Anda di halaman 1dari 35

Bab 4

Kepelbagaian sumber di
bumi

Kepelbagaian sumber dibumi

Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar


yang didiami oleh hidupan.

Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup
adalah sumber yang paling penting di bumi.

Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah


sumber yang tidak hidup.

Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk


mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua
organisma yang hidup di bumi.

AIR
Air

meliputi dua-pertiga daripada


permukaan bumi. Hanya kira-kira 1%
sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira
97% lagiadalah air laut dan 2% dibekukan
dalam bentuk glasier dan kawasan kutub.
Semua hidupan di bumi memerlukan air
untuk terus hidup. Kehilangan air dalam
sel hidup dipanggil dehidrasi
(dehydration).

UDARA
Udara

yang terdapat di sekeliling bumi


dipanggil atmosfera (atmosphere).
Udara mengandungi gas penting yang
menyediakanbahan-bahan untuk
menyokong kehidupan.
Semua hidupan memerlukan oksigen
untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan
udara untuk menjalankan fotosintesis
(photosynthesis).

TANAH
Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan
permukaan tanah bumi dipanggil kerak
(crust). Tanah adalah suatu campuran
zarah mineral danbatu, tinggalan
organisma mati, air dan udara.

BAHAN API FOSIL


Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil
tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun.
Bahan api fosil terdiridaripada petroleum (minyak),
gas asli dan arang batu.
Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan
pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang.
Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk
menghasilkan elektrik.
Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk
memanas, memasak, atau sebagai bahan api
kenderaan.

Benda-benda hidup
Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan
dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia
untuk mendapatkan makanan, bahanpakaian dan
bangunan, dan bahan api.
Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan
makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit
haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan
tumbuhan (sepertikapas, pokok getah).
Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina,
nibung, dll.
Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan
pokok getah.

Unsur dan elemen


Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling
ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh
dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa
komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.
Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu
jenis atom sahaja.
Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang
sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis
unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20
dicipta oleh para saintis.

Contoh-contoh
Emas

unsur:

(gold).
Zink (zinc).
Besi (iron).
Oksigen (oxygen).
Karbon (carbon).
Nitrogen.
Hidrogen (hydrogen).
Aluminium.

Unsur-unsur

boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan


bukan logam (non-metal).

Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh logam:
Kalium (potassium)
Kalsium (calsium)
Magnesium
Merkuri/raksa (mercury)
Natrium (sodium)
Perak (silver)
Kuprum/tembaga (copper)
Platinum
Emas (gold)

Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam:


Hidrogen (hydrogen)
Oksigen (oxygen)
Fluorin (fluorine)
Klorin (chlorine)
Karbon (carbon)
Fosforus (phosphorus)
Bromin (bromine)
Iodin (iodine)
Nitrogen
Sulfur (sulphur)

Kebanyakan

bukan logam wujud dalam bentuk


gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi,
terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud
sebagai pepejal dan cecair.

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada


keadaan suhu bilik:
Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium,
fosforus)
Cecair (cth: bromin)
Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin,
neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)

sebatian
Sebatian

(compounds) terbentuk apabila dua


atau lebih jenis unsur (element) bergabung
secara kimia (combine chemically).
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah
molekul (molecule). Contoh: Air (water) adalah
suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua
atom hidrogen dan satu atom oksigen yang
bergabung secara kimia.

Keterangan di bawah
menunjukkan beberapa
jenis sebatian serta
komponen-komponennya.
Karbon dioksida (Carbon
dioxide)
Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.

Natrium klorida

Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.

Komponen-komponen

sebatian tersebut
tidak boleh dipisahkan secara fizikal.
Komponen-komponen dalam suatu
sebatian hanya boleh dipisahkan secara
kimia, sebagai contoh, dengan
menggunakan haba yang tinggi
(pemanasan) atau menggunakan
tenaga elektrik (elektrolisis).

Campuran homogen terbentuk apabila


bahan dicampur dengan sama rata dan
identiti setiap bahan tidak dapat dikenal
pasti dengan mudah. Contohnya, larutan
garam biasa dan minuman ringan.
Campuran heterogen terbentuk apabila
bahan boleh dikenal pasti dengan mudah.
Contohnya, udara.

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis


campuran serta komponennya.
Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas
lengai, habuk, mikroorganisma, wap air.
Tanah
Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil,
humus.
Air laut
Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium,
oksigen.
Air limau
Komponen: Garam, gula, limau.
Jeruk buah-buahan
Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.
Kari
Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk
cili.
Makanan ringan
Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.
Darah

Kepentingan air kepada manusia


dan haiwan

Melarutkan (dissolves) bahan makanan dan oksigen


bagi memudahkan ianya diangkut (transported) oleh
darah ke sel- sel yang memerlukan.
Melarutkan bahan buangan (waste products) seperti
urea untuk disingkirkan (expelled) dari sel-sel badan.
Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37C.
Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan
bersama-sama dengan peluh (sweat) dan air kencing
(urine). Penyejatan (evaporation) peluh akan menyejukkan
permukaan kulit.
Mengawal kepekatan (thickness) darah supaya darah
mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses
kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan

Membantu proses fotosintesis (photosynthesis) pada


tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan (germination) biji
benih dan spora.
Melarutkan garam-garam mineral (mineral salts) dan
bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagianbahagian lain tumbuhan tersebut.
Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan.
Memberikan sokongan keapungan (buoyancy support)
kepada tumbuh-tumbuhan akuatik (aquatic) seperti Elodea,
Cabomba, dan Hydrilla.
Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi
(penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma).

Air (water) juga penting kepada manusia untuk menjalankan


aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan
pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi,
memasak, minum, dan juga membasuh.

Kepentingan udara kepada manusia

Udara mengandungi oksigen yang mana ianya


penting (vital) untuk pernafasan.

Karbon dioksida didalam udara amat


diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi
menjalankan fotosintesis yang mana ianya
penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan
(growth of plants). Ini amatlah penting bagi
manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah
sumber makanan bagi manusia.

Oksigen juga diperlukan untuk tujuan


pembakaran (combustion).

Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan

Tumbuhan memerlukan air dan mineral


untuk membesar (grow). Tanpa air
didalam tanah (soil), mineral tidak boleh
dilarutkan (dissolve), dan ianya akan
menyebabkan pertumbuhan dan
perkembangan sesuatu tumbuhan itu
terbantut (stunted).

Akar tumbuhan memerlukan udara


didalam tanah bagi menjalankan respirasi
(respiration).

Kepentingan tanah (land) kepada manusia

Untuk menjalankan aktiviti penternakan (livestock) dan


pertanian (agricultural).
Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat (clay)
dan kaca (glass).
Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan,
bangunan, dan kilang-kilang.
Sebagai sumber untuk bekalan bahan api (fuels) seperti
petroleum, gas asli (natural gas), dan arang batu (coal).
Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan
kimia dan mineral.
Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah (tin),
emas (gold), dan besi (iron). Logam-logam adalah bahan
utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Kepentingan pemeliharaan dan


pemuliharaan sumber
Kita

bergantung kepada sumber-sumber


di sekeliling untuk terus hidup.
Oleh itu, kita perlu memelihara
(preserve) / menjaga dan melindungi,
serta memulihara (conserve) sumber
Bumi bagi memastikan bahawa sumbersumber tersebut kekal dalam keadaan
yang baik.

Kepentingan memelihara dan


memulihara sumber di bumi
Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti
harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada
ancaman kepupusan (extinction).

Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara


kekal seimbang.

Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan


asas manusia tidak terjejas (not jeopardized).

Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal)


dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi
(Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

langkah-langkah memelihara dan memulihara sumber-sumber di bumi

Mengamalkan sikap berjimat cermat (thrifty attitude),


berhati-hati dan berekonomi apabila menggunakan sumbersumber Bumi.

Amalkan kitar semula (recycling), yang mana ianya adalah


untuk memproses semula bahan buangan (waste products)
seperti kaca, plastik dan logam timah menjadi bahan baru.

Amalkan penggunaan semula (reusing), yang mana ianya


adalah menggunakan semula bahan-bahan seperti kertas
bagi melambatkan penggunaan sumber semula jadi tersebut.

Cari sumber alternatif (pilihan) untuk menggantikan


sumber yang terancam atau semakin berkurangan. Sebagai
contoh, petroleum dan gas asli.

Anda mungkin juga menyukai