Anda di halaman 1dari 1

Mempelajari dan mendalami Ilmu bukan perkara yang mudah, ini kan pula menyampaikan

ilmu. Tugas menyampaikan ilmu bukan perkara yang mudah dan sangat mencabar. Namun dengan
setiap pedoman yang ada di dalam diri menguatkan semangat bagi meneruskan cita- cita untuk
menjadi seorang penyampai ilmu. Dengan kursus yang sedang dipelajari membantu saya menjadi
seorang insan yang berguna kepada komuniti kelak. Namun pendidikan kesenian muzik seperti
dipinggirkan marcapada ini. Sepanjang pengajian daripada Sekolah Seni sehingga kini melanjutkan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan Kepujian memberikan saya kekuatan untuk
mengubah persepsi dimana muzik itu tidak menjamin masa depan individu.

Di Malaysia, ramai ibu bapa mahu anak-anak mereka lebih fokus dengan mata pelajaran
yang ada dalam peperiksaan dan mereka akan memastikan anak-anak akan membesar dengan ilmu
akademik yang penuh di dada. Tetapi, tahukah anda bahawa ia sebenarnya akan memberi tekanan
kepada mereka? Sebaliknya, pendidikan muzik mampu memudahkan pelajaran anak-anak kerana
mampu meningkatkan IQ mereka. Selain daripada itu, penggunaan muzik dapat membantu
perkembangan bahasa. Pada usia enam tahun yang pertama, manusia dapat mendengar dengan
baik dan cuba membezakan bunyi yang berbeza dalam irama muzik. Manusia juga boleh berlagu
mengikut irama dan memperoleh pengetahuan tentang muzik melalui penyampaian visual bunyi
tersebut. Semasa mendengar muzik, kita secara tidak langsung mendengar perkataan dan belajar
bunyi perkataan tersebut. Proses mendapatkan maksud daripada perkataan tersebut menjadi
penanda untuk permulaan bagi mengembangkan ilmu dan kemahiran bahasa. Pengunaan muzik
penting dalam perkembangan manusia. Kanak-kanak dapat bermain muzik sambil belajar. Antara
kebaikan penggunaan muzik dalam komuniti adalah dapat menenangkan emosi, meningkatkan
perkembangan bahasa, terapi pemulihan untuk kanak-kanak istimewa, meningkatkan memori dan
meningkatkan keupayaan menyerap ilmu.

Sudah sedia maklum bahawa kemajuan sesebuah negara boleh dilihat dari perkembangan
seni budayanya dimana muzik merupakan salah satu komponen utama untuk menentukan sejauh
mana tamadun negara itu telah berkembang. Bukan mahu mengajar anak-anak untuk menjadi ahli
muzik, sebaliknya ia mampu melahirkan masyarakat yang bijak menilai kualiti sesebuah karya kerana
merekalah yang akan menjadi pengguna kepada muzik dimasa depan. Tanpa ilmu muzik, masyarakat
terlalu mudah untuk berpuas hati dengan hasil karya muzik yang begitu rendah nilai estetiknya.

Oleh hal yang demikian, kursus yang sedang saya pelajari ini menjadi pedoman yang sangat
kuat kepada saya untuk menjadi seorang guru yang professional dan membantu komuniti di
Malaysia sehingga berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang
lain. Tidak semestinya mempelajari ilmu seni itu tidak menjamin masa hadapan. Hal ini kerana saya
turut dapat membuktikan bahawa pelajar muzik juga mampu untuk menerima Anugerah Graduan
Diploma Terbaik 2018 Istiadat Konvokesyen kali ke 20, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
memerlukan saya untuk bersaing dengan ribuan pelajar dari kursus lain. Natijahnya, pendidikan
muzik mahupun kesenian itu mampu menjamin masa hadapan seseorang individu tersebut. Oleh itu
biasiswa Fair and Lovely ini dapat membantu saya meneruskan pelajaran sehingga mampu menjadi
sorang pendidik yang berjaya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai