Anda di halaman 1dari 12

FALSAFAH PENDIDIKAN

KHAS

VIDEO
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, mayarakat dan
negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ia menyediakan
perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri
dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada pelajar dengan keperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Khas adalah serupa dengan
Falsafah Pendidikan Biasa. Perkembangan optima
seseorang individu sebagai seorang yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang, mengurus kehidupan sendiri serta boleh
menyedari potensi sendiri bagi seorang individu dan
seorang masyarakat. Falsafah Pendidikan bagi
kanak-kanak Khas juga menyediakan peluang-
peluang yang sama kepada kanak-kanak ini seperti
yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk
perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.
Perbezaan antara kanak-kanak khas dengan
normal ialah mereka mengalami kecacatan iaitu
autisme, sindrom down, cacat akal ringan,
cacat akal berat, hyperaktif, hypoaktif, spastik
dan pintar cerdas. Kalau kita tidak berfikiran
jauh, kita menganggap apakah yang boleh
dilakukan dan disumbangkan oleh kanak-kanak
tersebut melihatkan sifat fizikalnya atau
mindanya tidak sempurna. Pemikiran tersebut
boleh memberi kesan yang negatif kepada
kanak-kanak tersebut seperti mengabaikannya.
Bagi mengelakkan keadaan tersebut mejadi
parah, maka pendidikan khas diwujudkan.
Pendidikan Khas ialah program yang
dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid khas, termasuklah
penggunaan bahan khas, peralatan khas,
teknik pembelajaran & pengajaran mengikut
tahap kebolehan dan keupayaan pelajar
seperti perkembangan mental, kestabilan
emosi dan integrasi sosial.
Kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal
pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai
mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana
atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan
deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam
tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi
atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .

Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993


Kanak-kanak yang dari segi intelek,
fizikal, sosial dan emosi tidak
mencapai pertumbuhan-pertumbuhan
biasa hingga mereka tidak dapat
faedah sepenuhnya dari rancangan
sekolah biasa .
Chua Tee Tee, 1981
Matlamat Pendidikan Khas

1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan


jasmani kanak-kanak luar biasa 2.
Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas
supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam
masyarakat
3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak
menjadi suatu kecacatan
4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran
dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin
diri di kalangan kanak-kanak khas
5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat
biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat
Diharapkan dengan adanya usaha tersebut
dapat memberi manfaat yang berguna kepada
kanak-kanak tersebut. Pada suatu hari nanti,
kanak-kanak tersebut dapat berdikari
menguruskan dirinya sendiri tanpa
mengharapkan pertolongan orang lain dan
seterusnya dapat meringankan beban ibu
bapa. Apabila dewasa kelak, diharapkan
pelajar tersebut mendapat pekerjaan
berdasarkan kemahiran yang telah mereka
kuasai.

Anda mungkin juga menyukai