Anda di halaman 1dari 11

KUMPULAN 2

Bincangkan nilai murni dalam


sebuah skrip drama kanak-kanak
SKRIP DRAMA
PENTAS
PENGANTIN
RAJA RIMBA
SINOPSIS DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA
Skrip drama ini mempunyai 11 babak

Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020. Betapa meriahnya hari tersebut
kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil
masing-masing membawa hadiah yang unik.

Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias
dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah
pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet menghadapi pelbagai cabaran.

Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya
tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang meng-
indahkan langit rimba meraikan ,’ Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua
penghuni rimba dan lautan mengecapi kehidupan aman damai selamanya.
NILAI MURNI DARIPADA SKRIP DRAMA
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang kaya membantu yang miskin.
5. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
6. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
7. Saling berkerjasama dan faham memahami di antara satu sama lain.
8. Mewujudkan masyarakat yang dinamik.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10.Memupuk semangat perpaduan kaum demi keharmonian rimba dan lautan.
BABAK 1
Singa betina : Hei monyet betina! Kau cermin sikit muka kau tu… dahlah hodoh ada hati nakkan harimau.

Monyet betina : Yang engkau sakit hati dengan aku ni kenapa? Aku tak pernah pun hina engkau atau
sesiapa saja. Walaupun aku hodoh tapi hati aku taklah sebusuk hati engkau! Mentang-mentanglah
engkau binatang yang kuat… nak tunjuk ego pulak.

Singa betina : Engkau ni perasan sangat. Harimau tengok muka engkau pun dah nak loya.

Monyet betina : Ah! Engkau tu memang cemburu dengan aku, sebab selama ini tak ada binatang yang
minat dengan engkau walau pun sekaum denganmu.

Singa betina : Untuk mengetahuan engkau monyet, harimau tak layak dengan engkau tapi… kalau dengan
aku bagaikan pinang dibelah dua. (GELAK).
BABAK 2
Burung : Sang monyet… aku tahu engkau sedang memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa kau tak mahu terus terang aje
padanya?

Monyet : Aku malulah… siapalah aku hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang, siapa cepat dia dapat.

Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau aku jatuh cinta dengan kaum sejenis dengan aku tak apalah. Ini dengan keturunan
garang lagi ganas. Silap… silap haribulan aku yang dibahamnya.

Burung : (Ketawa) Ha… tahu pun engkau takut.

Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan, nyawapun sanggup digadaikan.

Burung : Begitu hebat sekali cinta engkau tu. Sanggup menggadaikan nyawa.

Monyet : Aku harapkan cintaku yang tertanam di sanubariku menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Burung : Aku kasihankan kau monyet. Angan-angan mu tinggi melangit. Kadang kala aku fikirkan engkau ni dah tak siuman kerana
membuat keputusan yang tak masuk akal.
Monyet : Bukan engkau je kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan aku dah gila.(MENGELUH)
Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi aku. Masa tu baru engkau tahu siapa aku.

Burung : Tak payah engkau cerita, semua binatang tahu… siapa engkau. Seekor binantang yang pintar, suka
menolong kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat berpegang kepada falsafah.

Monyet : Ke situ pulak dia. Aku tak mintak pun kau puji aku. Yang aku mahu kau berikan aku pendapat
bagaimana engkau dapat menolong aku dalam mengeratkan lagi percintaanku dengan harimau.

Burung : (Ketawa) Monyet… monyet… engkau ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… engkau karang surat
menyatakan hasrat hati engkau pada harimau… biarkan aku poskan surat engkau tu pada harimau.

Monyet : (Senyum) Ha… macam tulah kawan. Sanggup menolong kawan.


BABAK 3
Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau aku dapat makan… alangkah…

Monyet : Aku faham kau inginkan buah durian, biarlah aku tolong ambilkan.

Harimau : Sungguh baik hati mu monyet… aku kuat tapi aku tak boleh memanjat. Sungguhpun aku binatang yang hebat tapi aku ada kekurangan.

Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru apa salahnya kelebihan yang ada pada aku
ini dapat aku membantu binatang-binatang lain.

Harimau : Kata-kata engkau tu menyedarkan aku supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.

Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau. ( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)

Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)

Monyet : Hati-hati... nanti luka harimau.

Harimau : Selalunya aku melukakan mangsaku tapi kopek durian pun aku tak boleh.

Monyet : Kali ni biarlah kuku kau yang tajam tu hanya akan berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye. Biar aku tolong kopekkan durian
ni.

Harimau : Hati-hati monyet… nanti luka tanganmu.


TERUS KE
BABAK TERAKHIR
BABAK 11
(SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN)

Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba yang kami sayangi. Tuan telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatu padu tolong menolong dan aman selamanya.Terima
kasih Pengantin Raja Rimba.

Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG ISTERINYA) Ucapkan terima kasih kepada isteriku . Dialah yang
telah
membuka hatiku untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian penghuni lautan juga.

Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
- TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai