Anda di halaman 1dari 3

Dapatan Kajian 2 : Kepentingan ekosistem hutan di kawasan kajian.

Kepentingan ekosistem hutan yang utama di Taman Susur Jambu ialah, hutan adalah sebagai habitat flora dan fauna. Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ketam batu dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok bakau, nipah, rumbia dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwanhaiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas. Selain itu, hutan berfungsi untuk menyederhanakan suhu. Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara. Dengan adanya hutan di kawasan tersebut, hutan dapat membekalkan oksigen. Pokokpokok yang hidup seperti pokok bakau, nipah, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Hutan juga menyerap karbon dioksida. Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara. Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dapatan Kajian 2 : Kepentingan ekosistem hutan di kawasan kajian. Kepentingan ekosistem hutan yang utama di Taman Susur Jambu ialah, hutan adalah sebagai habitat flora dan fauna. Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ketam batu dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok bakau, nipah, rumbia dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwanhaiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas. Selain itu, hutan berfungsi untuk menyederhanakan suhu. Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara. Dengan adanya hutan di kawasan tersebut, hutan dapat membekalkan oksigen. Pokokpokok yang hidup seperti pokok bakau, nipah, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Hutan juga menyerap karbon dioksida. Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara. Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dapatan kajian 3 : Faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu. 1. Pembinaan petempatan - Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan yang tinggal sedikit dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.

Gambar pinjam kat google aje.. 2. Pembinaan jalan raya - Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.

Gambar ni pun pinjam kat google.. 3. Pembinaan sistem perparitan - Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan yang berdekatan terganggu. 4. Pertambahan penduduk - Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

5. Pertanian - Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada. Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal saya terpelihara .

Anda mungkin juga menyukai