Anda di halaman 1dari 54

TEORI-TEORI SOSIAL

TERKEMUKA
(Major Social Theories)
TEORI SOSIAL
Teori Fungsional
Teori Konflik
Teori Interaksi Simbolik
Teori Pemodenan Kontemporari
Teori Feminis Kontemporari

TEORI FUNGSIONAL
(Functional Theories)
Teori Fungsional
Teori fungsional pada asasnya melihat
masyarakat berada dalam keadaan stabil
dan mantap.
Masyarakat dilihat sebagai satu
keseluruhan (whole) yang terdiri
daripada bahagian-bahagian (parts).
Setiap bahagian berfungsi, dengan
pengertian setiap bahagian memberi
sumbangan terdapat wujudnya
keseluruhan yang dimaksudkan.
Sumbangan setiap bahagian itu adalah
untuk memenuhi pelbagai keperluan
dalam masyarakat, termasuk keperluan
saradiri, integrasi, dll.
Para fungsionalis sering membuat
analogi atau mengibaratkan
masyarakat itu seperti organisma
biologis (seperti tubuh badan manusia)
yang terdiri daripada anggota-anggota
badan, setiap satunya berfungsi
(memberi sumbangan) terhadap
wujudnya tubuh badan tersebut
sebagai satu keseluruhan (whole).
Mana-mana bahagian (anggota badan)
yang tidak memberi sumbangan atau
yang merosakkan tubuh badan itu
dikatakan tidak berfungsi (dysfunction).
Bahagian itu patut dipisahkan daripada
tubuh badan tersebut demi menjaga
kesetabilan dan kelangsungan
(survival).
Pendekatan ini dikatakan sebagai
pendekatan organicisme (organicism).

Jika dilihat masyarakat sebagai satu
sistem sosial (social system), maka ia
terdiri daripada beberapa sub-sistem,
yang setiap satunya berfungsi.
Sub-sistem itu pula mempunyai
hubungan yang fungsional antara satu
sama lain, dan bersifat saling bantu
membantu (complementary).
Jika satu-satu sub-sistem itu berubah,
maka sub-sistem yang lain, malah
keseluruhan sistem sosial itu akan
berubah.
Contohnya, jika sub-sistem ekonomi
berubah, maka akan berlaku perubahan
kepada sub-sistem sub-sistem politik,
pendidikan, kekeluargaan, perubatan,
nilai dll.
Intipati Teori Fungsional
Fokus ke atas keadaan yang teratur
dan kestabilan dalam masyarakat.
Masyarakat adalah satu system yang
sering berhubungan, mempunyai
bahagian yang sering bergantungan,
dan bahagian-bahagian ini adalah
institusi social atau struktur, contohnya
institusi keluarga, pendidikan,
ekonomi, agama, dll.
Fungsi setiap bahagian adalah
sumbangan bahagian tersebut kepada
sistem, dan juga kesannya ke atas
bahagian yang lain.
Setiap bahagian berfungsi untuk
mempertahankan sistem yang teratur
lantaran itu mengekalkan ketenteraman
sosial.
Anggota masyarakat mempunyai satu
rangkap nilai dan pola tingkahlaku
yang dikongsi bersama.
Tokoh Teori Fungsional
Antara tokoh utama yang mendokong
teori fungsionalis ini termasuk : Emile
Durkheim, Talcott Parsons, Robert
Merton, dan Jeffrey Alexander.
Emile Dukheim adalah pendokong teori
fungsional klasik, sedangkan yang lain-
lain adalah pendokong teori struktural-
fungsional moden.
EMILE DURKHEIM
Tiga perkara utama yang dihubungkan
dengan idea atau pemikiran Durkheim,
berkaitan dengan teori fungsional
adalah:
1. Fakta Sosial (Social Facts);
2. Perpaduan Dalam Masyarakat;
3. Fenomina Bunuh Diri (Suicide)
Fakta Sosial (Social Facts)
Dalam karya beliau "The Rules of
Sociological Method", Durkheim
mengatakan bahan kajian sosiologi
yang terutama ialah fakta sosial (social
facts).
Semua fenomina sosial seperti
perkahwinan, adat resam, undang-
undang, pendidikan, kepercayaan,
kepimpinan, dll. adalah merupakan fakta
sosial
Mengikut Durkheim fakta sosial mesti
dianggap sebagai "benda" (things)
yang boleh dikaji secara objektif dan
terkawal, sama seperti seorang saintis
mengkaji objek fizikal dalam sains tulin.
Sebagai anggota masyarakat,
seseorang individu mesti akur kepada
kehendak masyarakat, dengan cara
mengikut peraturan-peraturan yang
terdapat dalam mana-mana fakta sosial
yang diterima bersama.
Misalnya, dalam perkahwinan,
seseorang itu mesti akur atau mengikut
prosedur perkahwinan (adat resam
dsb) yang umum yang menjadi amalan
bersama.
Dilihat dalam konteks ini fakta sosial
dikatakan mengenakan tekanan
(constraint) ke atas individu tersebut
demi menjamin kelansungan (survival)
dan kestabilan masyarakat.
Durkheim juga mengatakan satu-satu
fakta itu dikaji dalam konteks
hubungannya dengan fakta sosial lain
yang terdahulu daripadanya.
Satu fakta sosial menyebabkan
wujudnya fakta sosial yang lain.
Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu
dilihat dalam konteks masyarakat atau
kumpulan, dan tidak dalam konteks
individu, maka yang lebih diutamakan
adalah perkara yang berlaku dalam
masyarakat atau kumpulan tersebut.
Contohnya, jika perpaduan dalam satu-
satu kumpulan itu longgar, maka
kumpulan tidak boleh mengawal
perlakuan individu atau memberi
perlindungan kepada individu tersebut,
tetapi perlu mencari kaedah atau cara
untuk mengatasinya secara umum.
Kadar bunuh diri yang tinggi dalam
masyarakat Barat pada abad 19
dikatakan berlaku sebagai akibat
daripada kelonggaran perpaduan dalam
masyarakat.
Perpaduan Dalam Masyarakat
Dalam bukunya "Division of Labour in
Society", Durkheim mengatakan
terdapat dua bentuk perpaduan dalam
masyarakat, iaitu: perpaduan mekanikal
(mechanical solidarity) dan perpaduan
organik (organic solidarity).
PERHATIAN: Dua jenis perpaduan telahpun
dibincangkan dalam kuliah LNS 1033 (Pemodenan
dan Perubahan Teknologi)
Fenomina Bunuh Diri
Durkheim dalam bukunya Suicide
menurunkan empat jenis tindakan
membunuh diri iaitu:
(1) bunuh diri egoistik
(2) bunuh diri altruistik
(3) bunuh diri anomik
(4) bunuh diri fatalistik
Tindakan bunuh diri (1) dan (2)
dikaitkan dengan darjah integrasi
(integration) dalam masyarakat
samaada rendah atau tinggi, dan
tindakan bunuh diri (3) dan (4) dikaitkan
dengan darjah regulasi atau tekanan ke
atas penduduk sama rendah atau
tinggi.

Bunuh diri egoistik berlaku apabila
perpaduan atau integrasi dalam
masyarakat adalah longgar.
Disebabkan oleh integrasi yang longgar,
seseorang yang mengalami tekanan jiwa
akibat masalah yang dihadapi (dalam
pelbagai aspek) tidak mempunyai tempat
untuk mendapat pertolongan, bantuan,
simpati dll, lantaran itu akan mengambil
jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebaliknya, fenomina bunuh diri
altruistik berlaku apabila darjah
integrasi dalam masyarakat menjadi
kuat.
Anggota masyarakat atau kelompok-
kelompok tertentu dalam masyarakat
akan mengambil tindakan kolektif
membunuh diri secara beramai-ramai
bagi tujuan menyelesaikan masalah
atau untuk mendapat kesejahteraan
tertentu.
Tindakan membunuh diri oleh pengikut
Reverand Jim Jones di Jonestown
Guyana secara beramai-ramai adalah
contoh bunuh diri altruistik.
On November 18, 1978, 909 Temple members
died in Jonestown, Guyana (South America)
all but two from apparent cyanide poisoning
in an event termed "revolutionary suicide" by
Jones and some members on an audio tape
of the event and in prior discussions. To the
extent the actions in Jonestown were viewed
as a mass suicide, it is the largest such event
in modern history.
http://en.wikipedia.org/wiki/Jonestown
Bunuh diri anomik pula berlaku apabila
regulasi (regulation) atau peraturan
dalam masyarakat terganggu.
Dengan kata lain, masyarakat tidak lagi
dapat mengawal atau mengatur
kehidupan serta tindakan penduduk.
Mereka kehilangan pedoman, tidak ada
asas atau tunjung dalam hidup
(rootlessness), dan tidak ada norma
(normlessness).
Perubahan pesat (dalam bidang
ekonomi, teknologi dll) yang berlaku
dalam masyarakat menyebabkan
peraturan (norma) tradisi terkubur, dan
peraturan baru tidak lagi wujud.
Atas kehilangan punca dalam hidup
berserta dengan tidak ada peraturan
yang mengawal, maka ada yang
mengambil tindakan membunuh diri.
Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku
dalam keadaan di mana darjah
regulasinya tinggi, dan dalam keadaan
di mana seseorang terpaksa mengikuti
segala peraturan (regulation).
Contohnya, fenomina bunuh diri di
kalangan hamba abdi kerana tidak lagi
sanggup menjalani hidup yang penuh
dengan kongkongan dan peraturan.
Begitu juga, tindakan bunuh diri yang
berlaku di kalangan para isteri (kes-kes
berlaku di India) yang tidak sanggup
diperlakukan sebagai hamba abdi
dalam mengharungi alam rumah
tangga.
TALCOTT PARSONS
Parsons mengatakan masyarakat
sebagai satu sistem sosial
memperlihatkan perhubungan yang
tetap antara beberapa sub-sistem di
dalamnya.
Antara sub-sistem utama termasuk:
ekonomi, politik, agama, perundangan,
keluarga, pendidikan, dll.
SISTEM
EKONOMI
SISTEM
POLITIK
SISTEM
KELUARGA
SISTEM
AGAMA
SISTEM
PERUNDANGAN
Setiap bahagian (sub-sistem) dalam
masyarakat mempunyai fungsi masing-
masing.
Fungsi (function) setiap bahagian itu
dilihat dari segi sumbangan masing-
masing bagi meneruskan kewujudan dan
pengekalan masyarakat itu sebagai satu
keseluruhan (whole).
Sebagai seorang pendokong teori
fungsionalis, Talcott Parsons
menumpukan perhatian kepada soal
memenuhi keperluan (needs) dalam
masyarakat, di mana fungsi setiap
bahagian (parts) atau sub-system
dalam masyarakat adalah ke arah
mememenuhi keperluan masyarakat
yang berbagai-bagai.
Parsons mengatakan setiap sistem
dalam masyarakat mesti digerakkan
bagi memenuhi empat keperluan utama
atau bagi mencapai empat "functional
imperatives" atau AGIL berikut:
1. A = Adaptation
2. G = Goal Attainment
3. I = Integration
4. L = Latency/ Pattern Maintenance
Adaptation
Mana-mana sistem mesti adapt atau
menyesuaikan diri dengan persekitaran
(sosial & bukan-sosial).
Ini dilakukan dengan cara menguasai
persekitaran tersebut serta
mengadaptasikan diri dengannya.
Bagi memenuhi fungsi adaptasi ini,
pembahagian tugas (division of labour)
adalah perlu.
Ini kerana tidak ada anggota
masyarakat yang boleh menjalankan
peranan/ tugas secara serentak pada
masa yang sama.
Pembahagian tugas memungkinkan
pencapaian yang lebih tinggi kerana
terdapat pengkhususan dari segi
kemahiran.
Fungsi adaptation dijalankan oleh sub-
sistem ekonomi.
Goal Attainment
Setiap sistem mempunyai matlamat
tertentu yang hendak dicapai, dan
segala sumber (manusia dan bukan-
manusia) yang ada dalam masyarakat
perlu dimobilisasikan bagi mencapai
matlamat tersebut.

Fungsi goal attainment juga
memerlukan pembahagian tugas
(division of labour).
Tugas mobilisasi sumber serta
menentukan peranan kepada orang
yang sesuai, tepat lagi betul mengikut
kebolehan, mengikut masa dan juga
keadaan dijalankan oleh sub-sistem
pemerintahan atau kerajaan (polity).
Integration
Setiap sistem mempunyai keinginan
untuk mewujudkan ketenteraman dan
kestabilan.
Dalam masyarakat juga wujud unsur
integrasi berlandaskan kepada sistem
nilai yang dikongsi bersama oleh
anggotanya.
Walau pun tidak dinafikan ada unsur-
unsur perbezaan pendapat, tetapi bagi
menjaminkan integrasi, anggota
masyarakat terpaksa akur kepada
peraturan serta nilai yang dikongsi
bersama .
Fungsi integrsai dijalankan oleh sub-
sistem agama & sub-sistem undang-
undang.
Latency
Mana-mana sistem mesti dikekalkan
bagi mewujudkan kesinambungan
(continuity).
Ini melibatkan dua proses iaitu proses
sosialisasi (socialization) dan proses
kawalan sosial (social control).
Proses sosialisasi adalah proses
menurunkan tret budaya (cultural traits)
dari satu generasi kepada satu
generasi yang lain bagi mewujudkan
kesinambungan (continuity).
Selain itu mana-mana penyelewengan
atau pelanggaran peraturan dalam
masyarakat mesti dibetulkan atau
dilkawal melalui proses kawalan sosial.
Fungsi latency/pattern maintenance ini
dijalankan oleh sistem keluarga.
ROBERT P. MERTON
Merton pada asasnya bersetuju dengan
gagasan teori fungsional yang melihat
masyarakat secara keseluruhan berada
dalam keadaan stabil apabila semua
bahagiannya berfungsi.
Namun demikian beliau mengatakan
keadaan kestabilan itu lebih sesuai jika
diaplikasikan kepada masyarakat kecil
& primitif, tapi tidak sedemikian kepada
masyarakat moden & kompleks.
Beliau juga mengatakan tidak semua
struktur atau bentuk masyarakat dan
budaya berfungsi secara positif.
Tidak kurang pula ada yang berfungsi
secara negatif.
Contoh yang diberikan ialah wujudnya
semangat nasionalisma yang kuat di
sesetengah negara yang menjejaskan
kestabilan politik dunia (dengan
ancaman tenaga nuclear).
Beliaulah yang mengemukakan konsep
dysfunction ditinjau daripada sudut
fungsi negatif berkenaan.
Selain daripada konsep dysfunction,
Merton juga mengemukakan konsep
nonfunction (tidak berfungsi) ditinjau
dari aspek-aspek warisan (tradisi) yang
sudah ketinggalan zaman/ lapok dan
tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman
ini.
Seterusnya Merton mengemukakan
konsep net balance atau baki
keseimbangan apabila fungsi positif
bagi satu-satu aspek sosial itu
dibandingkan dengan fungsi negatifnya.
Beliau mengatakan adakalanya yang
positif itu lebih berat daripada yang
negatif, dan adakala pula keadaan
sebaliknya berlaku, iaitu yang negatif
lebih berat daripada yang positif.

Dengan demikian akan wujud net
balance, samada lebih condong kepada
yang positif, atau sebaliknya.
Bagaimana dengan sistem keluarga
luas dalam masyarakat Malaysia
apakah net balance nya?

Konsep-konsep lain yang dikemukakan
oleh Merton ialah fungsi terbuka
(manifest function), dan fungsi
terselindung (latent function).
Fungsi terbuka adalah dihubungkan
dengan fungsi yang mempunyai
matlamat yang diduga atau bercorak
sengaja (intended), sedangkan fungsi
terselindung pula bercorak tidak
sengaja atau tidak didugakan berlaku.
Beliau mengemukan contoh sistem
perhambaan di Amerika di mana fungsi
terbukanya adalah untuk meningkatkan
produktiviti ekonomi dengan tenaga
kerja hamba, sedangkan fungsi
terselindungnya adalah
mempertingkatkan martabat golongan
kulit putih, iaitu berlakunya mobiliti
sosial secara menegak dengan meluas
di kalangan orang berkulit putih.
Akhirnya, Merton mengatakan walaupun
satu-satu aspek sosial itu bercorak
dysfunctional (mempunyai fungsi
negatif), tapi masih kekal wujud dalam
masyarakat dan terus diamalkan.
Contohnya, diskriminasi terhadap
wanita, masih dipertahankan oleh
kebanyakan masyarakat sebab tindakan
itu masih dianggap fungsional bagi
kaum lelaki.

Begitu juga dengan sikap diskriminasi
kaum (terhadap penduduk berkulit
hitam), yang masih dianggap tindakan
yang fungsional di kalangan
sesetengah penduduk berkulit putih.
Merton mengatakan tindakan
mempertahankan sesuatu yang
dysfunctional ini akan membawa
kepada wujudnya konflik dalam
masyarakat.
SEKIAN & TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai