Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Kanak kanak adalah aset yang amat penting kepada setiap Negara di seluruh dunia. Mereka merupakan penyambung nadi pembangunan Negara masa hadapan dan menjadi

pewaris negara ,lantaran itu kita harus menitik beratkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial disamping merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu . selain daripada memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan , Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya dengan tujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna .Negara Malaysia sering melihat contoh dan menjadikan sistem pendidikan luar negara sebagai panduan dalam mentransformasikan dunia pendidikan di Malaysia supaya selari dengan negara lain. Setiap manusia dilahirkan dengan potensi yang berbeza. Ini bermakna setiap manusia berpotensi untuk berjaya dalam kehidupannya. Oleh demikian menjadi tanggungjawab pendidik untuk memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengilap potensi. Potensi individu secara holistik dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan satu proses yang berterusan dan sepanjang hayat. Pemikiran tokoh pendidik yang lampau masih berpengaruh ke hari ini banyak membantu perkembangkan potensi individu dalam memberi gambaran amalan pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya ,teori ialah perkaitan beberapa andaian atau penyataan yang telah diperhati ataupun dikaji secara sainstifik . teori juga adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan bagi menerangkan sesuatu perkara. Setiap teori yang dicetuskan mampu menyuburkan potensi setiap individu. Di antaranya tokoh yang sering menempah nama dalam dunia psikologi perkembangan kognitif ialah Vygotsky , Jean Piaget dan Gardner yang berpendapat perkembangan kognitif dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku berbahasa kanak-kanak. Tokoh tokoh pendidik ini telah mencipta teori tersendiri dalam membantu perkembangan kognitif( intelektual,)psikomotor dan afektif. Dalam konteks ini ,istilah kognitif mula dikemukan ketika

teori-teori Jean Piaget ditulis dan dibicarakan. Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu dan pengalaman melalui proses berfikir. Kemahiran kognitif didefinasikan satu kebolehan individu untuk berfikir memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti mengingat, berimaginasi dan lain-lain.Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.( Rohani Bt Abdullah 2003) Perkembangan kognitif kanak-kanak pula memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.(Haliza Hamzah 2008) Secara umumnya ,perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang . Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek. Perkembangan intelek merupakan proses perkembangan pemikiran , kemampuan berfikir dan menggunakan akal budi, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui

dipersekitarannya sama ada manusia ataupun objek. ( Azizi Yahya ,2005) Sehubungan dengan itu para pengkaji barat telah memberi pendapat dan pandangan yang berbeza-beza tetang perkembangan kognitif dari sudut tingkah laku, bahasa, emosi dan intelek. Jean Piaget pakar biologi berpendapat setiap manusia akan mencuba sedaya upayany untuk mengatur serta memahami rangsangan luar yang memberikan pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Tokoh kognitif yang terkenal ini juga berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak , sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan , manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Piaget juga berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat. (Mok Soon Sang, 2001) Teori kognitif menurut Lee Vygotsky memberi alternatif kepada idea Piaget tetang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang dewasa yang lain dan rakan sebayanya. Menurut Vygotsky , perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial dan individu.

Dalam konteks teori Albert Bandura , mempercayai kognitif atau proses pemikiran boleh mempengaruhi pembelajaran melalui pemerhatian. Individu tidak meniru sepenuhnya tingkah laku orang lain, sebaliknya membuat penilaian terhadap tingkahlaku berkenaan sama ada ingin melakukan dengan cara yang sama atau tidak. Fokus beliau ialah peranan proses pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain sebagai proses pembelajaran yang melibatkan kogitif. Teori Bandura di kenali sebagai teori kognitif sosial.( Mook Soon Sang 2001) Menurut kamus dewan kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan).Cantell(1971) pula melihat kecerdasan sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks iaitu kesemua proses yang melibatkan pemikiran abstark,kebolehan menyelesaikan masalah dan kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Clark ( 1992) mendefinasikan kecerdasan sebagai akibat perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang individu dan peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaran. Kognitif dan konsep kecerdasan seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Konsep kecerdasan mula-mula diperkenalkan oleh Sir fancis Galton pada akhir tahun 1800 an.menurut kamus dewan, 1991 Galton menyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Ini dipersetujui oleh pengkaji tempatan iaitu Rita ( 2001) yang menjelaskan kecerdasan adalah keupayaan yang berkaitan dengan baka, pertumbuhan dan perkembangan. Pandangan ini disokong oleh Dr Roger Sperry yang turut menyatakan kaitan kecerdasan dengan fungsi otak manusia. Kecerdasan didefinasikan sebagai kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan seharihari. Azizi Yahya ( 2005) . Menurut Dr Mahani Razali kecerdasan atau kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan kognitif seseorang untuk menaakul, mengira, mengimaginasi, berbahasa dan berfikiran logik. Manakala menurut Edward Thorndike(1913) , kecerdasan adalah kemampuan individu untuk memberi respon yang tepat terhadap stimulus yang diterimanya. .Berdasarkan kajian Poon, Chong Khim (2007) Kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti seseorang. Dalam pandangan Galton ,kecerdasan merupakan faktor utama yang memberikan asas kepada kebolehan-kebolehan spesifik yang lain .Dengan kata lain, sekiranya seseorang secara umumnya adalah cerdas, ia juga berkemungkinan besar dapat mengembangkan kebolehan lain.. Pandangan ini disokong oleh Charles Spearman ( 1950)

