Anda di halaman 1dari 94

LITERASI AWAL

Kemahiran Literasi

mendenga
r

berfikir bertutur

menulis membaca
Kepentingan literasi

Kemahiran literasi penting dalam


kehidupan zaman moden.

Sebagai persiapan menghadapi


alam persekolahan dan pendidikan
lanjutan.
Kemahiran literasi

Kemahiran membaca diterapkan pada


peringkat awal agar mempunyai
pengalaman dalam aktiviti membaca.

Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan


awal bagi membiasakan diri mereka
dengan aktiviti menulis.
Kemahiran literasi

Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal


bagi membiasakan diri mereka dengan aktiviti
menulis.

Kemahiran berfikir digabungkan dengan


keempat-empat kemahiran di atas agar kanak-
kanak berupaya menggunakan daya pemikiran
yang tinggi dalam usia yang awal lagi.
Peningkatan Kemahiran Literasi
Dapat ditingkatkan dengan mendedahkan
pelbagai aktiviti literasi bagi kanak-kanak pada
tahap awal.
Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran
mendengar yang berkesan. Boleh ditingkatkan
dengan latihan mendengar.
Kemahiran bertutur boleh tingkatkan dengan
pelbagai aktiviti memperkaya gaya pertuturan
mereka.
Penampilan/ Pemunculan Literasi
Penampilan literasi bermaksud kanak-
kanak membina kemahiran membaca dan
menulis

Dicetuskan daripada pelbagai kajian yang


dijalankan oleh M.M. Clay (1967) tokoh
berasal dari New Zealand.
Penampilan/ Pemunculan Literasi
Literasi tampil secara berterusan tanpa prasyarat
mengenal huruf, dan terbina secara bersepadu
antara kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis dan berfikir.
Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pengajaran literasi pada peringkat awal kanak-
kanak perlulah berteraskan kemahiran
berbahasa yang asas.

Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran


literasi sekiranya kemahiran tersebut
disampaikan dengan cara yang menarik dan
pelbagai.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pada peringkat awal ini ketepatan dalam kemahiran
khusus membaca dan menulis tidak perlu ditegaskan.

Cukuplah sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan


kegiatan literasi yang dapat menarik perhatian
mereka.
di samping itu mereka memahami bahawa kegiatan
membaca dan menulis adalah kegiatan yang
bermakna dan peting dalam kehidupan ini.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Kanak-kanak memahami bahawa kegiatan
membaca dan menulis adalah kegiatan yang
bermakna dan penting dalam kehidupan ini.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Literasi berteraskan kemahiran berbahasa ini
lebih luas daripada hanya mengajar membaca
dan menulis secara terpisah-pisah.

Galakkanlah kegiatan yang bersepadu, iaitu


membaca dan menulis kerap digabungkan
dalam sesuatu masa pengajaran.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pendekatan seperti pendekatan pengalaman
bahasa boleh digunakan dalam pengajaran
literasi secara holistik ini.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pendidik dan pengasuh awal kanak-kanak
harus sedar bahawa penguasaan literasi boleh
dicapai menerusi kegiatan bersosial.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pendidik dan pengasuh awal kanak-kanak harus
tahu bahawa pembelajaran lebih berkesan
sekiranya disampaikan secara berfungsi dan
bermakna.

Kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk


menikmati bahan bacaan atau penulisan
daripada mempelajari cara membaca dan
menulis yang diskrit dan membosankan.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Seperti juga kemahiran yang lain, kemahiran
literasi ialah kemahiran sosial yang dapat
dikuasai menerusi interaksi antara seorang
kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain
ataupun seorang kanak-kanak dengan orang
dewasa di sekitarnya.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Pengajaran Kemahiran Literasi Pada
Peringkat Awal Kanak-kanak
Pendidik dan pengasuh juga harus sedar
bahawa kanak-kanak akan dapat
meningkatkan kebolehan membaca dan
menulis apabila diberi peluang untuk
mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam
pelbagai situasi.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Peningkatan Kemahiran Literasi

Kemahiran literasi dapat ditingkatkan dengan mendedahkan


pelbagai aktiviti literasi bagi kanak-kanak pada tahap awal ini.

Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran mendengar yang


berkesan.

Kemahiran mendengar ini boleh ditingkatkan dengan pelbagai


latihan mendengar dan mengikut arahan daripada bahan yang
didengar.

Kemahiran bertutur juga boleh ditingkatkan dengan


menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada
kanak-kanak memperkayakan gaya pertuturan mereka.
KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com
Peningkatan Kemahiran Literasi

Kemahiran berfikir perlu digabungkan dengan keempat-


empat kemahiran di atas agar kanak-kanak dapat dilatih
menggunakan daya pemikiran pada tahap kritis
dan kreatif yang tinggi dalam usia yang awal lagi.

Kesemua kemahiran literasi tersebut perlu dikuasai oleh


kanak-kanak secara bersepadu.

KAP 2014 Disediakan oleh: budakpro.webs.com


Senario
Pengajaran membaca ialah pengajaran mengenal pasti abjad yang
dibentuk dengan pelbagai rupa dan saiz. Abjad ini disertakan dengan
gambar yang dapat menunjukkan kiu kepada kanak-kanak agar dapat
menyebut abjad tersebut dengan
betul.

Kanak-kanak digesa supaya menyebutkan abjad tersebut menurut sebutan


pendidik dan rakan-rakan mereka di dalam kelas. Pendidik akan terus
memberikan lebih banyak abjad sekiranya kanak-kanak difikirkan telah
dapat menguasai atau menyebut sekumpulan abjad tersebut dengan betul.

Latih tubi yang berulang-ulang ini dilakukan setiap hari sehingga kanak-
kanak dapat menguasai kesemua abjad yang dipaparkan pada carta atau
kad imbas yang disediakan.

Kanak-kanak dianggap sudah menguasai kemahiran membaca


sekiranya mereka dapat menyebut kesemua abjad yang terdapat dalam
sesuatusistem ejaan dalam sesuatu bahasa.
TUGASAN KUMPULAN
Dalam kumpulan kecil, bincangkan cara pengajaran
bertutur,mendengar, membaca dan menulis pada
peringkat awal kanak-kanak seperti yang dinyatakan
dalam petikan di atas.

Bagaimanakah anda dapat mengubah cara


pengajaran tersebut supaya pengajaran
membaca dapat dilaksanakan dengan lebih
menarik?
PERANCANGAN PENDIDIKAN BAHASA DAN
LITERASI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
PERANCANGAN
Terdapat dua kemahiran berbahasa yang diperolehi
secara semula jadi iaitu mendengar dan bertutur.
Kemahiran membaca dan menulis yang diperoleh
secara instruksi.
Kemahiran berfikir yang juga diperoleh secara alamiah.
Kelima-lima kemahiran ini perlu
ditegaskan dalam pendidikan literasi peringkat awal
kanak-kanak.
Mendengar

Kemahiran ini ialah satu kemahiran asas yang amat


penting bagi seseorang kanak-kanak.

Bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis,


kanak-kanak perlu mempunyai
keupayaan untuk mendengar bunyi yang betul
terutama bagi membezakan antara
bunyi-bunyi huruf dan perkataan yang digunakan dalam
bahan bercetak
Bertutur
Kanak-kanak normal akan mempunyai keupayaan
untuk bertutur dalam bahasa ibunda seawal usia satu
tahun.
Keupayaan ini perlu dipupuk supaya kanak-kanak
dapat memudahkannya dalam menguasai kemahiran
membaca dan menulis pada usia yang lebih dewasa
kelak.
Pada masa yang sama, penggunaan buku amatlah
penting bagi memperkukuhkan kemahiran bertutur
kanak-kanak pada peringkat awal usianya.
Membaca
Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada
zaman moden ini pada tahap asas pada tahap usia
mereka memasuki usia persekolahan.

Ketidakupayaan membaca akan mengakibatkan kanak-


kanak ketinggalan dalam
banyak kemahiran yang lain berbanding rakannya yang
telah dapat menguasai kemahiran ini pada awal usia
mereka.
Menulis
Kemahiran menulis merupakan asas dalam menyampaikan
suara dan pemikiran kanak-kanak dalam bentuk
permukaan bercetak.
Kanak-kanak dapat menyampaikan suara hati atau
pemikiran mereka secara contengan pada permukaan yang
rata seawal mereka berkeupayaan memegang alat tulis.
Keupayaan ini datang secara sendiri akibat daripada
pemerhatian mereka terhadap perlakuan orang yang lebih
dewasa.
Kemahiran ini juga perlu dipupuk pada awal usia kanak-
kanak agar mereka dapat menguasainya secara semula jadi.
Berfikir

Kemahiran berfikir pada zaman moden ini adalah berbeza daripada


berfikir pada zaman primitive.

Pada zaman ini kanak-kanak perlu dipupuk dengan pemikiran yang


kritis dan kreatif agar mereka dapat menangani banyak isu dan
permasalahan yang akan
mereka hadapi dalam kehidupan ini, terutama apabila mereka
memasuki alam persekolahan.

Kanak-kanak pada awal usia perlu menguasai asas pemikiran kritis dan
kreatif bagi menguasai kemahiran yang akan terdapat dalam
kandungan mata pelajaran
yang diajar di sekolah dasar kelak.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Kanak-kanak dikatakan tidak mempunyai daya tumpuan


yang lama.

Ramai ahli teori pendidikan awal kanak-kanak mengakui


kanak-kanak tidak dapat memberikan tumpuan kepada
sesuatu kegiatan yang mengambil masa yang terlalu
panjang.

Hal yang demikian ini memang ada kebenarannya sekiranya


aktiviti yang dijalankan tidak menarik minat kanak-kanak
tersebut.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang


dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu
aktiviti dalam jangka masa yang panjang dan
berlarutan hinggaberjam-jam lamanya.

Keadaan begini berlaku sekiranya kanak-kanak


tersebut sangat berminat dengan aktiviti yang
dilakukannya.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca dan menulis

Sebagai contohnya, kanak-kanak kecil akan


dapat duduk dan menumpukan perhatian
terhadap sesuatu permainan seperti
menyusun blok atau permainan
komputer untuk beberapa jam lamanya.

Mereka dapat memberikan tumpuan


sepenuhnya terhadap permainan tersebut.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Bagi pengajaran yang memerlukan kanak-kanak mendengar


dalam jangka masa yang panjang, guru perlu memikirkan
apa aktiviti yang dapat menarik perhatian mereka.

Kanak-kanak tersebut dapat duduk dan mengikuti


pengajaran dengan tekun.

Oleh itu pengajaran pendengaran perlulah diikuti dengan


aktiviti yang
memerlukan mereka terlibat secara aktif dan produktif.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Dalam pengajaran bacaan dan penulisan


kemahiran mendengar amat perlu bagi
membantu kanak-kanak menghubungkan
antara bunyi dan abjad.

Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran


menghubungkan abjad dan bunyi bagi setiap
abjad bagi membolehkan mereka membaca
secara lantang.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Apabila mereka mempelajari bagaimana untuk


menyahkod perkataan dalam
bahan bercetak, mereka perlu melalui beberapa tahap
yang bersistematik.

Juel(1991) menjelaskan antara tahap yang perlu dilalui


ialah:

tahap pemilihan kiu,


tahap hubungan bunyi dan ejaan, dan
tahap automatik.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Pada tahap pemilihan kiu kanak-kanak


mempelajari tentang bahan penulisan dan
fungsinya.

Caranya dengan dengan membaca lantang


kepada kanak-kanak bahabahan yang
bersesuaian dengan usia mereka.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Membaca lantang ini akan menjadikan mereka


sedar bahawa bahan bercetak mempunyai
fungsi dan bermakna.

Jika kerap dilakukan kanak-kanak akan sedar


bahawa komunikasi dengan bahan bercetak
perlu kepada kegiatan pendengaran
yang aktif .
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Pada tahap hubungan antara bunyi dan ejaan


pula, kanak-kanak mulai menguasai
kesedaran fonetik pada usia seawal tiga tahun.

Kesedaran fonetik ini bermaksud


kanak-kanak akan menyedari bahawa setiap
abjad dan setiap susunan abjad
mempunyai bunyinya yang tersendiri.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Hubungan antara abjad dengan bunyi ini ialah


asas kepada kemahiran membaca
dan menulis yang amat perlu dikuasai oleh
kanak-kanak sebelum mereka dapat
membaca dan menulis.
Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca danmenulis

Sekiranya mereka dapat menguasai kemahiran


ini, mereka dengan sendirinya dapat membuat
analisis terhadap hubungan bunyi dan abjad
yang tidak pernah diajarkan kepada mereka.

Pada peringkat ini kanak-kanak akan secara


tidak langsung telah dapat menguasai tahap
terakhir iaitu tahap automatik .
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran membaca


dan menulis berdasarkan
dua kemampuan yang mereka kuasai terlebih dahulu,
iaitu mendengar dan bertutur.

Sekiranya kedua-dua kemahiran ini tidak dipunyai,


maka seseorang kanak-kanak
akan menghadapi masalah untuk belajar kemahiran
literasi yang seterusnya iaitu kemahiran membaca
dan menulis.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Banyak kajian yang dijalankan mendapati


sekiranya kedua-dua kerencatan kanak-kanak,
sama ada mendengar atau dan bertutur dibaik
pulih, maka kebolehan membaca dan menulis
dapat dikuasai dengan mudah.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Pengenalpastian antara bunyi-bunyi vokal dan


konsonan amat penting bagi kanak-kanak yang baru
ingin belajar membaca.

Ibu bapa atau guru yang mula mengajar kanak-kanak


membaca akan cuba menyebut dan mengarahkan
kanak-kanak menyebut sesuatu huruf yang hendak
diperkenalkan dalam sesuatu sesi belajar membaca.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dapat


membezakan bunyi-bunyi huruf atau bunyi cantuman
huruf agar mereka dapat menumpukan kepada sebutan
yang betul bagi setiap perkataan yang dipelajarinya.

Bagi seseorang kanak-kanak mendengar memang mudah,


namun bagi mereka mendengar dengan berhati-hati
tidaklah semudah yang disangka, dan untuk
mengenalpasti dan memahami apa yang didengar lebih
sukar lagi.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Seseorang kanak-kanak dapat mendengar


dengan baik apabila mereka dapat
mempelajari bagaimana untuk membina dua
kemahiran yang penting, iaitu:

bagaimana untuk membezakan antara bunyi yang


mengandungi makna
Bunyi yang tidak mengandungi makna.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Latihan:
membezakan bunyi yang mengandungi
makna dan yang tidak mengandungi makna

mengikut arahan amat penting pada peringkat


awal kanak-kanak,

terutamanya bagi kanak-kanak yang baru ingin


belajar membaca dan menulis.
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Kanak-kanak akan dapat menurut arahan sekiranya


mereka dilatih berbuat demikian, sebaliknya tidak
dapat mengikut arahan sekiranya tidak menerima
latihan yang bersesuaian pada waktu usia awalnya.

Beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk


meningkatkan daya menurut arahan perlu
dijalankan bagi memastikan kanak-kanak sentiasa
didedahkan dengan amalan menurut arahan ini.
PERBINCANGAN
Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Secara berkumpulan, sila bincangkan jenis


permainan yang dapat dijalankan bagi
membantu kanak-kanak menurut arahan.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Kemahiran bertutur bukanlah sesuatu yang


perlu diajar bagi kanak-kanak yang
normal.

Namun kanak-kanak perlu diberikan banyak


pendedahan dan suasana yang kaya dengan
pertuturan sebelum mereka dapat menguasai
kemahiran ini dengan lebih berkesan.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Kanak-kanak yang sering diajak bertutur dan


sering diberi peluang untuk bertutur
akan lebih matang keupayaan bertuturnya
daripada kanak-kanak yang jarang didedahkan
dengan kemahiran ini.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Kepintaran bertutur ini juga perlu kepada


perancangan yang bersesuaian kerana
kita sering terserempak dengan kanak-kanak yang
pintar bertutur.

Tetapi kadang kala kebijaksanaannya bertutur


tidak dapat digunakan dengan berkesan kerana
jenis pendedahan yang diperolehinya juga tidak
bersesuaian dengan usia kanak-kanak tersebut.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Sebagai contohnya ramai kanak-kanak yang


kerap menggunakan bahasa yang kasar sama
ada ketika berhubung dengan orang dewasa
atau dengan kanak-kanak yang lain.

Hal yang demikian ini berlaku kerana


pendedahan yang diperolehinya daripada
orang dewasa tanpa kawalan atau seliaan yang
sesuai.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Bertutur dengan Sopan


Melatih kebolehan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran
bertutur dengan cekap dan sopan:

Biarkan kanak-kanak bercerita seperti yang anda telah


ceritakan. Tanyalah soalan
Kemudian apa yang berlaku? bagi menjadikan cerita
berterusan.

Dengar dengan penuh minat apabila kanak-kanak bertutur.


Jadilah seorang pendengar yang lebih bersemangat dan
responsif.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Bertutur dengan Sopan

Jika anda tidak faham bahagian cerita yang diceritakan


kanak-kanak, ambillah masa bagi memberikan peluang
kepadanya menjelaskan bahagian tersebut.

Tindakan ini akan menjadikan kanak-kanak memahami


tentang hubungan antara seorang penutur dengan
pendengar, atau penulis dengan pembaca.
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Bertutur dengan Sopan


Adanya khalayak yang baik amat membantu
kanak-kanak memperbaiki bahasa dan dalam
masa yang sama gaya dalam pertuturannya.

Ibu bapa atau guru ialah khalayak yang paling


baik bagi kanak-kanak.
PERBINCANGAN
Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Bincangkan tentang kemampuan kanak-kanak


meniru gaya pertuturan orang dewasa.

Pada pendapat anda, apakah faedah main


peranan bagi kanak-kanak mempelajari gaya
bertutur yang baik?
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba


mengenal pasti bentuk huruf, ilustrasi, format, dan bentuk
teks yang dibaca (visual atau peringkat
memecah kod).

Pembaca cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi


(fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks
berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks).

Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik


permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau
skema yang mereka punyai (semantik).
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Pada akhir pengajaran membaca, matlamat


guru adalah bagi memastikan kanak-kanak
memperoleh seberapa banyak manfaat dan
makna daripada bahan yang dibaca.

Apabila kanak-kanak belajar membaca mereka


sebenarnya membina pemahaman tentang
bahasa penulisan dan sekali gus memperoleh
makna tentang dunia dan kehidupan.
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba


mengenal pasti bentuk huruf, ilustrasi, format, dan bentuk
teks yang dibaca (visual atau peringkat
memecah kod).

Pembaca cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi


(fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks
berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks).

Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik


permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau
skema yang mereka punyai (semantik).
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Kanak-kanak yang diajar membaca secara pasif


dan tidak dilatih untuk membaca bagi
menyelesaikan masalah tidak akan menunjukkan
perkembangan dalam aktiviti membaca.

Bagi menjadikan pengajaran membaca sebagai


satu aktiviti yang aktif memerlukan strategi dan
program membaca yang khusus dan
berlandaskan kerangka teori yang kukuh.
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Peringkat awal pengajaran membaca


menyeliputi:

membina kesedaran tentang konsep bagaimana


bahan bercetak berfungsi kepada kanak-kanak

bagaimana untuk membina makna daripada


bahan bercetak tersebut.
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Permulaan Membaca
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan oleh guru
tentang permulaan membaca pada peringkat awal:

Mengetahui di manakah membaca perlu bermula?


Mengetahui bahawa bahan bercetak mengandungi mesej
Teks/buku bermula dari depan ke belakang
Proses membaca bergerak dari sebelah kiri ke kanan (bagi
tulisan rumi) dan berbalik ke kiri semula pada baris
seterusnya
Boleh mengenal pasti tajuk buku/cerita
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Boleh mengenal pasti nama penulis


Mengetahui bahawa sesuatu halaman
bermula dari atas ke bawah
Memahami konsep pembentukan perkataan
Mengetahui konsep awal, seterusnya, dan
akhirnya sesuatu perkataan atau huruf
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Memahami konsep huruf besar dan huruf kecil


Mengenal pasti bunyi dalam bahasa
pertuturan
Mengetahui akan tanda baca; tanda koma,
tanda soal, tanda seru, dan noktah
Boleh mengaitkan antara cerita dan ilustrasi
Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Dapat mengaitkan antara satu perkataan dengan satu perkataan


lain dengan cara menunjuk jari ke arah perkataan yang dikaitkan

Dapat mengaitkan antara bunyi dengan huruf yang awal dan dapat
mengaitkan antara bunyi dengan huruf satu persatu

Dapat mengaitkan antara bunyi dengan huruf dalam bahasa


bertulis

Dapat mengenal pasti nama dan bunyi setiap abjad

Dapat mengenal pasti perkataan yang kerap terdapat dalam bahan


bacaan.
Literasi Terbitan
Keupayaan kanak-kanak melakukan perkara di atas
juga menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai
keupayaan literasi terbitan.

Konsep literasi terbitan ini bermaksud kanak-kanak


telah mula menunjukkan bahawa mereka mula
memahami bahawa bahan bercetak ialah satu
bentuk komunikasi yang perlu dan penting dalam
kehidupan manusia.
Literasi Terbitan
Bahan bercetak mengandungi makna dan amat
penting dalam menyampaikan maksud atau
idea dalam bentuk yang tersusun dan
berstruktur.

Keupayaan untuk berkomunisi menerusi bahan


bercetak sama penting dengan keupayaan
untuk berhubung menerusi pertuturan.
Literasi Terbitan
Malah bahan bercetak mempunyai kelebihan daripada
komunikasi pertuturan kerana kandungan bahan ini
boleh disimpan atau ditangguhkan penggunaannya,
sedangkan komunikasi pertuturan akan tamat pada
masa itu sahaja.

Kanak-kanak yang dilengkapi literasi terbitan yang


kukuh pada peringkat awal
akan lebih mudah menguasai kemahiran membaca
dan menulis pada usia yang lebih dewasa.
Pendekatan Pengajaran Membaca

Terdapat pelbagai pendekatan yang telah


dibincangkan oleh pengkaji terdahulu tentang
pengajaran membaca, sama ada bagi
permulaan usia atau membaca pada tahap
yang lebih dewasa.
Pendekatan Pengajaran Membaca
Fonik
Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi
mengajar membaca pada tahap nyahkod perkataan.

Kanak-kanak diajar untuk mengenali huruf dari A


hinggalah ke Z.

Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu kanak-


kanak akan diajar mengenal setiap huruf dan
bunyinya.
Pendekatan Pengajaran Membaca
Fonik
Guru akan menyediakan carta huruf, kad imbas, kad huruf
besar dan huruf kecil, dan kanak-kanak diharapkan dapat
mengenal pasti setiap huruf serta bunyinya.

Mereka juga diajarkan bunyi huruf tersebut apabila


dicantumkan.

Pendekatan ini amat sesuai bagi meningkatkan kemahiran


kanak-kanak dalam melakukan proses mendekod, iaitu
memecahkan simbol bertulis dalam bentuk bunyi.
Pendekatan Pengajaran Membaca
Fonik
Peringkat menyahkod seperti yang kita pelajari dahulu ialah
satu peringkat awal dalam sistem komunikasi bertulis.

Namun demikian, walaupun seseorang kanak-kanak dapat


melakukan proses nyahkod ini dengan baik, tidak bermakna
bahawa dia telah menguasai kemahiran
membaca.

Kemahiran membaca hanya diperoleh sekiranya kanak-


kanak tersebut dapat membina makna daripada bahan
yang bertulis.
Pendekatan Keseluruhan Kata
Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata
ini banyak digunakandalam pengajaran membaca pada masa
ini.

Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi


keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan
bacaan.

Penegasan membaca adalah pada setiap perkataan yang


penuh, bukan bunyi perkataan berlandaskan sistem ejaan
dalam sesuatu bahasa.
Pendekatan Keseluruhan Kata
Biasanya guru akan menyediakan carta atau kad imbas
yang mengandungi perkataan yang lengkap dan gambar
yang disertakan dijadikan sebagai kiu bagi membantu
kanak-kanak menyebut perkataan tersebut.

Pengulangan juga berlaku bagi memastikan kanak-kanak


dapat menguasai sebutan sesuatu perkataan berdasarkan
huruf yang tertera di bawah gambar tersebut.

Latihan mengulangi sebutan perkataan dijalankan sehingga


kanak-kanak benarbenar mahir dalam menyebut perkatan
atau ayat yang mudah secara keseluruhan.
Pendekatan Keseluruhan Kata
Perbezaannya dengan kedua-dua pedekatan di
atas ialah pendekatan holistik menegaskan
aspek penghayatan bahan

selain daripada proses mengenal pasti huruf


dan bunyi huruf atau sebutan sesuatu
perkataan yang tepat .
Pendekatan Keseluruhan Kata

Pendekatan ini mengelak daripada


menggunakan carta huruf atau perkataan.

Guru membawa buku kanak-kanak yang


sebenar ke dalam kelas dan memberikan
kanak-kanak peluang mengalami bahan yang
mempunyai struktur yang lengkap
tersebut
Pendekatan Keseluruhan Kata

Guru perlu menyediakan persekitaran membaca yang kaya


kepada kanak-kanak.

Bahan yang dibawa perlulah kaya dengan pelbagai daya


tarikan agar kanak-kanak tidak berasa bosan dan sentiasa
berasa terhibur dengan kegiatan membaca.

Aktiviti membaca juga perlu diikuti dengan aktiviti


pengayaan yang pelbagai
bentuknya.
Pendekatan Keseluruhan Kata

Guru perlu menyediakan persekitaran membaca yang kaya


kepada kanak-kanak.

Bahan yang dibawa perlulah kaya dengan pelbagai daya


tarikan agar kanak-kanak tidak berasa bosan dan sentiasa
berasa terhibur dengan kegiatan membaca.

Aktiviti membaca juga perlu diikuti dengan aktiviti


pengayaan yang pelbagai
bentuknya.
PENGAJARAN PENULISAN
AWAL KANAK-KANAK
Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran literasi yang


amat penting dalam proses komunikasi antara manusia,
samalah seperti kemahiran bertutur, tetapi dalam
bentuk ortografik.

Beza antara proses komunikasi dengan menggunakan


kemahiran bertutur berbanding kemahiran menulis
ialah komunikasi pertuturan semasa sifatnya sementara
proses komunikasi penulisan boleh ditangguhkan.
Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan
Bertulis?
Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis?

Kanak-kanak sedar akan kegunaan penulisan, tujuan penulisan dan


strategi bagi membuat interpretasi terhadap bahan bercetak dalam
pelbagai konteks.

Mereka juga sedar akan hubungan antara bahasa lisan dengan bahasa
penulisan.

Malah kanak-kanak tahu bahawa alat penulisan seperti pen dan pensel
adalah bagi
digunakan untuk kelakuan menulis.

Sebagai contoh mereka akan menconteng apabila memperoleh pen atau


pensel.
Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis?

Kanak-kanak akan menulis pada sesuatu ruang yang


tertentu, bukan pada sebarang ruang.

Sebagai contoh mereka akan menconteng pada ruang


yang masih kosong atau yang tidak terdapat sebarang
penulisan lagi.

Kesemua perbuatan ini dilakukan oleh kanak-kanak


menerusi peniruan kepada perlakuan orang dewasa.
Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis?

Secara semula jadi mereka tahu bahawa perbuatan menulis ialah


perbuatan yang memerlukan kombinasi tangan dan mata, serta
bahan yang digunakan dalam proses tersebut seperti pen atau
pensel dan juga kertas yang kosong.

Kanak-kanak secara semula jadinya tahu sekiranya pen telah


kehabisan dakwat atau pensel yang sudah patah matanya.

Mereka akan mendesak orang dewasa agar memberikannya alat


penulisan yang lain sekiranya kedua-dua perkara tersebut berlaku
pada alat penulisannya
Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis?

Mereka juga tahu bahawa perbuatan penulisan ialah


perbuatan yang bermakna
dan berfungsi.

Apabila mereka melihat orang dewasa menulis mereka akan


memberikan perhatian terhadap bahan yang ditulis.

Mereka akan bertanya pelbagai soalan


yang berkaitan bahan tersebut.
Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran literasi yang


amat penting dalam proses komunikasi antara manusia,
samalah seperti kemahiran bertutur, tetapi dalam
bentuk ortografik.

Beza antara proses komunikasi dengan menggunakan


kemahiran bertutur berbanding kemahiran menulis
ialah komunikasi pertuturan semasa sifatnya sementara
proses komunikasi penulisan boleh ditangguhkan.
Kemahiran Menulis

Penulis mencatat mesej yang hendak


disampaikan ke dalam bahan bercetak (di atas
kertas) dan kemudiannya boleh dibaca oleh
penerima mesej pada masa yang lain.
Kegunaan Bahan Penulisan

Bahan penulisan dapat menggantikan bahasa


pertuturan bagi menyampaikan
sesuatu mesej.

Bahan penulisan merupakan sumber


maklumat yang dapat digunakan oleh orang
dewasa bagi mengambil tindakan.
Kegunaan Bahan Penulisan

Bahan penulisan juga merupakan penyampai


mesej sosial yang penting bagi orang
dewasa.

Bahan bertulis juga membantu orang dewasa


mengingat sesuatu perkara dan
memberi panduan kepada mereka untuk
mengambil sesuatu tindakan yang perlu.
Kegunaan Bahan Penulisan

Bahan penulisan juga boleh digunakan bagi


menyatakan perasaan hati seperti
suka, duka, sayang dan sebagainya.

Kanak-kanak tahu bahawa orang dewasa


menulis bagi menyatakan sesuatu
maklumat secara teratur.
Kegunaan Bahan Penulisan

Kanak-kanak menyedari bahawa mereka akan


memperoleh pengetahuan baru
menerusi bahan bacaan seperti buku cerita dan majalah.

Kanak-kanak juga sedar bahawa bahan bertulis


mengandungi klasifikasi tertentu
yang dijadikan panduan bagi orang dewasa untuk
mengambil tindakan.
Tahap Kebolehan Menulis
Menggunakan alat tulis, menconteng kertas dalam bentuk
17 berulang dan berlapis

Mengawal jumlah garis dan titik, bulatan di atas kertas


19
21- Membezakan antara bahan bertulis seolah-olah membaca tulisan
dan melakukan aktiviti menulis lebih kurang 10 minit
24 Meminta orang dewasa menulis untuk mereka,
27 seperti menulis nama dan tempat

Membentuk huruf secara kasar


29
Pembentukan huruf semakin kukuh
30
32 Boleh membezakan tulisan dengan lukisan
Penulisan semakin stabil, menulis dari kiri ke kanan,
34 belajar membuat garisan pada tulisan
PENDEKATAN HOLISTIK DALAM
PENGAJARAN
LITERASI AWAL KANAK-KANAK

Anda mungkin juga menyukai