Anda di halaman 1dari 10

ASAS KEPIMPINAN DAN

PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU
EDU 3083
KONSEP PROFESIONALISME
Profesionalisme ialah satu set ciri,
pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai
dalam sesuatu profesion.

Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak


mementingkan diri sendiri juga menunjukkan
ciri profesionalisme.
SUFIAH HUSSEIN dalam ESAH SULAIMAN
(2003)

satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan


seseorang dalam mencapai keberkesanan, produktiviti,
kecekapan dan kebertanggungjawaban.
HEDDERDOF dalam ESAH SULAIMAN
(2003)
Profesionalisme bermaksud satu nilai yang murni jika individu
itu mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi
dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan.
Pelaksanaan tugas dengan bersungguh-sungguh dan tidak
terlalu berkira dalam menjalankan tugas.
Bagi profesion perguruan, seorang pengetua/guru besar perlu
berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke
semasa dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik.
PARKAY (1990)
ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah
autonomi yang tinggi.
Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya
bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri,
dedikasi ke arah
menyediakan perkhidmatan dan mempunyai banyak peluang
membuat keputusan tentang pekerjaan mereka.
Ini disebabkan ahli profesional dibenarkan mengisytiharkan
monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.
Intan, 1995 dalam Esah Sulaiman (2003)
Menurut beliau, profesioanalisme juga dilihat dari segi
mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap
pekerjaan dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran.

Sesuatu tugas yang dilaksanakan bukan bertujuan bagi


mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah
memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, serta
bermatlamatkan sumbangan untuk masyarakat dan negara.
Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada
sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara
untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan
penyingkiran ahlinya.

Selain itu, ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod


etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang
terlibat. Dengan ini, semua ahli profesion hendaklah
bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan
keputusan yang diambil.
Kesimpulan

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesionalisme


bermaksud ciri-ciri kualiti bagi sesuatu profesion
memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi
menjalankan tugas, mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas, menggunakan keupayaan intelek,
menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika
profesion.
DISEDIAKAN OLEH:

NANTHINI A/P NAGERATNAM


SATESWARY A/P MURUGESWARAN
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai