Anda di halaman 1dari 21

Siri

Nabil &

u n g g u
Nabilah

u , T K a mi!
y
© 2015 Kementerian Pendidikan Singapura

A
© 2015 Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan
Bahasa Melayu
ditulis oleh Juraida Miswari
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar cetak atau menerbitkan
semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga secara
elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan Singapura


dan
Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan
Penggunaan Bahasa Melayu

Published by Marshall Cavendish Education


(Formerly known as Marshall Cavendish International (Singapore) Private Limited)
Times Centre, 1 New Industrial Road, Singapore 536196
Customer Service Hotline: (65) 6213 9444
E-mail: tmesales@mceducation.com
Website: www.mceducation.com

Marshall Cavendish is a trademark of Times Publishing Limited

First published 2015

All rights reserved. No part of this publication may be produced, stored in


a retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic,
mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior
permission of the copyright owner. Any requests for permission should be
addressed to the Publisher.

Ayu, Tunggu Kami!


ISBN 978-981-01-2950-7

Printed in Malaysia

ISBN 978-981-01-2950-7

9 7 89 8 1 0 12 9 5 07

(ML)MLLPC_1-10_Covers.indd 9 21/1/15 2:39 pm


PENGHARGAAN

Siri

Para Penulis Buku Nabil &


Nabilah (Darjah 1)

Ribut Nawi Saya Suka Yang Ini


Siti Sujinah Johari Hari Pertama
Norwati Sulaiman Bersih Itu Sihat
Nurni Isnain Ibu Pesan…
Sarifah Hassan Gembira Bersama
Amnah Jantan Kek Cawan
Jamilah Sabtu Al-Haj Jiran Baharu
Zarina Hashim Pesta Tanglung
Juraida Miswari Ayu, Tunggu Kami!
Salina Hussin Berjasa

Siri

Pengurusan Pembinaan Buku Nabil &


Nabilah

Sekretariat MLLPC Rashidah Mohamed Rafei


Farizan Mohd Amin
Siti Noraini Ibrahim
Penasihat Projek Haslindah Mispan
Konsultan Dr Saeda Buang
Editor Siti Hana Satipan

(ML) MLLPC_Prelims 09.indd 3 16/1/15 9:58 am


SEKAPUR SIRIH

Encik Hawazi Daipi


Setiausaha Parlimen Kanan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga Manusia
Pengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan
Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

S ejajar dengan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda ‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’,
salah satu saranan adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran
dan penggunaan bahasa Ibunda. Banyak juga yang masih boleh dilakukan untuk menambah
kepelbagaian bahan bacaan dan mencari cara-cara yang kreatif untuk memupuk tabiat
membaca dalam kalangan murid. Oleh itu, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan
Penggunaan Bahasa Melayu telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan guru-guru
membina bahan bacaan yang sesuai dalam konteks budaya hidup di Singapura.

Projek yang julung-julung kali diusahakan ini bertujuan untuk memupuk minat dan tabiat
suka membaca bahan bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kedua,
usaha ini memperbanyak bahan bacaan yang berlatarbelakangkan Singapura supaya murid
dapat didedahkan dengan pendidikan sejarah dan budaya masyarakat di Singapura.

Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya
mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama ini. Saya berharap agar usaha
anda akan berterusan demi menghasilkan karya-karya yang dapat menyokong pembangunan
murid yang cekap dan yakin dalam menggunakan bahasa ibundanya, serta bangga akan
bahasa dan budayanya.

(ML) MLLPC_Prelims 09.indd 2 16/1/15 9:58 am


u , T u n g g u K a mi!
A y ditulis oleh Juraida Miswari

(ML) MLLPC_Prelims 09.indd 1 16/1/15 9:58 am


Malam itu Nabilah gelisah. Dia sukar
memejamkan mata, mungkin kerana terlalu
ingin sangat ke taman bunga hari esoknya.

(ML)LPCP1_BK09.indd 2 1/19/15 9:50 AM


Nabil juga tidak dapat tidur. Golek ke kiri,
golek ke kanan. Dia tidak berasa aman.
3

(ML)LPCP1_BK09.indd 3 1/19/15 9:50 AM


Nabilah, bangunlah.

Tiba-tiba, dia terdengar suara sayup-sayup.


Siapakah itu?
4

(ML)LPCP1_BK09.indd 4 1/19/15 9:50 AM


Sambil menggosok mata kiri dan mata kanan,
Nabilah cuba melihat siapa yang memanggilnya.
5

(ML)LPCP1_BK09.indd 5 1/19/15 9:50 AM


Siapakah awak?

(ML)LPCP1_BK09.indd 6 1/19/15 9:50 AM


Saya Ayu. Saya rama-rama. Saya tinggal di
taman bunga. Esok awak hendak ke sana?

(ML)LPCP1_BK09.indd 7 1/19/15 9:50 AM


Marilah berkenalan dengan
rakan-rakan saya.

Sang Rama-rama pandai berkata-kata.

(ML)LPCP1_BK09.indd 8 1/19/15 9:50 AM


Girang hati tidak terhingga dapat terbang di
ruang angkasa.
Melayang ke kiri, melayang ke kanan.
Pengalaman ini tidak dapat mereka lupakan.

(ML)LPCP1_BK09.indd 9 1/19/15 9:50 AM


Ketika sampai ke tempat yang dituju, Ayu
disambut rakan-rakannya di situ.

10

(ML)LPCP1_BK09.indd 10 1/19/15 9:50 AM


Bertompok hitam, berwarna merah.
Berbadan kecil dan juga bersayap.
Jika tidak terbang, boleh merayap.

Nama saya Kumbang


Kura-kura.

11

(ML)LPCP1_BK09.indd 11 1/19/15 9:50 AM


Saya Siput.
Lambat berjalan, terkemut-kemut.

Cengkerang saya agak rumit,


seperti bentuk sebuah piramid.

12

(ML)LPCP1_BK09.indd 12 1/19/15 9:50 AM


Badan panjang, berwarna kuning.
Cubalah tangkap, pasti pening!

Belalang Kunyit nama saya.


Terbang tinggi ke alam raya.

13

(ML)LPCP1_BK09.indd 13 1/19/15 9:50 AM


Awas, jangan dekat! Lebah boleh menyengat!

Saya pula Lebah Madu.


Rajin bekerja, tak pernah jemu.

14

(ML)LPCP1_BK09.indd 14 1/19/15 9:50 AM


Sibur-sibur nama diberi.
Sayap dikibar pasti berbunyi.

Badan memanjang seperti lidi.


Ketika terbang seperti menari.
15

(ML)LPCP1_BK09.indd 15 1/19/15 9:50 AM


Saya pula Ulat Bulu.
Kaki bergerak satu persatu.
Setiap waktu makan daun,
kemudian tidur di dalam kokun.

Apabila sedar, badan saya


bertukar rupa menjadi rama-
rama. Saya boleh terbang ke
mana-mana.

16

(ML)LPCP1_BK09.indd 16 1/19/15 9:50 AM


Sebelum Nabil dan Nabilah sempat bersuara,
Sang Rama-rama pun menghilangkan dirinya.

Nabilah menggosok-gosok matanya kerana


sudahpun tiba di rumah.

17

(ML)LPCP1_BK09.indd 17 1/19/15 9:50 AM


Nabilah amat gembira. Dia ingin berjumpa
Sang Rama-rama.

Ayu, tunggu Nabilah


datang, ya?

18

(ML)LPCP1_BK09.indd 18 1/19/15 9:50 AM

Anda mungkin juga menyukai