Anda di halaman 1dari 2

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT): isu dan cabaran dalam aspek


kurikulum, pedagogi dan pentaksiran
Abdullah, Abdul Halim and Aris, Baharuddin and Saud, Muhammad Sukri and Boon, Yusof and
Awang Ali, Saidatul Akmal (2015) Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): isu
dan cabaran dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. In: Prosiding Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15 Sept, 2015, UTHM
Johor.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://fptv.uthm.edu.my/seminarmajlisdekan2015/

Abstract
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenalkan secara meluas oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013 bagi meneruskan kesinambungan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Terdapat tiga komponen penting yang menerajui
pelaksanaan KBAT iaitu perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Kertas kerja ini
membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan dalam
melaksanakan KBAT khususnya dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Isu dalam
aspek kurikulum merangkumi peranan guru bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam
kurikulum mampu bertukar realiti. Dari aspek pedagogi, cabaran utama guru adalah bagaimana
memilih cara-cara tertentu dalam menjalankan pengajaran bagi memastikan objektif KBAT
tercapai. Tambahan pula, KBAT adalah sinonim dengan pemikiran mencapah dan menyediakan
ruang untuk pelajar memikirkan jalan penyelesaian masalah secara bukan rutin. Manakala dalam
aspek pentaksiran, kaedah penilaian atau pentaksiran yang akan mengukur KBAT antara dilema
yang dihadapi oleh guru. Kertas kerja ini turut membincangkan dapatan satu kajian kes yang
bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan semasa pelaksanaan KBAT guru
matematik sekolah menengah di sebuah daerah di Terengganu. Kajian memfokuskan aspek
kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan keseluruhan dan dianalisis mengikut faktor demografi
responden kajian. Seramai 196 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang
mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan KBAT aspek pentaksiran
merupakan aspek yang paling lemah dan kurang dikuasai oleh responden kajian. Hasil analisis
menunjukkan terdapat hubungan antara tahap pengetahuan dan amalan KBAT bagi setiap aspek.
Hubungan tahap pengetahuan terhadap amalan secara keseluruhan adalah kuat (r=0.68)
manakala aspek kurikulum (r=0.52) dan pedagogi (r=0.54) pada tahap sederhana serta terakhir
iaitu aspek pentaksiran adalah pada tahap yang lemah (r=0.46). Dapatan kajian juga mendapati
wujud perbezaan bagi tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan KBAT dari faktor demografi
jantina, lokasi sekolah dan pendedahan dalam kursus KBAT. Kesimpulannya, tahap pengetahuan
berkait rapat dengan amalan pelaksanaan KBAT dan beberapa faktor demografi memberi kesan
terhadap tahap pengetahuan dan amalan KBAT guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR PERANCANGAN DAN AMALAN GURU DALAM PENGAJARAN KAJIAN
KES DI SEKOLAH RENDAH

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR: PERANCANGAN DAN AMALAN GURU DALAM PENGAJARAN,


KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH

Irni Ismail

Dr Ahmad Johari Sihes

Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia Email: ismirnisma@yahoo.com Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji perancangan dan amalan pengajaran kemahiran befikir dikalangan guru-
guru sekolah rendah di daerah Pasir Gudang Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan
kajian kes menggabungkan kuantitatif dan kualitatif menggunakan kaedah “explanatory sequential”.
Kajian ini menekankan bagaimana persediaan dalam pengajaran berdasarkan kemahiran berfikir dan
kedua, melihat tahap amalan guru dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga ingin melihat sama ada
terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara pengalaman mengajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai perancangan KBAT yang tinggi namun mengamalkan
pengajaran kemahiran berfikir di bilik darjah yang sederhana. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi antara berdasarkan pengalaman. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa wujud hubungan antara persepsi guru terhadap pengajaran berfikir dan amalan
pengajaran kemahiran berfikir. Kata kunci: Kemahiran berfikir, perancangan, amalan pengajaran guru,
sekolah rendah

Anda mungkin juga menyukai