dan David Wechster( 1955) yang turut mempercayai seseorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi akan memiliki kebolehan dalam bidang-bidang lain. Salhah Abdullah (2009) Menurut kajian Hassan, Johari and Mohd Idrus, Nur Aimi (2011) Gardner telah berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan diantaranya ialah kecerdasan linguistik/verbal, logik matematik dan lain-lain. Gardner (1983) memberi definasi kecerdasan sebagaikeupayaan menyelesaikan masalah atau membentuk hasilan yang dihargai dalam satu atau lebih situasi budayaBeliau mengatakan Intelligence as the capacity to solve problems or to fashion product that are valued in one or more cultural setting Kim Phaik Lah ( 1998)-Proseding Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak USM.. Berdasarkan teori-teori idea pemikir kogitif dan konsep kecerdasan dapat disimpulkan pendedahan kanak-kanak dengan manusia disekelilingnya sangat bermakna kepada

perkembangan kognitif, sosial dan mengawal perasaan

2.0

Konsep kecerdasan klasik dan Howard Gardner

Berpandukan kepada konsep kecerdasan terdapat tokoh kecerdasan yang terkenal pada tahun 1997 iaitu Borich dan Tombari telah berpendapat kecerdasan dibahagikan kepada dua pandangan iaitu konsep kecerdasan tradisi klasik dan tradisi revisionis. Konsep kecerdasan klasik diasaskan oleh Alferd Binet yang memberi pandangan kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri.(Norliah Kassim 2005). Disamping itu terdapat beberapa orang ahli psikologi kecerdasan klasik lain yang

mengetengahkan konsep kecerdasan klasik iaitu Guilford dan Simon. Ahli pakar kecerdasan klasik ini menganggap kecerdasan sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa iaitu secara genetik. pandangan ini disokong dan dipersetujui oleh Galton (1869 ) Cartell ( 1890) dan Hall( 1844-1924) dan Rita pengkaji tempatan (2001) .Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) manusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Oarang yang bikal datangnya dari keluarga dan keterunan yang bijak juga. Pandangan ini percaya bahawa tahap kecerdasan seseorang tidak boleh dipertingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran. konsep kecerdasan klasik

mengukur tahap kecerdasan seseorang dengan cara membuat perbandingan dari segi keupayaan mentalnya dengan rakan-rakan yang sama umur. Ini berbeza dengan konsep kecerdasan tradisi revisionis yang menganggap kecerdasan boleh dipertingkatkan melalui latihan dan pendidikan. Kecerdasan tradisi revisionis bukan hanya dipengaruhi oleh faktor baka tetapi juga budaya setempat. Oleh yang demikian , kecerdasan didefinasikan sebagai kebolehan individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Dengan itu kecerdasan tradisi revisionis didefinasikan sebagai kebolehan individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Antara ahli psikologi tradisi revisionis yang terkenal ialah Sternberg dan Howard Gardner. Menurut Dr Mahani Razali( edisi ke 4 2010)
Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya

Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanakkanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner. Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu existential intelligent yang digelar oleh beliau sebagai intelligence of big question . David Lazear (2007). Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. kesembilan kecerdasan yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai

perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner .Justeru itu dapat dirumuskan bahawa kecerdasan pelbagai adalah kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan ,kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan mencipta sesuatu produk atau perkhidmatan yang bernilai dalam ruang lingkup budaya sesebuah masyarakat.

