Anda di halaman 1dari 9

=BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan dan melihat sejauh manakah tahap penguasaan KPS bagi
menghubungkaitkan soalan dengan KPS tercapai. Maka sedikit sebanyak kajian ini dapat
membantu pelbagai pihak dalam merealisasikan salah satu objektif di dalam Kurikulum Sains
ini dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains. Mereka adalah terdiri daripada
penggubal kurikulum, tenaga pengajar di institusi pendidikan dan pelajar pendidikan sebagai
persediaan untuk menghadapi keadaan yang sebenar di sekolah.
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat ini, pihak kementerian khususnya Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) dapat merancang pelbagai latihan dan modul untuk
membantu guru-guru Sains dalam memperolehi pengetahuan berkaitan KPS dengan lebih
baik. Latihan atau modul yang dibina mestilah bertepatan dengan objektif pembinaannya
dalam membantu keberkesanan proses P&P serta penguasaan KPS. Aktiviti ’minds-on’ dan
’hands-on’ perlu ditekankan untuk membantu guru-guru memahami dengan jelas teknik
pengajaran dalam mengendalikan eksperimen, projek atau perbincangan.
Selain itu, kajian ini turut dapat membantu guru-guru Sains mendapat maklum balas
terhadap kefahaman serta kelemahan pelajar di antara ketiga-tiga KPS yang dikaji dalam
menyelesaikan sesuatu masalah Sains. Jadi, keadaan ini dapat menentukan KPS yang
manakah perlu dititikberatkan atau ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi membolehkan pelajar menguasai KPS dengan baik untuk masa depan. Guru-guru juga
dapat memilih kaedah rawatan yang bersesuaian bagi membantu pelajar dalam menguasai
KPS dalam proses pembelajaran mereka.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian
membawa maksud tertentu, yang berkait dengan idea dan persoalan kajian.
Secara ringkas, keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen
berikut:
a. Jangka masa kajian;
b. Jenis data yang hendak dikutip;
c. Alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
d. Di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
e. Kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
f. Strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
g. Jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
h. Bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
Melalui kajian ini saya telah memilih rekabentuk kajian kualitatif .Kajian ini lebih sesuai
digunakan dalam kajian ini kerana ia melibatkan jangka masa kajian ,Kaedah ini lebih
menunjukkan data yang dikutip dan diperolehi melalui kaedah temubual dan pemerhatian
kerana ianya lebih telus dan mendapat respon yang sebenarnya. Penting untuk merencanakan
metode kajian dengan cermat untuk memastikan bahwa data yang diperoleh dapat
memberikan wawasan yang berguna tentang efektivitas pengajaran kemahiran proses sains.
Hal ini melibatkan pemilihan sampel yang representatif, instrumen pengukuran yang sesuai,
dan analisis data yang tepat.

3.3 Populasi dan Sampel kajian

Dalam penelitian kualitatif, persampelan adalah proses pemilihan peserta atau unit penelitian

untuk dimasukkan dalam studi. Berbeda dengan penelitian kuantitatif yang sering

menggunakan sampel yang representatif dari populasi, penelitian kualitatif lebih

menekankan pada pemilihan peserta atau situasi yang dapat memberikan wawasan mendalam

tentang fenomena yang diteliti. Berikut adalah beberapa kaedah umum persampelan dalam

penelitian kualitatif: Pemilihan peserta didasarkan pada tujuan penelitian dan keahlian

mereka terkait dengan topik penelitian.Ini memungkinkan peneliti untuk memilih peserta

yang dapat memberikan wawasan mendalam tentang fenomena yang diteliti.

Pemilihan peserta berdasarkan kriteria tertentu yang relevan dengan topik penelitian.

Misalnya, peneliti dapat memilih peserta yang memiliki pengalaman tertentu, tingkat

pengetahuan, lainnya yang penting untuk penelitian.Peserta dipilih berdasarkan teori yang

berkembang selama analisis data, memungkinkan peneliti untuk mengembangkan teori

dengan lebih baik.Setiap metode persampelan memiliki kelebihan dan kelemahan tertentu,

dan pilihan metode harus disesuaikan dengan tujuan penelitian serta sifat fenomena yang
diteliti.Dalam kajian ini saya memilih seramai 70 orang murid tahun enam didalam sebuah

sekolah rendah di daerah saya.Populasi berikut mempunyai kepelbagaian latar belakang iaitu

sebuah sekolah yang terletak di pingir bandar. Seterusnya saya mengambil 8 orang murid dari

populasi itu untuk dijadikan sampel kajian ini iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Sampel ini memperolehi pencapaian di paras sederhana dan lemah.Melalui pemilihan ini saya

dapat melihat respon yang diberikan dan mengenalpasti beberapa punca kepada pemasalahan

untuk menjawab bahagian B pada kertas dua.

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Borang Soal Selidik

Instrumen kajian dalam konteks kemahiran proses sains merupakan alat atau metode yang
digunakan untuk mengukur, menilai, atau mengumpulkan data terkait dalam proses sains.
Instrumen ini menggunakan dua kaedah sama ada soal selidik secara terbuka dan secara
tertutup. Gaya soalan yang diberi haruslah yang memberi kebebasan responden untuk
menjawab .Jawapan yang dikemukakan mestilah dari responden sendiri dan bukan
penyelidik.
Semasa menjalankan soal selidik pengkaji mestilah memastikan responden boleh
memahami kehendak soalan. Bentuk soalan yang dikemukan mestilah yang jelas dan tidak
kabur.Selain itu ianya mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk
mentadbir soalan tersebut.Pengkaji juga boleh menggunakan pita rakaman yang sesuai
supaya ianya menjadi rujukan nanti.

3.4.2 Temu Bual


Instrumen ini digunakan bagi pengkaji yang lebih mahir dalam berkomunikasi.Kaedah ini
mendapat respon secara lisan dan terus dari responden.Dalam Kajian ini saya menggunakan
kaedah temubual untuk mendapatkan jawapan yang sebenar daripada responden.
Penemubual boleh menilai responden melalui tindak balas dan reaksi responden
berkaitan isu yang dibangkitkan.Konsep soalan yang dikemukakan pula mestilah yang
berpadanan dan bersifat keterbukaan supaya dapat memberi ruang kepada pengkaji untuk
mengajukan soalan dengan lebih mendalam.Dalam kajian ini saya menemubual 5 daripada 10
responden berkaitan dengan tahap penguasaan mereka bagi menjawab soalan bahagian B
kertas dua.melalui dapatan dan hasil itu menunjukkan murid tersebut tidak dapat memahami
kehendak soalan dan tidak memahami istilah KPS yang diajukan pada murid tersebut.
Melalui sesi temubual yang dijalankan saya dapat mengenalpasti kelemahan yang berlaku
semasa sampel menjawab soalan bahagian B kertas dua tersebut.

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis ialah suatu langkah awal dalam penelitian yang bertujuan untuk menguji dan

mengubah suai metod,instumen dan lain-lain yang akan digunakan bagi penelitian yang lebih

besar.Ini secara tidak langsung membantu peneliti untuk mengesan masalah atau mengenal

pasti sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa akan datang.Kajian rintis juga

dapat membantu peneliti memmbaik pulih sebelum digunakan secara meluas.Terdapat

beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam kajian rintis.Contohnya,pengujian instrumen

atau metod,mengenal pasti masalah yang berlaku, dan sebagainya.Kajian ini dijalankan

kepada 10 responden murid tahun 6 sebuah kelas di sekolah rendah dalam daerah

Manjung.Kajian ini dijalankan terlebih dahulu untuk memperolehi kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen yang dibina sesuai dengan persoalan dan objektif kajian

sebelum mendapat data bagi kajian sebenar.

3.5.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Sejauh mana instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur dipanggil kesahan. Beberapa
jenis kesahan berbeza:
Kesahan Konten: Sejauh mana instrumen mencakupi aspek yang ingin diukur secara
komprehensif. Ini termasuk memastikan instrumen mengandungi bahan yang relevan dan
representatif.
Kesahan Konstruksi: Keupayaan instrumen untuk mengukur idea atau variabel yang
dimaksudkan dengan tepat. Untuk memastikan instrumen menunjukkan variabel yang
diingini secara tepat, analisis statistik diperlukan.
Kesahan Kriteria: Keupayaan instrumen untuk membandingkan hasilnya dengan standard
atau kriteria luaran yang sudah ada, seperti membandingkannya dengan instrumen yang telah
menjalani ujian menyeluruh.
Kebolehpercayaan Alat:Sejauh mana instrumen boleh menghasilkan hasil yang sama dalam
keadaan yang sama berulang kali dikenali sebagai kebolehpercayaan.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada
aspek berikut:
a. Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam
soalan melalui temu bual dan soal selidik.
b. Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.
c. Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas mempelajari
sesuatu topik dalam subjek Sains.
Berikut merupakan contoh soalan yang dilakukan oleh responden.Saya memerhatikan
responden tidak boleh menjawab soalan -soalan tersebut dengan betul dan tepat atas beberapa
faktor yang dikenalpasti .Responden diberikan soalan bahagian B bagi meninjau keupayaan
dan kebolehan mereka menjawab beberapa contoh soalan kertas dua.
Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti
yang perlu dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah
ini iaitu:
a. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B
b. Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B
c. Membina mengikut topik yang dipelajari

a)Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B.


Saya mengambil masa selama satu jam untuk menerangkan kepada murid tentang teknik
menjawab soalan Sains Bahagian B . Panduan untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains
Bahagian B dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik minat
murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan
soalan yang mudah mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada
perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual.
Bahagian B

1. Said Ingin menyiasat keperluan asas bagi haiwan. Dia menyediakan 4 buah
akuarium yang setiap satu akuarium dititiskan dengan bilangan titisan minyak
yang berbeza.

Ikan mati

A B C D
Rajah 1

Jadual 1 menunjukkan bilangan ikan yang telah mati selepas satu hari.

A B C D
Bilangan titis minyak
2 4 6 8
Bilangan ikan mati
2 4 6 8
Jadual 1
I stilah
1. Nyatakan inferens (sebab) bagi pemerhatian kamu.
...........................................................................................................................

...........................................................................................................................
( 1 markah)

2. Apakah yang ditetapkan(pembolehubah yang dimalar) dalam penyiasatan ini?


So a la n

...........................................................................................................................
( 1 markah)
3. Apakah yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini?

...........................................................................................................................
( 1 markah)

Rajah 1
3.7 Prosedur Analisis Data Kajian

Bagi penyemakan data, saya telah menggunakan teknik triangulasi data untuk

meningkatkankesahan dan kebolehpercayaan data saya. Menurut Merriem (1998),

kebolehpercayaan menggambarkan situasi di mana sesuatu dapatan dalam sesuatu

penyelidikan mempunyaireplikasi sekiranya merupakan satu cara yang boleh meningkatkan

kebolehpercayaan sesuatu data kualitatif. Saya memilih triangulasi kaedah, triangulasi

penyelidik dan triangulasi masa untuk menyemak data saya.Melalui triangulasi kaedah, saya

telah menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, soal selidik bagi memastikan kredibiliti

data yang diambil. Hasil temu bual dengan murid dijadikan sebagai sokongan bagi kajian

tindakan saya tentang kesan dan minat responden dalam kajian ini. Di samping itu, saya turut

mengambil gambar bagi menunjukkan proses pelaksanaan kajian tindakan saya. Gambar-

gambar yang diambil secara langsung memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang

berlaku sepanjang masa kajian dijalankan. .

Berikut analisis data yang digunakan:


a) Hasil Temubual Dengan Murid.
Melalui hasil temubual yang diadakan dengan murid berkaitan dengan pemahaman
mereka dalam menjawab bahagian B kertas 2 Sains. Saya akan memperoleh permasalahan
secara lebih mendalam lagi.Seramai 6 orang responden tersebut ditemubual setelah
penerangan dilakukan.Setiap responden memberikan kepelbagaian jawapan namun dilihat 4
daripada 6 responden tersebut menyatakan tidak dapat menjawab soalan bahagian B kerana
tidak memahami kehendak soalan.

Pemerhatian 1:
Guru melihat respon murid dengan menunjukkan satu contoh soalan kertas dua untuk
dijawab.Murid akan bertanya maksud atau istilah dalam soalan tersebut yang tidak diketahui
maksud.Murid akan memberi maklum balas pada gambarajah namun memikirkan hubungkait
gamabr dan soalan yang diberikan.Murid dilihat keliru untuk menghubungkaikan gambarajah
dengan soalan.
Soalan Apakah masalah utama anda semasa menjawab bahagian B kertas dua
soalan sains ?
Bil RESPONDEN RESPONS MURID
1 Murid A Tidak faham kehendak soalan
2 Murid B Tidak faham maksud soalan ( istilah)
3 Murid C Tidak faham soalan
4 Murid D Tidak tahu untuk menulis jawapan
5 Murid E Tidak faham soalan
6 Murid F Tidak tahu menjawab

Jadual 1

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja


Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga ditinjau dengan terperinci
melalui buku latihan murid. Antara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid adalah
seperti berikut:
a. Tidak memahami kehendak soalan.
b. Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens,
hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir data.
c. Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat
dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambar rajah dan pernyataan ayat.
Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang diadakan
setelah selesai sesuatu topik.

Keputusan pencapaian murid yang menjawab soalan latihan bahagian B

RESPONDEN BILANGAN SOLAN YANG BETUL


Murid A 2/5
Murid B 3/5
Murid C 3 /5
Murid D 2/5
Murid E 1/5

Jadual 2.
3.8 Rumusan

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid menjawab
soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja, markah penilaian ujian dan
peperiksaan yang dijalankan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun tidak
sepenuhnya. Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam
peperiksaan percubaan Justeru itu penerangan guru terhadap istilah sains yang digunakan
perlulah lebih mendalam sebagai contoh mengadakan satu buku nota glosari list bagi
membuat rujukan istilah setiap kali latihan itu dijalankan.
Murid perlu memahami kehendak soalan dengan betul dan mengetahui kata kunci
bagi menjawab soalan-soalan tersebut supaya menepati dan tidak tersasar .Latihan yang
kerapkali dilakukan dengan mengulang -ngulang perkataan atau istilah yang sama mungkin
akan memahirkan murid untuk memahami kehendak soalan seterusnya dapat menjawab
dengan betul.Bagi murid yang berada di kelompok lemah pula mereka perlu dibiasakan
dengan menulis dan menyebut semua istilah-istilah yang berkaitan semasa sesi pembelajaran
dilakukan.Demi penambahbaikan dan peningkatan pencapaian semua murid diharapkan dapat
mengingat dan mengaplikasikan isitilah dan bentuk soalan dengan sebaiknya.Apabila mereka
telah dibiasakan dengan menjawab soalan begitu maka akan meningkatkan pencapaian
markah mereka.
Secara keseluruhannya setelah pemerhatian dilakukan dan analisis dijalankan dapatlah
disimpulkan apabila murid sudah terbiasa dengan bentuk soalan dan istilah soalan atau kata
kunci mereka dapat menjawab soalan dengan mudah dan dapat menghubungkaitkan
gambarajah dengan soalan.Secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan pencapaian
keputusan sains amnya kertas dua bahagian B.

Anda mungkin juga menyukai