Anda di halaman 1dari 33

RUPA BENTUK DAN APLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM

KURIKULUM SUKATAN PELAJARAN


(HPU & HPK)
Falsafah

Falsafah Bahasa

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Bahasa


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
“Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”
Falsafah Pendidikan Bahasa (FPB)

FPB berasaskan FPK dan mempunyai 3 prinsip seperti yang


diterapkan dalam model bahasa oleh Mohd Rashid Md.
Idris, iaitu:

i) Berbahasa mengikut nahu untuk mencapai


objektif,

ii) Berbahasa untuk menyampaikan maklumat,

iii) Kegiatan bahasa untuk tujuan ibadat.


FPB ini selaras dengan Akta Pendidikan 1996, iaitu :-

i) Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di


sekolah rendah dan sekolah menengah.

ii ) Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Dalam merealisasikan harapan dan aspirasi ini, pengajaran
bahasa Melayu menekankan aspek penggabungjalinan
dan penyerapan.

*Penggabungjalinan
 Menggabungjalinkan dua atau lebih kemahiran bahasa
(membaca, mendengar, bertutur, dan menulis).
 Tatabahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Kosa kata dan peribahasa.
*Penyerapan
 Pelbagai bidang ilmu.
 Semangat kewarganegaraan dan nilai murni.
 Kemahiran berfikir (KBKK).
17 nilai-nilai murni yang perlu diterapkan
berdasarkan kurikulum Tingkatan lima:-
Baik hati Berdikari Keberanian

Keadilan Hemah tinggi Kesyukuran

Kebebasan Kasih sayang Patriotisme

Kejujuran Kerjasama Rasional

Kerajinan Kesederhanaan Hormat-menghormati

Semangat bermasyarakat Kebersihan fizikal dan mental


KEMAHIRAN
BERFIKIR

KREATIF KRITIS

• Menjanakan idea MENAAKUL


• Mencirikan
• Menghubung • Logik • Membandingkan dan
kaitkan • Rasional membezakan
• Membuat inferens • Mengumpul dan
mengelaskan
• Meramalkan
• Membuat urutan
• Membuat hipotesis • Menyusun mengikut
• Mensintesiskan keutamaan
• Mengitlak • Menganalisis
• Membuat • Mengesan
gambaran mental kecondongan
• Menganalogikan • Menilai
STRATEGI BERFIKIR
• Mereka cipta • Membuat kesimpulan
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
Objektif mata pelajaran bahasa Melayu = 8M
i) Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan,
perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta
mengeratkan hubungan dan berurusan untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
ii) Mendapat dan memproses maklumat secara kritis
daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan
ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
iii) Menggunakan maklumat yang diperolehi untuk tujuan
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta
menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
iv) Mendengar, membaca, menonton, dan memberi respons
kepada pelbagai bahan bacaan, jenis maklumat dan
bahan sastera.
v. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan
penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif
dan berkesan.
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.
Hasil Pembelajaran
I) Hasil Pembelajaran Interpersonal

1.0 Berinteraksi untuk menjalinkan dan mempererat hubungan


mesra.
2.0 Memberikan pendapat bernas sebagai sumbangan dalam
perbincangan.
3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan
kata sepakat.
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.
5.0 Memujuk unutk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan
sesuatu.
6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan.
II) Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar,


dibaca dan ditonton.
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu.
III) Hasil Pembelajaran Bidang Estetika

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi terhadap


karya sastera.
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya
penulisan kreatif dan bukan kreatif.
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Penggunaan Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Khusus
Bahasa Utama

1.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6


2.0 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5
3.0 3.1, 3.2, 3.3, 3.4
Interpersonal 4.0 4.1, 4.2
5.0 5.1, 5.2, 5.3
6.0 6.1, 6.2, 6.3

7.0 7.1, 7.2, 7.3, 7.4, 7.5, 7.6, 7.7


Maklumat 8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6, 8.7
9.0 9.1, 9.2, 9.3, 9.4

10.0 10.1, 10.2, 10.3, 10.4, 10.5, 10.6


Estetika 11.0 11.1, 11.2, 11.3
12.0 12.1, 12.2, 12.3, 12.4, 12.5, 12.6
Falsafah Pendidikan Falsafah Bahasa dan
kebangsaan Pendidikan Bahasa

PENDIDIKA
N
Pengajaran/ Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pembelajaran
Pelajaran Lain Bahasa

Ko-Kurikulum

Bahasa Merentas
Kurikulum
i) Suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi
iaitu secara menyeluruh dan bersepadu.

ii) Bagi melahirkan insan yang seimbang (J.E.R.I)

iii) Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

iv) Melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan,


berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

v) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

vi) Memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu.

HPU 2.0 : Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam


perbincangan.
HPK 2.4 : Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan
perbincangan.
Aras 2(ii): Mengusulkan cadangan yang praktikal dengan mengambil kira
keperluan semasa dan akan datang.

HPU 8.0: Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.


HPK 8.5: Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk
membuat inferens.
Aras 2(iii): Membuat refleksi dan merumuskan maklumat dengan fakta dan
alasan yang konkrit
Melahirkan insan yang seimbang (J.E.R.I)

HPU 7.0: Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang


didengar, dibaca dan ditonton
HPK 7.6: Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang
dirujuk.
Aras 2(ii): Mengemukakan fakta atau pandangan tambahan untuk
mengukuhkan wacana.

HPU 12.0: Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.


HPK 12.1: Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib
dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan
menarik.
Aras 3(i) : Menghasilkan skrip drama, teks pengacara dan ulasan,
kritikan dan polemik sastera.
Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan terhadap Tuhan

HPU 12.0: Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.


HPK 12.2: Memilih isi yang bernas dan membina kerangka
penulisan.
Aras 2(ii): Menghasilkan penulisan argumentatif yang matang.
Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab.

HPU 9.0: Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu.


HPK 9.3: Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat
pembentangan.
Aras 3(iii): Menganalisis hujah berdasarkan penyelidikan dan kajian serta
mengemukakannya

HPU 3.0: Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.
HPK 3.4: Mempertimbangkan segala aspek yang dikemukakan dalam
perundingan secara rasional untuk mencapai kata sepakat supaya diterima oleh
semua pihak.
Aras 2(i): Bertukar-tukar pendapat tanpa sikap prejudis dengan mengambil kira
sensitiviti pihak lain untuk mengelakkan konflik.
Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri

HPU 5.0: Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk


melakukan sesuatu.
HPK 5.3: Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan
untuk memujuk pihak lain.
Aras 1(i): Memilih dan mengucapkan kata ungkapan dan ayat
yang mesra serta dapat menarik perhatian pihak yang ingin
dipengaruhi.
Memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

HPU 6.0: Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan


dan perkhidmatan.
HPK 6.2: Menggunakan perkataan, ungkapan, ayat dan laras bahasa
yang sesuai untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.
Aras 1(i): Berurus dengan pihak tertentu dalam situasi formal dan tidak
formal dengan menggunakan laras bahasa dan gaya penyampaian yang
sesuai.

HPU 8.0: Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.


HPK 8.4: Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.
Aras 1(ii): Menyusun maklumat yang lebih mantap daripada susunan asal
berasaskan kepentingan tertentu.
CONTOH SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 MINGGU 9

 PADA AKHIR PELAJARAN MURID


DAPAT:
 1. MENYATAKAN MAKNA PERKATAAN
MENGIKUT KONTEKS AYAT.
 2. MEMBENTANGKAN FAKTA TENTANG
TOPIK DENGAN ULASAN YANG WAJAR.
 3. MENJELASKAN PENDAPAT TENTANG
SESUATU TOPIK DENGAN BUKTI YANG
WAJAR.
HASIL PEMBELAJARAN

 HASIL PEMBELAJARAN:
 HPU 1.4 : MENYATAKAN PERMINTAAN SECARA
BERTERUS TERANG DAN MENYAKINKAN DENGAN
MENGGUNAKAN INTONASI DAN PARALINGUISTIK
YANG SESUAI UNTUK MENGUATKAN PERMINTAAN.

 HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN: 1.4 ARAS 1(i)


 MENGAJUKAN HASRAT DENGAN UNGKAPAN YANG
SESUAI.
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN 3.2
ARAS 3.(i) :

MENJELASKAN PENDAPAT TENTANG


SESUATU TOPIK DENGAN
MENGEMUKAKAN BUKTI YANG
WAJAR.
REKA BENTUK
MODEL FALSAFAH BAHASA

 BULATAN
 GARISAN PUTUS-PUTUS
 ANAK PANAH
MAKSUD reka bentuk MODEL
FALSAFAH BAHASA
 BULATAN
1. BERBAHASA SECARA SEMPURNA IKUT NAHU,
MAKNA,DAN TUJUAN.
2. SEGALA UJARAN PERLU DIFAHAMI OLEH PENDENGAR.
3. GAMBARAN KESELURUHAN KEHIDUPAN ORANG
MELAYU.
4. AGAMA ISLAM AGAMA ORANG MELAYU PERLU
DIAMALKAN SECARA HOLISTIK.
5. GAMBARAN KEHIDUPAN MANUSIA ADAKALA DI ATAS
DAN DI BAWAH.PERINGKAT KITARAN KEHIDUPAN
BERMULA DARI LAHIR HINGGA MATI.
ANAK PANAH
•HUBUNGAN SECARA LANGSUNG ANTARA
PENUTUR DENGAN PENDENGAR.

•BAHASA MAINKAN PERANAN UNTUK


SAMPAIKAN MAKLUMAT AGAR KOMUNIKASI
DAPAT DILAKSANAKAN SECARA BERKESAN.
 GARISAN PUTUS-PUTUS

1. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH.


2. KURNIAAN ALAT ARTIKULASI MERUPAKAN
KURNIAAN ALLAH UNTUK MEMUDAHKAN KITA
BERBAHASA. OLEH ITU, GUNAKANLAH DENGAN
CARA BIJAKSANA.
3. AKAL YANG DIBERI GUNAKAN SECARA MAKSIMUM
DAN GUNAKAN AKAL UNTUK KEHIDUPAN YANG
TETAP MENTAUHIDKAN ALLAH MAHA PENCIPTA.
.
11 TIGA REKA BENTUK MODEL FALSAFAH PENDIDIKAN MENERANGKAN WUJUDNYA APLIKASI PRINSIP
ASAS BAHASA MODEL FALSAFAH BAHASA DALAM KURIKULUM IAITU KURIKULUM SUKATAN
PELAJARAN BAHASA MELAYU.

REKA BENTUK YANG PERTAMA IAITU BULATAN BERMAKSUD BERBAHASA SECARA


SEMPURNA IKUT NAHU, MAKNA, DAN TUJUAN.SEGALA UJARAN PERLU DIFAHAMI OLEH
PENDENGAR. GAMBARAN KESELURUHAN MASYARAKAT MELAYU. AGAMA ISLAM IAITU
AGAMA ORANG MELAYU DAN PERLU DIAMALKAN SECARA HOLISTIK. INI JUGA MERUJUK
KEHIDUPAN MANUSIA ADAKALANYA DI BAWAH DAN ADAKALANYA DI ATAS.AKHIR SEKALI
GAMBARAN PERINGKAT KEHIDUPAN SEJAK LAHIR HINGGA AKHIR HAYAT. PERKAITAN
KEDUA-DUANYA DAPAT DIKUATKAN LAGI APABILA WUJUDNYA KESINAMBUNGAN DALAM
KURIKULUM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 MERUJUK HASIL
PEMBELAJARAN UMUM 1.4 ARAS 1( I ) DAN HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS 3.2 ARAS 3 ( I ).
SECARA UMUMNYA KETIKA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU MEMAINKAN
PERANAN UNTUK MENYAMPAIKAN APA YANG DIINGINKAN OLEH PRINSIP MODEL
FALSAFAH BAHASA IAITU BERBAHASA MENGIKUT NAHU AGAR MAKSUD YANG HENDAK
DISAMPAIKAN ITU MENCAPAI OBJEKTIF. BERBAHASA JUGA UNTUK MENYAMPAIKAN
MAKLUMAT ATAU FAKTA YANG BETUL DAN BENAR. GURU BERPERANAN UNTUK
MEMAKLUMKAN BAHAWA PENTINGNYA MENGGUNAKAN ALAT ARTIKULASI YANG
DIKURNIAKAN OLEH ALLAH AGAR SEGALA MAKLUMAT MAHUPUN UJARAN DAPAT
DISAMPAIKAN DENGAN SEMPURNA. HAL INI SUPAYA DUA PRINSIP DALAM MODEL
FALSAFAH BAHASA TADI DAPAT DIPENUHI. SELAIN ITU, GURU JUGA PERLU MEMBERITAHU
PARA PELAJAR AGAR MENJAGA BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA ITU BUKANLAH
UNTUK BERTUJUAN KEEGOAAN, PERBALAHAN, TETAPI JUGA UNTUK KEHARMONIAN
SEJAGAT DAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA DAN KESEPADUAN MASYARAKAT
GLOBAL. PENGUKUHAN OLEH GURU DALAM ( HPU ) DAN ( HPK ) DAPAT MENJELASKAN
BAHAWA MEMANG WUJUDNYA APLIKASI REKA BENTUK FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA.
ANAK PANAH MERUPAKAN REKA BENTUK YANG KEDUA
DALAM MODEL FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA ANTARA
PENUTUR DENGAN PENDENGAR. PENUTUR PERLULAH
BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN AGAR SEGALA
MAKLUMAT DAPAT DIFAHAMI OLEH PENDENGAR. DALAM
KURIKULUM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
TAHUN 4 MEMANG ADA DIAPLIKASIKAN MELALUI
PENYATAAN HASIL PEMBELAJARAN (HPK) 3.2 aras 3 ( I ) iaitu
mereka boleh menjelaskan pendapat tentang sesuatu topik dengan
mengemukakan sesuatu bukti yang wajar. Dengan bahasa yang
difahami antara kedua-dua penutur dan pendengar membolehkan
segala maklumat itu dapat menjelaskan sesuatu tanpa prejudis. Ini
membolehkan masyarakat malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup
harmonis dan toleransi. Penggunaan bahasa yang bersopan, bermakna
dapat mengelakkan sebarang sengketa seperti terjadinya peristiwa 13
mei hasil akibat provokasi antara kaum. Setiap pelajar juga diasuh
untuk berani mengemukakan pendapat kerana negara malaysia
berprinsipkan negara demokrasi. Jadi secara tidak langsung sukatan
kurikulum ini beriringan dengan falsafah pendidikan bahasa.
 REKA BENTUK GARISAN PUTUS-PUTUS
BERMAKSUD HUBUNGAN MANUSIA DENGAN
ALLAH. SEHARUSNYA GURU PERLULAH
MENERAPKAN NILAI MURNI DAN NILAI KEINSAFAN
BAHAWA SEGALA ALAT PENGUCAPAN ADALAH
MILIK ALLAH DAN HENDAKLAH DIGUNAKAN
DENGAN CARA YANG BERHEMAH BUKANNYA
UNTUK TUJUAN NEGATIF. SEMENTARA ITU (HPK) 3.2
MENGHURAIKAN MAKLUMAT DENGAN
MENGGUNAKAN ALASAN YANG
MENYAKINKAN.ALASAN YANG MENYAKINKAN INI
DATANGNYA DARIPADA AKAL FIKIRAN YANG
RASIONAL.ITULAH HUBUNG KAITNYA DENGAN
AKAL. AKAL YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH INI
HENDAKLAH DIIMBANGI DENGAN PERLAKUAN
YANG POSITIF BAGI MENCERMINKAN NILAI
KEMANUSIAAN DI SISI ALLAH. SEGALA APA YANG
DIHARAPKAN OLEH FALSAFAH PENDIDIKAN
BAHASA ADA TERKANDUNG DALAM SUKATAN
KURIKULUM PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN
kesimpulan
 PERSOALAN TENTANG WUJUDNYA RUPA BENTUK
APLIKASI FALASAH PENDIDIKAN BAHASA
TERJAWAB DENGAN HURAIAN YANG TELAH
DIJELASKAN MELALUI MODEL FALSAFAH
PENDIDIKAN BAHASA OLEH MOHD. RASHID MD.
IDRIS. KESINAMBUNGAN REKA BENTUK INI
DIJELASKAN PULA MELALUI KURIKULUM SUKATAN
PELAJARAN BAHASA MELAYU. SECARA MORALNYA
KITA SEBAGAI MANUSIA HARUSLAH INGAT
BAHAWA APA YANG KITA MILIKI HANYA MILIK
ALLAH HATTA BAHASA YANG KITA UCAPKAN JUGA
TIDAK AKAN BERNILAI TANPA PENGUJARAN YANG
BERMAKNA. INILAH PERKARA YANG PERLU
DITITIKBERATKAN OLEH PARA PENDIDIK DAN
INILAH PERKARA YANG DITEGASKAN OLEH MOHD.
RASHID MD. IDRIS.

Anda mungkin juga menyukai