Anda di halaman 1dari 12

PSVK 3083

TEORI HUMANISTIK

Disediakan oleh: Yap Sze Ying


Yong Ying Ying
Pengertian
Dalam teori humanisme lebih melihat
pada sudut perkembangan keperibadian
manusia. Pendekatan ini melihat kejadian
iaitu bagaimana dirinya terdorong untuk
melakukan hal-hal yang positif.
Kemampuan positif ini yang disebut
sebagai potensi manusia dan para
pendidik yang beraliran humanisme
biasanya menfokuskan pengajarannya
pada pembangunan kemampuan yang
positif.
CARL ROGERS
Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran manusia
bergantung kepada emosi dan perasaanya.
Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai
cara belajar yang berbeza
Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut
kehendak dan perkembangan emosi murid.
Beliau juga menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri
TUJUAN
Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak
bergantung pada orang lain.

Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke


atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari.
Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.

Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu


serta penerokaan.

Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan


emosi.
APLIKASI TEORI
HUMANISTIK DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PSV
Guru perlu membentuk suasana bilik seni yang
kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Bilik seni yang kondusif dapat membolehkan mereka


berasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenian.
Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan
kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-
sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, guru seni yang memberi motivasi kepada murid


dapat mengalakkan mereka untuk mencipta dan
menghasilkan karya yang inovatif dan kreatif
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut
kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan
mereka, meningkatkan peluang memenuhi keperluan
penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh
ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau
ciptaan estetik yang bermutu tinggi.
Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah
membantu pelajar melibatkan diri dalam kerja kumpulan
terutama pembelajaran koperatif

Misalnya, guru seni meminta murid-murid menghasilkan


diorama secara berkumpulan.

Dalam aktviti ini, murid-murid dapat membina kemahiran sosial


dan afektif serta mengimbangkan komponen intelek dan emosi
dalam aktiviti seni tersebut

Anda mungkin juga menyukai