Anda di halaman 1dari 33

1

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP


Kandungan

 Pengertian Islam, Iman dan Ihsan


 Asas-asas Syariat Islam
 Tujuan (Maqasid) Syariat Islam
Islam

 Bahasa: berasal dr kata kerja – salima = suci dari


kecacatan zahir dan batin, damai, selamat, sejahtera,
taat dan menyerah.
 Istilah syara = mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk
dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan segala
pengajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
dengan penuh ikhlas tanpa rasa terpaksa dan ragu.
 Pengertian Islam dapat diambil dari hadis Rasulullah 4
s.a.w:
“Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan
pesuruh Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa bulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika kau berkemampuan”

 Nama Islam adalah nama yang diberi oleh Allah s.w.t:

“…dan Aku telah ridakan Islam itu menjadi Agama untuk kamu”(al-
Maidah:3)
 Mereka yang memilih agama selain Islam 5
termasuk orang-orang yang rugi

Dan siapa yang mencari agama selain ugama Islam, maka


tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat
kelak dari orang-orang yang rugi.(al-Imran: 85)

 Penghayatan terhadap Islam – melaksanakan


rukun-rukunnya.
Iman
6

 Berasal dr kata kerja – amanna, yu’minu = percaya /


membenarkan
 Menurut istilah:
 Iman itu diucapkan dengan lidah dan kepercayaan
yang benar dengan hati dan perbuatan dengan
anggota – Ali Abi Talib
 Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan
membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan
anggota – Aisyah r.a
 Iman ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan
dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-
rukun – Imam Ghazali
 Orang yang beriman = percaya, mengakui dan beramal.
 Orang yang tidak sempurna iman – fasik, munafik, kafir
Ihsan
7

 yaitu tindakan seseorang melakukan


sesuatu amalan atau kebaikan karena
menyadari bahawa Allah sedang
memerhatikan gerak-geriknya dan
mengharapkan balasan baik drpd Allah.
 Hadis Rasullah s.a.w, maksud:
“Ihsan adalah bahwa engkau menyembah
Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika
kamu tidak dapat melihatNya, maka
sesungguhnya Dia sedang melihat kamu”
8

Ihsan

Kepada Allah Kepada makhluk


Ihsan kepada Allah
9
 Merupakan puncak pengabdian
 Melaksanakan rukun-rukun Islam dan segala
perintahNya dengan baik dan teiliti.
 Firman Allah s.w.t:

Tidakkah ia mengetahui bahwa sesungguhnya


Allah melihat (segala amal perbuatannya dan
membalasnya)?(al-’Alaq; 14)
10
ORANG YANG BERBUAT IHSAN TIADA
PADANYA DUKACITA DAN PEROLEH PAHALA.

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang
menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya)
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan
beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah:
112)
Ihsan kepada makhluk 11

 Berbuat baik sesama manusia – ibubapa, keluarga, tetangga,


masyarakat, hewan dan tumbuh-tumbuhan
(Iman) 12

Percaya dan yakin dgn


keesaan Allah

Hubungan antara (Islam)


Iman, Islam dan Patuh laksanakan
Ihsan perintah Allah

(Ihsan)
Ikhlas tanpa harap
ganjaran
13

Asas-asas
Syariat Islam

Aqidah Syariah Akhlak


14

1) Akidah
Asal dari perkataan Bahasa Arab `aqada - ikatan atau sangkutan atau
menyimpulkan sesuatu.
 Istilah : bererti kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap
dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam
atau dari luar diri seseorang.

 Dalam Al-Quran - mengakui kewujudan Allah SWT dan keesaanNya.


Terbahagi kepada tiga bahagian: 15

a) Tauhid Rububiyyah :
Allah s.w.t satu-satunya Pencipta, Pemelihara,
Penguasa, dan Pengatur alam ini. Firman Allah
yang bermaksud :


“Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah
yang menjadikan langit dan bumi dan memudahkan perjalanan
matahari dan bulan? Nescaya mereka menjawab, Allah”.
(al-Ankabut: 61)
b) Tauhid Uluhiyyah :
Allah sebagai satu-satunya Tuhan untuk 16
diabdikan diri kepadaNya dengan beribadah,
berdoa, tunduk, merendah diri hanya kepada-
Nya dan tidak menerima hukum agama dan
ketetapan dalam perkara ghaib kecuali dari
Allah.

Firman Allah yang bermaksud :



“Katakanlah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku


adalah hanya untuk Tuhan semesta Alam”
(al-An’am: 162)
c) Tauhid Asma’ wa Sifat
17

Percaya bahawa Allah memiliki segala nama-


nama yang menggambarkan kesempurnaan dan
ketinggian sifat-sifatNya sepertimana yang
terkandung di dalam Al-Quran dan al-Hadis
serta suci daripada segala sifat-sifat mustahil bagi
diriNya.
2) Syari’ah
Segala peraturan atau hukuman yang telah ditentukan
18
oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w.
Terbahagi kepada :
a) Ibadah
Bermaksud taat, tunduk, patuh dan merendah
diri kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud :



“Kepada tiap umat Kami utuskan seorang rasul dengan perintah:


beribadahlah kepada-Ku dan tinggalkan taghut”
(an-Nahl: 36)
b) Muamalah
Kira bicara yang merangkumi tukar-menukar antara
19

barang atau suatu yang memberi manfaat dengan cara


yang ditentukan seperti jual-beli, sewa-menyewa, upah-
mengupah, pinjam-meminjam, urusan bercucuk
tanam, berkongsi dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :



“Allah telah menghalalkan jual beli


dan mengharamkan riba”
(al-Baqarah: 275)
c) Munakahat
Suatu peraturan atau hukum yang 20

berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan


dan kekeluargaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Maka bolehlah kamu menikahi
perempuan yang kamu pandang
baik untuk kamu, dua atau tiga atau
empat, jika kiranya kamu takut tidak
dapat berlaku adil di antara mereka itu,
hendaklah kamu kahwini seorang
sahaja”
(an-Nisa: 3)
d) Jinayat
Setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah
21
oleh syarak, sama ada mengenai harta atau
jiwa atau tubuh badan atau meninggalkan
sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti
meninggalkan kewajipan sembahyang.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :



“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka
(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha
Kuasa, lagi maha Bijaksana”
(al-Maidah: 38)
3. Akhlak 22

Imam al-Ghazali : akhlak ialah suatu sifat yang


tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang
hingga menghasilkan segala perbuatan dengan
mudah (spontan) tanpa perlu pertimbangan
fikiran. Sekiranya akhlak itu baik menurut
pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, maka
baiklah. Sekiranya buruk mengikut al-Quran
dan al-Sunnah, maka buruklah.
akhlak :
23

a) Hubungan manusia dengan Allah.


Akhlak terpuji yang menghubungkan manusia dengan
Allah adalah seperti bertaqwa, ikhlas, sabar dll

b) Hubungan manusia sesama manusia.


Akhlak terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat
seperti bertimbangrasa, berlaku adil, bantu-membantu
jujur, amanah dan sebagainya.

c) Hubungan Manusia dengan Makhluk/Alam.


Hubungan manusia dengan makhluk dan alam
umumnya (haiwan dan tumbuhan seperti tidak
melakukan pencemaran, kerosakan atau kezaliman,
bertimbangrasa dan penyayang, memelihara haiwan
atau tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan, dsb
24

MAQASID ASY-SYARI`AH
(TUJUAN-TUJUAN SYARI`AT)
• Syari`at didatangkan oleh Allah bertujuan 25

untuk menjamin kemaslahatan atau


kebaikan kepada manusia dan
menghindarkan kemudharatan.
• Antara tujuannya adalah :
1. Memelihara kesucian dan
kepercayaan beragama

Islam datang untuk membebaskan


manusia daripada khurafat, tahyul,
kemunafikan dan kesyirikan kepada
keimanan dan tauhid.
Firman Allah s.w.t :
26
“Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu.
Allah tempat tumpuan. Dia tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun
yang menyamai denganNya”
(al-Ikhlas: 1-3)
• Allah juga mensyariatkan dakwah dan jihad
untuk memelihara kesucian akidah. Firman
Allah :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah daripada yang mungkar
dan kamu beriman kepada Allah..”
(al-‘Imran: 110)
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota
27
tubuh badan manusia

Setiap individu wajib menjaga keselamatan


diri sendiri dan dilarang mengancam
keselamatan orang lain. Firman Allah :

“Dan sesiapa yang memelihara kehidupan


seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah
memelihara manusia semuanya…”
(al-Maidah: 32)
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak…”
(al-An’am: 151)
3. Menjamin kemurnian fikiran dan
28
kewarasan akal

• Anugerah akal dan kekuatan berfikir


melayakkan manusia memegang status
khalifah di bumi.
• Untuk menjaganya, Islam menggalakkan
manusia menuntut dan menguasai ilmu
serta mengharamkan sebarang bentuk
perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi
akal seperti minum arak atau sesuatu yang
memabukkan. Firman Allah swt :
29

“Wahai orang2 yang beriman, sesungguh-


nya arak, berjudi, menyembah berhala
dan bertenung nasib adalah perbuatan
keji daripada perbuatan syaitan, maka
jauhilah perbuatan2 itu mudah2an kamu
peroleh kemenangan”
(al-Maidah: 90)
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri 30

• Kemuliaan dan keperibadian seseorang


berkait rapat dengan kehormatan dan maruah
diri. Seluruh perintah Allah (solat, puasa, zakat
dan haji) serta larangan-Nya (zina,
pendedahan aurat dan pergaulan bebas)
bertujuan untuk membentuk ketinggian dan
kemuliaan akhlak serta menghindarkan
manusia daripada terjerumus ke lembah
kehinaan. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina,
sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan
yang salah”
(al-Isra’: 32)
Menjatuhkan maruah orang lain dgn mencemooh,
31
ghibah dan memanggil dengan gelaran yang tidak
baik juga dilarang. Firman Allah :
“Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu
puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah2-
kan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah2kan puak perempuan
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu
lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk…….” (al-Hujurat: 11)
5. Menjamin usaha pemilikan dan 32
penguasaan harta
• Harta penting dalam kehidupan manusia.
Syariah Islam telah menggariskan
peraturan, hukum dan undang2 berkaitan
dengannya. Antaranya:

a) Kepentingan mencari kekayaan daripada


nikmat dan anugerah Allah.
“Dan carilah dengan apa yang dikurniakan oleh
Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari
Akhirat dan janganlah engkau lupa akan
bahagianmu di dunia…”
(al-Qasas: 77)
b) Diusahakan melalui cara dan pendekatan yang 33
diharuskan seperti jual beli dan lain-lain.

“..Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan


mengharamkan riba..”
(al-Baqarah: 275)
c) Dibelanjakan ke jalan yang diredhai Allah serta
banyakkan sedekah dan berzakat.

“Hendaklah kamu membelanjakan harta


kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu
mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..”
(al-Baqarah: 195)

Anda mungkin juga menyukai