Anda di halaman 1dari 28

Kajian menunjukkan, 95% pemikiran kita

dihasilkan oleh tabiat minda. Bayangkan aktiviti


harian kita banyak menggunakan minda tabiat.
Contohnya, kita tidak perlu berfikir untuk gosok
gigi, bila untuk bangun pagi, tidak perlu berfikir
bagaimana hendak memakai baju dan lain-lain.
16 Tabiat Minda

Sebagai 16 set penyelesaian masalah, kemahiran


hidup, dan cara sesuatu berfungsi secara efektif
dalam masyarakat bagi menggalakkan pemikiran
strategic, berwawasan, tabah, kreatif dan
berkemahiran.
1. Tetap Pendirian
Tekun melaksanakan tugas sehingga selesai dan kekal
fokus.
2. Mampu menguruskan tindakan
Ambil masa untuk mempertimbangkan pilihan,
berfikir sebelum bercakap atau bertindak, tenang
apabila tertekan atau dicabar, bertimbang rasa
terhadap orang lain dan berhati-hati.
3. Mendengar dengan pemahaman dan
empati
Memberikan perhatian dan tidak menolak pemikiran,
perasaan dan idea orang lain.
Berusaha untuk meletakkan diri dalam keadaan
orang lain.
Memberikan respon kepada apa-apa yang dinyatakan
oleh orang lain.
4. Berfikiran fleksibel
Mengubah perspektif, mempertimbangkan
input orang lain, menjana alternative dan
timbang pilihan.
5. Berfikir tentang cara berfikir
(metakognisi)
Menyedari pemikiran, perasaan, niat, tindakan dan
mengetahui apa-apa yang dilakukan atau dikatakan
memberikan kesan kepada orang lain serta bersedia
menimbangkan kesan pilihan pada diri sendiri dan
orang lain.
6. Berusaha bersungguh-sungguh untuk
melakukan sesuatu yang tepat
Menyemak kesilapan, mengukur kesilapan dan
memupuk keinginan untuk melakukan sesuatu
yang tepat.
7. Mempersoalkan dan memposisikan
masalah
Bertanya kepada diri sendiri, ‘bagaimana saya
tahu?....’,
Membangunkan soal sikap mempertimbangkan apa-
apa maklumat yang diperlukan, memilih strategi
untuk mendapatkan maklumat dan
mempertimbangkan halangan-halangan yang ada
semasa menyelesaikan masalah.
8. Memanfaatkan ilmu yang ada dalam
situasi baharu
Menggunakan apa-apa yang dipelajari,
mempertimbangkan pengetahuan dan pengalaman
terlebih dahulu, serta menggunakan pengetahuan
yang telah dipelajari.
9. Berfikir dab berkomunikasi dengan
jelas dan tepat.
Berusaha menjadikan sesuatu perkara jelas
apabila bercakap dan menulis serta berusaha
untuk berbicara dan menulis dengan tepat.
Elakkan putar belit.
10. Mengumpulkan data melalui semua
deria
Peka untuk melihat apa-apa yang saya lihat
Mendengar apa-apa yang saya dengar.
Mengambil perhatian terhadap apa-apa yang saya
bau.
11. Mencipta, membayangkan dan
inovasi
Memikirkan tentang sesuatu yang mungkin
dilakukan secara berbeza-beza daripada norma.
Mencadangkan idea-idea baru.
Berusaha untuk keaslian.
12. Respon dengan kagum
Tertarik dengan keindahan dunia, kuasa alam,
keluasan alam semesta.
Mengambil kira untuk apa-apa yang
mengagumkan dan menyentuh hati.
13. Mengambil risiko dan
bertangunggjawab
Bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru
dam berbeza
Menghadapi cabaran jika membuat kesilapan.
14. Mencari humor atau tidak terlalu
serius
Bergembira atau ketawa sewajarnya.
Mencari sesuatu yang tidak masuk akal, aneh,
ironis dan hal yang tidak dijangkakan dalam
kehidupan.
15. Berfikir saling memerlukan
Bersedia untuk bekerja dengan orang lain dan
mengalu-ngalukan input dan perspektif, mematuhi
keputusan kumpulan kerja walaupun diri tidak setuju
dan berhasrat untuk belajar daripada orang lain
dalam situasi timbal balik.
16. Terbuka kepada pembelajaran
berterusan
Terbuka untuk belajar daripada
pengalaman baru dan mengalu-alukan
maklumat baru dalam semua perkara.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas perlu melibatkan guru dan murid.
Kebiasannya murid kebih tertarik dengan kandungan
pembelajaran yang disampaikan secara visual dan
murid lebih seronok apabila belajar bersama rakan
sebaya.

Anda mungkin juga menyukai