Anda di halaman 1dari 20

PENYELIDIKAN DALAM FALSAFAH

PENDIDIKAN BAHASA
TAJUK PENYELIDIKAN :
PELAKSANAAN DAN PENILAIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

OLEH :
DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD IDRIS
PENGENALAN
 Falsafah bahasa melibatkan dua bidang
kajian
a) Kajian falsafah
b) Kajian bahasa @ linguistik
 Menurut Hj Hashim Hj. Musa (2006),
falsafah bahasa bertujuan sebagai alat
perhubungan, perakaman, penimbunan,
pewarisan dan lambang untuk mewakili
alam, kewujudan, kejadian, kelakuan dan
keadaan seluruh alam dan manusia.
PENGENALAN
 Kajian bidang falsafah ini akan dapat
menjawab tentang hakikat bahasa, asal-usul
bahasa dan tujuan sebenar bahasa.
 Kajian ini juga diharapkan dapat memberi
pendedahan kepada guru agar mereka benar-
benar faham matlamat sebenar pengajaran
berkesan Bahasa Melayu.
PERNYATAAN MASALAH
 Menurut Anwar Ibrahim dalam Awang Sariyan
(1997), Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi tunjang kepada sistem pendidikan
kebangsaan supaya program dan aktiviti
pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip
dan nilai-nilai murni dalam falsafah berkenaan.
 Oleh itu, bahasa Melayu berpotensi dan
berupaya dijadikan sebagai medium untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai
murni.
PERNYATAAN MASALAH
 Namun dilihat belum wujudnya falsafah
pendidikan bahasa Melayu yang khusus yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dapat mengisi usaha
mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari sudut bahasa.
 Seterusnya aspek pelaksanaan @ amalan
pendidikan bahasa Melayu yang memerlukan
reformasi untuk mengisi falsafah tersebut.
 Hal ini demikian bagi mengatasi masalah guru
yang gagal menerapkan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran
OBJEKTIF KAJIAN
 Menerokai bidang falsafah bahasa dan menunjukkan
perkaitan pentingnya diwujudkan suatu falsafah
pendidikan bahasa Melayu yang khusus.
 Untuk mendalami teori-teori falsafah bahasa iaitu falsafah
Barat dan falsafah Islam dan mengaitkannya dengan
realiti poendidikan bahasa Melayu kini.
 Meninjau sejauhmana pengaplikasian falsafah pendidikan
bahasa Melayu di sekolah menengah teruatamanya dalam
kalangan guru bahasa Melayu.
 Menyarankan strategi bagi meningkatkan falsafah
pendidikan bahasa dalam konteks reformasi pendidikan
negara.
METODOLOGI KAJIAN
 Kaedah tinjauan (survey)
a)Pengumpulan data untuk mengetahui persepsi
guru mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
sekolah menengah tentang pendekatan
bersepadu pendidikan bahasa Melayu,
perancangan dan pelaksanaanya dalam
pengajaran.
 Tinjauan ini mencakupi 4 aspek iaitu:
a) ciri-ciri demografi masyarakat
b) Lingkungan sosial mereka
c) Aktiviti mereka
d) Pendapat dan sikap mereka
 Kaedah ini menggunakan borang soal selidik.
METODOLOGI KAJIAN
 Kajian keperpustakaan
a) Digunakan untuk mendapatkan
maklumat
b) Kaedah ini dijalankan dengan merujuk
buku, jurnal, majalah dan kajian lepas
berkaitan tajuk yang dikaji.
DAPATAN KAJIAN
Pada bahagian ini dibincangkan data-data
yang diperoleh oleh pengkaji daripada soal
selidik yang dijalankan. Data-data yang
berjaya dikumpul ini dianalisis bagi
mendapatkan keputusan kajian untuk
menjawab persoalan-persoalan kajian yang
telah dikemukakan sebelum ini. Analisis data
yang diperoleh pengkaji adalah
menggunakan beberapa formula pengiraan
dan dihuraikan dalam bentuk jadual.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Dapatan Kajian Bahagian A
Jadual 6: Maklumat Peribadi Responden
Maklumat Kekerapan Peratus
Jantina
Lelaki 17 34
Perempuan 33 66

Umur
21-30 12 24
31-40 19 38
41-50 18 36
>51 1.0 2.0
DAPATAN KAJIAN
Jadual 6: Maklumat Peribadi Responden
Maklumat Kekerapan Peratus
Bangsa
Melayu 100 100

Pengalaman
Kurang 1 tahun 4 8
1-5 tahun 8 16
6-10 tahun 6 12
11-15 tahun 12 20
15 tahun ke atas 20 40
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Jadual 6: Maklumat Peribadi Responden
Maklumat Kekerapan
Peratus
Kelulusan Akademik
STPM 0 0
Diploma 0 0
Ijazah Sarjana Muda 48 96
Ijazah Sarjana 1 2
Lain-lain 1 2
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Jadual 6: Maklumat Peribadi Responden
Maklumat Kekerapan Peratus
Bidang Pengajian Sarjana Muda
Pengajian Melayu (Linguistik) 13 26
Pengajian Malaysia (Kesusasteraan) 18 36
Pengajian Malaysia (Sosial/
Bandingan) 3 6
Lain-lain 16 32
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Jadual 6: Maklumat Peribadi Responden

Maklumat Kekerapan Peratus


Universiti
UM 15 30
UKM 8 16
UPSI 8 16
UPM 11 22
Lain-lain 8 16
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Analisis Persepsi Guru
Jadual 1: Pendekatan bersepadu pada pemahaman saya
ialah ciri teras pendidikan bahasa Melayu dalam KBSM

Maklumat Kekerapan Peratus


Sangat setuju 25 50
Setuju 24 48
Tiada komen 0 0
Kurang setuju 1 2
Sangat tidak setuju 0 0
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Analisis Persepsi Guru
Jadual 2: Pendekatan bersepadu dalam pendidikan
bahasa Melayu berkait rapat dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

Maklumat Kekerapan Peratus


Sangat setuju 25 50
Setuju 24 48
Tiada komen 0 0
Kurang setuju 0 0
Sangat tidak setuju 1 2
Jumlah 50 100
DAPATAN KAJIAN
Analisis Persepsi Guru
Jadual 5: Penggabungjalinan sistem tatabahasa

Maklumat Kekerapan Peratus


Sangat setuju 16 32
Setuju 30 60
Tiada komen 2 4
Kurang setuju 2 4
Sangat tidak setuju 0 0
Jumlah 50 100
RUMUSAN DAN
CADANGAN
Penyerapan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah
penting dalam usaha melahirkan modal
insan yang seimbang daripada sudut ilmu
dan akhlak.
Falsafah pendidikan bahasa adalah suatu
gagasan pengilmuan yang baik dan perlu
diterjemahkan dengan lebih jelas kepada
semua yang terlibat dalam dunia
pendidikan mahupun pihak-pihak lain.
RUMUSAN DAN
CADANGAN
Pendidik-pendidik mata pelajaran Bahasa
Melayu terutamanya di sekolah menengah
adalah sinonim dengan bidang falsafah
pendidikan bahasa Melayu.
Awang Sariyan menekankan aspek
pendidikan bersepadu dalam pendidikan
bahasa Melayu.
Konsep kesepaduan ditekankan selaras
dengan matlamat dalam FPK.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, rata-
rata pendidik mata pelajaran Bahasa Melayu
positif terhadap konsep falsafah pendidikan
bahasa.

Anda mungkin juga menyukai