Anda di halaman 1dari 10

M8: Bincangkan bagaimana guru dapat

merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan di sekolah dengan mengaitkan
cabang-cabang dalam falsafah iaitu metafizik,
aksiologi, epistemologi, dan logik.

EDUP3013 FALSAFAH PENDIDIKAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

(Akta Pendidikan 1996,Akta 550)


Cabang-cabang Falsafah
• Metafizik
– Kajian tentang kewujudan

• Epistemologi
– Kajian tentang ilmu

• Aksiologi
– Kajian tentang nilai

• Logik
– Kajian tentang sains penaakulan
Peranan guru dalam merealisasikan FPK

• 1. Kokurikulum
• 2. Kurikulum
• 3. Disiplin
• 4. Kepemimpinan
• 5. Peningkatan profesionalisme
Kokurikulum

• Guru berperanan sebagai seorang


pencukil bakat dan potensi murid.
• Guru dapat melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti kokurikulum dan
membantu mengasah bakat
muridnya.
• Contohnya, bagi murid yang
berpotensi dalam acara sukan, guru
hendaklah mengasah bakat murid
tersebut sehingga menjadi atlet.
• Secara tidak langsung, faktor jasmani
dapat diperkembangkan dan
Kurikulum
• Dalam merealisasikan FPK,
guru bertanggungjawab
untuk mempunyai ilmu
pengetahuan yang
mendalam mengenai mata
pelajaran dan kurikulum
yang diajar kemudian
mengaplikasikan ilmu
tersebut kepada murid-
muridnya.
Disiplin

• Guru seharusnya menunjukkan perwatakan yang positif baik


di dalam mahupun di luar sekolah sesuai dengan etika
profesion keguruan.
• Dengan ini, murid dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan
di dalam diri dan dapat menjadi insan yang berguna kepada
keluarga masyarakat dan negara selaras dengan FPK dalam
membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Kepemimpinan
• Guru perlu komited dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan.
• Dalam aspek kepemimpinan, peranan guru dalam merealisasikan
FPK adalah meliputi tugas seperti menjadi guru kelas.
• Dalam menjadi guru kelas, terdapat banyak tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan seperti pengurusan kelas dan sebagainya. Hal
ini memerlukan guru untuk menjalankan tugas dengan amanah
dan berusaha meningkatkan diri serta murid-muridnya.
Peningkatan profesionalisme
• Dalam konteks profesionalisme
keguruan, guru perlu sentiasa
peka terhadap segala
perkembangan dasar
pendidikan daripada pelbagai
segi.
• Seterusnya, guru mesti
mengamalkan kajian dan
penyelidikan untuk
meningkatkan lagi
keberkesanan PdP.
• Hal ini memerlukan guru untuk
berpandangan jauh dan
Terima kasih……

Anda mungkin juga menyukai