Anda di halaman 1dari 8

Profesion keguruan dalam

konteks amalan
pengajaran dan
pembelajaran di sekolah

Pemantapan pembangunan profesional merupakan faktor


kritikal dalam meningkatkan dan mengekalkan kualiti serta
pengaruh guru dalam bilik darjah. Beberapa faktor yang
mempengaruhi keberkesanan program Pembangunan
profesionalisme guru dibilik darjah telah dikenal pasti seperti
potensi perubahan di tempat kerja (bilik darjah), kepelbagaian
kesan (diverse effect) dan kefahaman prinsip pembelajaran
dewasa,program mentoring yang efektif dan kerelevanan
material pengajaran sedia ada.
Elemen-elemen keberkesanan pembangunan profesion
keguruan merupakan cabaran asas yang perlu dihadapi dalam
melaksanakan amalan-amalan pendidikan terbaik di sekolah.
Program-program pembangunan profesionalisme yang relevan
mampu memainkan peranan utama yang cukup berkesan
dalam usaha-usaha Penambahbaikan sekolah, reformasi
dasardasar sekolah, program mentoring guru-guru novis,
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan
meningkatkan faedah perkongsian kepakaran antara generasi
guru di sesebuah sekolah.

Sehubungan itu, kajian lepas yang berkaitan dengan pengaruh


pembangunan profesionalisme keguruan terhadap
penambahbaikan amalan pengajaran guru oleh Cansdale (2001)
mendapati bahawa secara keseluruhannya menunjukkan
kemajuan yang ketara dalam amalan pengajaran apabila guruguru
Meningkatkan kepakaran dalam kandungan-subjek, strategi
pengajaran dan pengurusan unsur-unsur penting yang lain dalam
pengajaran.
Dalam konteks ini pembangunan profesionalisme keguruan
memberikan kesan ketara terhadap cara guru mendapatkan
kandungan subjek, memperoleh strategi dan kemahiran
pengajaran yang baru, bekerja dengan rakan sejawat dan
menganalisis serta merancang pembelajaran profesional mereka.
Sehubungan itu, Baker (2005) mencadangkan bahawa
pembangunan profesional sewajarnya menumpukan kehendak
khusus guru itu sendiri berbanding dengan menggunakn
pendekatan `one-size fits all' tanpa mengukur tahap dan
kemampuan sedia ada guru.
Oleh yang demikian, program pembangunan staf dapat memenuhi
keperluan ini dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan
profesional guru di peringkat sekolah.

Perkembangan pembangunan profesionalisme keguruan


menurut Phillips (2008) tidak harus meminggirkan
perkembangan kapasiti (tanggungjawab) guru disekolah
sebagai salah satu elemen penambahbaikanpengajaran
guru.
Sehubungan itu, beliau telah mengetengahkan tiga kriteria
utama iaitu pertama pembangunan harus diintegrasikan
dengan proses perubahan yang komprehensif, kedua wujud
saling kaitan antara pembangunan individu dan organisasi
dan ketiga keperluan individu dalam pembangunan kerjaya
harus bersesuaian dengan perancangan dan keperluan
sekolah.
Carless (2004) mencadangkan agar guru lebih memainkan
peranan utama dalam apa-apa perubahan yang bersifat
sistematik di peringkat sekolah kerana beliau mendapati
bahawa melalui pendekatan perbincangan profesional yang
konstruktif, pembangunan profesionalisme keguruan di
sekolah dapat dimantapkan secara berkesan.

Menghubungkaitkan
peraturan,disiplin, undangundang dalam amalan
pendidikan dengan profesion
keguruan

Guru dianggap sebagai arkitek dan jurutera sosial dalam mencorak


dan membangunkan bangsa Malaysia pada masa depan. Jadi
kerajaan telah membentuk satu dasar yang dapat
mengharmonikan perjalanan guru melalui etika dan peraturan
yang menjadi panduan sifat dan kualiti guru yang profesional.
Dalam bidang pendidikan, etika keguruan dimaksudkan sebagai
satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar,
ibu bapa,masyarakat dan negara,rakan jawat sera profesion.
Seterusnya, kod etika keguruan dapat memartabatkan profesion itu
sendiri dengan tingkah laku dan tanggungjawab guru itu sendiri .
Di samping itu, selain kod etika ini pelbagai dasar dan peraturan
menjadi panduan membentuk guru sebagai insan yang baik.
Kesimpulannya, dengan kod etika keguruan dan
peraturan,peraturan yang digubal, kementerian Pelajaran Malaysia
percaya dapatlah membentuk seseorang guru yang kualiti
,produktiviti,dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.
Guru yang profesional mematuhi kod etika dan prinsip-prinsip
tatasusila profesional di dalam profesion keguruan.

Konsep dan Penjelasan


Etika Profesionalisme Keguruan
Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu
bapa,masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion . oleh itu,
setiap guru berkhidmad wajib akur dan tidak melanggar etika ini.

Tatasusila Profesion Keguruan


Pendidikan membentuk warganegara yang berilmu,yang taat setia,yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan pencapaian hasrat yang
gemilang.maka dengan ini, tatasusila profesion keguruan menjadi panduan
untuk membolehkan guru menyempurnakan profesion keguruan ke taraf
kesusilaan yang setinggi tingginya.

Akauntabiliti keguruan
Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri
,sekolah , masyarakat dan negara serta profesion keguruan . ia juga
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas
tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi untuk melahirkan modal insan
seperti yang di cita citakan negara.


Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Ia menjadi garis panduan untuk meningkatkan tahap
kualiti ,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan
dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan
peraturan,peradaban,peranan,nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.

Peraturan Dalam Pendidikan


Peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan
khasnya dan perkhidmatan awam amnya. Peraturan
peraturan ini adalah untuk menghukum pegawai
awam yang didapati melanggar peraturan supaya
dapat membaiki tingkah laku untuk menjadi panduan
dan pengajaran kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai