’ dan sebagainya. Lukisan kerja yang dibuat dalam perisian AutoCAD
membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan.

iii.Perintah Kendalian Pengurusan Perisian AutoCAD

a)Tetingkap AutoCAD

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian iaitu :


1. Bar menu tarik turun ( pull down menu bar )
2. Tolbar kekal dan tolbar apungan ( Docked and floating toolbars )
3. Kawasan melukis ( Drawing area )
4. Baris perintah ( Command line )
5. Bar status ( Status bar )
i.
Menu Tarik Turun (Pull Down Menu)
Kaedah yang mudah difahami telah tersedia daripada bar menu tarik turun untuk mencapai kawalan am dan persediaan
AutoCAD. Dalam menu tersebut terdapat beberapa perintah dan mempunyai fungsi yang merupakan suatu yang utama
kepada AutoCAD. Item-item pada menu melaksanakan empat fungsi asas seperti memaparkan pilihan-pilihan menu
tambahan. Selain itu, memaparkan kotak dialog yang mengandungi ‘setting’ yang boleh diubah, mengeluarkan arahan yang
memerlukan ‘input’ papan kekunci dan lukisan, dan juga menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan terdapat
pada tolbar ‘modify’ dantolbar ‘draw’.

Tolbar Piawai (Standard Toolbar)


Tolbar piawai biasanya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutuCAD. Tolbar tersebut memaparkan ikon-ikon serasi
tetingkap seperti ‘new’, ‘open’, ‘save’, ‘print’, ‘printpreview’, ‘cut’, ‘copy’, ‘paste’, ‘undo’, ‘redo’ dan lain-lain.

Tolbar Ciri-ciri Objek (Object Propeties Toolbar)


Spesifikasi ‘layer’ seperti warna, jenis dan ketebalan garisan serta status ‘layer’merupakan paparan daripada tolbar ciri-ciri
objek. ‘Layer’ boleh dibayangkan sebagai lapisan lut sinar yang boleh diaktifkan dan ditentukan spesifikasinya. Contohnya,
‘layer’ teks digunakan untuk menempatkan segala jenis garisan objek, manakala ‘layer’ dimensi untuk menempatkan
pendimensian. Penggunaan ‘layer’ bagi kerja-kerja lukisan AutoCAD tiada terhadnya dan ia digalakkan untuk kerja-kerja
suntingan menjadi lebih mudah dan cepat.

Tolbar ‘Modify’ dan Tolbar ‘Draw’


Tolbar ‘modify’ dan tolbar ‘draw’ menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek baru dan menyunting lukisan sedia
ada.

Kawasan Melukis (Drawing Area)


Kawasan melukis merupakan ruang kerja untuk melukis. Ianya hamper memenuhi sebahagian besar pada layer. Semua jenis
lukisan yang dilukis akan terpapar pada kawasan ini. Tetikus digunakan dan kursor rerambut silang akan kelihatan pada
kawasan ini. Selain itu, ‘scroll bar’ di sebelah kanan dan di sebelah bawah kanan berfungsi untuk melaraskan pandangan.
Titik koordinat pepenjuru kiri bawah dan koordinat pepenjuru atas adalah penentu bagi dasar saiz kawasan melukis.

Baris Perintah (Command Line)


Ruang bagi memasukkan arahan atau perintah AutoCAD selain penggunaan menu tarik turun, ia juga berfungsi sebagai
memasukkan nilai atau respons yang dikehendaki olehAutoCAD. Individu boleh memasukkan perintah menggunakan abjad
pada papan kekunci.Sesetengah perintah hanya memerlukan satu atau dua huruf awal untuk mengaktifkan perintah,
contohnya, perintah ‘line’ hanya taipkan sahaja ‘L’ pada baris perintah.

Bar Status (Status Bar)


Bar status terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD. Ia menunjukkan paparan koordinat, kursor rerambut silang dan juga
status butang ‘snap’, ‘grid’, ‘ortho’, polar’, ‘osnap’,‘otrack’, ‘line weight’ dan butang pilihan ‘mod model’ atau mod kertas.

b) Perintah Perisian AutoCAD


i.Garisan (Line)digunakan untuk membuat garisan lurus atau garisan yang bersudut seperti yang dikehendaki.
ii.Bulatan (Circle) digunakan untuk membuat bulatan. Bulatan ini boleh ditetapkan dengan beberapa pilihan syaratseperti :
•Titik pusat dan jejari (Center, radius)
•Titik pusat dan diameter (Center and diameter)iii.Lengkok (Arc)digunakan untuk membuat garisan lengkok.

Osnap
merupakan suatu kemudahan pada AutoCAD bagi menentukan titikpada satu-satu objek semasa pengubahsuaian.

Ubahsuai (Modify)
i.Padam (Erase )untuk memadam objek atau garisan dalam lukisan yang tidak dikehendaki. Penggunaannya boleh didapati
pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar ‘erase’.
ii.Kemasan (Trim)perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau potongan sebahagian garisan pada objek atau lukisan.

c) Arahan (Command) AutoCAD


Bagi penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak perlu untuk mencari pada menu bar.
Contoh penggunaan arahan (command) :i.Tulis arahan pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.
ii.Selepas itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’
.iii.Tentukan titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan seterusnya tekan lagi sekali bagi
menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.

Beberapa Arahan (Command) AutoCAD


•A =ARC •AP=APPLOAD •B=BLOCK
•AA=AREA •AR=ARRAY •BB=BREAK
•BH=BHATCH •DWG=DWGNAME •Q=SAVE
•C=CIRCLE •DDRR=DDRMODES •QQ-QUIT
•CC=COPY •E=ERASE •R=REDRAWALL
•CH=CHANGE •EE=EXPLODE •RE=REGENALL
•CL=CLAYER •F=FILLET •RR=ROTATE
•CM=CHAMFER •I=INSERT •S=STYLE
•D=DDLMODES •L=LINE •SC=SCALE
•DC=DDCHPROP •LA=LAYER •SS=SOLID
•DD=DDIM •LI=LIST •ST=STRECH
•DE=DDEDIT •LS=LTSCALE •T=TRIM
•DM=DIM •LT=LINETYPE •U=UNDO
•DN=DONUT •M=MOVE •UU=REDO
•DS=DIST •MI=MIRROR •CX=VPOINT
•DT=DTEXT •MS=MSPACE •W=VPORTS
•DU=DDUCS •MV=MVSETUP •W=UCS
•DI=DIVIDE •O=OFFSET •WW=WBLOCK
•DW=DVIEW •OO=OOPS •EX=EXTEND
•DDE=DDEMODES •OP=OPEN •XX=XREF
•DDI=DDINSERT •P=PAN •Z=ZOOM
•DDM=DDMODIFY •PL=PLINE •TR=TRIM
•DDO=DDOSNAP •PN=PLAN •ARRY=ARRY
•DDP=DDPTYPE •PP=PEDIT •OR=ORBIT
•DDR=DDRENAME •PS=PSPACE •REC=RECTANGULER
•DDU=DDUNITS •PT=PLOT •Ctrl C=COPY CLIP

Software Autocad boleh di dapati secara percuma di laman web online. , kalau digoogle, banyak website yang membolehkan
kita download software AutoCAD ni.. free.. cuma setiap satu website ni ade stail download memasing. Ada yang kita boleh
direct muat turun. Kebanyakkan sekarang stail download bersekali dengan install secara online. Stail ni leceh la sikit. Bukan
apa, takut kes virus atau malware satu hal, lagi satu nak kene onkan internet hingga selesai semua!! :(

Ada satu website ni, bagi saya agak best jugak. Bukan saja kita boleh muat turun perisan AutoCAD secara percuma, tapi
termasuk jugak segala software yang dikeluarkan oleh pihak Autodesk.. macam Inventor, Revit, 3D Max, Maya dan banyak
lagi. Cara downloadnya juga adalah userfriendly betul!! :)

Pernah dengar atau guna khidmat Autodesk Virtual Agent? Dia ni macam ala ala one stop centre lah.. di mana semua
sofware produk Autodesk dikumpulkan.. jadi senang la pengguna macam kita nak pilih mana satu dan download. Saya pun
baru kebelakangan ni muat turun Inventor, Revit, AutoCAD yang latest punya.. version 2017 pun dah tersedia kat sini.

1)Bagi yang pertama kali login, sila klik link ini.

2). Step seterusnya.. di peringkat ni kita boleh pilih product Autodesk yang mana satu hendak
dimuaturunkan. Bagi yang berminat dengan perisian AutoCAD, klik pada AutoCAD Products:

3). Klik pada AutoCAD

AutoCAD adalah yang terbaik sepanjang zaman ,Dalam pada itu, seiring perkembangan masa dan
teknologi, pesaing-pesaing CAD lain turut memasuki pasaran. Rhino, CATIA, SolidWorks dan banyak
lagi. Malah, pihak AutoDesk (pengasas AutoCAD) tidak ketinggalan menambahbaik produk asas
mereka, melahirkan aplikasi baru seperti Inventor dan Revit.

Pada tahun 2014, apabila SketchUp telahpun memasuki pasaran dan semakin dikenali ramai di
Malaysia, selain kelas AutoCAD, saya turut diminta membuat kelas SketchUp juga. Permintaan untuk
Rhino, SolidWorks, Revit dan Inventor juga ada, tetapi demand lebih untuk SketchUp. Kebanyakkan
yang bertanya adalah di kalangan individu yang telah berpengalaman bisnes, tetapi mereka bukan
datang dari jurusan berkaitan teknikal (kelompok kategori beginners dalam CAD). Setelah beberapa
lama menggunakan SketchUp untuk projek-projek tertentu, boleh dirumuskan SketchUp ini:

1. Satu perisian yang tidak begitu berat berbanding dengan perisian CAD lain. Saiznya tidak begitu
besar (bawah 1G), memudahkan untuk di install dan running dalam mana-mana komputer.
Requirement nya juga tidak begitu tinggi, kecuali bila hendak install plugin tertentu, contohnya Vray
untuk rendering.

2. Interfacenya simple, mudah dan cepat untuk dipelajari command-command yang ada. Sangat
sesuai bagi mereka dalam kategori beginners dalam CAD. Walaupun simple, hasil kerja dari
SketchUp mengagumkan juga, sesuai untuk presentation bagi mereka dalam bidang arkitek, hiasan
dalaman dan kejuruteraan.

Nota

Nota ini dibahagikan kepada 3 bahagian, di mana susunan isikandungannya mengikut silibus kelas
AutoCAD yang dianjurkan.

Bahagian pertama mengandungi Pengenalan, Sistem Koordinat, Penetapan Unit dan Skala, Setting
Limits, Setting Grid dan Snap, Setting Background dan Crosshair, Zoom dan Pan, Line dan Join,
Polyline dan Pedit.

Bahagian kedua pula terdiri dari Divide dan Measure, Rectangle, Polygon, Ellipse, Spline, Arc, Offset,
Mirror dan Copy, Stretch dan Move, Trim dan Extend, Fillet dan Chamfer, Hatch, Array.

Bahagian terakhir merangkumi Rotate, Scale, Break, Lengthen, Align, Text, Dimension, Leader,
Insert, Block, Explode, Design Center, Properties, Inquiry, Plotting.

Silibus disusun sendiri oleh tenaga pengajar yang berpengalaman menggunakan AutoCAD lebih dari
15 tahun. Setiap bab mengandungi command-command yang diterangkan secara terperinci langkah
demi langkah. Ini penting kerana masalah utama kebanyakkan yang mempelajari AutoCAD adalah
sukar untuk mengingati fungsi dan langkah untuk menggunakan sesuatu command. Keseluruhan 296
mukasurat nota ini mengandungi 42 command yang sering digunakan dalam melukis objek 2D,
samada dalam bidang hiasan dalaman, senibina, kejuruteraan, ukurtanah dan sebagainya.

Banyak website yang membolehkan kita download software AutoCAD ni.. free.. cuma setiap satu
website ni ade stail download memasing. Ada yang kita boleh direct muat turun. Kebanyakkan
sekarang stail download bersekali dengan install secara online. Stail ni leceh la sikit. Bukan apa, takut
kes virus atau malware satu hal, lagi satu nak kene onkan internet hingga selesai semua!! :(

Bukan saja kita boleh muat turun perisan AutoCAD secara percuma, tapi termasuk jugak segala
software yang dikeluarkan oleh pihak Autodesk.. macam Inventor, Revit, 3D Max, Maya dan banyak
lagi. Cara downloadnya juga adalah userfriendly betul!! :)

Pernah dengar atau guna khidmat Autodesk Virtual Agent? Dia ni macam ala ala one stop centre lah..
di mana semua sofware produk Autodesk dikumpulkan.. jadi senang la pengguna macam kita nak
pilih mana satu dan download. Saya pun baru kebelakangan ni muat turun Inventor, Revit, AutoCAD
yang latest punya.. version 2017 pun dah tersedia kat sini.

1)Bagi yang pertama kali login, sila klik link ini.

2). Step seterusnya.. di peringkat ni kita boleh pilih product Autodesk yang mana satu hendak
dimuaturunkan. Bagi yang berminat dengan perisian AutoCAD, klik pada AutoCAD Products

Anda mungkin juga menyukai