Anda di halaman 1dari 21

PANDU PUTERI KADET

PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
KANDUNGAN
Konsep Perkhemahan
Tujuan Perkhemahan
Jenis Perkhemahan
Perancangan dan Persiapan
Pemilihan tempat
Aspek keselamatan
KONSEP PERKHEMAHAN
Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan
sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan
jenis tempat berlindungan itu.
Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk
tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun
daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana
yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak
sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh
memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan
juga angin.
SAMBUNGAN...
Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah
ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula.
Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon
dan jenis-jenis yang ringan.
TUJUAN PERKHEMAHAN
Melatih berdikari.
Melatih bertanggungjawab.
Memberi peluang merancang dan melaksana apa
yang dirancang.
Mencintai alam sekitar.
Melatih ciri-ciri kepimpinan.
Merapatkan lagi perhubungan.
Melatih untuk bersabar dan bersyukor.
Melihat kebesaraan Allah.
JENIS-JENIS KHEMAH
Ridge Tent / Bentuk A
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang
bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon (nylon)
yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
JENIS-JENIS KHEMAH
Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan
yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah
dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan
seperti di sekolah dan sebagainya
JENIS-JENIS KHEMAH
Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian barulah
dipasang kanvas.
JENIS-JENIS KHEMAH
Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak
khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
dome.
PERANCANGAN DAN PERSIAPAN
Sebelum pergi berkhemah :
i) Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan
tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.
ii) Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa
turut serta dalam sesuatu perkhemahan
iii) Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai
perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan
kebenaran berkhemah.
iv) Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai
perkhemahan tersebut.
v) Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada
binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan
sebagainya.
vi) Memastikan segala alatan perkhemahan mencukupi seperti
pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.
vii) Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan
perkhemahan
PERANCANGAN DAN PERSIAPAN

Semasa berkhemah :

i) Semak semua chek list peralatan dan bahan makanan.


ii) Jaga disiplin murid.
iii) Lapor ke balai polis yang berhampiran dengan kawasan
perkhemahan
iv) Beri taklimat kepada murid-murid dan guru ( kawasan,
peraturan, aktiviti, jaga malam )
v) Menjalankan aktiviti yang dirancang
PERANCANGAN DAN PERSIAPAN

Selepas berkhemah :

i) Mengemas kawasan perkhemahan


ii) Mengemas dan membuat semakan senarai semak peralatan.
iii) Membuat semakan bilangan semua murid dan guru.
iv) Makluman keluar dari tapak perkhemahan kepada balai polis.
v) Membuat laporan
vi) Post mortem.
PEMILIHAN TEMPAT
Ciri-ciri tempat perkhemahan
i) Keselamatan peserta dan harta benda
- Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya
seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan
binatang buas, dan sebagainya haruslah
diberi perhatian yang serius kerana ia
melibatkan nyawa peserta
PEMILIHAN TEMPAT
Ciri-ciri tempat perkhemahan
ii) Kemudahan Asas
- Tempat yang ingin dijadikan tapak
perkhemahan seharusnya mempunyai
kemudahan asas seperti bekalan air, jalan
perhubungan, bahan api dan sebagainya.
PEMILIHAN TEMPAT
Ciri-ciri tempat perkhemahan
iii) Tempat menarik dan selesa
- Biasanya kawasan seperti di tepipantai,
sungai, dan tasik merupakan kawasan yang
menarik dan menjadi pilihan utama untuk
diadakan perkhemahan
PEMILIHAN TEMPAT
Ciri-ciri tempat perkhemahan
iv) Kawasan persekitaran
- Kawasan yang sangat sesuai untuk
berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan
yang agak tinggi.
- Kawasan yang bertanah lembap dan berumput
tebal pula tidak sesuai untuk berkhemah.
- Bebas daripada serangga-serangga yang boleh
mengganggu semasa berkhemah.
PEMILIHAN TEMPAT
BERKHEMAH
Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan
mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan
menimpa khemah anda.

Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau


agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan
pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan
edaran darah keseluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki
lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan
menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah
seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang,
tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya.
PEMILIHAN TEMPAT
BERKHEMAH
Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan
lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan
terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan
sebagainya.

Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin.


Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya
mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah.
Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan
khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan
mengelakkan angin yang bertiup membawa membawa air hujan ke
dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau,
khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini
bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.
PEMILIHAN TEMPAT
BERKHEMAH
Memilih tempat yang selesa dan teduh terutama
apabila waktu tengah hari. Tujuan khemah
didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan
sepanjang masa.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai