Anda di halaman 1dari 3

BECK DEPRESSION INVENTORY-MALAY

Nama: ______________________________
Tarikh: _____________________________

Arahan: Ini adalah soal-selidik. Dalam soal-selidik ini terdapat beberapa kenyataan. Sila baca
keseluruhan kenyataan dalam setiap kategori. Kemudian pilih kenyataan yang menggambarkan
dengan jelas perasaan anda pada hari ini, iaitu sekarang! Bulatkan nombor disebelah kenyataan yang
anda pilih. Jika lebih daripada satu daripada kenyataan itu ada berkenaan dengan anda bulatkan setiap
satu.

Pastikan anda membaca semua pernyataan dalam setiap kumpulan tersebut dengan teliti sebelum
membuat pilihan.

1. 0. Saya tidak merasa sedih


1. Saya merasa sedih
2. Saya merasa sedih sepanjang masa dan tidak dapat lari daripadanya.
3. Saya sangat sedih atau tak gembira sehingga tak mampu menanggungnya lagi

2. 0. Saya tidak lemah semangat untuk menghadapi masa depan


1. Saya merasa lemah semangat mengenai masa depan.
2. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dirancang pada masa depan.
3. Saya merasa tiada harapan pada masa depan dan keadaan tidak dapat diperbaiki.

3. 0. Saya tidak merasa seperti orang yang gagal


1. Saya merasa saya telah gagal lebih daripada orang biasa
2. Apabila melihat kembali kepada kehidupan saya, semua yang saya lihat adalah
banyak kegagalan.
3. Saya merasa gagal sepenuhnya sebagai seorang manusia.

4. 0. Saya merasa puas hati dengan perkara yang biasa saya buat
1. Saya tidak gembira dengan perkara yang biasa saya buat
2. Saya tidak lagi mendapat kepuasan denga napa-apa
3. Saya tidak puas hati dan bosan dengan segala-galanya.

5. 0. Saya tidak merasa bersalah


1. Saya kadang-kadang merasa bersalah
2. Saya selalu merasa agak bersalah
3. Saya selalu merasa bersalah.

6. 0. Saya tidak merasa kena hukum


1. Saya merasa saya mungkin akan kena hukum
2. Saya menjangka akan kena hukum.
3. Saya merasa kena hukum.

7. 0. Saya tidak merasa kecewa.


1. Saya merasa kecewa.
2. Saya rasa meluat dengan diri saya sendiri.
3. Saya bencikan diri saya sendiri.

8. 0. Saya tidak merasa lebih teruk daripada orang lain.


1. Saya sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan diri sendiri
2. Saya menyalahkan diri saya setiap kali berlaku kesilapan
3. Saya menyalahkan diri sendiri atas setiap perkara buruk yang berlaku
9. 0. Saya tidak terfikir untuk membuh diri.
1. Saya terfikir untuk membunuh diri tapi saya tidak akan melakukannya.
2. Saya mahu membunuh diri
3. Saya mahu membunuh diri jika ada peluang.

10. 0. Saya tidak menangis lebih dari biasa


1. Saya menangis lebih dari biasa
2. Saya menangis sepanjang masa sekarang.
3. Saya biasanya boleh menangis, tetapi sekarang tidak dapat lagi walaupun saya mahu
menangis.

11. 0. Saya tidak lagi mudah sakit hati sekarang.


1. Saya lebih mudah tersinggung dan sakit hati.
2. Saya merasa sakit hati sepanjang masa sekarang.
3. Saya tidak sakit hati langsung dengan perkara yang selalunya menyakitkan hati saya.

12. 0. Saya tidak hilang minat dengan orang lain


1. Saya kurang berminat dengan orang lain berbanding dahulu
2. Saya telah hilang kebanyakan minat terhadap orang lain.
3. Saya tidak berminat langsung dengan orang lain.

13. 0. Saya dapat membuat keputusan seperti biasa.


1. Saya lebih banyak menagguh untuk membuat keputusan.
2. Saya mempunyai masalah untuk membuat keputusan.
3. Saya tidak lagi dapat membuat keputusan.

14. 0. Saya tidak merasa saya kelihatan lebih teruk daripada dahulu.
1. Saya bimbang saya kelihata tua atau tidak menarik.
2. Saya merasa ada perubahan kekal pada rupa saya yang membuatkan saya tidak
menarik.
3. Saya percaya bahawa saya kelihatan hodoh.

15. 0. Saya boleh bekerja dengan baik seperti biasa


1. Saya perlu berusaha lebih untuk memulakan sesuatu.
2. Saya perlu memaksa diri untuk membuat sesuatu.
3. Saya tidak boleh membuat apa-apa.

16. 0. Saya boleh tidur seperti biasa


1. Saya tidak boleh tidur lena seperti biasa.
2. Saya terbangun 1-2 jam lebih awal dan sukar untuk kembali tidur.
3. Saya bangun beberapa jam lebih awal dan tidak dapat kembali tidur.

17. 0. Saya tidak merasa lebih letih dari biasa.


1. Saya lebih mudah letih daripada biasa.
2. Saya merasa letih selepas membuat apa-apa perkara
3. Saya terlalu letih untuk membuat apa-apa.

18. 0. Selera makan saya tidak kurang dari biasa.


1. Selera makan saya tidak sebaik dahulu.
2. Selera makan saya sangat kurang sekarang.
3. Saya tidak berselera langsung.

19. 0. Saya tidak hilang banyak berat badan akhir-akhir ini.


1. Berat badan saya susut lebih 5 paun.
2. Berat badan saya susut lebih 10 paun.
3. Berat badan saya susut lebih 15 paun.

Saya sengaja mengurangkan berat badan dengan mengurangkan makan


Ya Tidak

20. 0. Saya tidak lebih bimbang terhadap kesihatan saya daripada biasa.
1. Saya bimbang akan masalah fizikal seperti pedih, sakit atau masalah perut atau
sembelit.
2. Saya sangat bimbang akan masalah fizikal sehingga sukar untuk memikirkan perkara
lain.
3. Saya sangat bimbang akan masalah fizikal saya sehingga tidak dapat langsung
memikirkan perkara lain.

21. 0. Saya tidak perasan sebarang perubahan minat saya terhadap seks.
1. Saya kurang berminat terhadap seks sebagaimana biasa.
2. Saya sangat kurang berminat terhadap seks sekarang.
3. Saya tidak berminat terhadap seks langsung.

Total Score: ________

1-10 Normal

11-16 Mild Mood Disturbance

17-20 Borderline Clinical Depression

21-30 Moderate Depression

31-40 Severe Depression

>41 Extreme Depression

Anda mungkin juga menyukai