Anda di halaman 1dari 2

Pemikiran logik kanak-kanak

Alhamdulillah. Semalam saya telah berada di PEPENTA Wangsa Maju untuk beri ceramah
bertajuk  Awal Matematik dan Pemikiran Logik.

Antara perbincangan yang diadakan bersama peserta kursus ialah teori konstuktivisme Piaget
dan teori sosio-budaya Vygotsky. Apa sekalipun kanak-kanak perlu diberi pendedahan,
pengalaman, peluang penerokaan dan percubaan ujikaji. Tanpa pengalaman awal sedia ada
(prior experince), kanak-kanak tidak akan dapat membina kemahiran berfikir. Apabila tidak
ada kemahiran berfikir kanak-kanak tidak boleh membina kemahiran penyelesaian masaalah.

Bukan kanak-kanak sahaja malah orang dewasa pun tidak akan tahu cara penyelesaian
masaalah apabila dia tidak ada pengalaman awal. Sebagai contoh kita lihat kisah al-Quran
dalam surah al-Maidah ayat 27-31yang menceritakan tentang pembunuhan putra nabi Adam
iaitu Qabil dan Habil. Apabila Qabil telah membunuh Habil, dia tidak faham apa yang harus
dia lakukan dengan mayat saudaranya. Ini ialah kerana dia tidak pernah melihat pengurusan
jenazah sebelum itu.  Akhinya Allah s.w.t. telah mengirimkan dua ekor burung gagak yang
bergaduh lantas seekor daripadanya mati. Kemudian burung gagak tersebut telah gali lubang
dan mengkambuskan bangkai burung gagak kedalam lubang tersebut. Setelah melihat
kejadian itu barulah Qabil faham apa yang perlu dilakukan dengan mayat saudaranya Habil.

Terbukti di sini bahawa pengetahuan awal (prior knowledge) adalah penting untuk menjadi
petunjuk dalam orang dewasa menangani sesuatu masaalah yang baru apatahlagi kanak-
kanak yang baru sedang membina diri menjadi dewasa. Mereka perlu belajar banyak perkara
untuk menjalani hidup ini sebagai orang yang berjaya.

Pengasuh dan ibubapa biasanya akan merasa puas hati dengan kebolehan kanak-kanak
menghafal sesuatu perkara. Contohnya seorang kanak-kanak di bawah empat tahun yang
mengenali nombor dengan bilangannya sekali. Terdapat kanak-kanak yang boleh  membaca
pada awal usia apabila diajar dengan menggunakan kaedah bacaan tertentu. Memang
kebolehan hafal itu adalah satu petanda bahawa perkembangan akal kanak-kanak tersebut
sedang terbina dengan baik dan daya memorinya bagus.  Hafalan juga merupakan salah satu
aktiviti mental tetapi dia bukan kemahiran berfikir. Hafalan dan pemikiran logik adalah dua
perkara yang berbeza walaupun kedua-duanya adalah melibatkan perkembangan akal kanak-
kanak. Hafalan adalah aktiviti mental mengumpul informasi dan menyimpan dalam memori
sedangkan pemikiran logik ialah kebolehan mental untuk mengenalpasti dan menganalisa
serta menilai sesuatu perkara seterusnya membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya. 
 

 Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka persekitaranya. Pengasuh perlu sediakan
pelbagai jenis aktiviti seperti; mengklasifikasi objek, padankan objek, ujikaji penemuan,
mengenalkan mereka dengan konsep ruang, masa, urutan, dan lain-lain lagi. Aktivi begini
adalah sangat mudah untuk kita lakukan tetapi memberi kesan yang baik kepada
perkembangan pemikiran logik kanak-kanak. Ibubapa juga boleh melakukan aktiviti begini
bersama anak mereka di rumah.

Anda mungkin juga menyukai