Anda di halaman 1dari 43

SAINS SUKAN Tajuk 1.

SOSIOLOGI SUKAN

Pengenalan

sosiologi sukan
Sukan dan sosialisasi

Sukan dan ekonomi

Sosiologi sukan
Sukan dan integrasi

Sukan dan gender

kaum

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


Calon seharusnya dapat: a) mentakrifkan main, permainan, dan sukan; b) mentakrifkan sosiologi sukan; c) menyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial yang melibatkan penonton, penyertaan individu dan masyarakat, impak ekonomi, gender, dan integrasi kaum.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


I.I PENGENALAN. A. DEFINISI SOSIOLOGI. Kajian saintifik berkaitan proses sosial dan budaya individu dalam struktur komuniti dan masyarakat. Saintifik - sesuatu yang teratur, empirikal dan sistematik serta mengambil kira keesahan dan kebolehpercayaan kaedah kajian yang digunakan. Proses - interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat seperti komunikasi, konflik, sosialisasi, birokrasi, komersialisme dan lain-lain. Struktur - suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro (individu) dan makro (kumpulan).

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


B. DEFINISI SOSIOLOGI SUKAN. Kajian saintifik tentang aspek sosial dan budaya individu yang terlibat dalam sukan. Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Meliputi usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu yang terlibat dalam sukan dan mereka yang berkaitan seperti penonton, pegawai pengurusan dan media. Bertujuan membawa diri melebihi pengalaman emosi, data statistik dan keperibadian untuk memberi tumpuan ke atas deeper game yang menghubungkaitkan dengan sukan di mana permainan dan sukan telah dianggap sebahagian daripada gabungan sosial dan budaya.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


Mengkaji perkaitan antara sukan dengan sosial dan budaya yang muncul dalam masyarakat serta membentuk pemahaman seperti berikut: ahli masyarakat yang wujud dalam sukan. dunia sosial yang terbentuk di sekitar sukan. pengalaman individu dan kumpulan berkaitan dengan sukan. Dapat melihat sukan sebagai fenomena sosial yang menyediakan konsep, pendekatan teori, bentuk kajian untuk menjelas dan menerangkan tingkah laku manusia dalam interaksi sosial. Kesimpulan - sukan adalah amalan budaya yang berbeza pada setiap masa dan tempat. Cara membeza, mengenalpasti, mengorganisasi, menggabung dalam kehidupan sosial juga berbeza antara kumpulan masyarakat. Jenis sukan yang dimainkan oleh sesuatu masyarakat juga boleh berbeza.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


C. CIRI-CIRI INSTITUSI SUKAN. Kriteria yang membolehkan sukan dianggap sebagai satu institusi sosial ialah: 1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN - ada undang-undang dan peraturan yang mengawal perjalanan sukan tersebut. 2. SOSIOEMOSI - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi penglibatannya dalam sukan seperti katarsis (peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan), mewujudkan semangat berpasukan dan semangat patriotisme. 3. SOSIALISASI - aspek kenal-mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan agama dan politik. 4. INTEGRASI - menyatupadukan individu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa menjadi satu pasukan (sekolah, daerah, negeri dan negara). 5. POLITIK - alat untuk menunjukkan kuasa (hierarki pangkat dalam pekerjaan seperti kuasa, prestij dan ganjaran). 6. MOBILITI SOSIAL - proses mengembangkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi untuk memberi peluang kepada individu meningkatkan pencapaian seperti pemain peringkat sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri dan seterusnya negara.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


D. KONSEP ASAS KESUKANAN. 1. MAIN. Dilakukan secara sedar dan sukarela. Bebas memilih apa sahaja aktiviti dan jangka masa. Aktiviti berbentuk riadah, santai dan bukan kerja. Boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta tidak terikat dengan ruang dan masa tertentu. Tiada peruntukan khusus dan tiada sebarang hasil barangan (hadiah). Tidak pasti - kos, keputusan dan hasil tidak dijangkakan. Tidak produktif - hasilnya bukan berbentuk material.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


D. KONSEP ASAS KESUKANAN. 2. PERMAINAN. Lebih formal dari main. Ada unsur struktur organisasi dan pertandingan. Melibatkan kemahiran, strategi dan nasib. Suatu kejadian dalam sukan dan khusus kepada sesuatu budaya sukan. Ada matlamat tertentu seperti prestij, status dan pengiktirafan. Ada struktur tertentu berdasarkan undang-undang formal dan tidak formal.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


3. SUKAN. a) SUKAN ADALAH BERSTRUKTUR. Aktiviti fizikal yang berstruktur. Ada undang-undang seperti tie-break, sudden-death, dan prosedur . Ada ruang seperti padang, gelanggang dan kolam. Mempunyai masa. Berbentuk formal (rasmi). Ada hierarki. Ada matlamat. Contoh: Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA, SUKMA dan lain-lain.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


b) SUKAN ADA MATLAMAT. Situasi sukan menyediakan pelbagai bentuk pertandingan dan ujian kendiri. Melibatkan pencapaian dan tingkah laku yang bermatlamat. Bukti kepada atlet, jurulatih dan penonton tentang keupayaan, persaingan, usaha, tahap kesukaran dan kepakaran. Atlet dan pasukan mungkin berbeza matlamat dan pelbagai standard atau kecemerlangan.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


c) SUKAN ADALAH PERSAINGAN. Dipertandingkan dalam pelbagai bentuk. Atlet akan bertanding. Ada 3 bentuk pertandingan dalam sukan iaitu :
1. Pertandingan secara terus - bertanding dengan orang lain secara individu atau pasukan seperti tinju, bola sepak dan lain-lain. 2. Pertandingan selari - peserta bertanding antara satu sama lain secara tidak langsung dengan bertukar ganti atau bertanding di kawasan yang dipisahkan seperti bowling, renang, acara balapan dan lain-lain. 3. Pertandingan melawan standard - memanah, menembak, gimnastik, terjun papan anjal dan lain-lain.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


d) SUKAN ADALAH BERASASKAN PERTANDINGAN. Birrel (1978), sukan merangkumi pertandingan secara terus (tinju), pertandingan selari (bowling) dan pertandingan melawan standard (memanah) secara individu atau pasukan. Weiss (1969), atlet mempersembahkan keupayaan mereka berdasar kepada 5 perkara iaitu kelajuan, daya tahan, kekuatan, ketepatan dan koordinasi Melibatkan 2 elemen ludic iaitu: 1. Hasil yang tidak pasti - ada unsur upset, emosi dan perasaan seronok. 2. Sanction display - kemahiran fizikal, kekuatan, pengetahuan kepintaran dan kawalan kendiri. Pengkelasan sukan terbahagi kepada 5 iaitu: 1.sukan individu - tinju, lawan pedang, olahraga dan lain-lain. 2.sukan berpasukan - bola sepak, bola jaring,hoki dan lain-lain. 3.sukan dengan binatang - ekuestrian, polo, lumba kuda dan lain-lain. 4.sukan dengan alam sekitar - merentas desa, luncur salji dan lain-lain. 5. sukan dengan mesin - kereta F1, moto GP, bot laju dan lain-lain..

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


e) KESAN PENGLIBATAN DALAM SUKAN. 1. INDIVIDU. i. PEMBENTUKAN WATAK - dapat membentuk individu yang berwatak positif seperti tenang, sabar, cekal dan lain-lain. ii. IMEJ KENDIRI POSITIF - meningkatkan imej kendiri yang positif seperti yakin, berani dan lain-lain. iii.KUALITI KEPIMPINAN - membentuk sikap dan daya kepimpinan individu khususnya dalam sukan berpasukan. iv.SEMANGAT PATRIOTISME - bangga apabila terpilih mewakili pasukan dan berazam menaikkan nama pasukan diwakili. v. SEMANGAT SETIA KAWAN - hubungan terbentuk menerusi proses sosialisasi dalam sukan. vi.KESIHATAN - peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh boleh dicapai menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti sukan yang dilakukan dengan betul.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


2. MASYARAKAT. i. SOSIAL - membantu proses integrasi kaum menerusi perlaksanaan aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti pembentukan sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum, gabungan penonton pelbagai kaum yang menyokong sebuah pasukan yang sama dan lain-lain. ii. EKONOMI - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran, penganjuran pertandingan, kutipan cukai serta kehadiran penyokong pasukan luar dan pelancongan sukan. iii.POLITIK - semangat setia kawan dapat dipupuk melalui penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


f) KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL. i. PENGLIBATAN PENONTON.

Sukan sesuatu yang menyeronokkan (hiburan).


Kepuasan diperoleh apabila menonton atlit yang diminati beraksi. Menyokong pasukan sendiri atau pasukan yang diminati. Sorakan dan sokongan padu mencerminkan sikap penonton yang beretika. Sorakan penonton akan memotivasikan pasukan dan dapat meningkatkan keyakinan diri pemain. Memberi imej yang baik kepada negara. Penonton yang beretika akan merasa puas ketika menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan aksi dan berupaya mengawal diri

Menerima apa jua keputusan perlawanan.


ii. IMPAK EKONOMI. Sukan dapat meningkatkan ekonomi negara melalui penajaan, pelancongan sukan, kajian dan penghasilan serta penjualan produk sukan. Satu cabang sumber kewangan melalui kutipan cukai, hak penyiaran dan penganjuran sukan.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


iii. PENYERTAAN. Individu atau kumpulan atlet yang terlibat secara langsung dalam sukan yang dipertandingkan. Bertujuan mendapat kepuasan beraksi atau bertanding, prestij dan hadiah yang ditawarkan (wang dan pingat). Menyertai pelbagai kejohanan sukan dan menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan dianjurkan. Jumlah penyertaan mempengaruhi kemeriahan kejohanan dan jumlah kehadiran penonton iv. BUDAYA. Manusia berbeza dari segi kepercayaan, nilai dan gaya hidup. Sukan dapat merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan dan sebagainya. Sukan juga dapat menerapkan sikap saling menghormati. Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosial, berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari budaya serta mengenali masyarakat lain.

1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan


v. INTEGRASI KAUM. Proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. Sukan dapat menyatupadukan individu daripada pelbagai kaum menjadi satu pasukan mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara. Individu yang terdiri daripada pelbagai kaum bersatu padu dan bekerjasama sebagai satu pasukan menggalas cabaran negara. Perbezaan agama, bangsa dan lain-lain diketepikan demi kejayaan pasukan. Perkenalan dan persahabatan yang terjalin semasa mewakili pasukan menyumbang kepada proses integrasi kaum.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


A. PROSES SOSIALISASI SUKAN :-Berlaku menerusi 2 cara iaitu : 1. SOSIALISASI KE DALAM SUKAN. Proses yang mendorong individu memilih melibatkan diri ke dalam sukan kesan daripada pengaruh dan dorongan agen-agen sosialisasi sukan. 2. SOSIALISASI MENERUSI SUKAN.

Sukan menjadi alat kepada proses penerapan nilai dan elemen sosial ke dalam diri individu yang terlibat dengan sukan (proses sosialisasi).
Nilai dan elemen sosial seperti toleransi, bekerjasama, berdisiplin dan mematuhi peraturan diterapkan menerusi sukan dalam proses pembentukan sikap, nilai dan tingkah laku individu.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


B. AGEN SOSIALISASI KE DALAM SUKAN.

1. KELUARGA
Agen terpenting yang mempengaruhi proses sosialisasi individu ke dalam sukan. Anak-anak meniru jejak langkah ibu bapa.

Ibu bapa menyediakan keperluan kewangan, peralatan, sokongan moral terhadap penyertaan anak-anak ke dalam sukan.
Adik beradik juga merupakan agen sosialisasi yang turut berperanan penting pada peringkat awal penglibatan kanak-kanak ke dalam sukan. Kekerapan menonton rancangan sukan, ekspektasi keluarga terhadap pencapaian anak dalam bidang sukan dan amalan sukan dalam kehidupan seharian turut mendorong proses sosialisasi ke dalam sukan.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


2. RAKAN SEBAYA.

Agen penting yang turut mempengaruhi proses sosialisasi seseorang individu ke dalam sukan.
Kepentingan bersama di kalangan remaja turut mempengaruhi proses sosialisasi ke dalam sukan. Pengaruh rakan sebaya dalam sukan yang diceburi membentuk gaya hidup remaja.

Kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang menjadi jiran tetangga berdekatan mereka manakala golongan remaja dipengaruhi rakan sebaya yang berkongsi minat sama.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


3. SEKOLAH.

Proses sosialisasi ke dalam sukan melalui kelas PJK.


Program-program yang dirancang oleh pihak sekolah memberi peluang, pendedahan dan pengalaman kepada pelajar melibatkan diri dalam sukan. Menurut Loy, Mc Phason dan Keyon; sekolah, keluarga dan rakan sebaya paling berpengaruh terhadap proses sosialisasi individu ke dalam sukan.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


4. KOMUNITI. Peluang yang diwujudkan dalam satu komuniti memberi kesempatan kepada golongan remaja untuk melibatkan diri ke dalam sukan. Pembolehubah yang penting di kalangan penduduk Amerika Syarikat. Contoh: sukan baseball merupakan sukan tertua dan mempunyai program tersendiri bagi menarik penglibatan remaja ke dalam sukan tersebut.

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


5. MEDIA MASSA. Alat komunikasi dan sumber saluran maklumat yang utama berperanan penting dalam perkembangan sukan. Memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi ke dalam sukan. Berita mengenai sukan didedah dan dipaparkan melalui saluran televisyen, radio, akhbar, majalah internet dan lainlain. Sumber maklumat kepada orang ramai dan remaja untuk mendapatkan maklumat tentang pelbagai jenis sukan dan idola-idola dalam sukan tertentu (role model).

I.2 SUKAN DAN SOSIALISASI.


6. PERSEKITARAN. Kehidupan di persekitaran turut mempengaruhi penglibatan seseorang individu ke dalam sesuatu jenis atau acara sukan.

Mendorong dan merangsang minat seseorang untuk proses sosialisasi ke dalam sukan.
Contoh: apabila seseorang yang meminati sukan bola jaring berpindah ke tempat baru. Beliau akan bertukar minat kepada permainan atau sukan yang popular di tempat baru kerana ketiadaan rakan sepermainan dan kemudahan sukan bola jaring di tempat barunya.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


1. KONSEP INTEGRASI KAUM DALAM SUKAN. o Menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan ekonomi menjadi satu pasukan pada pelbagai peringkat penyertaan seperti sekolah, daerah, negeri dan negara. o Bekerjasama dan melupakan segala perbezaan demi merealisasikan hasrat dan matlamat bersama iaitu kejayaan untuk pasukan. o Mewujudkan hubungan yang harmoni, persefahaman, kesepaduan dan tolak ansur yang baik dalam pasukan. o Perhubungan berterusan di luar waktu sukan dan mempengaruhi masyarakat umum. o Sukan yang diwakili pelbagai kaum juga mengundang kehadiran lebih ramai penyokong tanpa mengira bangsa yang akan bersatu menyokong satu pasukan yang sama. o Rumusannya sukan boleh membantu proses integrasi kaum.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


2. POLARISASI KAUM. A.PUNCA. i. SOSIAL. Masalah komunikasi dan interaksi. Perbezaan agama dan kepercayaan.

Latar belakang kehidupan dan pendidikan.


Taraf ekonomi. Status pekerjaan.

ii. EKONOMI.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


iii. POLITIK. Perbezaan ideologi politik. Semangat perkauman.

iv.KESAN.

Kemajuan sukan terhalang.


Kegagalan mewujudkan pasukan terbaik. Penyisihan atlet-atlet berbakat. Sukan didominasi kaum tertentu sahaja. Sokongan penonton berkurangan.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


3. SUKAN DOMINAN BERDASARKAN KAUM.

Sukan yang dimonopoli atau dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.


A. PUNCA. i. BUDAYA. Sukan menjadi permainan dan budaya warisan sesuatu kaum. Penglibatan kaum lain dikhuatiri akan menjejaskan keaslian sukan tersebut. ii. AGAMA. Agama melarang penyertaan dalam sukan tertentu terutama sukan yang melibatkan pendedahan aurat seperti renang dan lain-lain.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


iii.SEMANGAT PERKAUMAN.

Tidak membenarkan kaum lain terlibat dan memecahkan monopoli kaum.


iv.MASALAH KOMUNIKASI. Masalah komunikasi turut menghalang penglibatan kaum lain. CONTOH: silat dan sepak takraw - melayu. bola keranjang, ping pong dan renang - cina.

silambam dan kabbadi - india.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


B. KESAN.

Sukan dimonopoli oleh kaum tertentu dan tidak berkembang secara total.
Kaum lain tidak berpeluang mengambil bahagian. Menghalang kemajuan sukan tersebut ke peringkat yang lebih baik. Pemain berkebolehan dari kaum lain tidak berpeluang mewakili pasukan. Perbezaan ketara dari segi mutu permainan antara kaum. Menguatkan lagi jurang perbezaan dan sifat perkauman.

I.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM.


C. LANGKAH MENGATASI.

Membuka peluang kepada kaum lain untuk menceburi sukan tersebut.


Memperkenalkan sukan tersebut kepada kaum lain demi kemajuan sukan. Mengadakan kempen secara berterusan bagi menarik minat kaum lain menyertainya. Bekerjasama dengan persatuan sukan berkenaan bagi perkembangkannya kepada semua kaum. Mendedahkan sukan tersebut kepada semua kaum bermula seawal peringkat sekolah rendah lagi. Memperbanyakkan kemudahan sukan tersebut untuk menarik minat penglibatan seluruh masyarakat.

I.4 SUKAN DAN GENDER


A. FAKTOR PENGHALANG PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

1.

SIFAT MALU.
Bentuk dan saiz fizikal, kurang penguasaan kemahiran dan kebolehan serta jadi tontonan lelaki.

2.

KELUARGA. Ibu bapa menegah dan tidak memberi galakan kerana sukan tiada jaminan masa depan.

3.

TANGGAPAN MASYARAKAT. Dipandang serong dan dilabel kasar (tomboy), tidak sesuai dengan budaya timur yang lemah lembut bersopan dan boleh kehilangan dara.

4.

AGAMA. Melibatkan pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki perempuan yang menyalahi ajaran agama islam.

I.4 SUKAN DAN GENDER


A. FAKTOR PENGHALANG PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

4.

AGAMA.
Melibatkan pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki perempuan yang menyalahi ajaran agama islam.

5.

MEMENTINGKAN AKADEMIK. Lebih menjamin kehidupan masa depan dan menjadi syarat utama untuk menjawat jawatan tinggi.

6.

KURANG KESEDARAN. Kurang peka tentang kepentingan sukan dari aspek penjagaan kesihatan seperti kestabilan emosi, kecergasan dan gaya hidup sihat.

7.

KEKANGAN MASA. Kesibukan dengan tugas harian dan urusan keluarga tidak memberi ruang dan peluang untuk bersukan.

I.4 SUKAN DAN GENDER


B. FAKTOR PENINGKATAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

1.

ADA PELUANG.
Peluang semakin bertambah. Ada banyak program sukan untuk wanita. Wujud pasukan wanita dan kerjaya sukan bagi wanita.

2.

UNDANG-UNDANG MENUNTUT LAYANAN SAMA RATA DALAM SEMUA PROGRAM Tuntutan oleh pertubuhan wanita. Layanan sama rata dan sukan disesuaikan dengan wanita.

3.

KEWUJUDAN PERTUBUHAN WANITA Hak bersuara. Tuntut perubahan positif terhadap wanita dalam sukan (Women Sport International).

I.4 SUKAN DAN GENDER


4.
5.

KESIHATAN DAN KECERGASAN FIZIKAL


Kesedaran meningkat tentang penjagaan kesihatan LIPUTAN MEDIA YANG MELUAS TERHADAP PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN Tonjol kehebatan wanita dalam sukan. Pengaruhi wanita terlibat dalam sukan.

I.4 SUKAN DAN GENDER


C. LANGKAH MENGGALAKKAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

1.

MEMBERI PENDEDAHAN AWAL.

Bermula dari sekolah rendah agar kemahiran dapat dikuasai dengan baik. 2. TEMPAT BERSUKAN KHUSUS UNTUK WANITA. Mengasingkan wanita dengan lelaki agar dapat bersukan tanpa rasa malu dan terbatas. 3. MEMPERBETULKAN TANGGAPAN MASYARAKAT. Tanggapan negatif terhadap sukan diperbetulkan melalui kempen yang berkesan.

I.4 SUKAN DAN GENDER


4. 5. LUASKAN SKOP PEKERJAAN BERKAITAN SUKAN.

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan dengan sukan.


PELBAGAIKAN ACARA SUKAN UNTUK WANITA. Memperkenalkan acara sukan yang bersesuaian dengan wanita agar mereka tidak diekploitasi. 6. TANAM KESEDARAN KEPENTINGAN BERSUKAN. Kempen kesedaran keperluan sukan untuk perbaiki tahap kesihatan.

I.4 SUKAN DAN GENDER


D. PERKEMBANGAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

Sudah lama wanita melibatkan diri dalam sukan.


Jumlah penyertaan dahulu agak terhad berbanding sekarang dan terbatas pada acara-acara sukan tertentu sahaja. Wanita terpilih mewakili sekolah hingga negara. Semakin meningkat kerana ada banyak acara sukan baru yang diperkenalkan bersesuaian dengan keupayaan fizikal wanita seperti bowling padang, menembak, petanque, memanah dan lain-lain. Pencapaian wanita semakin meningkat dan membanggakan.

I.4 SUKAN DAN GENDER


D. PERKEMBANGAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN.

Ramai atlet wanita yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan dan mengharumkan nama negara dalam acara sukan yang disertai mereka seperti Nicol David (squash), Shalin Zulkifli (bowling) dan ramai lagi. Ramai juga yang terlibat dengan bidang kerjaya yang berkaitan dengan
Sukan seperti Zaiton Othman (pensyarah UPM), Marina Chin (Pengetua SSBJ), Mumtaz Jaafar (pegawai MSN) dan lain-lain lagi.

1.5 SUKAN DAN EKONOMI.


1. PENGANJURAN ACARA SUKAN.

Kedatangan peminat-peminat sukan dan penyokong-penyokong negara yang menyertai.


Pengaliran wang masuk melalui perbelanjaan. 2. 3. PELANCONGAN SUKAN. Pelancong menggunakan prasarana sukan. PENGHASILAN PRODUK SUKAN. Urusniaga produk sukan mendatangkan keuntungan lumayan. Peminat meniru idola sukan mereka.

1.5 SUKAN DAN EKONOMI.


4. 5. 6. TAJAAN.

Bayaran penajaan yang lumayan dan menguntungkan.


HAK SIARAN. Bayaran hak penyiaran dari stesyen penerbitan untuk siaran langsung. SPORTBIZ. Bisnes sukan yang semakin berkembang seperti kontrak pembelian pemain dan lain-lain.

I.6 SUKAN DAN STRATIFIKASI SOSIAL.


Ciri-ciri strafikasi sosial dalam sukan: 1. bersifat sosial. 2. bersifat semula jadi. 3. bersifat global. 4. pelbagai bentuk.

Anda mungkin juga menyukai