3.0

Membina soalan kecerdasan pelbagai dan cara meningkatkan kecerdasan pelbagai

di kalangan kanak-kanak. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara , pelbagai teori kognitif ,dan konsep kecerdasan seperti kecerdasan klasik, serta kecerdasan Howard Gardner telah dibincang .Hasil perbincangan jelas menunjukkan teori kogitif dan konsep kecerdasan mempunyai perkaitan dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak . Perkaitan ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan meletakkan harapan yang tinggi bagi melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek serta melahirkan individu yang berpotensi secara menyeluruh dan seimbang serta bersepadu dari segi JERI . Oleh demikian menjadi tanggungjawab ibu bapa dan pendidik untuk memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengilap potensi individu secara menyeluruh. Namun demikian sejauhmakah ibu bapa dan para guru membantu dalam menyuburkan pontesi kanak-kanak secara menyeluruh? Ini menjadi persoalan kerana persekitaran hari ini hanya memandang kepada pencapaian akademik atau perkembangan kognitif berbanding dengan perkembagan yang lain seperti muzik, intrapersonal, interpersonal, kinestetaik dan sebagainya. Perkara ini jelas dengan berdasarkan pernyataan di atas tugasan HBPS 4303 Interaksi Dan Bimbingan Kanak-Kanak telah memetik dialog berikut: Awak ini pandai main bola saja, tapi buat matematik tak pandai. Tahun depan dah nak masuk Tahun 1. Mak tak tahu apa nak jadi pada awak ni . Berpandukan dialog diatas, soalan tugasan telah menetapkan bina lima soalan berbentuk terbuka berkaitan dengan realiti situasi kecerdasan pelbagai, minat kanak-kanak, dorongan dan galakan

demi masa depan kanak-kanak. Oleh itu soalan yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepada murid, ibu bapa dan guru, ini kerana golongan tersebut yang terlibat di dalam situasi itu.

Soalan-soalan yang dibina kepada kanak-kanak

Soalan ini akan dikemukakan kepada kanak-kanak tersebut. 1. Anda pandai bermain bola. Mengapa anda meminati permainan ini? 2. Anda seronok bila bermain bola. Apakah jenis sukan permainan bola yang anda minati? 3. Anda suka bersukan .Siapakah ahli sukan dalam permainan bola yang anda minati dan kenapakah anda meminatinya? 4. Adakah bermain bola merupakan hobi atau cita-cita masa hadapan?

Soalan yang dikemukakan kepada ibu bapa

1. Bermain merupakan minat kanak-kanak. Setiap kanak-kanak belajar melalui bermain. Adakah encik sedar bahawa bermain dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dalam matematik dan perkembangan lain? 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini disokong oleh teori kecerdasan pelbagai.Sejauhmanakah peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan kanak-kanak melalui bermain dalam mengekalkan bakat, minat dan pelajaran?

Dalam program pendidikan prasekolah , proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal melalui bermain sambil belajar. Ahli-ahli psikologi kanak-kanak telah menegaskan bermain dapat memantapkan kemahiran emosi dan memperkembangkan domain kognitif kanak-

kanak .Program ini menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, menggunakan daya kreatif,memupuk semangat bergaul,sifat hormat menghormati dan berdisiplin untuk menyediakan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal disekolah

Berpandukan kepada pembinaan soalan pertama dan kedua yang diajukan kepada kanakkanak yang terlibat di dalam dialog di atas jelas menunjukkan soalan-soalan berikut berbentuk soalan terbuka. Soalan-soalan berikut mampu membuka minda kanak-kanak tersebut. Analisis terhadap soalan pertama dan kedua ini menunjukkan soalan yang dikemukan dimulakan dengan pujian terlebih dahulu sebagai pengenalan interaksi untuk membimbing kanak-kanak memberi maklum balas dalam situasi yang selesa. Persekitaran yang selamat dan selesa mampu membantu minda kanak-kanak .Memberi pujian adalah merupakan satu peneguhan positif ataupun galakan yang mampu merangsang minda kanak-kanak. ini dipersetujui oleh ahli cendiakawan psikologi barat iaitu Skinner (1904) dan Thorndike yang menyatakan peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi gerak balas tersebut.(Mook Soon Sang 2001) Berhubung dengan soalan pertama dan kedua ini juga berbentuk lebih kepada menguji tahap pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut terhadap permainan yang diminati. Hasil dapatan maklum balas yang bakal diberikan kepada kanak-kanak mampu membantu perkembangan kognitif seseorang dalam kebolahan berfikir secara rasional. Ini selari dengan definasi kecerdasan yang diketengahkan oleh Sternberg ( 1985) bahawa kecerdasan merupakan kebolehan intelek yang mengandungi tiga bahagian iaitu konteks, pengalaman dan komponen. Kedua-dua soalan ini juga boleh dijadikan panduan sebagai ukuran minat tahap kecenderungan dalam bermain bola adakah sebagai satu hobi atau bakat semulajadi atau sekadar mengikut minat rakan sebaya. Ini kerana setiap manusia mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza. Hasil pengukuran penilaian terhadap minat dan kecenderungan ini dapat membantu guru, ibu bapa dan kanak-kanak dalam mengembangkan potensi te tahap yang optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. -Tumpuan seterusnya soalan yang dibina berdasarkan kepada perkembangan bahasa dalam kebolehan bertutur menggunakan bahasa jelas menunjukkan pemupukan yang optimum dalam meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak dan kecerdasan pelbagai dalam aspek seperti verbal linguistic dan kecerdasan intrapersonal melalui kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Melalui maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan kepada

kanak-kanak ini dapat memberi dorongan , motivasi dan rangsangan kepadanya untuk meneruskan minatnya terhadap permainan bola. Tahap perkembangan bahasanya juga akan meningkat melalui perbendaharaan kata dan pembentukan ayat yang digunakan bagi mengukuhkan jawapan yang diberikan dan persekitaran yang wujud membantu peningkatan keupayaan kognitifnya . Disamping itu soalan pertama dapat mewujudkan hubungan dari segi emosi dalam diri kanak-kanak bila kanak-kanak merasa selamat, gembira, hormat ,dihargai dan disayangi. Roger( 1951) berpendapat masalah yang dihadapi oleh manusia adalah disebabkan oleh penghargaan bersyarat.Bila timbul perasaan disayangi dan dihargai oleh kanak-kanak mereka akan hilang rasa malu untuk berkomunikasi. Perkara ini selari dengan matlamat pendidikan prasekolah yang perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan menggembirakan untuk perkembangan minat dan keupayaan dan menggalakan pembelajaran aktif.(Garis Panduan Kurikulum Prasekolah 1985) dan disokong oleh Daniel Golemen(1999) yang menyatakan emosi sebagai satu kecerdasan manusia yang paling penting. Kanak-kanak yang tidak diberi rangsangan yan secukupnya juga tidak akan mempamerkan prestasi intelek yang tinggi. Satu kajian tentang ransangan telah dijalankan oleh pihak UKM keatas kanak-kanak diRumah Amal Tengku Budriah, Cheras, Kajian ini dijalankan selama enam bulan. Setiap kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek. Dalam tempoh itu, kanak-kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama dikenakan satu program rangsangan sementara kempulan yang kedua tidak. Selepas enam bulan, semua kanak-kanak dalam kajian itu telah diberikan ujian intelek sekali lagi dan didapati kanak-kanak dalam kumpulan pertama telah mencapai peningkatan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran kendiri dan interaksi sosial. Kajian-kajian yang telah dijalankan diserata dunia juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai persekitaran yang serba kekurangan akan menunjukkan prestasi yang lebih tinggi setelah mereka mengikuti program ransangan. Pembinaan soalan ketiga dan keempat turut diajukan kepada kanak-kanak yang mempunyai minat di dalam bermain bola. Hasil dapatan analisis soalan berikut di dapati soalan tersebut bentuk soalan terbuka. Soalan tersebut secara umumnya membantu perkembangan kognitif dalam proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. soalan berikut

mempengaruhi kehidupan dan masa depan kanak-kanak. Perkembangan kognitif dikalangan kanak-kanak ini penting ini selari dengan tokoh kognitif seperti Lee Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan persekitaran dan dorongan orang yang rapat dengan mereka. Melalui maklum balas yang diberikan dapat memperkembangan intelek seseorang melalui kemampuan berfikir,

menggunakan akal budi, memahami dan membentuk pengalaman serta pengetahuan . Menurut Saayah Abu ,2008 persekitaran yang berkualiti memberi impak kepada tingkah laku kanak-kanak dan merangsang daya pemikirannya. Dalam konteks soalan tiga dan empat di atas soalan lebih kepada ,memberi galakan , sokongan dan kepercayaan. Apabila kanak-kanak mendapat sokongan , galakan dan kepercayaan , kanak-kanak berpeluang belajar bertanggungjawab, amanah dan berdikari. Mereka akan rasa di hargai kerana di beri peluang untuk membuat pilihan dan keputusan sendiri. Tanpa disedari soalan tersebut merupakan soalan yang mendorong kepada kecerdasan pelbagai mengikut Gardner dan tokoh-tokoh kecerdasan pelbagai yang lain. Melalui soalan berikut dapat menggalakan kanak-kanak dalam pembelajaran aktif melalui memberi perhatian terhadap keperluan sendiri , berkomunikais tetang pengalaman , pengetahuan yang dimiliki dan meluahkan perasaan dalam membuat persebahan sendiri. Sehubungan itu perkembangan kanakkanak secara menyeluruh dapat diserap.

Berkaitan dialog tugasan HBPS 4303 mengikut situasi wajar beberapa soalan diajukan kepada ibu bapa .Dapatan dari soalan-soalan yang diajukan difirasatkan dapat membantu semua pihak iaitu kanak-kanak , ibu bapa dan pendidik.

Berpandukan kepada soalan pertama yang diajukan kepada ibu bapa soalan ini dibina dalam bentuk soalan terbuka sebagaimana yang ditetapkan oleh tugasan. Bentuk soalan ini telah menyedarkan ibu bapa tetang naluri semulajadi kanak-kanak yang suka bermain. Ibu bapa juga dapat mengetahui kaedah belajar sambil bermain boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif, afektif,psikomotor, emosi, kreativiti dan rohani. Fakta ini disokong oleh ahli teori kognitif Vygotsky yang menyatakan bermain membantu perkembangan bahasa dan perkembangan struktur otak melalui penggunaan symbol-simbol dan alat-alat yang sesuai. Jean

Piaget juga menegaskan , bermain dapat memperkembangkan kognitif domain kognitif iaitu cara melatih dan membina pengetahuan. Secara rumusanya main mempunyai lima ciri utama iaitu memberi motivasi dalaman kepada kanak-kanak, murid dapat memilih secara bebas, menyeronokan, semua dapat melibatkan diri dan main mengikut Piaget bukan satu yang sinonim dengan pembelajaran tetapi membantu memudahkan proses pembelajaran yang berlaku. Sehubungan itu soalan ini juga dapat membantu anjakan paradigm dikalangan ibu bapa tetang kewujudan kecerdasan pelbagai dalam dunia pendidikan dimana selari dengan hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Perkara ini disokong oleh Howard Gardner yang menyatakan kewujudan kecerdasan pelbagai dalam setiap individu. Disamping memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa , soalan yang dibina ini juga dapat membantu kanak-kanak dalam mengekalkan minat , bakat serta kebolehannya dalam bermain bola. Amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak memerlukan kefahaman pemilihan aktiviti dan bahan pembelajaran. Soalan ini juga di persetujui oleh NAEYC juga menyatakan bahawa progam kanak-kanak yang mempunyai kualiti yang baik adalah program yang menyediakan tempat yang selamat dan pemupukan persekitaran yang dapat meningkatkan perkembangan fizikal, social, emosional dan kognitif

Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Ibu bapa adalah orang yang mendidik anak-anak sebelum masuk ke tadika. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak memudahkan ibu bapa memahami konsep pengajaran dan pembelajaran prasekolah dan mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran anak-anak serta membantu untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak-anak. Berdasarkan soalan kedua yang diberikan kepada ibu bapa memberi pendedahan atau pun peluang kepada ibu bapa untuk membantu perkembangan kanak-kanak serta menyuburkan potensi mereka. Melalui soalan kedua ini ibu bapa akan mula sedar dan mengetahui tanggungjawab dan peranan mereka dalam perkembangan awal kanak-kanak adalah penting. Persekitaran yang dibentuk oleh mereka adalah faktor utama dalam meningkatkat perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh . Penglibatan ibu bapa yang menyediakan persekitaran pembelajaran untuk

kanak-kanak secara berterusan, menyeluruh dan terancang akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan intelek kanak-kanak. soalan ini juga menerangkan kepada ibu baa yang kanak-kanak tidak boleh dikongkong dengan aktiviti intelekstual sahaja iaitu latihan matematik sahaja. Soalan ini juga akan mengubah pandangan dan tanggapan ibu bapa individu yang berpencapaian tinggi dianggap cerdik dan cerdas. Tetapi individu yang mahir, cerdik dalam pelbagai aspek secara menyeluruh adalah modal insan harapan Negara yang berjaya. Ibu bapa selepas ini akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam membantu perkembangan kanak-kanak, terdapat pelbagai aktviti yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dalam meningkatkan kecerdasan pelbagai kanak-kanak antaranya bermain bola dapat membantu meningkatkan pengetahuan kecerdasan ruang, logic matematik, bahasa, intrapersonal , kenistetik dan sebagainya. Ini jelas segala aktiviti yang kanak-kanak buat adalah penting dalam perkembangan mereka dengan melalui kecerdasan pelbagai. Kesimpulan daripada kesemua soalan-soalan yang dibina dan dikemukakan kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat menunjukkan soalan-soalan yang dibina mempunyai unsure-unsur yang betujuan untuk menggalakan kecerdasan pelbagai dan mengekalkannya dalam diri- kanak-kanak. Namun demikian terdapat beberapa perkara yang boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kecerdasan pelbagai dalam diri kanak-kanak disamping mengekalkan perkembanangan kognitif matematik atau sebagainya melalui ibu bapa atau guru harus berbual dengan kanak-kanak,mendorong kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti, beri peluang kepda kanak-kanak berfikir apa yang dia lakukan, galakan kanak-kanak berfikir dan sentiasa memberi peneguhan dan dorongan kepada mereka.

4.0 Rumusan pendapat dan pandangan 5 orang ibu bapa terhadap situasi di atasa. Dan cadangan rangsangan kecerdasan pelbagai

Hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad. Dalam satu hadis , Rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang

anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi ".

Apabila membincangkan pandangan dan pengalaman ibu bapa terhadap situasi dialog melalui temuabual pelbagai idea dan persepsi cara yang diaplikasikan untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak secara menyeluruh. Dapatan temubual 3 orang kaum bapa yang dari kumpulan professional tidak bersetuju dengan cara pemikiran ibu tersebut terhadap anaknya yang mempnyai bakat dan keistimewaan dalam permainan bola. Ini kerana ketiga-tiga kaum bapa ini berpendapat melalui bermain perkembangan dan pertumbuhan badan akan menjadi sihat dan cerdas disamping itu mereka juga memahami melalui aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yang optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada kata sepakat diambil ketiga-tiga kaum bapa ini yang bermain bola sebenarnya mempunyai keistimewaan yang tinggi dalam membantu kanak-kanak dalam perkembangan yang lain. Melalui bermain kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri , tahap disiplin, perkembangan kognitif, fizikal, intrapersonal, interpesonal spatial dan sebagainya . Sikap dan dorongan ibu bapa menjadi nadi utama dalam membantu pembentukan insan yang seimbang.Persekitaran adalah faktor utama. Ini disokong oleh Froebel percaya kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Dr.Maria Montessori percaya bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak diberi peluang menyentuh, mencuba dan menggunakan peralatan khas dan persekitarannya yang disediakan secara tersusun.

Glen Doman percaya bahawa perkembangan atau potensi intelek seseorang kanak-kanak kurang upaya (segi mental) dapat dirangsang dengan penggunaan pelbagai "flash card". Dengan cara ini, kanak-kanak dapat didedahkan kepada perkataan dan ide sebelum ia mencapai tahap mengenal, memahami atau menerap makna sesuatu konsep. Hasil rumusan pendapat dan pengalaman dari temubual dua orang lagi wakil ibu bapa menunjukkan pandangan yang berbeza. Ini dapatan dari kaum ibu yang tidak berkerjaya , hanya menjadi suri rumah menunjukkan perbezaan dalam kes kini. Kedua- dua kaum ibu ini lebih mementingkan dan mengharapkan maju dan berjaya serta tumpuan kepada perkembangan intelek sepenuhnya. Kaun ibu ini berpendapat dengan bermain bolaatau[un bersukan tidak dapat membantu dan menjanjikan apa-apa keistimewaan kepada mereka. Kaum ibu berpendapat apabila kanak-kanak ini tidak mempunyai ilmu pendidikan mereka akan menjadi orang yang lemah dan tidak disanjung.Justeru itu kaum ibu menetapkan cerdik dan bijak di dalam pelajaran akan menjanjikan kemewahan dan kepandaian. Kedua-dua ibu ini juga berpendapat permainan tidak boleh memantangkan diri mereka dalam bidang lain.

'Merekalah modal insan negara yang akan menerajui pembangunan negara pada masa depan. Oleh sebab itu, pendidikan awal amat penting bagi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi), cerdas sosial dan fizikal,

Rumusan Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Sehubungan itu corak pendidikan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh orang dewasa. Biasanya orang dewasa ingin memberi pendidikan yang terbaik untuk anaknya.pendidikan yang

diberikan sama ada secara formal dan tidak formal banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan budaya

Anda mungkin juga menyukai