Anda di halaman 1dari 21

AQIDAH

KONSEP :
a) Tauhid Rububiyyah

b) Tauhid Uluhiyyah

c) Asma wa Sifat
PENGERTIAN AQIDAH
Akidah dari segi bahasa bererti
simpulan iman ataupun pengangan
yang kuat atau satu keyakinan yang
menjadi pengangan yang kuat.
Akidah dari sudut istilah ialah

kepercayaan yang pasti dan


keputusan yang muktamat tidak
bercampur dengan syak atau
keraguan pada seseorang yang
berakidah sama ada akidah yang betul
atau sebaliknya.
PENGERTIAN AQIDAH
Ilmu yang membicarakan perkara-
perkara yang berkaitan keyakinan
terhadap Allah S.W.T dan sifat-sifat
kesmpurnaan-Nya.
Setiap umat Islam wajib mengetahui,
mempelajari, dan mendalami ilmu
akidah supaya tidak berlaku perkara-
perkara yang membawa kepada
penyelewengan akidah kepada Allah
S.W.T.
Akidah sebenar adalah akidah yang
berdasarkan pada Al-Quran dan As-
Sunnah.
AQIDAH ISLAM
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan
terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-
sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat,
kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman
dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk
termasuk juga segala apa yang datang dari Allah.
Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran
dan petunjuknya.
Oleh itu, Akidah Islam ialah keimanan dan
keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa
yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam
kehidupan
ILMU AQIDAH
Ilmu Aqidah merangkumi;

Ilmu tauhid
Ilmu usuluddin

Ilmu makrifat

Ilmu tauhid menerangkan tentang sifat


Allah S.W.T. yang wajib diketahui dan
dipercayai.
PENGERTIAN TAUHID
Dari segi bahasa berasal dari
wahada bererti esa iaitu
mengesakan tuhan yakni Allah dan
hanya menyembahnya atau
beriktikad bahawa Allah itu satu.
Dari segi istilah mengesakan Allah
dalam ibadat dengan mengarahkan
ibadat semata-mata kerana Allah
dan tidak mensyirikkan-Nya atau
menyekutukan-Nya.
TAUHID RUBUBIYYAH
Tauhid Rububiyyah bermaksud
hanya Allah sahaja sebagai Rabb
(pencipta, pemilik, pemerintah,
memberi rezeki dan seumpamanya).
Tidak boleh dijadikan, dianggap atau
dirasakan yang lain sebagai rabb
atau bersama-sama Allah menjadi
Rabb.
Makna lain tauhid rububiyyah
sebagai keesaan Allah, yang mana
Allah adalah pencipta atau pembuat
yang mutlak dalam alam semesta
merangkumi aspek
peraturan,perubahan, penambahan,
pengurangan, penghidupan,
kematian dan pelbagai perbuatan
lain yang tidak disekutui oleh yang
selain-Nya.
TAUHID ULUHIYYAH
Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang
islam yang beriman dengan
keimanan yang sebenar, dia hanya
mengambil Allah sebagai Ilah. Dia
tidak meletakkan Allah bersama-
sama yang lain sebagai Ilah. Allah
sahaja sebagai pujaan dan
sembahannya. Maksud Ilah ialah
sesuatu yang dipuja dan disembah.
TAUHID ULUHIYYAH
Ibadatkepada Allah ialah
mentauhidkan Allah pada uluhiyah-
Nya (ketuhanan-Nya), iaitu
seseorang yang beribadat tadi wajib
pada semua ibadatnya ditujukan
kepada Allah sahaja, tidak kepada
lainnya. Oleh yang demikian wajib
bagi seseorang itu dalam semua
ibadat mereka dilakukan dengan hati
yang ikhlas.
Tauhiduluhiyyah adalah sepenting-
penting dan sebesar-besar bahagian,
di mana ia diberi perhatian dan
penekanan oleh para Rasul.
TAUHID ASMA WA AS-SIFAT
Tauhid asma wa as-sifat ialah beriktikad
dengan kukuh bahawa Allah (swt) adalah
disifatkan dengan segala sifat-sifat
kesempurnaan, bersih dari segala sifat-
sifat kekurangan dan sifat-sifat-Nya itu
hanya khusus bagi-Nya tanpa menyerupai
sifat-sifat makhluk. Maka dalam perkara
ini tidak boleh ditetapkan sesuatu yang
luar dari apa yang telah ditetapkan dalam
Al-Quran dan as-Sunnah.
Telah sabit dalam Al-Quran dan as-
Sunnah nama-nama Allah yang
baik, al-Asmaul Husna dan sifat-sifat
kamalatnya yang tidak boleh diubah,
ditukar ganti, dipinda, ditolak dan
diingkari.
Perkara-perkara ini adalah menjadi
asas tauhid al-Asma dan tauhid al-
Sifat.
AL-ASMAUL HUSNA
Di samping mempercayai dan meyakini
akan sifat-sifat Allah itu, di dalam Islam
juga menyebutkan nama-nama Allah
yang indah.
Asmaul Husna atau nama yang paling
indah jika disebut dan mengucapkannya
akan mendapat pahala dari Allah SWT.
Di sebalik nama-nama yang indah
tersimpan kemurahan dan keagungan
Allah SWT yang akan dilimpahkan-Nya
kepada hamba-hambaNya yang
mengingatiNya.
Allah mempunyai nama-nama yag
terbaik dan manusia dianjurkan
supaya menggunakan nama-nama
yang baik sahaja semasa memanggil
atau menyeruNya sebagai tanda
memuliakan dan membesarkanNya.
Allah mempunyai 99 nama dan
menurut satu riwayat menyebut
sesiapa yang menghafal nama-nama
Allah ini akan dimasukkan ke syurga.
ANTARA NAMA-NAMA ALLAH
Allah: Nama yang paling Agung,
menunjukkan di atas ZatNya yang
Maha Tinggi, Tiada Tuhan yang
sebenarnya melainkan Dia.
Ar-Rahman : Bermakna Allah
Pemurah mengurniakan perlindungan
kepada hamba-Nya dan melimpah
kurnia-Nya kepada yang meminta
kepada-Nya.
Ar-Rahim : Bermakna Penyayang dan
mengampunkan baik dengan kurnia dan
memberikan nikmat kepada hamba-
hamba-Nya.
Al-Malik : Yang Maha Memiliki, Menguasai
seluruh alam. Segala-segala yang ada di
alam semesta ini adalah kepunyaan Allah
SWT.
Al-Quddus : Bermakna Yang Maha Suci
iaitu suci daripada segala kekurangan,
kecelaan dan segala sifat-sifat-Nya yang
baharu.
Ar-Razzaq : Bermakna Maha Memberi
Rezeki. Allah lah yang memerintahkan
kejadian rezeki, kemudian rezeki-rezeki itu
dibahagikan kepada hamba-hambaNya.
Al-Fattah : Bermakna Maha Memberi
Keputusan. Allah berhak memberikan
hukuman atau membuat keputusan
kepada hamba-hamba-Nya. Dia
menyatakan benar dan menghukum atau
mendedahkan yang batil.
Al-Wahhab : Yang Maha Memberi Kurnia.
Allah SWT melimpahkan kurnia-Nya yang
banyak kepada yang dikehendaki-Nya dan
tiada sesiapa yang dapat menghalangi-
Nya.
Al-Alim : Bermakna Maha Mengetahui.
Allah SWT mempunyai ilmu yang luas
meliputi segala sesuatu.
Al-Basiir : Bererti Dialah yang Maha
Melihat segala-galanya yang besar atau
yang halus, yang dekat atau yang jauh.
SIFAT-SIFAT ALLAH
Sifat-sifat Allah yang didapati di dalam
Al-Quran dan as-Sunnah terbahagi
kepada dua :
1. Sifat Zaatiyah (sifat yang dibangsakan pada zat) :
sifat-sifat yang tidak boleh bercerai tanggal dari
Allah SWT sepert Allah Maha Mengetahui, Hidup,
kuasa, mendengar, melihat dll. Sifat ini sentiasa
selam-lamanya tetap ada bagi zat Allah.
2. Sifat Filiyah (sifat yang dibangsakan pada
perbuatan)
: sesuatu yang bergantung dengan kehendak Allah
dan kuasa-Nya seperti redha, ikhlas, sayang, benci,
dll. Sifat ini pada hakikatnya tidak sama dengan
sifat-sifat kesempurnaan yang layak baginya.
SIFAT-SIFAT ALLAH

1. WUJUD 11. SAMA


2. QIDAM 12. BASOR
3. BAQA 13. KALAMUN
4. MUKHALAFATUHU 14. QADIRUN
LILHAWADIS 15. MURIDAN
5. QIAMUHU BINAFSIHI 16. ALIMAN
6. WAHDANIAH 17. HAYYAN
7. QUDRAT 18. SAMIAN
8. IRADAT 19. BASIRON
9. ILMUN 20. MUTAKALLIMAN
10. HAYYUN

Anda mungkin juga menyukai