Anda di halaman 1dari 33

METAKOGNITIF

PENDAHULUAN
Metakognitif adalah proses berfikir mengenai pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Diperkenalkan oleh Flavell (1976).

Flavell menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran yang relevan.
Kesedaran berfikiran sendirian

Menurut Suherman (2001: 95), metakognitif adalah suatu kata yang berkaitan dengan apa yang diketahui tentang dirinya sebagai individu yang belajar dan bagaimana dia mengawal serta menyesuaikan perilakunya. Seseorang perlu menyedari kekurangan dan kelebihan yang dimilikinya.

Metakognitif adalah suatu bentuk kemampuan untuk melihat pada diri sendiri sehingga apa yang dia lakukan dapat terkawal secara optimum. Dengan kemampuan seperti ini seseorang dimungkinkan mempunyai kemampuan tinggi dalam menyelesaikan masalah, sebab dalam setiap langkah yang dia kerjakan senantiasa muncul pertanyaan: "Apa yang saya telah lakukan?"; "Mengapa saya mengerjakan ini?"; "Hal apa yang membantu saya untuk menyelesaikan masalah ini ? ".

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF


Metakognitif meliputi pengetahuan dan kemahiran seperti yang berikut :

Mempunyai kesedaran tentang apa yang kita pelajari kemampuan memori kita.

Kemampuan memori

Mengetahui tentang tugasan pembelajaran yang mampu (secara realistik) kita selesaikan. Contohnya, mengenal pasti adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelesaikan tugasan membaca 200 halaman dalam satu malam. Mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan dan yang tidak berkesan. Contohnya, menyedari tentang pembelajaran bermakna lebih berkesan daripada pembelajaran hafazan bagi jangka masa panjang.

Perkembangan Metakognitif
Perkembangan dalam psikologi bidang pendidikan berjalan sangat pesat, salah satunya adalah perkembangan konsep metakognitif (metacognition) yang pada intinya menggali pemikiran orang tentang berfikir "thinking about thinking".

Konsep dari metakognitif adalah idea daripada berfikir tentang fikiran dalam diri sendiri. Termasuk kesedaran tentang apa yang diketahui seseorang (pengetahuan metakognitif), apa yang boleh dilakukan seseorang (kemahiran metakognitif) dan apa yang diketahui seseorang tentang kemampuan kognitif dirinya sendiri (pengalaman metakognitif).

Thinking about thinking

KEMAHIRAN METAKOGNITIF

Strategi Perkembangan Metakognitif


Blakey & Spence (1990) mengemukakan strategistrategi atau langkah-langkah untuk meningkatkan kemahiran metakognitif, yakni: a) Kenal pasti "apa yang kau ketahui" dan "apa yang kau tidak ketahui" Memulakan aktiviti pengamatan, pelajar perlu membuat keputusan yang disedari tentang pengetahuan mereka. Dengan menyiasat suatu topik, pelajar akan menverifikasi, mengklarivikasi dan mengembangkan, atau mengubah kenyataan awal mereka dengan maklumat yang tepat.

b) Berbicara tentang berfikir (Talking about thinking) Selama membuat perancangan dan menyelesaikan masalah, guru boleh "menyuarakan fikiran", sehingga pelajar dapat ikut mendemonstrasikan proses berfikir. Pemecahan masalah berpasangan merupakan strategi lain yang berguna pada langkah ini. Seorang pelajar membicarakan sebuah masalah, mendeskripsikan proses berfikirnya, sedangkan pasangannya mendengar dan bertanya untuk membantu menjelaskan proses berfikir.

Bagaimanakah anda mendeskripsikan fikiran anda???

Membuat jurnal berfikir (keeping thinking journal)

Cara lain untuk mengembangkan metakognitif adalah melalui penggunaan jurnal atau catatan belajar. Jurnal ini berupa buku harian dimana setiap pelajar merefleksi pemikiran mereka, membuat nota tentang kesedaran mereka terhadap kedwi ertian dan tidak konsisten, dan komen tentang bagaimana mereka berurusan atau menghadapi kesulitan.

d) Membuat perancangan dan peraturan-diri Pelajar perlu mula bekerja meningkatkan tanggungjawab (responsibilities) untuk merancang dan mengawal pelajaran mereka. Sukar bagi seseorang pelajar untuk menjadi orang yang mampu mengatur diri sendiri (self-directed) ketika belajar dirancang dan diawasi oleh orang lain. e) Penilaian-diri (Self-evaluation)

Mengarahkan pengalaman-pengalaman dan penilaian diri dapat diawali melalui pertemuan individual dan daftar-daftar yang memberi tumpuan kepada proses berfikir. Secara beransur-ansur, penilaian diri akan lebih banyak diaplikasikan secara bebas.

f) Melaporkan kembali proses berfikir (Debriefing thinking process) Aktiviti terkini adalah menfokuskan perbincangan pelajar pada proses berfikir untuk mengembangkan kesedaran tentang strategi-strategi yang boleh diaplikasikan pada situasi belajar yang lain. Kaedah tiga langkah boleh digunakan; Pertama: guru mengarahkan pelajar untuk mengulas (review) aktiviti, mengumpulkan data tentang proses berfikir; Kedua: kumpulan mengklasifikasi idea-idea yang berkaitan, mengindentifikasi strategi yang digunakan; Ketiga: mereka menilai kejayaan, membuang strategi-strategi yang tidak tepat, mengindentifikasi strategi yang boleh digunakan kemudian, dan mencari pendekatan alternatif yang menjanjikan.

Tahap proses sedar belajar (awareness), merupakan komponen yang paling asas dari metakognitif. Kewaspadaan ini termasuk dua cara yang biasanya dilakukan oleh pelajar melakukan dan cara alternatif yang mungkin mereka gunakan. Pelajar yang berwaspada dapat berfikir denagn teliti dan boleh membuat pilihan yang bijak megenai strategi yang efektif, dan ini meliputi proses untuk menetapkan tujuan belajar, mempertimbangkan sumber belajar yang akan dan boleh diakses (contohnya: menggunakan buku teks, mencari buku di perpustakaan, mengakses internet, atau belajar di tempat sunyi), menentukan dan menilai prestasi terbaik pelajar, meningkatkan tahap motivasi pelajar, menentukan kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar.

Berwaspada !!

Tahap merancang belajar (Planning), merupakan komponen dalam metakognitif yang bertanggungjawab bertanggung jawab untuk "mengenalpasti dan mengaktifkan kemampuan, taktik, dan proses tertentu yang akan digunakan dalam" mencapai cita-cita seseorang pelajar. Pelajar pada tahap ini mempunyai dialog dalam dirinya mengenai apa yang dapat dia lakukan dan apa yang paling berkesan dalam situasi ini. Jika tugasnya mudah, orang mungkin tidak waspada akan pilihan yang dia buat.

Dengan tugas yang kompleks, bagaimana pun, proses metakognitif lebih terbuka apabila pelajar memilih pilihan yang lain di dalam fikirannya meliputi proses menganggarkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas belajar, merancang masa belajar dalam bentuk jadual serta menentukan skala keutamaan dalam belajar, mengorganisasikan materi pelajaran, mengambil langkah -langkah yang sesuai untuk belajar dengan menggunakan pelbagai strategi belajar (outlining, mind mapping, speed reading, dan strategi belajar lainnya).

Planning

Tahap monitoring dan refleksi belajar (monitoring and reflection), komponen akhir dalam metakognitif adalah pemantauan. Fungsi ini bekerja pada keberkesanan rancangan dan strategi yang digunakan. Sebagai contoh, pelajar kelas biologi tahun kedua memutuskan untuk membuat peta dalam komputer bagi meninjau bab untuk ujian yang akan didudukinya. Selepas beberapa minit, dia menyedari bahawa dia menghabiskan masa yang lebih untuk mencari software daripada berfikir mengenai kandungan dan memutuskan untuk melukis peta dalam kertas sahaja.

BAHAGIAN Q AND A
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN METAKOGNITIF?

A. Pemahaman B.FASA Pemikiran B. BERLARI C. Refleksi C.FASA LONJAKAN D. Pembelajaran

ANTARA YANG BERIKUT YANG MANAKAH DAPAT DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM METAKOGNITIF? i. Mempunyai kesedaran tentang apa yang kita pelajari ii. kemampuan memori kita iii. Perkembangan dalam fisiologi seseorang iv. Kesedaran berfikiran sendirian

A.i,ii,iii

C.ii,iii,iv C.ii,iii,iv

B.i,iii,iv B.i,ii,iv

D.i,iii,iv D.i,ii,iv

Terima kasih

Pengertian metakognitif adalah suatu kesedaran tentang kognitif kita sendiri, bagaimana kognitif kita bekerja serta bagaimana mengaturnya. Kemampuan ini sangat penting terutama untuk keperluan kecekapan penggunaan kognitif kita dalam menyelesaikan masalah. Secara ringkas metakognitif dapat diistilahkan sebagai "thinking about thingking" 5. Perkembangan metakognitif adalah pelajar mampu memilih, menggunakan, dan memantau strategi-strategi kognitif yang sesuai dengan jenis belajar, gaya berfikir, dan gaya kognitif yang dimiliki dalam mengahadapi tugas-tugas kognitif. 6. Strategi mengembangkan metakognitif mengenalpasti, bercakap tentang berfikir, membuat jurnal berfikir, melaporkan hasil berfikir, penilaian diri

Penggunaan tanpa kesadaran individu melakukan jenis berfikir, misalnya keputusan tanpa memikirkan tentang hal itu Penggunaan dengan kesadaran individu melakukan jenis berfikir dengan sadar dan kapan dia melakukan sesuatu Penggunaan strategi individu mengorganisasi pemikirannya dengan menggunakan strategi kesadaran tertentu untuk mempertinggi efektifitas Penggunaan reflektif, individu melakukan refleksi tentang pemikirannya sebelum dan sesudah atau bahkan ditengah-tengah proses berfikir, dengan mempertimbangkan perolehan dan bagaimana memperbaikinya

Kognitif bermaksud pemikiran.

Seorang pelajar kelas lima yang mengumpulkan data mengenai suhu dan kelembapan mula menambah senarai nombor yang panjang lalu menyedari bahawa pekerjaan akan menjadi lebih cepat dan tepat jika ia menggunkan program lembaran kerja. Pemantauan proses pemikiran yang konsisten dan membuat perubahan yang diperlukan adalah komponenyang penting dari metakognisi. Meliputi proses merefleksikan proses belajar, memantau proses belajar melalui soalan dan ujian diri (self-testing, seperti mengajukan soalan, apakah bahan ini bermakna dan bermanfaat bagi saya?, Bagaimana pengetahuan pada materi ini dapat saya kuasai?, Mengapa saya mudah / sukar menguasai materi ini?), menjaga tumpuan dan motivasi tinggi dalam belajar.

Anda mungkin juga menyukai