Anda di halaman 1dari 21

PSV 3103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PUAN ZALILA NASIR


SENI ISLAM
Konsep seni menurut perspektif
islam
Sebahagian daripada kebudayaan Islam
dan perbezaan antara seni Islam
dengan bukan Islam ialah dari segi niat
atau tujuan dan nilai akhlak yang
terkandung dalam hasil seni Islam.
Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam
itu juga merupakan sumbangan
daripada tamadun Islam di mana tujuan
seni Islam ini adalah kerana Allah swt.
CIRI CIRI KESENIAN ISLAM
1. Mengangkat martabat insan dengan
tidak meninggalkan nilai-nilai
kemanusiaan dan nilai-nilai
persekitaran dan sejagat. Alam sekitar
galerinya, manakala manusia menjadi
seniman yang menggarap segala
unsur kesenian untuk tunduk serta
patuh kepada keredhaan Allah swt
2. Mementingkan persoalan akhlak dan
kebenaran yang menyentuh aspek-aspek
estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan


sebagai nilai yang tergantung kepada
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut
Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi
ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan,
kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu
Allah, sama seperti undang-undang Allah
dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada
di bawah lingkungan dan peraturan wahyu.
Ini yang membezakan kesenian Islam
dengan kesenian bukan Islam Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia


dengan tuhan, alam sekitar dan sesama
manusia dan juga makhluk.
Matlamat kesenian
Seni dalam Islam menanam rasa
khusyu' ke pada Allah di samping
memberi ketenangan di jiwa manusia
sebagai makhluk Allah yang
diciptakan dengan fitrah yang gemar
kepada kesenian dan keindahan.
Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak
berslogan 'seni untuk seni' tetapi
'seni kerana Allah untuk manusia,
makhluk dan alam sekitar'
Karya daripada
Rizamuhamedov
Rahimjan
Pelukis asal dari
Uzbekistan
KARYA PELUKIS ISLA
SYED AHMAD JAMA
Langit dan bumi
Karya umpan
SENI BINA
Replika Masjid Selimiye. Masjid ini dianggap sebagai salah sebuah
struktur senibina terbaik pada zaman empayar Uthmaniyyah. Ia dibina
oleh Sinan iaitu seorang arkitek terkenal dalam dunia senibina Islam.
Replika Masjid Wadi Al-Husein di
Teluk Manok , Patani.
Masjid ini adalah salah sebuah masjid
tertua di Thailand. Ia dibina
sepenuhnya daripada kayu dan masih
kekal strukturnya sehingga ke hari ini.
Kayu bertatah gewang dan cengkerang kura-kura
pada zaman Uthmaniyyah, Turki (sekitar 1800 Masihi).
Alat menghasilkan kaligrafi kurun ke 19
Masihi (13 Hijrah) di Turki (Uthmaniyyah).

Anda mungkin juga menyukai