Anda di halaman 1dari 5

CIRI-CIRI KHUSUS

AGAMA ISLAM
RABBANIYYAH (KETUHANAN)
MAKSUD RABBANIYYAH

■ Al-Rabbaniyyah merupakan konsep yang menjadi akar umbi atau


dasar utama tasawwur(pandangan hidup) Islam.
■ Al-Rabbaniyyah berasal dari perkataan Rabb. Menurut Haron Din
(1992:27), ia bermaksud Pemilik Yang Berkuasa, yang
menguruskan dan Dialah yang paling tinggi.
■ Dalam konteks tasawwur Islam, al-Rabbaniyyah mencerminkan
sifat Islam sebagai agama yang benar kerana disyari’atkan oleh
Allah S.W.T. selaku Rabb sekalian alam untuk umat manusia
sehingga ke akhir zaman.
ASPEK UTAMA AL-RABBANIYYAH

■ Menurut perspektif Yusuf al-Qardawi (zulkifli Mohd Yusiff


dan Fikri Haji Mahmud, 2007), beliau membahagikan al-
Rabbaniyyah kepada empat aspek utama, iaitu;
■ al-Rabbaniyyah al-Ghaya(tujuan/matlamat)
■ al Rabbaniyyah al-Wijhah (persepsi/orientasi)
■ al-Rabbaniyyah al-Masdar(sumber)
■ al-Rabbaniyyah al-Manhaj (sistem).
Al-Rabbaniyyah Al-Masdar (sumber)
■ Al-Rabbaniyyah al-Masdar bermaksud bahawa segala sumber dan akar
umbi kepada kehidupan di seluruh alam ini adalah berpunca daripada
acuan Allah S.W.T. dan mengembalikan sumber yang menjadi rujukan
serta sandaran peraturan kehidupan secara keseluruhan kepada
ketetapan Allah S.W.T.
■ Sumber syari’at Islam sudah tentu datang daripada al-
Qur’an dan hadith Rasulullah S.A.W. (Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri
Haji Mahmud, 2007). Inilah sumber yang akan membentuk kehidupan
manusia supaya berpegang teguh dengan tali agama Allah dan
memelihara diri daripada terpesong. Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud,
■ “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah
(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka hanya
kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (al-Nahl, 16: 53)
Al-Rabbaniyyah Al-Ghayah
(tujuan/matlamat)
■ al-Rabbaniyyah al-Ghayah bermaksud bahawa sesungguhnya Islam
telah menjadikan matlamatnya yang terakhir serta tujuannya yang jauh
tidak lain dan tidak bukan hanyalah hubungan yang baik dengan Allah
S.W.T. bagi mencapai keredhaan-Nya (Ramli Awang, 1997).
■ Inilah matlamat mutlak kehidupan manuia di dunia walaupun masih
terdapat tujuan-tujuan lain yang bersifat kehendak sosial. Oleh itu,
manusia tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku sumbang dalam
tindakan di dunia ini kerana masih terikat dengan tanggungjawab di
antara Rabb dan hamba.
■ Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud,
■ “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku.” (al-Dzariyat, 51: 56)

Anda mungkin juga menyukai