Anda di halaman 1dari 15

KEGAN

FREDAUS JOHARI SUKRY AS


SALAM DG NURUL EZZAH PG
MUSA ROZARINA AK ROBERT
GERSOM
DEFINISI KEAGRESIFAN
• Baron dan Richardson ( 1994 ), keagresifan merupakan
apa sahaja bentuktindakan dan perlakuan yang
bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas
benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan.
• Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk
mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau
psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan
yang mendatangkan kerosakan harta benda yang
berpunca dari kemarahan
Definisi ini menjelaskan bahawa keagresifan
ialah;
— Perlakuan yang bermatlamat ( mempunyai niat)
— Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan
dan kesakitan secara fizikal atau psikologikal.
— Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi
untuk mengelakkan diri dari kecederaan.
1

JENIS-JENIS KEAGRESIFAN
Apabila diperhatikan perlakuan agresif yang
ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam
sukan, kita akan dapati perlakuan itu didorong
oleh beberapa sebab tertentu.
- KEAGRESIFAN KETARA
- KEAGRESIFAN INTRUMENTAL
- KEAGRESIFAN ASERTIF
/
Keagresifan Ketara
Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk
kepada tindakan agresif yang berpunca daripada
rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan
individu lain (ataupun objek) serta dengan niat
untuk melihat individu tersebut mengalami
kesakitan dan
ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat
individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang
dialaminya.
/
CONTOH
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh
seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak
kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil.
Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain
pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa
perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam
(mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan
yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan
matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.
Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain
pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah
melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat
tindakannya.
Keagresifan Instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat
untuk mencederakan individu lain, bermatlamat
untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran
seperti kemenangan, hadiah atau prestij.

Individu yang bertindak agresif tadi melihat


tindakan tersebut sebagai "instrumental" ( perlu
dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.
CONTOH
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas
pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk
mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat
beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau
membuat hantaran kepada rakannya yang lain.
Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk
memastikan pasukannya memenangi perlawanan
tersebut.
Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang
pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama
pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi
perlawanan.
1

Tindakan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau
verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan
permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat
(kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk
mencederakan individu yang lain tidak timbul sama
sekali.

Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak


boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana
tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-
peraturan permainan dan tiadanya niat untuk
mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.
CONTOH
Penggunaan tackle untuk menghadkan
pergerakan atau merampas bola dari pemain
awan dalam permainan ragbi dibenarkan serta
termaktub dalam peraturan permainan selagi
tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan.
Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada
pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan,
ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif
kerana ia dilakukan dengan "bersih" serta
mengikut peraturan tanpa ada niat untuk
mencederakan pemain lawan.
PUNCA-PUNCA KEGANASAN
1. PSIKOLOGI

• PROVOKASI
> Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

• TEKANAN EMOSI - (STRESS)


> Prestasi di bawah jangkaan
> Jangkaan menang - kalah
> Provokasi pihak lawan & penonton

• JANGKAAN PERLAKUAN KASAR


> Atlet jangka akan dikasari - bertindak agresif

• KURANG PENGETAHUAN
> Sukan Kontak - pijak pemain yang jatuh
> Penonton tidak tahu undang - undang
PERSEKITARAN

• LOKASI PERTANDINGAN
> Sokongan Padu - penyokongt tuan rumah
> Pelawat - tindakan balas

• CUACA
> Cuaca Panas - bertindak agresif
> Hujan - padang licin

• ASPEK KESELAMATAN
> Tahap keselamatan - longgar
> Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
> Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll
KEPUTUSAN PERTANDINGAN -
Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa
pasukannya tidak berpeluang untuk menang,
lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan
pemain pasukan yang memenangi perlawanan
tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan
Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975 ).
Perbezaan Mata atau Jaringan
• semakin besar berbezaan mata atau jaringan,
semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan
oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan
( Cox 1999 ).

r
M

Anda mungkin juga menyukai