Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH

SSGRP 2024

KERTAS KERJA CADANGAN


HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH,
SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG
TAHUN 2024

1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid- murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Sukan dilihat dapat
menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan
sosial.
Atas kesedaran inilah, maka SRITI Samad Gul Rantau Panjang akan mengadakan Hari Sukaneka
Peringkat Sekolah yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan hari
sukan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid SRITI Samad Gul Panjang
sekali gus mencapai ke arah matlamat kesahsiahan dalam diri yang cemerlang.

2.0 RASIONAL

Rasional Hari Sukaneka Peringkat Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :-
i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SRITI Samad Gul Rantau
Panjang dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan
olahraga.
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT

Hari Sukaneka Peringkat Sekolah ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid SRITI
Samad Gul Rantau Panjang dengan acara-acara sukan serta memberikan pengalaman kepada
mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid
dalam acara sukaneka serta memberi keseronokan kepada murid.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Hari Sukaneka Peringkat Sekolah ini, diharapkan dapat:
i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SSGRP 2024

iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 5 Feb 2024
Hari : Isnin
Tempat : Kantin & Padang Kompleks Tarbiyah PAS Rantau Panjang

6.0 SASARAN
Semua murid SRITI Samad Gul Rantau Panjang, Kelantan.

7.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


Sila Rujuk lampiran B

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Sila Rujuk lampiran A

9.0 ATURCARA PROGRAM


Sila Rujuk lampiran B

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila Rujuk lampiran C

11.0 PENUTUP

Hari Sukaneka Peringkat Sekolah ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada
semua murid SRITI Samad Gul Rantau Panjang merasai sendiri pengalaman menyertai
sukaneka. Selain itu, hari sukaneka ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Semoga Allah menilai segala usaha ini sebagai
satu ibadah. Jazakallahukhairan kathira.

Disediakan Oleh:

fadhila
(NURFADHILA BINTI MUHAMMAD KHAZANI)
Pengarah
Hari Sukaneka Sekolah 2024
SRITI Samad Gul Rantau Panjang
KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SSGRP 2024

LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA
HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG
TAHUN 2024

Penasihat : Md. Haikal Bin Inche Md Shamsuddin

Pengarah : Nurfadhila binti Muhammad Khazani

Setiausaha/Bendahari : Balkis binti Mohd Ghani

Unit Permainan & Protokol : Muhamad Solahuddin Awang


Nur Fatihah binti Mohamed
Muhammad Hilmi Hamat

Unit Teknikal & Tugas-tugas khas : Ibrahim Adham Mohd Samsuddin


Aslam bin Elias

Unit Hadiah : Siti Farah bt Ab Rahman


Ainin Sofia Mokhtar
Nor Sahirah binti Che Musa

Unit Keselamatan & Kebersihan : Muhammad Arif bin Mohd Kamal


Tempat Rozaini Safwan Ismail
KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SSGRP 2024

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM HARI SUKANEKA SRITI SAMAD GUL

MASA PERKARA SASARAN PIC CATATAN

8.00 - 8.30 Mathurat & Solat dhuha M. Fadhila

8.30 - 9.00 Persiapan tempat

9.00 - 9.30 Sarapan pagi M. Sahirah

9.30 Aktiviti bermula

1. Larian zig zag sambil bawa bola Banin (5 orang/kump.) U. Hilmi


Banat (5 orang/kump.) M. Sahirah

2. Bowling padang Banin (5 orang/kump.) U. Adham


Banat (5 orang/kump.) M. Ainin

3. Berlari dalam guni Banin (5 orang/kump.) U. Solah


Banat (5 orang/kump.) M. Farah

4. Bawa bola dalam sudu Banin (5 orang/kump.) U. Arif


KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SSGRP 2024

Banat (5 orang/kump.) M. Fatihah

5. Pindah kain sarung Banin (5 orang/kump.) U. Aslam


Banat (5 orang/kump.) M. Farah

6. Pindah air dengan cawan Banin (5 orang/kump.) U. Rozaini


Banat (5 orang/kump.) M. Ainin

7. Berebut kerusi Semua murid U. Arif


Banin dan banat M. Balqis

Sesi penyampaian hadiah Ajk hadiah

Gotong- royon

2.00 – 3.30 Solat,makan U. Arif


M. Fatihah

3.30 - 4.30 TQS/ gotong-royong

4.30 -5.00 Solat Asar & pulang


KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH
SSGRP 2024

LAMPIRAN C

PERBELANJAAN HARI SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH


SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG
TAHUN 2024

BIL PERKARA UNIT RM/UNIT JUMLAH


1. PERALATAN SUKANEKA
BELON 1 Pek RM 10
GETAH 1 pek RM 4
STRAW 1 pek RM 10
2. HADIAH SUKANEKA
Larian zig zag sambil bawa bola (Berkumpulan) Johan RM 6 x 3 RM 18
Bowling padang (Berkumpulan) Naib johan RM 6 x 3 RM 18
Berlari dalam guni (Berkumpulan) Tempat ketiga RM 6 x 3 RM 18
Bawa bola dalam sudu (Berkumpulan) RM 6 x 3 RM 18
Pindah getah dengan straw (Berkumpulan) RM 6 x 3 RM 18
Balingan kasih (belon air) (Berkumpulan) RM 6 x 3 RM 18
Berebut kerusi RM 6 x 3 RM 18
3. KECEMASAN RM 74
JUMLAH RM 200

Anda mungkin juga menyukai