Anda di halaman 1dari 15

PERANAN KAUNSELOR SEBAGAI

PEMUDAHCARA
“MEMUDAHCARA”
 ‘menjadi mudah’ (Kamus Collins)
 dalam konteks kaunseling kelompok,
memudahcara bermaksud beliau akan
melaksanakan fungsi dan aktiviti-aktiviti
tertentu pada tiga peringkat sesi iaitu
sebelum, semasa dan selepas (Gerard,
dalam Kane, 2006)
 Pemudahcara kaunseling kelompok mempunyai
sekurang-kurangnya 6 peranan seperti berikut (Moore
& Feldt, 1993)

Orang yang
pengarah berkecuali

Orang yang
tidak campur
manipulat
tangan or

pemangki
pengurus
PENGARAH
Pada peringkat penapisan, pemudahcara
dikehendaki menentukan matlamat dan
tujuan kelompok, serta menjalankan proses
pemilihan ahli dengan sempurna.
Merancang dengan rapi merangkumi aspek
seperti pemilihan tempat dan penentuan
masa yang sesuai.
Pada peringkat orientasi kelompok,
pemudahcara mengubah peranan menjadi
seorang pemerhati
i) mengenal pasti apa yang berlaku
ii) tingkahlaku yang ditunjukkan
iii) arah yang sedang ditujui
ORANG YANG BERKECUALI
 Pemudahcara yang berperanan sebagai
orang yang berkecuali bererti bahawa
beliau harus bersifat objektif terhadap isu
perbincangan ahli.
 Dengan itu beliau boleh menumpukan
perhatian kepada proses dan dinamika
kelompok
ORANG YANG TIDAK CAMPUR
TANGAN
 Pemudahcara yang bersifat sedemikian perlu
elak daripada melibatkan diri dalam
membincangkan tentang kandungan isu yang
berkenaan.
 Campur tangan akan menunjukkan sikap
ketidakprihatinan atau tidak mengendahkan
perasaan dan masalah ahli-ahli kelompok.
 Suasana teraputik akan terjejas
MANIPULATOR
 Manipulator membawa ahli-ahli kembali ke pangkuan
yang betul.
 Dalam hal ini, beliau akan menggunakan kemahiran
memimpin dan menyokong.
 Pemudahcara menghargai dan mengiktiraf secara
positif sumbangan semua ahli tanpa menunjukkan
pilih kasih. Akan tetapi, perlu peka kepada niat yang
buruk di sebalik idea, pandangan dan tindakan
sesetengah ahli yang berkenaan
PENGURUS
 Bertindak sebagai pengadil atau refri demi memastikan
perbincangan kelompok berjalan dengan lancar dan
tidak menyimpang daripada tajuk.
 Mungkin perlu menghentikan perbincangan tajuk yang
tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau manfaat
kepada mana-mana ahli.
 Peranan ini hendaklah dimainkan dengan diplomasi
agar tidak menyinggung hati sesiapa pun dalam
kalangan kelompok.
PEMANGKIN
 Pemudahcara berusaha supaya mencapai satu
keseimbangan di mana semua ahli diberi
peluang untuk mengemukakan pendapat
mereka, tanpa mengambil kira idea bernas
atau biasa sahaja.
 Perlu memastikan supaya dapat
mengoptimumkan pencapaian kelompok dan
kepuasan ahli-ahli.
“pemudahcara membawa bersama kualiti, nilai
dan pengalaman hidup masing-masing ke dalam
kelompok yang mereka kendalikan… yang paling
berkesan bagi ahli-ahli ialah apa yang dilakukan
oleh pemudahcara, bukannya apa yang
diperkatakan.” Corey (dalam Thompson, Rudolph
& Henderson, 2004:488-489)
DINAMIKA DALAM
KELOMPOK
DEFINISI
 Dinamika dalam kelompok merujuk kepada kuasa-
kuasa sosial yang wujud dalam kelompok.
 Memerihalkan interaksi yang berlaku antara dan sesama
ahli termasuklah impak peranan kelompok serta
pemudahcara dan penglibatan ahli.
 Dinamika kelompok juga boleh diukur melalui teknik-
teknik seperti main peranan, aktiviti kelompok, mainan
dan sebagainya.
 Dinamika dalam kelompok juga merujuk kepada
perasaan kepunyaan ahli terhadap kelompok yang
mereka sertai.
 Pemudahcara perlu percaya bahawa ahli-ahli mampu
untuk mengawal perjalanan sesi kelompok.
 Dinamika dalam kelompok akan menjelma apabila
semakin beransur sesi, semakin tinggi perasaan kekitaan
dalam kalangan ahli. Mereka akan mencuba sedaya
upaya untuk membawa kelompok ke arah pencapaian
matlamat.
BIBLIOGRAFI
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin
Abd Mukti (2012) Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.
Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd

Zuraida Abdul Rahman (1999) Pengenalan Kaunseling


Kelompok. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd

Choong Lean Keow (2010) Bimbingan dan Kaunseling Kanak-


Kanak. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai