Anda di halaman 1dari 5

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya.

Guru
mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul
Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental
dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal
menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga
memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi
negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru
merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru
terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan kaum
dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu
sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.
Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996)
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal
kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha
memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini.
Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan
dari masa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti
kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus-kursus tersebut penting bagi seseorang
guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan.
Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 mempertingkatkan tuntutan
akauntabiliti dikalangan pemimpin sekolah. Perubahan tersebut juga didorong oleh perubahan dalam
masyarakat yang bertambah kompleks. Tuntutan yang baru memerlukan pemimpin sekolah
mengubahsuaikan amalan pengurusan dan pentadbiran untuk menghadapi cabaran tersebut. Pengurusan
disiplin pelajar dan pengelolaan aktiviti sekolah tidak boleh mengabaikan aspek perundangan kerana
amalan dan dasar sekolah semakin dipengaruhi oleh undang-undang. sikap masyarakat yang sedia
menyaman pihak sekolah bermakna ibu bapa rela menuntut keadilan daripada mahkamah.

Pembangunan kapasiti kepimpinan sekolah perlu melengkapkan pemimpin dengan pengetahuan


undang-undang yang sesuai supaya amalan yang betul dari perspektif undang-undang boleh
mengurangkan risiko didakwa terhadap pihak sekolah. Sistem pentadbiran negara menyediakan satu
rangka dan struktur undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak individu dan
menjamin kebebasan tertentu. Sekolah mengembangkan dasar, prosedur dan peraturan untuk memastikan
bahawa langkah yang sesuai digunakan untuk menyediakan tempat yang selamat. Pemimpin sekolah
perlu menjalankan kewajipan perundangan dengan betul supaya setiap pelajar dilindungi daripada
kecederaan fizikal. Mahkamah akan campur tangan dalam urusan sekolah apabila pihak sekolah gagal
menjalankan tanggungjawab perundangannya dengan baik. Sistem perundangan juga melindungi hak
perlembagaan pelajar. Hak pelajar telah menimbulkan satu kontroversi pada masa ini kerana timbulnya
beberapa kes yang baru.
Pada masa ini, institusi sekolah dikehendaki mematuhi prinsip perundangan yang betul sebelum
membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan disiplin pelajar. Keputusan yang tidak betul mendedahkan
pemimpin kepada dakwaan tertentu. Perkembangan dan pengaruh undang-undang dalam pendidikan juga
perlu diteliti implikasinya terhadap pemimpin dan guru di sekolah. Pada masa dahulu, pemimpin sekolah
mempunyai autoriti penuh dalam pengawasan disiplin pelajar. Guru juga mempunyai autoriti penuh
dalam melaksanakan disiplin sekolah. Autoriti tersebut diterima oleh masyarakat sebagai norma biasa. Ia
jarang dicabar oleh masyarakat khususnya ibu bapa. Penggunaan hukuman merotan biasa dilakukan tanpa
apa-apa pertikaian kerana pemimpin dan guru diberi kepercayaan penuh oleh masyarakat yang
beranggapan bahawa pelaksanaannya dilakukan dengan niat yang baik. Secara tidak langsung, unsur
keyakinan demikian berjaya menyumbang membentukkan iklim sekolah yang sihat. Walau
bagaimanapun, persepsi tradisional masyarakat terhadap autoriti pemimpin dan guru telah berubah pada
abad dua puluhan. Trend begini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran.
Faktor dalaman adalah kepada guru dan kepimpinan sekolah yang menggunakan kuasa yang
keterlaluan seperti mendera serta mencederakan pelajar semasa pelaksanaan hukuman dijalankan. Faktor
luaran pula adalah disebabkan perkembangan ekonomi negara yang pesat. Kesedaran individu ke atas hak
mereka juga menjadi perubahan ini. Matlamat pendidikan utama adalah untuk melahirkan individu yang
bebas, berdikari dan berfikiran kritis. Perkembangan intelek, sosial, emosi dan fizikal pelajar yang
menjadi tumpuan utama pembangunan pendidikan membawa implikasi yang signifikan. Ini akan
membantu menambahkan pengetahuan dan kesedaran mengenai hak asasi individu. Pemimpin sekolah
dan guru mempunyai tanggungjawab yang berat daripada segi perundangan hasil daripada kewajipan
perundangan yang muncul semasa ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah untuk dididik. Bagi
masyarakat pula mempunyai ekspektasi yang tinggi bahawa pihak sekolah sentiasa mengutamakan
keselamatan pelajar. Pemimpin sekolah mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajar dan perlu
menjalankan tanggungjawab perundangan dengan baik. Pemimpin sekolah akan menghadapi cabaran
yang baru dan lebih sofistikated pada masa akan datang. Mereka akan mengalami tekanan yang lebih
berat sebab tuntutan untuk akauntabiliti pendidikan akan bertambah. Tekanan ini datangnya daripada
ekspektasi tinggi ibu bapa dan Kementerian Pelajaran.

Disamping itu, pihak media juga seringkali melaporkan insiden yang mengancam keselamatan
pelajar dan tanggungjawab pemimpin sekolah. Pengurusan sesebuah sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan merupakan satu cabaran yang rumit daripada segi perundangan. Pemimpin sekolah yang
proaktif dan sedia menghadapi cabaran ini dapat menguruskan sekolah dengan penuh yakin. Segala
keputusan dan tindakan yang diambil berdasarkan peraturan dan prinsip perundangan yang jelas
membantu pemimpin sekolahmengurangkan risiko dakwaan.
Pembangunan profesional merupakan faktor kritikal dalam meningkatkan dan
mengekalkan kualiti serta pengaruh guru dalam bilik darjah. Beberapa faktor yang
mempengaruhi keberkesanan program pembangunan profesionalisme guru di bilik
darjah telah dikenal pasti seperti potensi perubahan di tempat kerja (bilik darjah),
kepelbagaian kesan (diverse effect) dan kefahaman prinsip pembelajaran dewasa,
program mentoring yang efektif dan kerelevanan material pengajaran sedia ada.
Program-program pembangunan profesionalisme yang relevan mampu memainkan
peranan utama yang cukup berkesan dalam usahausaha penambahbaikan sekolah,
reformasi dasardasar sekolah, program mentoring guru-guru novis, meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan faedah perkongsian
kepakaran antara generasi guru di sesebuah sekolah. Dalam erti kata lain,
elemenelemen keberkesanan pembangunan profesion keguruan merupakan
cabaran asas yang perlu dihadapi dalam melaksanakana malanamalan pendidikan
terbaik di sekolah. Sehubungan itu, kajian lepas yang berkaitan dengan pengaruh
pembangunan profesionalisme keguruan terhadap penambahbaikan amalan
pengajaran guru oleh Cansdale (2001) mendapati bahawa secara keseluruhannya
menunjukkan kemajuan yang ketara dalam amalan pengajaran apabila guruguru
meningkatkan kepakaran dalam kandungan-subjek, strategi pengajaran dan
pengurusan unsur-unsur penting yang lain dalam pengajaran. Dalam konteks ini
pembangunan profesionalisme keguruan memberikan kesan ketara terhadap cara
guru mendapatkan kandungansubjek,memperoleh strategi dan kemahiran
pengajaran yang baru, bekerja dengan rakan sejawat dan menganalisis serta
merancang pembelajaranprofesional mereka.
Justeru itu, guru harus meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap usaha
pembangunan profesionalismed alam memartabatkan profesion keguruan di
peringkat sekolah. Namun begitu, pembangunan profesionalisme di sekolah masih
lagi dipengaruhi oleh kelemahan-kelemahan dalaman yang menyebabkan program
pembangunan tersebut tidak berkesan. Kelemahan dalaman yang dimaksudkan
ialah kurangnya satu kaedah penilaian dalam menentukan impak dan seterusnya
pengurusan impak pembangunan profesional secara lebih efektif. Sorotan literatur
terhadap beberapa kajian peringkat tempatan bagi mengkaji status pelaksanaan
dan keberkesanan pendidikan guru dalam perkhidmatan terhadap pembangunan
profesionalisme keguruan mendapati bahawa guru= guru sangat memerlukan
pemantapan terhadap profesion mereka untuk satu jangka masa panjang dan
berterusan. Namun begitu, mereka lebih berminat dengan program yang berbentuk

sebahagian daripada tugas dan berorientasikan penyuburan diri dan profesional.


Kajian juga mendapati bahawa guru agak keberatan untuk berbincang dengan
rakan sejawat atau pengetua untukmendapatkan maklum balas tentang pengajaran
mereka yang sudah pasti memberikan impak negatif terhadap usaha-usaha
penyuburan profesionalisme yang cuba dibangunkan oleh pihak sekolah.
Satu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan terhadap status program
pembangunan profesionalisme dan faktorfaktor yang mempengaruhi
keberkesanannya telah dilakukan oleh Wan Mohd Rashid (1999). Hasil dapatan soal
selidik mendapati terdapat perbezaan antara persepsi guru dan institusi berhubung
dengan keberkesanan guru yang sekali gus mewujudkan konflik yang menjejaskan
sikap profesional guru dalam menjalankan tugasan. Seperti juga dengan dapatan
Zulwali (1996) yang menjelaskan responden kajian mengakui akan kepentingan
program pembangunan profesionalisme, namun masih tidak wujud satu
penstrukturan berkesan yang akhirnya membawa kepada kelemahan di semua
peringkatperancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan programprogram
pembangunan guru. Dapatan ini juga berkongsi hasil yang sama apabila guru masih
kurang dilibatkan dalam proses perancangan dan membuat keputusan untuk
program profesionalisme keguruan peringkat sekolah.
Sehubungan itu, Baker (2005) mencadangkan bahawa pembangunan
profesional sewajarnya menumpukan kehendak khusus guru itu sendiri berbanding
dengan menggunakn pendekatan `one-size fits all' tanpa mengukur tahap dan
kemampuan sedia ada guru. Oleh yang demikian, program pembangunan staf
dapat memenuhi keperluan ini dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan
profesional guru di peringkat sekolah.Kapasiti sedia ada perlu dikembangkan
namun dalam masa yang sama pendekatan yang lebih bersistematik serta
berfokusharus diguna pakai agarsetiap guru mendapat kesanlangsung daripada
setiapprogram penambahbaikan yang dilaksanakan. Halini penting kerana kajian
Jackson, Chalmers dan Wills (2004) dan kajian Hodkinson (2006) mendapati guruguru yang berada di tahun pertama perkhidmatan kurang memiliki penglibatan
yang positif selain kepakaran yang sangat sedikit dalam menangani proses
pengajaran di bilik darjah. Perubahan dalam perkembangan pembangunan
profesionalisme keguruan menurut Phillips (2008) tidak harus meminggirkan
perkembangan kapasiti (tanggungjawab) guru disekolah sebagai salah satu elemen
penambahbaikan pengajaran guru.
Sehubungan itu, beliau telah mengetengahkan tiga kriteria utama iaitu
pertama pembangunan harus diintegrasikan dengan proses perubahan yang
komprehensif, kedua wujud saling kaitan antara pembangunan individu dan
organisasi dan ketiga keperluan individu dalam pembangunan kerjaya harus
bersesuaian dengan perancangan dan keperluan sekolah. Namun demikian menurut
beliau lagi, pembangunan profesionalisme berdasarkan ketiga-tiga kriteria ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ini berikutan sekolah merupakan
sebuah institusi yang bersifat fragmented sehingga menyukarkan penyerapan

pendekatan yang sistematik. Burns (1996) menyifatkan masalah ini berpunca


daripada sifat birokrasi dalam organisasi sekolah yang cenderung untuk
menghalang para guru menyumbangkan idea terhadap penambahbaikan sekolah
yang holistik. Carless (2004) mencadangkan agar guru lebih memainkan peranan
utama dalam apa-apa perubahan yang bersifat sistematik di peringkat sekolah
kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan perbincangan profesional
yang konstruktif, pembangunan profesionalisme keguruan di sekolah dapat
dimantapkan secara berkesan. Carless juga mempersoalkan bahawa kegagalan
dalam pencapaian masa lalu, kekurangan pengalaman dan cabaran yang hebat
dalam kalangan guru menjadi punca kepada penurunan komitmen guru dalam
menyahut usahausaha reformasi sekolah. Sebaliknya guru-guru menurut beliau
kurang dilibatkan dalam membuat keputusan bersama secara konsensus untuk
penambahbaikan sekolah. Idea dan kreativiti guru yang boleh menyumbang kepada
pembangunan kerjaya biasanya disekat oleh bebanan tugas dan persiapan
membuat kertas kerja yang terlalu banyak sehingga menyulitkan guru terlibat
secara langsung dalam penyelesaian masalah dasar-dasar sekolah. Justeru itu,
pelaksanaan dan amalan pembangunan profesionalisme keguruan di sekolah
sewajarnya memberikan penekanan kepada lima fokus utama pembangunan
profesional iaitu (i) polisi dan struktur pengurusan, (ii) analisis keperluan, (iii)
perancangan dan reka bentuk aktiviti, (iv) pelaksanaan dan tindakan susulan, (v)
pemantauan dan penilaian dalam mewujudkan suatu mekanisme pemantapan yang
lebih berkesan dan memberikan impak jangka panjang

Anda mungkin juga menyukai